Cuti Berganti PRU-14

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

]abatan Pendidikan Negeri Perak


Jalan TunAbdul Razak Tel : 605 501 5000
:605527 7273
30640 Ipo[ Perak Darul Ridzuan Faks
LamanWeb : http ://jpnp er ak.moe. goa.my

Ruj. Tuan :
Ruj Kami : J.,Pgnd.Pk.(AM)s114/3 Jtd.3 tBl
v'. I
taiirn :2$
Rprit )ora '

Semua Pegawai Pendidikan Daerah


Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan,

MAKLUMAN PERMOHONAN CUTI BERGANTI PERSEDIAAN BAGI PILIHANRAYA UMUM


KE -14 (PRU-I4) TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini disertakan surat dari Bahagian Sekolah,


Kementerian Pendidikan Malaysia, KP(BS) 8591/Jld.Vlll(84) bertarikh 6 April 1995 berkaitan
Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1995: Persediaan Bagi Pillihanraya Umum untuk perhatian dan
rujukan tuan.

3 Sayugia diingatkan, sekolah-sekolah yang terpilih menjadi tempat mengundi


/tempat mengira undi sahaja diberi kemudahan mengambil cuti berganti slhari
sebelumnya iaitu pada 8 Mei 2018 (Selasa). Cuti tersebut hendaklah diganti pada tarikh
14 Julai 2018 (Sabtu). Mohon kerjasama tuan untuk memanjangkan makluman tersebut
kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran tuan.

1 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Hafiz bin Mohamad Noopiah, Unit
Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui talian 0S-SO1 5133
15134. Kerjasama dan perhatian tuan dalam hal ini amaflah dihargai.

Sekian, Terima kasih.


,. BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,

(DA MAT LAZIM BIN IDRIS.DPMP,AMP)


Pengarah Pendidikan Negeri Perak

s.k 1. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.


2. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung

,#::qll,#.
Y-/ewilv
BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOKJ (SELATAN)
PUSAT BANDARDAMANSARA Tel : 03-2556900
50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2562389

Ru/ Tuan: .

Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.Vlll / (84)

Tarikh :6April 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Yang Berbahagia Datukffuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 211995:


Persediaan Bagi Pilihanraya Umum

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Yang Berbahagian Datuk/Tuan
mengenai persediaan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Yang Berbahagian
Datuk/Tuan ketika negara mengadakan pilihanraya.

2. Bagi melicinkan perjalanan pilihanraya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya memerlukan


kerjasama daripada Kementerian Pendidikan kerana ianya melibatkan ramai pegawai-
pegawai pendidikan yang akan dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihanraya tersebut.
Di samping itu bangunan-bangunan milik Kementerian Pendidikan seperti sekolah dan
maktab akan digunakan sebagai tempat mengundi.

3. Oleh yang demikian, Yang Berbahagia Datul</Tuan dikehendaki memastikan bahawa


pihak Suruhanjaya Pilihanraya mendapat segala kemudahan yang diperlukan antara lain
adalah seperti berikut :

3.1 Bagi pegawai-pegawai yang dilantik oleh SPR adalah dinasihatkan supaya
tidak menolak perlantikan tersebut.

3.2 Cuti tanpa rekod hendaklah diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang
telah dilantik menjalankan tugas bagi pihak SPR bagi tempoh hari mengundi
dan hari-hari mereka diperlukan menghadiri taklimat dan latihan.

3.3 Pegawai yang dilantik juga seboleh-bolehnya janganlah ditukarkan ke tempat


bertugas yang lain sehingga selesai urusan pilihanraya.

3.4 Bagi Sekolah/Maktab yang dipilih sebagai tempat mengundi ataupun tempat
mengira undi, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta memastikan bahawa
tempat-tempat tersebut berada dalam keadaan baik. Sebarang pembaikan
hendaklah ditanggung oleh Sekolah atau Maktab berkenaan, kecualilah ianya
melibatkan perbelanjaan yang besar.

3.5 Pegawai-pegawai yang dilantik hendaklah bertugas dengan adil dan amanah.

3.6 Ketua Jabatan hendaklah memberi kebenaran kepada pegawaidan kakitangan


untuk keluar mengundi bagi satu tempoh waktu yang bersesuaian..

Diitustrasi kembati oteh Ahmad Faris bin Johan, lJnit lCT, Bahagian Sekolah, Kenentuian Pelajaran Malaysia
llps
.a

3.7 Bagi Maktab atau Sekolah yang dipilih sebagai tempat urusan pilihanraya,
pihak SPR akan mengambilalih tempat-tempat berkenaan sehari sebelum hari
mengundi. Pengetua dan Guru Besar bagi maktab dan sekolah-sekolah
berkenaan perlu mempastikan bahawa bangunan/bilik-bilik yang dipilih berada
dalamkeadaan baik dan memuaskan.

3.8 Sekiranya hari mengundi yang tersebut tidak jatuh pada hari cuti umum,
sekolah dan maktab yang digunakan sebagai tempat mengundi hendaklah
dibericuti pada hari mengundi dan seharisebelumnya. Cutitersebut hendaklah
diganti pada mana-mana hari Sabtu yang akan ditentukan oleh Pengarah-
Pendidikan Negeridan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.

3.9 Pengetua dan Guru Besar juga perlulah mempastikan bahawa bilik dan pintu
pagar ke bangunan-bangunan yang berkenaan tidak dikunci pada masa ianya
diperlukan.

3.10 Kemudahan talian telefon perlulah disediakan bagi kegunaan ketua tempat
mengundi untuk menghubungi Pegawai Pengurus SPR (Pegawai Daerah) bagi
tempoh semasa mengundidan hinggalah selepas kiraan mengundi dilakukan.

Sila maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah dan maktab di negeri Yang
Berbahagia Datuk/Tuan.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(TAN SR! DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k 1. Menteri Pendidikan Malaysia

2. Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

4 Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha I & ll


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I & ll


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit lCT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like