Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 Pendahuluan

Istilah Badan Bukan kerajaan atau pun Non-Governmental Organization (NGO)


didapati telah mula digunakan sejak tahun 1945 apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) ditubuhkan. Secara lebih tepat istilah ini telah dinyatakan di dalam Piagam PBB Fasal
71 Bab 10 yang secara khusus memperuntukkan tentang peranan konsultatif yang dimainkan
oleh pertubuhan ini. NGO atau dikenali sebagai badan bukan kerajaan bertujuan untuk
membantu segala krisis yang di hadapi oleh negara. Selain daripada sektor awam dan sektor
swasta terlibat dalam penyumbang bantuan kepada masyarakat, NGO juga memainkan
peranan dalam menyumbang bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
Umumnya NGO merujuk kepada hampir semua pertubuhan yang diwujudkan di luar dari
lingkungan kerajaan, dan ianya haruslah berciri sukarela serta menganjurkan aktiviti yang sah
menurut undang-undang negara.Apa yang nyatadi sini adalah sesebuah NGO itu diwujudkan
atas dasar sukarela dan secara tak langsung dapat megurangkan beban kerajaan, bertindak
sebagai semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi.

Pada Mac 2016, sebanyak 57 568 NGO berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia. Sebanyak 37 NGO agama dan 11 NGO bangsa terkenal di Malaysia. Pertubuhan
NGO juga dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di
Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau
persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik. Sebagai
contoh, kepemimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik.

Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia


4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan
Dewan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO
untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan
jalan penyelesaiannya. Bilangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat antarabangsa
dianggarkan berjumlah 40,000 buah, manakala di India melebihi 3 juta buah dan di Russia
277,000 buah. Pada asasnya, NGO ialah kumpulan berdaftar yang sah bagi kegiatan bukan
politik dan bukan berorientasi keuntungan.
2.0 Latar Belakang Kajian

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan etnik. Sejak kemerdekaan, kewujudan badan bukan kerajaan yang berasaskan bangsa dan
agama yang telah ditubuhkan. Setiap pertubuhan ini masing masing mempunyai matlamat,
kepentingan dan agenda tersendiri. Kebanyakan daripada organisasi ini bergerak sebagai
badan kebajikan untuk mereka yang memerlukan dan juga sebagai suara yang mewakili ahli-
ahli mereka. Pertubuhan-pertubuhan ini juga bertindak sebagai elemen penyatuan bagi mereka
yang tergolong dari bangsa atau agama yang sama. Di Malaysia NGO berdaftar boleh
bergerak menggunakan landasan seperti yayasan, persatuan, kelab, kumpulan dan sebagainya.

Kebanyakan NGO ini mengharapkan dana daripada kerajaan, syarikat besar dan derma
ikhlas daripada individu yang prihatin dengan perjuangan NGO tertentu. Namun, akhir-akhir
ini ada beberapa NGO yang ditubuhkan di bawah naungan kementerian dan agensi kerajaan
serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Dari satu segi, penubuhan NGO sebegini dianggap
bijak kerana daripada awal penubuhannya NGO terbabit sudah ada dana mencukupi untuk
menjalankan aktiviti.

Walau bagaimanapun penubuhan NGO tajaan kerajaan dan GLC sedikit sebanyak
memberi kesan kepada NGO lain yang ditubuhkan secara bersendirian yang mengharapkan
bantuan kewangan daripada kerajaan dan syarikat besar. Di sinilah perlunya kolaborasi antara
NGO bersendirian dan NGO tajaan kerajaan dan korporat dipertingkatkan melalui
perkongsian bijak supaya pelaksanaan sebarang aktiviti dapat dioptimumkan untuk mencapai
objektif yang sama. Satu lagi persoalan mengenai NGO tajaan kerajaan ialah dari sudut
kebebasan NGO berkenaan menjalankan tugas. Sama ada NGO yang sebegini benar-benar
bebas daripada kawalan pemerintahan kerajaan kerana kebebasan itulah yang menjadi asas
kepada penubuhan sesebuah NGO.

Persoalan yang timbul ialah apakah impak terhadap kewujudan pertubuhan dan
organisasi yang berkhususkan bangsa dan agama terhadap hubungan etnik di Malaysia.
Meskipun kewujudan pertubuhan ini asalnya hanya untuk kepentingan golongan tertentu,
tetapi terdapat sesetengah pihak yang mula menggunakan pertubuhan ini untuk menyebarkan
ideologi tersendiri yang bersifat negatif. Kesan daripada tidakan tersebut telah menyebabkan
timbulnya isu perkauman dan konflik keagamaan yang mampu menggugat keamanan dan
keharmonian negara.
3.0 Pernyataan Masalah Kajian

Kewujudan organisasi bukan kerajaan ini telah memberikan beberapa kesan yang telah
menyebabkan timbulnya isu perkauman dan konflik keagamaan yang mampu menggugat
keamanan dan keharmonian negara. Masalah ini juga telah menimbulkan suara suara
kebimbangan terhadap sesetengah pertubuhan yang menggunakan kaedah dan cara yang
berunsur kekerasan dan ekstrimis demi mencapai matlamat dan kepentingan pertubuhan
tersebut. Perkembangan pertubuhan seperti ini telah memberi impak yang buruk terhadap
hubungan etnik dan keharmonian kaum di Malaysia. Malangnya, pada hari ini banyak orang
politik hanya menjadikan NGO sebagai perkakas atau topeng untuk menonjolkan diri sendiri
kononnya pembela bangsa dan melakukan kerja-kerja fitnah yang amat hina lagi keji.

Contoh NGO tempatan yang jelas inti pati perjuangan mereka ialah persatuan
pengguna, belia, alam sekitar, badan kebajikan warga tua dan anak yatim, serta persatuan
rekreasi. Namun, sebahagian NGO berkenaan juga telah lama diresapi oleh pengaruh politik
atas alasan mudah mendapat dana dan akses program skala besar. Selain itu, pertelagahan
tentang jawatan organisasi juga telah melemahkan peranan asal NGO terbabit.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kelihatan lebih menonjol dan bebas daripada
pengaruh politik parti. Gabungan Persatuan Pengguna Kebangsaan (Fomca) dan Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula tidak begitu bertaring justeru sering berlaku kemelut
kepimpinan dan kadang-kadang menunjukkan kecenderungan yang berat sebelah. Barangkali,
hakikat itu ialah punca utama para pengguna di Malaysia tidak berdaya menghalang kaum
kapitalis daripada melakukan penindasan hingga begitu berkuasa dalam pasaran.

NGO alam sekitar memainkan peranan penting sebagai wadah kesedaran sosial
tentang kepentingan ekosistem dan kehidupan yang sejahtera tanpa pencemaran. Namun,
mereka tidak boleh terikut-ikut dengan pendekatan Greenpeace di peringkat antarabangsa
yang sanggup melakukan bantahan yang aneh hingga menjatuhkan maruah aktivis mereka
sendiri. Sahabat Alam Sekitar Malaysia (Sam) ialah contoh NGO tempatan yang masih
dihormati di negara kita.
Walaubagaimanapun, terdapat juga sebahagian daripada pertubuhan NGO yang tidak
disenangi oleh kerajaan. Hal ini berlaku apabila terdapat pertubuhan yang lebih popular dalam
kategori NGO politik kerana pelbagai aktivitinya yang menyerlahkan dimensi politiknya
berbanding NGO bukan politik kerapkali mendapat perhatian pihak kerajaan. Ini adalah wajar
memandangkan aspek-aspek politik biasanya menarik minat orang ramai untuk mengetahui
perkembangan semasa politik negara apatah lagi apabila ia mendapat liputan dari media
massa. Oleh itu, kewujudan dan peranan NGO politik di Malaysia kerana sifatnya yang
sedemikian seringkali mengundang kecurigaan dan tidak disenangi kerajaan. Dalam banyak
hal, NGO yang bersifat politik terutama bagi NGO yang ditubuhkan dengan tujuan
menciptakan ideologi alternatif, boleh dikatakan cenderung antagonistik terhadap dasar-dasar
kerajaan yang dianggap tidak sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi.

4.0 Objektif Kajian

Tujuan utama perlaksanaan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap
peranan dan impak yang diterima kerajaan, masyarakat dan NGO itu sendiri terhadap
kewujudan pertubuhan yang berasaskan bangsa dan agama. Kajian ini juga membawa objektif
untuk mengetahui persepsi dan pendapat masyarakat tentang impak yang dipengaruhi
daripada kewujudan NGO berasaskan kaum dan agama di Malaysia. Kesan dan impak yang
dipengaruhi oleh kewujudan NGO yang berasaskan bangsa dan agama ini juga sangat penting
dalam menentukan masa depan dan keharmonian negara dalam kalangan masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama.

Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti punca kewujudan NGO yang
berasaskan kaum dan agama di Malaysia. Punca punca kewujudan NGO ini amat diperlukan
dalam perlaksanaan kajian ini kerana ia merupakan perkara yang sangat penting tentang
sejarah penubuhan dan matlamat perjuangan sesebuah pertubuhan NGO di Malaysia.

Antara objektif lain yang mempengaruhi dan mendorong kepada perlaksanaan kajian ini
adalah:

 Mengenal dengan lebih dalam tentang pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


 Peranan dan tanggungjawab NGO dalam menyumbang kepada keharmonian dan
pembangunan jurang sosio-ekonomi di Malaysia.
 Kesan kesan positif dan negatif yang dipengaruhi oleh kewujudan NGO berasaskan
bangsa dan agama.
5.0 Metodologi Kajian

Kaedah dan cara yang digunakan untuk menjalankan kajian tentang impak kewujudan
NGO berasaskan bangsa dan agama terhadap hubungan etnik di Malaysia adalah dengan
menggunakan pendekatan kuantitif yang berbentuk kajian tinjauan yang dijalankan melalui
ujian soal selidik. Tujuan kaedah ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi dan
pandangan masyarakat dan orang awam tentang kesan yang diterima daripada kewujudan
NGO ini dan peranan dan tanggungjawab NGO ini dalam mendorong kepada keharmonian
dan kemajuan jurang sosio-ekonomi di Malaysia. Soal selidik merupakan satu set soalan atau
item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk
mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Bidang
perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang yang kerap menggunakan borang
soal selidik ini dengan kerap.
MPU3113 - HUBUNGAN ETNIK
Impak Kewujudan NGO Berasaskan Kaum Dan Agama Terhadap
Hubungan Etnik

NAMA PENSYARAH
ADIFARIZAL BIN MOHD ARIFFIN

KUMPULAN KULIAH
IMNR

NO. ID NAMA PROGRAM


MUHAMMAD FAIDHI BIN MUHAMMAD
50212117203 BET IART
NASIR
50212117160 MUHAMMAD DANIAL BIN SA’AIDI BET IART
50212117232 MUHAMMAD ASYRAF BIN MAT HUSSIN BET IART
50212117092 AHMAD NAZIRAN BIN AZMAN BET IART
50212117256 DANIAL MIRZA BIN MADRAWI BET IART
50212116338 MUHAMMAD ADIB BIN ISMAIL BET IART
50213117228 AHMAD FATHUL KHAIRI BIN HASBOLLAH BET MECHA
MUHAMMAD DANIAL ABDULLAH BIN
50213117163 BET MECHA
SAFIAN

You might also like