Karangan Jenis Syarahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Karangan Jenis Syarahan.

(UPSR)

Penerangan.

*Karangan ini biasanya disampaikan untuk pertandingan.

*Karangan jenis ini memerlukan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada hadirin. Jika untuk
pertandingan, perlu menyebt ungkapan “para hakim”. Contoh:

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru besar, guru-guru penolong kanan, para hakim
yang adil, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

*Gunakan ungkapan “hadirin yang dikasihi” atau yang seumpama dengannya untuk mewujudkan
suasana bersyarah.

*Kata alu-aluan dianggap pendahuluan. Lafaz “terima kasih” pada akhir syarahan dianggap penutup.
Murid perlu mencari empat idea lagi untuk ditulis dalam empat perenggan.

*Perenggan kedua, iaitu idea pertama biasanya menyatakan hasrat untuk menyampaikan syarahan
dan sedikit keterangan tentang tajuk.

*Perenggan kedua, iaitu idea pertama biasanya menyatakan hasrat untuk menyampaikan syarahan
dan sedikit keterangan tentang tajuk.

*Murid boleh menyertakan kata-kata hikmah atau peribahasa yang bersesuaian dalam syarahan.

Format permakahan (Maksimum: ditolak 3 markah)

*Menulis dalam bentuk karangan biasa


(Ditolak 3 markah)

*Tanpa kata-kata menghadap majlis


(Ditolak 1 markah)

*Tanpa kata-kata penutup


(Ditolak 1 markah)

Contoh 1.

Kamu telah memasuki satu pertandingan syarahan. Tajuk yang ditetapkan ialah “Faedah-faedah
Menguasai Lebih daripada Satu Bahasa”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Rangka karangan.

Pendahuluan

Kata alu-aluan.

-Ucap selamat sejahtera.

-Tajuk syarahan.

Idea
1)Masyarakat mampu menguasai Bahasa Malaysia.

-Satu bahasa mewujudkan perpaduan kaum.

-Wajar menguasai lebih daripada satu bahasa.

2)Mudah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

-Banyak rujukan dalam bahasa inggeris.

-Mudah untuk membuat rujukan.

3)Memudhkan kita untuk berkomunikasi.

-Boleh bertegur sapa dengan bbangsa lain.

-Ramai yang menyukai kita.

4)Mudah untuk mencari kerja.

-Syarikt berurusan dengan perbagai bangsa.

-Mudah berurusan.

Penutup

Penegasan tajuk.

-Serangkap pantun.

-Ucapan terima kasih.

Contoh Karangan: Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
guru-guru penolong kanan, guru-guru, para hakim, dan rakan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada
Satu Bahasa”.

Boleh dikatakan rata-rata rakyat Negara ini mampu menguasai bahasa Malaysia
dengan baik. Sebagai bahasa rasmi, penggunaan satu bahasa penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Walaupun begitu kita wajar menguasai
bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris,bahasa Mandarin, dan bahasa
Tamil.
Hadirin yang dimuliakan,
Apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa, mudahlah untuk kita
menambahilmu pengetahuan. Sebagai contoh, banyak bahan rujukan terdapat
dalam bahasa Inggeris. Apabila kita menguasai bahasa tersebut, ini memudahkan
kita untuk membuat rjukan sekaligus kita tidak ketinggalan dalam memperoleh
maklumat yang terkini.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa juga memudahkan kita berkomunikasi
dengan orang lain. Jika kita bertemu dengan bangsa-bangsa lain di atas angin,
Bolehlah kita bertegur sapa dalam bahasa mereka. Keramahan kita melayan
seseorang itu akan menyebabkan ramai orang menyukai kita.

Hadirin yang dikasihi,


Selain itu, mereka yang mengusai lebih daripada satu bahasa mudah untuk
mencari pekerjaan. Banyak syarikat berurusan dengan perbagai bangsa. Apabil
mengetahui banyak bahasa, mudaklah seseorang itu untuk berurusan dengan orang
ramai.
Jelaslah kepada kita akan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menguasai
lebih daripada satu bahasa. Sebelum saya mengundurkan diri, dengarlah serangkap
pantun yang berbunyi:

Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan,


Bahasa inggeris kuasai minda;
Banyak bahasa memudahkan perjalanan,
Perjalanan memburu kejayaan berganda.

Sekian, terima kasih.

You might also like