Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1) Sebelum Memulakan

Aktiviti Berkebun

 Murid hendaklah memakai


baju T-Shirt dan seluar panjang.
 Murid hendaklah memakai
kasut sukan dan bersarung kaki.
 Murid hendaklah memakai
kasut but getah.
 Murid hendaklah memakai
sarung tangan getah.
 Murid hendaklah memakai
topi bulat untuk berkebun.
2) Semasa Melakukan Aktiviti Berkebun

 Murid menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.


 Murid mengikuti semua arahan guru sebelum
menjalankan aktiviti kerja di kebun.
 Murid dilarang berlari atau membuat bising semasa
berkebun.
 Murid boleh duduk di kerusi sambil berkebun seperti
mencabut rumput.
 Menggunakan peralatan yang betul dan sesuai semasa
berkebun seperti menggunakan pencakar tangan untuk
menggembur tanah.
 Elakkan menggunakan peralatan yang rosak kerana akan
membahayakan keselamatan diri.
 Murid mengambil barang di dalam bilik stor sambil diawasi
oleh guru.
 Murid hendaklah memakai memakai kasut but bergetah
apabila diperlukan seperti mecangkul tanah.
 Murid hendaklah memakai sarung tangan bergetah
apabila menggunakan pencakar tangan seperti semasa
menggempur tanah.
 Murid hendaklah memakai sarung tangan dan topeng
muka semasa menyembur racun perosak serangga
sambil diawasi oleh guru.
3) Selepas Melakukan Aktiviti Berkebun

 Murid hendaklah berhenti menjalankan aktiviti berkebun


apabila guru memberikan arahan untuk berhenti melakukan
aktivti berkebun.
 Murid akan membersihkan peralatan yang kotor sebelum
disimpan di dalam bilik stor.
 Murid hendaklah memastikan semua sampah dimasukkan di
dalam tong sampah sebelum meninggalkan kawasan
perkebunan.
 Sebelum meninggalkan kawasan perkebunan, murid
hendaklah memastikan kawasan perkebunan dalam
keadaan bersih dan selamat.
 Murid akan melakukan pemeriksaan seperti tiada peralatan
tajam dan bahaya bertaburan di kawasan perkebunan. Jika
ada, murid hendaklah menyimpannya di dalam bilik stor.
 Murid hendaklah membersihkan tangan untuk membuang
kotoran setelah selesai melakukan aktiviti perkebunan.
 Sambil membasuhkan tangan, murid hendaklah
menggunakan sabun untuk menghilangkan segala
kekotoran di celah-celah jari supaya tangan bersih
sepenuhnya.

You might also like