Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ........................................................................................................................ 1


2.0 Kepentingan Perpaduan dan Keharmonian kepada Pembentukan Negara-Bangsa ......... 3
2.1 Menggalakkan Perpaduan dalam Diversiti ............................................................. 3
2.2 Mengelak Perbalahan dan Konflik yang Boleh Merosakkan Kemakmuran Negara
................................................................................................................................. 3
2.3 Meneruskan Kemajuan Negara ............................................................................... 4
2.4 Mengekalkan Keunikan Identiti Setiap Kumpulan Etnik di Malaysia ................... 4
3.0 Faktor-Faktor yang Menggugat Perpaduan dan Keharmonian ........................................ 6
3.1 Etnisiti ..................................................................................................................... 6
3.2 Bahasa ..................................................................................................................... 6
3.3 Pendidikan ............................................................................................................... 7
4.0 Sumbangan Etnisiti, Bahasa dan Pendidikan kepada Perpaduan dan Keharmonian
Nasional di dalam Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia ............................................ 8
4.1 Sumbangan Etnisiti ................................................................................................ 8
4.2 Sumbangan Bahasa ................................................................................................ 8
4.3 Sumbangan Pendidikan .......................................................................................... 9
5.0 Cadangan Aktiviti kepada Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) .............. 10
5.1 Menyediakan Banyak Pertandingan Berunsurkan Budaya ................................... 10
5.2 Menyediakan Kelas-Kelas Belajar Bahasa Secara Percuma kepada Awam ......... 10
5.3 Mewujudkan Pusat Kepelbagaian Budaya di Setiap Negeri dan Daerah ............. 11
6.0 Kesimpulan ..................................................................................................................... 12
RUJUKAN ............................................................................................................................... 13
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terletak secara strategik dalam perjalanan
laut untuk China, Jepun, India da negara-negara Eropah. Rentetan sejarah menjadikanya
sebagai tempat pertemuan beberapa agama besar seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddhi dan
lain-lain. Hampir semua agama besar dunia diwakili di sini. Melayu adalah kumpulan etnik
terbesat dengan lebih kurang 50 peratus populasi negara iaitu 12.6 juta rakyat Melayu dan 2.8
juta bukan Melayu. Orang Melayu dan kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak menjadi
bumiputera manakala Cina dan India tergolong dalam kumpulan bukan Bumiputera. Walaupun
adanya kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, tetapi sejak Mei 13, 1969, tidak pernah lagi
adanya konflik etnik yang besar dalam kumpulan etnik besat. Justeru itu, Malaysia menjadi
sebuah negara majmuk yang mempuunyai tahap perpaduan dan keharmonian masyarakat yang
tinggi (Osman Chuah Abdullah, 2012).

Perpaduan bangsa telah menjadi antara tema penting bagi pembangunan bangsa sejak
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 (Denison
Jayasuria, 2010). Walau bagaimanapun, usaha untuk terus mengekal dan meningkatkan
perpaduan dan keharmonian terus dilaksanakan kerana tanpa kekuatan perpaduan dalam
kalangan rakyat, Malaysia mungkin gagal memandangkan populasi negara semakin bertambah
dan berkembang (Sivamurugan Pandian, 2010).

Pembangunan bangsa seringkali disamakan dengan istilah-istilah lain seperti


pembangunan negara, pendemokrasian, pemodenan, pembangunan politik, pembentukan
semula paska konflik dan pembangunan kemananan tetapi setiap istilah ini sebenarnya berbeza
tetapi berhubungkait dengan dekat. Pembnagunan bangsa sebenarnya adalah suatu konsep
normatif yang memberi makna berlainan kepada orang yang berbeza. Program pembangunan
banga bermaksud program di mana negara atau ekonomi yang disfungsional atau tidak stabil
diberikan bantuan dalam pembangunan infratruktur kerajaan, rakayat sivil, mekanisme
penyelesaian perbalahan dan juga bantuan ekonimi bagi meningkatkan kestabilan (Suhana
Saad, 2012).

Malaysia pernah mengalami sejarah hitam tetang perbalahan dan pergaduhan kaum
yang besar pada 13 Mei, 1969 dan ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, pelbagai usaha
telah dilaksnakan di bawah Rancangan Malaysia sehingga ke hari ini untuk memastikan

1
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

perpaduan dan keharmonian negara terus dipertahankan. Maka itu, dalam konteks sekarang,
usaha mewujudkan bangsa bersatu-padu dan hidup berharmoni dalam konsep 1 Malaysia terus
diberi keutamaan dalam pembangunan negara (Chandra Muzaffar, 2010).

Di dalam kertas tugasan ini, kepentingan perpaduan dan keharmonian dalam


pembentukan negara-bangsa dibincangkan dengan mengambil Malaysia sebagai model negara
majmuk. Seterusnya, analisis terhadap tiga faktor yang menggugat perpaduan dan keharmonian
nasional serta sumbangan faktor-faktor ini kepada perpaduan dan keharmonian nasional dalam
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia turut dilakukan. Tiga faktor yang dimaksudkan ialah
etnisiti, bahasa dan pendidikan. Akhir sekali, kertas tugasan ini memberikan tiga cadangan
aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN).

2
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

2.0 Kepentingan Perpaduan dan Keharmonian kepada Pembentukan Negara-Bangsa

Perpaduan dan keharomonian merupakan dua aspek penting dalam pembentukan negara-
bangsa. Lebih-lebih lagi pada masa kini, globalisasi dalam teknologi maklumat memberi impak
yang tertentu. Memandangkan berita dan isu seluruh dunia kini dapat diketahui dan dilihat
mengikut masa sebenar dari pelbagai media seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan
Twitter, benih-benih kebencian dan isu sensitiviti begiitu senang disebarkan dan mengancam
ketenteraman dan keamanan negara. Polarisasi sosial, kerapuhan hubungan etnik dan sikap
tidak toleransi agama boleh dieksploitasi dengan mudah dan membawa kepada konflik etnik
sehingga menjejaskan keamanan dan membantutkan potensi negara untuk kemajuan (Khairul
Anuar, Ong & Ahmad Azan, 2015). Justeru itu, perpaduan dan keharmonian amat penting
kepada pembentukan negara-bangsa. Di bawah menghuraikan dengan lebih mendalam empat
kepentingan perpaduan dan keharmonian kepada pembentukan negara-bangsa.

2.1 Menggalakkan Perpaduan dalam Diversiti

Perpaduan nasional atau perpaduan negara menerangkan tentang proses menyatu-padukan


rakyat berbilang kaum dengan budaya berlainan di bawah satu identiti nasional (Mohamed
Yusoff Ismail, 2003). Perpaduan nasional dikonseptualkan sebagai suatu negara di mana semua
rakyatnya daripada kumpulan etnik,agama dan bahagain berlainan hidup dengan aman sebagai
satu bangsa bersatu, memberi komitmen penuh kepada identiti nasional berdasarkan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Lei, Baharuddin & Muhammad, 2013). Oleh,
itu, perpaduan dan keharmonian akan terjamin melalui konsep identiti nasional yang sama
walaupun terdiri daripada latar belakang sosial yang berlainan. Perpaduan menyatu-padukan
semua masyarakat dan negara sehingga mewujudkan nilai dan identiti kesepunyaan supaya
setiap rakyat sayang dan bangga dengan negara Malaysia (Shamsul Amri, 2007). Justeru itu,
Malaysia mengekalkan keunikan diversiti dalam masyarakat tetapi dalam masa yang sama,
memastikan adanya perpaduan dan keharmonian setiap masa.

2.2 Mengelak Perbalahan dan Konflik yang Boleh Merosakkan Kemakmuran Negara

Peristiwa Mei 13 menjadi satu pengajaran kepada negara-bangsa Malaysia tentang implikasi
sebuah negara yang tidak mempunyai perpaduan dan keharmonian (Suhana Saad, 2012).
Rusuhan kaum pada tahun 1969 telah menyebabkan nyawa terkorban, rakyat tercedera dan
harta benda musnah. Keadaan seperti ini melumpuhkan ekonomi negara dan merugikan rakyat.

3
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

Sekiranya rakyat meningkatkan perpaduan dan keharmonian, setiap rakyat tanpa mengira latar
belakang boleh bekerjasama membangunkan negara Malaysia sehingga mencapai kemajuan.
Justeru itu, dalam usaha mencapai Wawasan 2020, perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa
diberikan keutamaan. Perkara ini dapat dilihat dalam konsep 1Malaysia yang menggalakkan
usaha perpaduan dengan mengambil kira aspek diversiti dan keinklusifan. Dalam konsep
diversiti, rakyat Malaysia sedar dan faham bahawa masyarakat Malaysia bukanlah
homogenous tetapi terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai budaya, pelbagai agama dan
pelbagai bahasa. Keinklusifan pula menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menerima,
menghormati dan meraikan diversiti dalam budaya dan agama yang ada di negara ini (Jabatan
Perdana Menteri, 2010). Kesedaran seperti ini membantu mengelak sesuatu keadaan mencapai
sensitiviti yang tinggi sehingga konflik berterusan berlaku sehingga kemakmuran negara
tergugat.

2.3 Meneruskan Kemajuan Negara

Ahmad Zaharuddin Sani (2013) dalam mStar Online menyebut kenyataan Menteri Perdangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menjelaskan
sebab Malaysia menitikberatkan perpaduan adalah supaya politik tidak menjadi huru-hara dan
dengan itu, membawa kepada ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Apabila banyak pelaburan asing, projek-projek pembangunan negara, peluang-peluang
perdagangan dan perniagaan serta potensi pemasaran barangan buatan Malaysia ke persada
global akan meningkat. Pada masa yang sama, Malaysia juga menerima barangan import
berkualiti tinggi dan memberikan banyak pilihan kepada pengguna tempatan. Pelaburan asing
juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk guna tenaga tempatan dan dengan itu,
mengurangkan isu pengangguran, meningkatkan pendapatan rakyat dan menjamin kemajuan
negara untuk mencapai status negara maju.

2.4 Mengekalkan Keunikan Identiti Setiap Kumpulan Etnik di Malaysia

Kepelbagaian etnik di Malaysia memberikan kepelbagaian budaya yang menjadi aset penting
dalam pelancongan budaya. Menurut Ahmad Tharmizzie, Jabil, Ruzanna Syamimi dan
Mohamad Pirdaus (2011), pelancongan adalah sektor ekonomi terbesar di dunia dan menjadi

4
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

pendorong kepada sektor lain seperti makanan, pengangkutan, penginapan, lokasi tarikan dan
perkhidmatan lain. Malaysia bertuah kerana kepelbagaian etnik membawa kepada pelbagai
budaya unik yang boleh dijadikan sebagai bahan tarikan pelancong asing ke negara ini. Tren
budaya masyarakat tempatan yang unik dan pelbagai dengan adat, cara berpakaian,
kepelbagaian upacara adat resam, gaya hidup dan agama menjadikan negara kita tumpuan
pelancong asing (Yahaya Ibrahim, 2008).

Disebabkan potensi pelancongan sebagai sumber ekonomi penting negara, usaha


perpaduan dan keharmonian rakyat menjadi lebih diutamakan kerana pelancong asing berasa
yakin dan selamat untuk menziarahi negara ini. Sekiranya rusuhan kaum berlaku, sekatan
kebebasan bergerak diadakan, maka pelancong tidak akan tertarik untuk ke Malaysia walaupun
adanya kepelbagaian budaya. Justeru itu, faktor keselamatan pelancong dijamin oleh
perpaduan dan keharmonian penduduknya dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan sektor
pelancongan.

5
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

3.0 Faktor-Faktor yang Menggugat Perpaduan dan Keharmonian

Perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang rapuh dan terdedah kepada banyak faktor
luaran dan dalaman sesebuah negara, lebih-lebih lagi untuk negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia. Tiga faktor yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian nasional
adalah etnisiti, bahasa dan pendidikan.

3.1 Etnisiti

Konflik etnik adalah isu utama di kebanyakan negara yang berbilang kaum dan merupakan
suatu masalah yang mendapat perhatian global. Konflik etnisiti kadang-kadang membawa
kepada keganasan fizikal dan tanpa penyelesaian, akan berterusan dan menjejaskan perpaduan
dan keharmonian nasional. Punca konflik etnisiti adalah banyak seperti politik, budaya, identiti
etnik, keagamaan dan ekuiti dalam taburan ekonomi. Salah satu penyebab kepada Peristiwa
Mei 13 adalah taburan etnik dan demografi di Malaya yang menyebabkan pemisahan pergaulan
sosial dan dengan itu, begitu mudah menyuntik unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan
kaum. Ketidakpuasan antara kumpulan etnik akan membawa kepada kumpulan etnik
mempertahankan hak dan ekualiti mereka. Sekiranya tidak ada usaha untuk menyatu-padukan
rakyat, sensitiviti dalam etnisiti mudah dicuit sehingga membawa kepada perbalahan. Ahli-ahli
politik selalu menggunakan isu-isu etnisiti seperti bahasa, budaya, keagamaan, kerakyatan dan
ekonomi untuk tujuan tertentu. Manipulasi seperti ini memberi impak negatif kepada rakyat.
Contohnya, ada parti politik yang menggunakan sentimen agama untuk membakar perasaan
tidak puas hati sesebuah kumpulan etnik sehingga menjejas situasi yang harmoni di sesuatu
tempat. Ini seterusnya akan membangkitkan isu keselamatan negara dan akan menjejaskan
keamanan dan kemajuan negara (Khairul Anuar et al, 2015).

3.2 Bahasa

Bahasa melambangkan budaya dan kebanggaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa di Malaysia
mempunyai bahasa ibunda sendiri. Di zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka,
pedagang dari seluruh pelusuk dunia datang ke Tanah Melayu dengan budaya bahasa sendiri.
Apabila pedagang-pedagang dari China dan India menetap di Tanah Melayu, mereka masih
lagi mengekalkan bahasa mereka. Kedatangan buruh India dan Cina semasa pemerintahan
British juga membawa kepada penggunaan bahasa sendiri dalam kalangan masyarakat sendiri.

6
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

Ini telah membawa kepada kepelbagaian bahasa dan etnik sehingga menjadi suatu masyarakat
pluraliti. Tanpa bahasa yang menghubungkan antara kaum-kaum ini, pergaulan sosial dan
ekonomi tidak akan berlaku. Justeru itu, sejak dari zaman kegemilangan kerajaan Melayu pada
masa itu, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca untuk memudahkan perhubungan,
menjaga keharmonian hidup bersama dan memastikan keamanan terjamin (Shamsul Amri
Baharuddin, 2001).

3.3 Pendidikan
Pendidikan berpotensi menjadi jurang pemisah antara kaum dan berpotensi memecah-belahkan
rakyat. Mior Khairul Azrin (2011) menjelaskan bahawa pendidikan berhubungkait dengan
taraf sosio-ekonomi sesebuah bangsa. Misalnya, pendidikan dalam bahasa Inggeris semasa
pemerintahan British telah menyebabkan jurang pemisahan antara bangsa Melayu, Cina dan
India. Orang Melayu kecuali golongan yang berada kurang berpeluang mengikuti sistem
pendidikan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu, mereka tidak dapat memegang jawatan
penting dalam pentadbiran Inggeris. Justeru itu, kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung
di kawasan luar bandar dalam keadaan kemiskinan. Perbezaan status sosio-ekonomi ini
menyebabkan perpecahan antara kaum dan berpotensi mewujudkan keadaan yang tidak
harmoni.

Selain itu, sistem pendidikan yang berbeza-beza memberikan pendoktrinan yang


berlainan. Sekolah vernakular Cina dan India mengutamakan pengajaran kepada negara asal
dan dengan itu, perasaan taat setia kepada negara asal adalah tinggi sedangkan untuk negara
Malaysia, semangat patriotik itu tidak wujud. Tanpa kesetiaan kepada negara, rakyat tidak
berkerjasama untuk mencapai perpaduan dan keharmonian nasional (Mahzan Arshad, 2010).

7
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

4.0 Sumbangan Etnisiti, Bahasa dan Pendidikan kepada Perpaduan dan


Keharmonian Nasional di dalam Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia

4.1 Sumbangan Etnisiti


Etnisiti atau diversiti kaum di Malaysia menjadi salah satu komponen penting dalam
pembangunan konsep 1Malaysia yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian
nasional. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan pada tahun 1971
menunjukkan kepentingan etnisiti di Malaysia di mana dasar ini berasaskan kepada penyerapan
budaya pelbagai kaum menjadi satu budaya nasional. Osman Chuah (2012) menyatakan
bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan keunikan budaya dan ini penting
untuk mewujudkan diversiti budaya yang akan menjadikan negara ini lebih kuat dengan
sumber budaya yang berpotensi untuk pelbagai matlamat.

Menurut Shamsul Amri (2012), ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ atau ‘unity
in diversity’ menerangkan tentang keupayaan kelompok Malaysia yang mempunyai kehidupan
yang berbeza-beza dalam sebuah masyarakat tetapi mempunyai rasa kesatuan yang merentas
pemisahan fizikal dan psikologikal serta metafizikal. Perpaduan pelbagai etnik ini dapat
berlaku kerana keupayaan manusia mengurus dan menyusun dari segi abstrak dan nyata
perbezaan sosial seperti etnik, agama, bahasa dan sebagainya yang berlaku antara mereka.
Apabila rakyat Malaysia menghargai keunikan setiap etnik, mereka bukan sahaja bangga
dengan pluraliti negara-bangsa sendiri tetapi bersatu-padu menjaga perpaduan dan
keharmonian antara kaum (Syed Husin Ali, 2008).

4.2 Sumbangan Bahasa

Di dalam sebuah masyarakat majmuk, dasar bahasa yang digunakan oleh setiap rakyat adalah
penting untuk menyatu-padukan rakyat. Penggunaan bahasa yang melambangkan sesebuah
kumpulan etnik dapat mewujudkan konflik antara rakyat. Namun, penggunaan satu bahasa
rasmi daripada sebuah kumpulan etnik terbesar dapat menyatu-padukan pelbagai etnik dalam
negara-bangsa itu. Oleh itu, Malaysia mempunyai dasar bahasa untuk menyelesaikan hubungan
antara etnik dalam masyarakat pluralistiknya (Shamsul Amri, 2012). Pada masa yang sama,
penetapan kepada hanya satu bahasa sahaja akan menyebabkan etnik lain berasa tersisih dan
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Oleh itu, peluang menggunakan bahasa ini secara
terbuka masih berlaku di Malaysia. Sekolah-sekolah vernakular Cina dan India menggunakan

8
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

bahasa pengantar masing-masing untuk mata pelajaran teras tetapi mewajibkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu (Osman Chuah, 2012). Selain itu, bahasa-bahasa etnik seperti
Bahasa Kadazan/Dusun dan Bahasa Iban menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan
sekolah rendah untuk memberi peluang kepada rakyat yang menggunakan bahasa ibunda
tersebut maupun mereka yang ingin belajar bahasa selain bahasa ibundanya. Maka itu, tidak
menghairankan bahawa orang bukan Cina menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-
sekolah vernakular Cina. Ini kerana kelebihan belajar bahasa selain bahasa Melayu dianggap
memberi kelebihan dari segi ekonomi.

4.3 Sumbangan Pendidikan

Pendidikan adalah usaha yang disengajakan bagi membangunkan insan yang akan mengambil
bahagian dalam masyarakat sebagai rakyat yang produktif. Malaysia telah melabur dalam
pendidikan yang menekankan kepada kewujudan bersama secara aman dan penerimaan kepada
kepelbagaian budaya (Al-Anbouri, 2009). Kurikulum pendidikan nasional dan sivik di
Malaysia bertujuan untuk mencapai perpaduan bangsa yang paling tinggi, mengekalkan cara
hidup demokratik, menggalakkan keadilan sosial dan menjamin kebebasan agama,
kepercayaan budaya dan tradisi pelbagai dalam masyarakat Malaysia. Sistem pendidikan
menjadi asas utuk menerapkan nilai dan etika yang akan mencorakkan ciri-ciri bangsa,
pembangunannya dan keutuhan sosialnya (Fakhri, 2012).

Benih-benih perpaduan nasional seharusnya disemai sejak dari kecil dan pendidikan
menjadi wahana terpenting untuk penerapan nilai ini. Beberapa mata pelajaran di sekolah
seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, Kajian Tempatan dan Sejarah
memberikan pengisian secara langsung untuk mendoktrinkan konsep perpaduan dan
keharmonian antara kaum (Ghee et al., 2009).

9
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

5.0 Cadangan Aktiviti kepada Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN)

Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) ditubuhkan dengan tujuan untuk pengukuhan
penyatuan nasional dalam menangani polarisasi dan membina bangsa Malaysia yang hidup
dalam perpaduan dan keharmonian. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Majlis
Perundingan Perpaduan Nasional ini bagi mengeratkan lagi hubungan etnik, melenyapkan
jurang pemisahan dan menggalakkan usaha bersama mencapai keamanan dan kemajuan
negara. Tiga aktiviti dicadangkan seperti berikut:

5.1 Menyediakan Banyak Pertandingan Berunsurkan Budaya

Bagi menggalakkan penerimaan kepelbagaian etnik di negara ini, MPPN boleh menjadi badan
yang paling sesuai untuk menganjurkan pertandingan berunsur budaya seperti pertandingan
nyanyian, tarian, drama, fesyen dan sebagainya yang menonjolkan aspek 1Malaysia. MPPN
boleh meletakkan syarat pertandingan seperti ahli dalam setiap kumpulan terdiri daripada
pelbagai kaum, bahan budaya yang dipertandingkan merangkumkan aspek kepelbagaian
budaya dan sebagainya. Aktiviti seperti ini boleh dianjurkan untuk peringkat prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga ke peringkat tertiari. Penglibatan pelajar-
pelajar dalam aktiviti-aktiviti seperti ini menggalakkan kerjasama, penerimaan keunikan
kepelbagaian etnik di negara ini dan mempromosikan hidup bertoleransi dan menghargai
budaya masing- masing.

5.2 Menyediakan Kelas-Kelas Belajar Bahasa Secara Percuma kepada Awam

MPPN juga merupakan badan yang paling sesuai untuk menggalakkan penerimaan rakyat
tentang kepelbagaian bahasa kaum-kaum di negara ini. Oleh itu, badan ini menerima peranan
bahasa dalam memupuk perpaduan dan keharmonian nasional. Dengan membuka kelas-kelas
Bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa Kadazan/Dusun, Bahasa
Bajau, Bahasa Iban dan sebagainya akan membolehkan rakyat tanpa mengira latar belakang
budaya dan kaum untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Kemahiran dan penguasaan
bahasa ini memberikan lagi keunikan bangsa Malaysia yang boleh bertutur pelbagai bahasa.

10
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

5.3 Mewujudkan Pusat Kepelbagaian Budaya di Setiap Negeri dan Daerah

Warisan budaya adalah kekuatan sebuah negara pluralistik seperti Malaysia. Pusat
Kepelbagaian Budaya ini adalah usaha untuk memelihara warisan pelbagai kebudayaan di
negara ini. Pusat ini juga menjadi tempat melaksanakan pelbagai kegiatan yang boleh
mengeratkan hubungan etnik seperti pertandingan, persembahan, dialog, persidangan, taklimat
dan sebagainya. Pusat ini juga boleh berfungsi sebagai pusat informasi tentang pelbagai budaya
negara ini, maklumat tentang aktiviti-aktiviti tempatan, daerah, negeri dan seluruh negara
bukan sahaja untuk rakyat tempatan tetapi pelancong asing. Dengan mewujudkan Pusat
Kepelbagaian Budaya di setiap negeri dan daerah, ini dapat menunjukkan keseriusan kerajaan
memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat dengan konsep 1Malaysia iaitu kesepaduan
dalam kepelbagaian.

11
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

6.0 Kesimpulan

Kertas tugasan ini memberi kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan perpaduan dan
keharmonian untuk menjaga keamanan dan kemajuan negara. Perpaduan dan keharmonian ini
adalah kritikal kepada negara majmuk dan pluralistik seperti Malaysia yang sedang mengejar
status negara maju menjelang tahun 2020. Terdapat banyak faktor yang boleh menggugat dan
memupuk perpaduan dan keharmonian negara-bangsa. Di dalam kertas tugasan ini, tiga faktor
dibincangkan dengan agak mendalam iaitu faktor etnisiti, bahasa dan pendidikan. Penerangan
dan huraian tentang ketiga-tiga faktor ini menunjukkan bahawa jika faktor-faktor ini ditangani
dengan bijak dan secara strategik, perpaduan dan keharmonian bangsa dapat dicapai.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini telah menunjukkan banyak


pencapaian dan kemajuan dalam pembentukan masyarakat madani yang berpaksikan kepada
perpaduan dan keharmonian nasional. Malah, Malaysia menjadi satu negara model kepada
negara-negara lain yang masih bergelumang dengan pelbagai konflik etnik sehingga membawa
kepada peperangan dan ketidaktenteraman di negara sendiri. Walau bagaimanapun, usaha
memupuk perpaduan dan keharmonian ini perlu diteruskan memandangkan cabaran globalisasi
masa kini semakin mendorong kepada begitu senangnya perpaduan dan keharmonian yang
dimeterai sekian lama terlerai oleh tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Justeru itu,
badan-badan kerajaan seperti MPPN memainkan peranan yang penting untuk terus
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh menjamin perpaduan dan keharmonian yang
berterusan.

[2,753 patah perkataan]

12
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

RUJUKAN

Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh, Jabil Mapjabil, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohamad Pirdaus
Yusoh (2011). Persepsi komuniti tempatan terhadap pelancongan budaya di Wilayah
Utara Semenanjung Malaysia, Prosiding Perkem VI, Jilid 2: 459 – 466

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2013). Negara akan terus maju jika perpaduan kaum
dapat dikekalkan, mStar, dimuat turun dari:
http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-
perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan/

Al-Anbouri, A. (2009). Malaysia: An experience in religious and cultural Coexistence.


Tadamun Journal. No.9 P. 22-37.

Chandra Muzaffar. (2010). Widening income inequality: A challenge to 1 Malaysia. Dari: from
http://www. Malaysianinsider.com

Denison Jayasuria. (2010). National Unity Advisory Panel: Opportunities and challenge in a
multi-ethnic society. Dalam Ho Khek Hua, Sivamurugan Pandian, Hilal Hj. Othman &
Ivanpal Singh Grewel (Eds.). Managing success in unity (pp.168-193). Putrajaya:
Department of National Unity and Integration

Fakhri R. K. (2012). The Malaysian experience in developing national identity, multicultural


tolerance and understanding through teaching curricula: lessons learned and possible
applications in the Jordanian context, International Journal of Humanities and Social
Science, Vol. 2, No. 1, January, 270 - 288

Ghee, Lim Teck. (et al.) (eds.) (2009). Multiethnic Malaysia: Past, Present and Future.
Malaysia Institute of Development and Asia Studies (MIDAS) at UCSI University,
Kuala Lampur.

Jabatan Perdana Menteri (2010). Chapter 4, Building 1Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan
Perdana Menteri

Khairul, Anuar Shamsuddin, Ong, J. H. L. & Ahmad Azan Ridzuan (2015). Malaysia: ethnic
issues and national security, International Journal of Humanities and Social Science,
Vol. 5, No. 9(1), September: 136 - 143

Lei Wei Chang, Baharuddin Azizan & Muhammad Amran (2013). National unit at the
university level: importance of civilisational dialogue and way forward, European
Scientific Journal, December, Special, Vol. 4: 173 – 187

Mahzan Arshad. (2010). Sejarah Prinsip Asas dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Satu
Penilaian. Kertas kerja dibentangkan pada Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya]
di Kuala Lumpur, Malaysia

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran,
dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional, Sosiohumanika, 4(1).

Mohamed Yusoff Ismail (2003). Pendahuluan: Perpaduan Negara dan Pembentukan Bangsa
Malaysia, Membina Bangsa Malaysia. Jilid 1, 2003. Jabatan Perpaduan Negara.

13
MPW 1133/2133 MALAYSIAN STUDIES

Osman Chuah Abdullah (2012). Unity and harmony in Malaysia: problems and challenges,
British Journal of Science, July, Vol 6(1): 28 – 37

Shamsul Amri Baharuddin (2001). Pembentukan identiti: sebuah wacana. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Shamsul Amri Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Ministry of Higher
Education.

Shamsul Amri Baharuuddin (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Sivamurugan Pandian (2010). Managing diversity: From independence to 1 Malaysia, Dalam


Ho Khek Hua, Sivamurugan Pandian, Hilal Hj. Othman & Ivanpal Singh Grewel (Eds.),
Managing success in unity (pp. 210-244), Putrajaya: Department of National Unity and
Integration 2010

Suhana Saad (2012). Re-building the concept of nation building in Malaysia, Asian Social
Science, Vol. 8, No. 4, April, 115 – 123

Syed Husin Ali. (2008). Ethnic Relations in Malaysia, Kuala Lumpur: Strategic Information
Research Development

Yahaya Ibrahim. (2008). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

14

You might also like