Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pada 14 March 2017, iaitu hari Selasa ,saya bersama beberapa orang pelajar telah mambuat

satu aktiviti menbersihkan dan mengemaskan kelas.Di bawah pimpinan guru tingkatan saya,
iaitu Miss Niwa, semua pelajar dari kelas saya iaitu 4SA berkumpul di dalam kelas.Kami
dikehendaki untuk membersih serta mencantikkan kelas kami pada pukul 9.30 pagi.

Sebelum memulakan kerja, saya telah dilantik ketua kumpulan saya, pada masa yang sama
juga, saya telah menunjukkan sifat kepimpinan saya. Selaku ketua kumpulan, semasa aktiviti
dijalankan pada hari Jumaat, saya bertanggungjawab memastikan agar saya dapat mengawal
keadaan ahli-ahli kumpulan saya melaksanakan kerja mereka masing-masing. Sebelum kerja
dimulakan, saya juga menyumbang tenaga memastikan agar penyapu secukupnya.

Saya juga memainkan peranan saya tersendiri semasa guru telah memberi tugas pertama
kepada kumpulan saya. Dalam tugas itu, saya bertoleransi ketika kerja dijalankan .Kawan-
kawan saya memberikan kerjasama yang tinggi ketika menyiapkan tugas mereka.

Semasa guru memberikan tugas kedua iaitu mengemaskan kerusi dan meja, saya telah
melaksanakan tugas saya sebagai ketua kumpulan dengan menyumbang idea dengan memberi
kumpulan kepada setiap orang untuk menjalankan tugas dengan cekap. Saya rajin menyapu
lantai sehingga kelihatan bersih supaya dapat memuaskan hati guru serta mencipta suasana
belajar yang selesa.

Akhirnya, saya meluangkan masa untuk memastikan agar segala kerja yang diberi kepada
kumpulan saya telah disiap serta lengkap sebelum melaporkan kepada guru tingkatan. Ketika
aktiviti dijalankan, saya juga berprihatin terhadap rakan sekelas saya apabila saya meminta
seorang rakan saya untuk mengambil gambar supaya ahli-ahli kumpulan saya yang belajar
Pendidikan Moral dapat menyelesaikan laporan kerja amal mereka masing-masing.

Saya berasa insaf tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik kelas saya. Hal
ini turut memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas menjaga bilik kelas bukan sahaja
terletak di tangan guru dan para pekerja sekolah, sebaliknya juga memerlukan bantuan serta
kerjasama daripada para pelajar. Dalam hal ini, saya sedar bahawa setiap pelajar mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan bilik kelas mereka masing-masing sentiasa bersih dan selesa
ketika guru mengajar.Saya mendapat iktibar tentang sebagai pelajar, kita wajar mengamalkan
nilai menyayangi dan menghargai kemudahan yang ada di bilik kelas kita, iaitu sentiasa menjaga
dan memulihara kebersihan dan keceriaan bilik kelas mereka.Akhirnya, saya bersyukur kerana
aktiviti kerja amal ini telah mengubah sikap saya supaya sentiasa menjaga dan meghargai
kebersihan dan keceriaan bilik kelas saya.

You might also like