Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

NAMA PEMOHON : NURUL WAHIDA BINTI HAMDAN

2.NAMA PENYELIA : DR NOORAIDA BINTI YAKOB

3.PERINGKAT PENGAJIAN DAN BIDANG YANG DIPOHON: SARJANA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN KURIKULUM)

4.PENGESAHAN PENYELIA DENGAN COP RASMI DAN NAMA PENYELIA:


KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

KESAN PEMBELAJARAN JIGSAW II TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS

TINGGI (KBAT) DAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) TOPIK TENAGA DALAM

KALANGAN MURID

TAHUN 5

OLEH

NURUL WAHIDA BINTI HAMDAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2018
1.0 TAJUK

KESAN PEMBELAJARAN JIGSAW II TERHADAP KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)

DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TOPIK TENAGA DALAM

KALANGAN MURID TAHUN 5

2.0 OBJEKTIF

Secara khusus, objektif kajian adalah untuk:

i. Untuk mengenal pasti kesan pembelajaran Jigsaw II terhadap KPS dalam topik tenaga.

ii. Untuk mengenal pasti kesan pembelajaran Jigsaw II terhadap KBAT dalam tenaga.

3.0 KAJIAN KESUSASTERAAN

Teknik Jigsaw yang asal diperkenalkan Aronson (Slavin (1990)). Teknik ini mengandungi

dua jenis kumpulan iaitu kumpulan pembelajaran dan kumpulan pakar. Di dalam kumpulan

pembelajaran, setiap ahli dipertanggungjawabkan untuk menguasai satu tajuk kecil yang berbeza

antara ahli. Di dalam kumpulan pakar mereka akan belajar bersama-sama untuk menguasai tajuk

tersebut. Setelah itu setiap ahli kembali kepada kumpulan pembelajaran masing-masing untuk

mengajar rakan kumpulan.

Noor Hidayah Ibrahim (2017) dalam kajiannya yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap

kesedaran kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar aliran sains serta hubungan antara

kedua-duanya. Kajian ini melibatkan 145 orang pelajar daripada sekolah di daerah Bentong,

Pahang. Instrumen yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data kajian ialah soal selidik dan data

dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Analisis data kajian ini menunjukkan tahap penguasaan

kemahiran berfikir aras tinggi pelajar adalah baik. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan
tahap pendidikan. Seterusnya, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesedaran strategi

metakognitif dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar aliran sains. Kajian ini juga

mencadangkan agar strategi metakognitif dapat dijadikan salah satu unsur penting yang perlu

diterap dan diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah terutamanya

dalam konteks meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.

Perubahan dalam kurikulum Sains merupakan gelombang perubahan yang perlu dalam

memastikan sistem pendidikan Sains negara bergerak seiringan dengan perubahan zaman dan selari

dengan Falsafah Pendidikan Sains Negara yang menghasratkan pemupukan Budaya Sains dan

Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu agar dapat menguasai ilmu

sains (BPK, 2012b, p.v). Untuk menguasai ilmu sains, murid perlu dipupuk dengan kemahiran

proses sains yang membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari

jawapan secara bersistem (BPK, 2012b, p.8). Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang

digunakan oleh para saintis untuk mengkaji dan menyiasat sesuatu masalah, isu, persoalan atau

fenomena sains.

Topik tenaga merupakan salah satu sub topik yang terkandung dalam Dokumen Standard

Kurikulum Sains Tahun 5 (KPM, 2011). Menurut Zografakis et al. (2008), pendidikan berperanan

penting untuk meningkatkan pencapaian murid sama ada di peringkat sekolah rendah atau

menengah dan masyarakat terhadap pengetahuan tenaga. Kurikulum sains di sekolah mempunyai

matlamat untuk menyediakan murid dengan pengetahuan tenaga, konsep tenaga dan isu-isu

berkaitan tenaga agar generasi akan datang juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki dari

sumber alam ini (Barrow & Morrisey, 1989; Farhar, 1996; Hofman, 1980; Solomon, 1992;

Solomon, Pasqualetti & Luchsinger, 2003).

4.0 TUJUAN/ OBJEKTIF PENYELIDIKAN


Hasil kajian ini adalah untuk melihat kesan pembelajaran Jigsaw II terhadap KPS dan

KBAT dalam topik Tenaga di kalangan murid Tahun 5. Walaupun keputusan kajian ini nanti tidak

menggambarkan keadaan sebenar prestasi murid kerana sampel hanya melibatkan sekolah

kebangsaan di Pulau Pinang, namun diharapkan kajian ini dapat membantu kajian-kajian yang

seterusnya nanti dalam menjadikan pembelajaran Jigsaw II (pembelajaran abad 21) salah satu cara

yang berkesan dalam PdPc.

Dapatan kajian ini juga diharap berguna kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah dalam

melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan lagi tahap kesediaan guru sains terhadap KBAT

dan KPS. Selain itu, hasil kajian memberikan kepentingan kepada golongan dalam sistem

pendidikan itu sendiri iaitu pihak penyelidik, guru dan murid sekolah rendah.

5.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

5.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk eksperimen kuasi yang dilaksanakan adalah berbentuk satu kumpulan ujian

pra–ujian pos pengukuran berulang terhadap variabel bersandar (Campbell & Stanley,1963;

Cohen, Manion & Morrison, 2001; Heward et al., 2005). Pengukuran berulang dilakukan untuk

memperbaiki kelemahan dalam reka bentuk kajian yang tidak mempunyai kumpulan kawalan dan

gagal membentuk keseimbangan kumpulan kawalan (Best & Kahn, 2008).

5.2 Populasi Dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini, populasi merujuk kepada kumpulan sasaran yang digunakan dalam kajian

dan hasil kajian digeneralisasikan berdasarkan kumpulan sasaran ini (Gay, Mills & Airasian, 2006).

Seterusnya maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat generalisasi bagi populasi

(Cohen, 2003; Gay, et al., 2006). Dalam kajian ini, populasi dilakukan ke atas murid-murid sekolah

rendah di salah sebuah sekolah daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Sampel kajian yang dipilih adalah

terdiri daripada 60 orang murid dari sekolah yang dipilih sebagai kumpulan eksperimen. Saiz
sampel minima untuk kajian ekperimental adalah 30 orang (Krejcie & Morgan, 1970; Best & Kahn,

2006).

Pemilihan murid adalah berdasarkan (i) Murid tahun 5 sekolah rendah kebangsaan dan (ii)

Murid yang lemah di dalam matapelajaran Sains (Gred B) dan berpotensi untuk berjaya serta

dipersetujui bersama pihak pentadbiran sebelum rawatan diperkenalkan. Rasional pemilihan murid

yang lemah (Gred B) kerana berpotensi untuk cemelang dalam pencapaian UPSR (2019). Pemilihan

sampel adalah secara pensampelan purposif atau pensampelan bertujuan (Azizi Yahya et al., 2006;

Best dan Kahn, 2006).

5.3 Instrumen Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan Jigsaw II terhadap KPS dan KBAT dalam

topik Suhu dan Haba di kalangan murid Tahun Lima. Bagi mendapatkan data kajian, instrumen

yang digunakan adalah;

8.3.1 Soal selidik kemahiran proses sains asas (KPSA) (rujuk lampiran A)

8.3.2 Ujian KBAT dalam topik Suhu dan Haba- (rujuk lampiran B)
5.4 Prosedur Kajian

Meminta kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pulau


Pinang (JPNPP)

Seramai 60 orang responden terlibat beserta guru sains

Bengkel Latihan Guru

1 minggu sebelum
rawatan minggu

Ujian Pra Kumpul dan


analisis data

8 minggu
PdPc Jigsaw II

2 minggu
Kumpul dan
selepas rawatan analisis data
Ujian Pos

6 minggu Ujian Pos lanjutan


selepas
rawatan

Laporan Kumpul data

Analisis Data
Rajah 5.4 : Carta Alir Prosedur Kerja
6.0 HIPOTESIS KAJIAN

7.0 Kajian ini melibatkan pengujian hipotesis seperti berikut:

Ho1 : Tidak Terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan

dan eksperimen terhadap KPS dalam kalangan murid tahun 5 yang

mengikuti pembelajaran Jigsaw II.

Ho2 : TidakTerdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan

dan eksperimen terhadap KBAT dalam kalangan murid tahun 5 yang

mengikuti pembelajaran Jigsaw II.

8.0 PERANCANGAN PENYELIDIKAN DARI AWAL SEHINGGA TAMAT

Bahagian ini menerangkan prosedur yang dilakukan sepanjang proses kajian

dilaksanakan. Ia bermula dengan analisis keperluan sehingga kesemua data atau maklumat

yang diperoleh dianalisis.Kajian ini dilaksanakan secara berperingkat melalui lima fasa.

Huraian terperinci berhubung setiap fasa adalah seperti berikut:

8.1 Fasa Pertama

FasapertamamelibatkanrekabentukJigsaw II.

8.2 Fasa Dua

Surat kebenaran untuk membuat kajian rintis dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau

Pinang dipohon. Setelah mendapat kebenaran dari JPN Pulau Pinang, kajian rintis dilakukan

terhadap sekolah yang dicadangkan oleh JPN melibatkan;

i. Soal selidik kemahiran proses sains asas (KPSA) (rujuk lampiran A)

ii. Ujian KBAT dalam topik Suhu dan Haba (rujuk lampiran B)
8.3 (a) Fasa Tiga (Bengkel Latihan Guru)

Bengkel dianjurkan bagi melatih guru sebagai pemudahcara untuk murid melaksanakan

Jigsaw II. Guru yang terlibat diberi pendedahanmelalui bengkel latihan tentang pembelajaran

menggunakan Jigsaw II. Bengkel latihan telah dibangunkan untuk meningkatkan kefahaman

guru-guru tentang pengetahuan, amalan, dan penilaian murid-murid berkaitan KPS dan

KBAT. Bengkel latihan ini merangkumi pengenalan dan Jigsaw II, KPSA dan KBATserta

maklumat ringkas berkaitan topik Suhu dan Haba mengikut sukatan pelajaran sekolah

rendah.

8.4 Fasa Empat

Murid kumpulan rawatan adalah dari sebuah sekolah yang dipilih secara rawak di

Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Murid yang menerima rawatan Jigsaw IIditadbir dengan

ujian kemahiran proses sains dan ujian KBAT dalam topik Suhu dan Haba. Setelah itu, guru

yang berfungsi sebagai fasilitator memperkenalkan Jigsaw IIkepada murid dalam kumpulan

rawatan.Murid-murid melaksanakan aktiviti mengikut guru (rancangan pengajaran harian

yang diberi). Pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh kajian bagi memastikan pelaksanaan

intervensi adalah mengikut seperti yang dirancang.

8.5 Fasa Lima

Dalam fasa lima, murid-murid ditadbir dengan ujian pos dan soal selidik kemahiran

proses sains asas dan ujian KBAT topik Suhu dan Haba. Kesemua data dan maklumat

yang diperolehi dari setiap fasa yang dibincangkan di atas dibuat analisis untuk

mendapatkan interpretasi secara deskriptif dan inferensi.

9.0 JANGKAAN HASIL KAJIAN

Akhirnya, rumusan hasil kajian ini menegaskan bahawa kaedah Jigsaw II dapat

memberi kesan terhadap KBAT dan KPS topik Tenaga disamping menghasilkan murid yang

mempunyai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran Sains serta turut menguasai kemahiran
proses sains yang berupaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik yang

dipelajari. Murid yang berciri sedemikian rupa dijangka dapat menyumbang pembangunan

negara ke arah Transformasi Nasional 2050.

10.0 SUMBANGAN HASIL PENYELIDIKAN KEPADA NEGARA

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan

cabaran kini dan abad ke-21, guru memainkan peranan yang penting untuk mengupayakan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini membantu guru untuk meningkatkan

lagi amalan pendidikan Sains yang lebih berkesan. Hal ini demikian kerana kajian ini dapat

membantu guru dalam merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai mengikut kecerdasan

pelbagai yang ada dalam diri murid seperti yang disarankan oleh Howard Gardner (1983).

Justeru, kajian ini memberi panduan kepada guru untuk menerapkan pembelajaran sains

menggunakan Jigsaw II.

Hasil kajian ini juga membantu guru mengenal pasti lebih banyak aktiviti

pembelajaran yang boleh dibina dan dipelbagaikan. Kajian ini juga memberikan pendedahan

kepada guru untuk melaksanakan suatu aktiviti yang bersistematik dan terancang. Oleh itu,

kajian ini menyumbang dalam memberikan panduan kepada guru untuk menyediakan

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang mencabar keupayaan kognitif murid melalui kaedah

pengajaran dalam subjek sains khususnya untuk peringkat sekolah rendah.

Selain memberikan panduan kepada guru, dapatan kajian ini diharapkan dapat

meyakinkan pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk mengambil langkah

yang lebih serius ke arah meningkatkan potensi murid melalui pelaksanaan Jigsaw II untuk

menjalankan aktiviti PdPc yang lebih berkesan. Seperti yang dinyatakan oleh Fried Hoffer

(2007), pengajaran sains yang lebih menarik melibatkan pembelajaran berasaskan

pengalaman, inkuiri, aktiviti “hands-on” dan merupakan satu cara untuk meningkatkan
literasi saintifik kanak-kanak. Maka, kajian ini dapat menjadi rujukan kepada guru untuk

menyediakan pembelajaran sains yang lebih menarik.

11.0 PENUTUP KESIMPULAN

Kajian reka bentuk kuasi eksperimen ini adalah untuk mengenal pasti kesan Jigsaw II

terhadap KPS dan KBAT dalam topik Tenaga di kalangan murid tahun lima sekolah rendah.

Kesahandalamandanluarankajianamatdiberiperhatianagarancaman-ancaman yang

berkemungkinan wujud dapat dikurangkan. Selain itu, kebolehpercayaan instrumen-

instrumen juga ditentukan untuk memastikan instrumen-instrumen yang digunakan adalah

sesuai untuk ditadbir dalam kajian sebenar. Dalam mengenal pasti kesan Jigsaw II, dua orang

guru sains dan 60 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tempoh intervensi adalah selama 12

minggu. Soal selidik kemahiran proses sains digunakan untuk mengenal pasti tahap

penguasaan dan kemahiran proses sains mereka. Manakala, Instrumen Ujian KBAT

digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam topik

Tenaga.

12.0 SENARAI RUJUKAN

Ali EBrahim. (2010). The Effect Of Cooperatif Learning Strategies On Elementary Students’

Science Achievement And Social Skills In Kuwait. International Journal Of Science

And Mathematics Education, 10,293-314.

Gan Teck Hock. (2014). Kenali Pembelajaran Koperatif Cintai Pembelajaran Koperatif.

Maktab Perguruan Sarawak, Miri. Laporan Projek Sarjana Muda Pendidikan.

Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning Cooperative Learning Via Cooperative

Learning: A sourcebook of Lesson Plans for Teacher Education on Cooperative

Learning.Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.


Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1988). Cooperation In The Classroom.

Edina, Minnesota: Interaction Book.

Kagan, M., & Kagan, Spencer.(1994). Advanced Cooperative Learning: Playing With

Elements.Los Angeles, CA: Kagan Cooperative Learning.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Malaysia Education Blueprint 2013-2025:

Preliminary Report – Executive summary.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Malaysia Education Blueprint 2013-2025:

Preliminary Report – Executive summary.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Ringkasan Eksekutif :Pelan Pembanguan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 dari http://www.moe.gov.my

Ministry of Education. (2012). Malaysia Education Blueprint 2013-2025: Preliminary

Report–Executive summary.

Ministry of Education. (2012a). Malaysia Education Blueprint 2013-2025: Preliminary

Report–Executive summary.

Ministry of Education. (2012b). Basic School Information, January 2012. Educational

Planning and Research Division.

Norazilawati Hamzah, Nik Azmah Nik Yusof & Rosmidar Mansor (2013). Pelaksanaan

Pendekatan Konstruktivisme Dalam Matapelajaran Sains. Jurnal Pendidikan Sains

dan Matematik 2:1 darihttp://pustaka2.upsi.edu.my


Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof & Rosnidar Mansor. (2014). Pelaksanaan

Pendekatan Konstruktivisme Dalam Matapelajaran Sains. Jurnal Pendidikan sains

Dan Matematik Malaysia,2,1.

You might also like