Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Baka dan


Persekitaran (Nature and Nurture)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan
kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima
aspek ini pula adalah berasakan kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh
faktor baka dan faktor persekitaran.

BAKA (NATURE)
Baka ialah pewarisan keturunan. Ianya juga dianggap sebagai perhubungan
genetik di antara generasi manusia.
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889). Menurut Ee Ah
Meng (2005) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka
menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli
dalam satu kumpulan keluarga .

Faktor baka (nature) lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein
terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam
nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan memberi sifat unik kepada setiap manusia.
Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh
faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh ialah saiz badan, ketinggian dan
rambut.
3.2 PERSEKITARAN (NURTURE)

Menurut Kamaruddin Hj Husin (1998), Normal L Munn telah mengatakan


persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan.
Sementara itu W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran adalah segala kuasa
yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Menurut Amram
Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran individu dan faktor bakanya yang
bermula daripada peringkat persenyawaan.Faktor ini merujuk kepada keadaan
semasa proses perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, faktor persekitaran
ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a) Kategori Pralahir
Antaranya faktor yang mempengaruhi bayi ketika berasa dalam kandungan
ialah faktor usia. Usia ibu yang lanjut boleh mengakibatkan kecacatan mental bayi
atau tahap kecedasannnya kurang. Faktor kedua ialah faktor pemakanan. Semasa
mengandung ibu perlulah menjaga pemakanan kerana makanan yang seimbang
akan menjamin kesihatan dan pertumbuhan yang normal setelah bayi dilahirkan.
Begitu juga dengan emosi ibu ketika mengandung. Ibu yang berada dalam keadaan
tertekan, takut dan sebagainya berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang
sihat. Antara lain, penggunaan dahah turut mengakibatkan bayi terjejas dan
kemungkinan juga akan mengalami kecacatan. Pendedahan kepada x-ray yang
berlebihan juga boleh mengakibatkan bayi cacat jasmani dan mental.

b) Kategori Selepas Lahir


Kategori di mana bayi sudah dilahirkan. Keluarga, rakan sebaya, status sosio-
ekonomi, kebudayaan, guru dan sekolah dan banyak lagi merupakan faktor
perkembangan kanak- kanak selepas lahir. Perbezaaan gaya hidup sesebuah
institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-
ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar
perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan
membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta
kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu
memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup
yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga
kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif
dan sempurna.Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-
kanak. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak
sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

You might also like