Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teks pengerusi majlis persaraan Penolong Kanan Kokurikulum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, salam transformasi, salam 1Malaysia

Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Tn.Hj. Mohammed Nashan bin Singgan,

Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Latipah bt. Ahmad,

Yang Dihormati Penolong Kanan HEM, Puan Fuziah bt. Tuban,

Yang Diraikan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Kamariah bt. Muhd Kamil

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Normadiah bt. Abdul Rahim,

Barisan kepimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Rakan-rakan guru

dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat sama-sama berkumpul bagi meraikan satu
majlis yang menjadi titik pemisah antara kita, warga sekolah dengan seorang guru yang kita kasihi. Untuk
makluman semua, kita akan kehilangan salah seorang pentadbir sekolah, iaitu Penolong Kanan
Kokurikulum, Puan Kamariah bt. Mohd Kamil.

Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan persaraan Puan Kamariah tetapi bagi meraikan jasa
beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Sebelum majlis dimulakan, eloklah dulu kita menadah tangan mengaminkan doa supaya majlis ini
diberkati. Oleh itu saya mempersilakan Ustaz Mohd Rashid untuk membacakan doa, Dipersilakan.

Terima kasih Ustaz Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Kampong Jawa, En.
Rezuali. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Rezuali atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya, saya dengan segala hormatnya menjemput tuan pengetua, Tn. Hj. Mohammed Nashan
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan beliau itu tadi.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menjemput PuanKamariah, berikut merupakan sedikit maklumat tentang beliau sebelum
mencurahkan bakti di SMK Kampong Jawa. Pn. Kamariah dilahirkan di Kampung Sijangkang, Kuala Langat
pada 11 April 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Sijangkang dan SMK Teluk Panglima Garang
sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Bahasa Kuala Lumpur dalam bidang TESL. Seterusnya beliau
menyambung lagi pelajarannya dalam bidang pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama
sebelum mendapat sarjana pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa.

Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegang kepada prinsip hidupnya yang suka berterus
terang dan hanya percaya kepada kejujuran, beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut
dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka
dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang
terbaik kepada semua anak didiknya.

Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru penolong kanan kokurikulum pada tahun 2008 di
Sekolah Teknik Klang sebelum berpindah ke SMK Kampong Jawa pada awal tahun 2014. Di sinilah
destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia persaraan 57 tahun. Sikap
keprihatinannya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia. Sentiasa ikhlas
menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu danwang ringgit. Banyak masanya
dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru.

Oleh itu, dengan segala hormatnya, saya mempersilakan Puan Kamariah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Kamariah.

Hadirin sekalian,

sebelum kita pergi lebih jauh, pihak majlis ingin melunaskan hajat seorang murid pendidikan khas yang
ingin mendedikasikan sajaknya kepada Yang diraikan Puan Kamariah. Dengan itu, saya mempersilakan
Adik Akil dari Kelas Pendidikan Khas naik ke pentas.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda sanjungan budi daripada warga SMK Kampong Jawa, pihak majlis dengan rasa sukacita
dan berbesar hati ingin memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Kamariah. Saya
mempersilakan Tuan Pengetua mengiringi Puan Kamariah untuk menerima hadiah. Dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata hasil sumbangan murid-murid SMK Kampong
Jawa.

Dipersilakan wakil Majlis Presiden.

Dipersilakan wakil Pengawas Pusat Sumber.

Dipersilakan wakil Badan Pengawas SMK Kampong Jawa.

Dipersilakan wakil Unit Kokurikulum.

Dipersilakan bekas pelajar Puan Kamariah, Puan Noraini Said.

Dipersilakan wakil pentadbir, Puan Puziah untuk menyampaikan tanda ingatan.


Majlis merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan tanda hati yang diberikan
dan semoga menjadi memori indah kepada Puan Kamariah yang akan meninggalkan kita. Selamat
bersara dan berehat Puan Kamariah. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Tenang tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik pasti disanjung.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, majlis melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan majlis persaraan ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

You might also like