Minit Mesyuarat Pengawas Kali Pertama 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANDAS

21820 AJIL, HULU TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PENGAWAS


BIL.1/2018

Tarikh : 8 JANUARI 2018


Hari : ISNIN
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : KAMAR SEPAKAT
Kehadiran :
1. EN. WAN AZHARI BIN WAN AWANG (PK HEM)
2. EN. MOHD HAMIDI BIN MOHD NOOR (SETIAUSAHA)
3. PN MAHERAN BT. MOHD YASSIN (PEN. SETIAUSAHA)
4. EN MOHD AZMI B. MAT JOHAR (AJK)
5. PN ZURIANEE BT. MUSTAFFA (AJK)

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. EN. MUHAMAD B. AWANG TEH


2. EN. OTHMAN BIN SULONG
3. PN. ROHAIDA AIZAM BT. YUSOF
4. PN. SITI SANIAH BT. IDRIS

1.0 UCAPAN PENGERUSI – EN WAN AZHARI B. WAN AWANG (PK HEM SMK LANDAS)
En. Wan Azhari selaku pengerusi mesyuarat pengawas gembira dengan kehadiran guru-guru ahli
jawatan kuasa pengawas sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
ke Mesyuarat Pengawas Kali Pertama Tahun 2018. Beliau juga menyampaikan salam maaf dari
Tuan Pengetua En. Muhamad B. Awang Teh kerana tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat
dielakkan.

2.0 PENGESAHAN AHLI BADAN PENGAWAS 2018

2.1 Puan Maheran menyatakan jumlah ahli badan pengawas SMK Landas 2018 adalah
seramai 45 orang.

2.2 Jumlah pengawas lelaki adalah seramai 21 orang, manakal pengawas perempuan
seramai 24 orang. Semua bersependapat bahawa jumlah ini mencukupi dengan
jumlah pelajar yang berdaftar di sekolah.

2.3 En. Wan Azhari meminta agar ahli pengawas aktif dalam membantu pihak sekolah dan
pengawas-pengawas ini perlu diberikan bimbingan berkenaan tugas-tugas mereka
terutama semasa perhimpunan rasmi sekolah dan perhimpunan harian.

3.0 PEMBENTUKAN KUMPULAN PENGAWAS 2018

3.1 Pn. Maheran mengedarkan kertas kepada ahli mesyuarat berkenaan kumpulan
pengawas yang telah dibentuk. Terdapat 6 kumpulan yang dibentuk dan setiap
kumpulan dibimbing oleh seorang guru pengawas.

3.2 Setiap kumpulan terdiri dari 8 orang pelajar dari semua tingkatan. Pembahagian tugas
pengawas adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan ini.
4.0 Kem Kepimpinan Pengawas 2018

4.1 En. Wan Azhari menyatakan bahawa pada tahun 2017, Kem Kepimpinan Pengawas
telah diadakan di FRU Wakaf Tapai, Terengganu. Beliau mencadangkan
KemKepimpinan Pengawas pada tahun 2018 diadakan lebih awal iaitu pada minggu
pertama bulan Februari.

4.2 Pn. Maheran mencadangkan Kem Kepimpinan Pengawas 2018 diadakan di UNISZA
memandangkan kemudahan aktiviti lasak disediakan disamping mempunyai Jurulatih
yang bertauliah.

4.3 Cadangan awal adalah selama 3 hari 2 malam iaitu bertolak pada hari rabu dan pulang
pada pagi jumaat. Jumlah guru pengiring yang dicadangkan adalah seramai 4 orang.

5.0 Watikah Pelantikan Pengawas

5.1 Pn. Maheran mencadangkan Majlis Pelantikan Pengawas diadakan pada minggu
ketiga bulan Februari iaitu selepas Cuti Tahun Baru Cina. Semua ahli mesyuarat
bersetuju.

6.0 Hal-hal Lain

6.1 En. Azhari menyampaikan pesanan tn. Pengetua berkenaan pakaian pengawas.
Beliau mencadangkan agar semua pengawas memakai ‘Vest’ bagi membezakan
pengawas dan pelajar lain. ‘Vest ini akan dibeli oleh pihak sekolah dan beliau akan
cuba mendapatkan dana. En. Mohd Hamidi diminta mendapatkan sebut harga bagi
‘Vest’ ini. Warna yang di pilih adalah antara warna hitam atau biru gelap. Manakala
bagi pengawas lelaki pula akan memakai tali leher yang bewarna ungu yang telah
ditempah di Koperasi sekolah. En. Azmi mencadangkan agar sementara ‘vest’ dibeli,
pengawas akan memakai tag nama ‘laminate’.

6.2 En. Azmi memberitahu walaupun telah ditetapkan bahawa pengawas yang bertugas
dibenarkan rehat 10 minit lebih awal, namun masih terdapat sebilangan guru di dalam
kelas yang tidak memberikan keizinan. En. Wan Azhari menyatakan beliau akan
memaklumkan sekali lagi kepada semua guru dan guru pengawas perlu menegaskan
kepada semua pengawas berkaitan perkara ini.

6.3 En. Wan Azhari memina agar pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolah turut
dibantu guru supaya nama pelajar yang hadir lewat dapat dicatat awal sebelum mereka
menyertai perhimpunan harian.

6.4 Pn. Maheran mencadangkan agar ‘grill’ dikunci semasa rehat untuk mengelakkan
pelajar makan di dalam kelas dan mengotorkan kelas. En. Wan Azhari akan
memaklumkan kepada semua pelajar berkenaan larangan makan di dalam kelas ini
semasa peerhimpunan harian.

6.5 En. Azmi bertanyakan tentang calon Ketua Pelajar dan Penolong ketua Pelajar. En.
Mohd Hamidi memberitahu calon Ketua Pelajar adalah saudara Ahmad Zulkifli B. Mohd
Hayat dan Penolong Ketua Pelajar adalah saudari Nurul Athirah Shafiqah Bt. Abdullah.

6.6 En. Wan Azhari mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepda semua guru
penasihat badan pengawas kerana sudi menghadiri Mesyuarat Pengawas Kali Pertama
Tahun 2018.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang


7.0 URUSETIA

7.1 EN. WAN AZHARI BIN WAN AWANG, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Landas

7.2 MOHD HAMIDI BIN MOHD NOOR, Setiausaha Badan Pengawas, SMK Landas

Tarikh: 8 Januari 2018

You might also like