Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NUrlysa
2. Macxlarren
3. Nik muhammad syauqi
4. MIKHAIL
Pakar Bedah?

Kita sering disajikan dengan perkataan pakar bedah. Tetapi adakah kita
mengetahui maksudnya? Menurut Wikipedia, pakar bedah ialah seorang
pakar dalam bidang pembedahan. Pembedahan pula ialah sebuah bidang
rawatan perubatan yang luas yang melibatkan pemotongan tubuh badan,
sama ada tubuh manusia ataupun binatang, bagi tujuan khusus seperti untuk
membuang tisu yang tidak sihat, ataupun untuk memperbaiki tisu yang rosak
atau koyak.

Seperti yang kita sedia maklum jika seseorang itu mengalami sebarang
masalah kesihatan dia akan diubati dengan ubat-ubatan dahulu. Tetapi
apabila masalah kesihatan seseorang itu berada dalam keadaan yang tidak
membenarkan ubat-ubatan untuk merawat penyakit itu, senjata yang lebih
serius perlu digunakan untuk membenteras masalah tersebut. Di sinilah doktor
pakar bedah memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani
penyakit yang serius.

Doktor pakar bedah berfungsi untuk merawat penyakit yang terpaksa


dilakukan sekiranya penyakit tersebut tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan
yang diberikan. Sesuatu pembedahan yang dijalankan biasanya hanya
melibatkan bahagian yang tertentu sahaja dan hanya spesifik kepada keadaan
yang khusus. Pakar bedah ialah pakar yang membantu dalam kerja diagnosis
yang dilakukan oleh doktor bertauliah sahaja.
Menurut laman web Investopedia.com, doktor pakar bedah menduduki
tempat pertama dalam artikel Top 10 Highest-Paying Jobs in the World
mereka. Disebabkan pekerjaan ini memerlukan kemahiran yang tinggi, doktor
pakar bedah mempunyai gaji median tahunan sebanyak 352,000 Dollar
Amerika bersamaan 1.4 juta Ringgit Malaysia dan kadar ini dijangka
bertambah sebanyak 10% dalam 10 tahun akan datang. Ini merupakan
nombor yang sangat tinggi bagi gaji sesuatu pekerjaan. Tempat kedua
diduduki oleh pekerjaan doktor pakar psikiatri dengan gaji median tahunan
sebanyak 181,880 Dollar Amerika ataupun 716,007 Ringgit Malaysia.

Dibawah menunjukan Carta Gaji Median Tahunan bagi artikel Top 10


Highest-Paying Jobs in the World

MYR

1600000
1384873
1400000
1200000
1000000
800000 715570 708882 681892
575745
600000 511655 507957 488443 481322 475853

400000
200000
0

Ini menunjukkan betapa tingginya gaji seorang doktor bedah itu


berbanding pekerjaan yang lain. Kepada yang ada tanam hasrat ingin menjadi
seorang doktor bedah, dia perlulah tahu apa kriteria dan kelayakan yang perlu
ada dalam dirinya seperti mana peribahasa hanya jauhari yang mengenal
manikam.
Di bawah menunjukan beberapa faktor yang perlu dicapai untuk menjadi
doktor pakar bedah :

KELAYAKAN UNTUK MENCEBURI BIDANG KEDOKTORAN


 Mempunyai ijazah doktor perubatan daripada universiti yang diiktiraf
kerajaan. Antara universiti yang diiktiraf :

Universiti Malaya ( UM )

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )

Universiti Sains Malaysia ( USM )

Universiti Putra Malaysia ( UPM )

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS )

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

 Tertakluk kepada Medical Act.1971

 Memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional


Registration

 Menjalani latihan amali selama tidak kurang dari 12 bulan di hospital yang
diluluskan

 Memohon permohonan penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai


pegawai perubatan

 Dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah perkhidmatan wajib.


CIRI-CIRI PERIBADI
 Prihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta
kesusahan mereka.

 Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah.

 Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan


penggunaannya dalam masalah perubatan.

 Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.

 Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan membuat keputusan


dalam waktu kecemasan

 Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal.

 Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan


sebaliknya.

 Berkemahiran berkomunikasi

 Kemahiran dalam kebolehan pengurusan.

KETERANGAN TUGAS
 Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaannya.

 Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis

 Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan


yang telah didiagnosis.

 Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas.

 Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan


rawatan ubat pencegahan.

 Mengambil bahagian dalam pembangunan dan perlaksanaan


undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan
mempertingkatkan kesihatan umum.

 Mengajar penuntut perubatan, penuntut sains kesihatan , pakar perubatan


dan profesional kesihatan yang lain.

 Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.

 Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan seperti menyelia pekerja lain


PILHAN ALIRAN TINGKATAN 4
Murid yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya doktor perlu mengambil
aliran sains tulen atau aliran sains tulen agama jika anda dari sekolah
menengah agama.

Matapelajaran wajib semasa tingkatan 4 ialah:


1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Matematik

4. Sejarah

5. Pendidikan Islam

Antara matapelajaran elektif yang perlu diambil ialah:

1. Matematik Tambahan

2. Sains Tambahan

3. Biologi

4. Kimia

5. Fizik

Matapelajaran elektif Aliran Sains Tulen Agama:


1. Matematik Tambahan

2. Sains Tambahan

3. Biologi

4. Kimia

5. Fizik

6. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

7. Pendidikan Syariah Islamiah

8. Tasawwur Islam

9. Bahasa Arab Tinggi


PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Di Malaysia, semua murid perlu menjalani Ujian Psikometrik untuk mengenal


pasti minat dan kecenderungan mereka. Jika seseorang murid mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang sains khususnya bidang perubatan, ia
boleh dibuktikan melalui Ujian Psikometrik seperti;

1. Memperoleh mata 75% ke atas dalam Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP)


untuk item Verbal Lingguistik Bahasa Inggeris diikuti dengan Logik Matematik.

2. Menunjukkan kecenderungan yang tinggi dalam Inventori Minat Kerjaya


(IMK) untuk item Realistik, Investigatif dan Konvensional.
Datuk Dr. Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

1936 - 2001

Pada tahun 1977, beliau merupakan tenaga pengerak kepada penubuhan Unit
Pembedahan Jantung yang pertama di Malaysia, dan menjadi mentor kepada
pakar-pakar jantung yang dihasilkan kemudiannya melalui tunjuk ajar dan
kepakaran beliau di Unit Kardiologi, Hospital Kuala Lumpur yang menjadi
hospital pelatih kepada pelajar-pelajar fakulti perubatan pada ketika itu.

Disebalik senyum manis dan kelembutannya, beliau merupakan doctor pakar


kardiologi yang amat berwibawa dan tegas ketika mencurahkan ilmu dan
berkongsi pengalaman. Bagi beliau, bidang kardiologi perlu dikembangkan
dengan kemudahan yang baik agar setaraf dengan negara-negara maju dan
memberi manfaat kepada masyarakat yang amat memerlukan rawatan
jantung. Negara perlu melahirkan ramai pakar pembedahan jantung untuk
menampung keperluan masyarakat terhadap rawatan dan khidmat kepakaran
berkaitan kardiologi.

Kisah ketokohannya menjadi perangsang kepada ramai doktor muda agar


benar-benar menjadi seorang doktor pakar yang bukan sahaja atas
kecemerlangan peribadi tetapi memberi khidmat bakti kepada anggota
masyarakat yang memerlukan, tambahan pula penyakit jantung antara
penyakit yang sering berlaku di negara kita.

Beliau merupakan anak kelahiran Kg.Banggol, Kota Bahru, Kelantan pada 21


Januari 1942 dan meninggalkan dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya
Karak pada 29 Oktober 2007. Kisah tragis kehilangannya memang sukar
dipadamkan daripada ingatan seluruh rakyat Malaysia. Kita telah kehilangan
sebutir permata yang amat bernilai dalam pembangunan bidang kardiologi
negara.
Setelah menamatkan pengajian perubatannya pada tahun 1968 di Universiti
Monash Australia, beliau kembali ke tanah air untuk berkhidmat dengan
beberapa jabatan kerajaan sebagai pegawai perubatan di unit Kardiologi
sebelum menjadi doctor pakar bedah jantung yang terkenal. Bukan sahaja
kecekapan dan kejituan penelitiannya terhadap pesakit, sikap ramah dan
mesranya juga membuat beliau seorang yang amat disenangi.

Pada tahun 1980, beliau menjadi amat terkenal setelah berjaya


membentangkan penemuannya dalam pembedahan jantung dalam
persidangan Kardiologi Sedunia di Moscow Russia. Nama beliau disebut
antara pakar kardiologi Asia yang paling berwibawa.

Selepas menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan, Datuk Nik Zainal


meneruskan kerjayanya dalam bidang perubatan sebagai konsultan kardiologi
di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur kemudian berpindah menjadi pakar bedah
jantung di Hospital Gleneagles Jalan Ampang Kuala Lumpur. Rakan beliau,
pakar bedah jantung Datuk Dr Rozali Wathooth mengangap beliau sebagai
seorang pakar jantung negara yang tiada ganti. Datuk Dr Nik Zainal
merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam pembedahan pintasan
koronari yang pertama di Malaysia pada 22 Oktober 1982 bersama sepasukan
pakar bedah yang turut dianggotai oleh Dr Rozali.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kehilangan


Dr Nik Zainal dirasai oleh seluruh warga perubatan kerana beliaulah pencetus
perkembangan dan pembangunan dalam bidang pembedahan jantung di
Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican juga
menyifatkan Datuk Dr Nik Zainal sebagai pakar kardiologi yang superior
sehingga berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Selain itu,
kepakaran beliau menjulang nama Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai
sebuah hospital pakar jantung yang terkemuka di Malaysia. nama Datuk Dr
Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman akan terus terpahat dalam lipatan sejarah
perubatan negara sebagai tokoh yang banyak berjasa

You might also like