Energizer

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ENERGIZER

1. Perkenalan diri dengan pergerakan yang berbeza


Aktiviti :
ii. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk memperkenalkan diri
masing-masing dengan pergerakan yang berbeza.lakukan aktiviti hingga selesai
Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

1. Aktiviti Roslan Kata


Aktiviti :
i. Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator menyebut “Roslan
Kata…”. Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung).
ii. Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
iii. Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota badan masing-masing
sehinggalah terdapat pemenang.
Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

2. Grenet
Aktiviti :
1. Perkataan “grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan meniarap di lantai.
2. Aktiviti peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas kepala dan pipi diletakkan di lantai.
3. Pelajar akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan contohnya pelajar tidak
menepati masa, membuat bising dll.
Nilai / rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku.

3. Kobau Booo Booo


Aktiviti :
1. Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya”
Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka”
Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu”
Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu”
2. Fasilitator akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan menyebut perkataan
tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.

4. Hakim, Harimau & Pemburu


Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2. Mereka akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan masing-masing pilih.
3. Fasilitator akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini.
4. Pergerakan Hakim : Silang tangan dan letak di dada sambil menyebut “yang arif”
5. Pergerakan Harimau : Mengaum sambil mencakar
6. Pergerakan Pemburu : Tembak kehadapan sambil mengacukan jari (seperti pistol)
Nilai / rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin.

5. Mambo, tanggo, cikuci, boom boom bo


Aktiviti :
1. Pergerakan Mambo : Genggam dan buka genggaman
2. Pergerakan Tanggo : Bukak dan tutup kepak
3. Pergerakan Cikuci : Gerakkan pinggang
4. Pergerakan Boom Boom : Genggam dan buka genggaman
5. Pergerakan Bo : Lepas tangan / lapang tapak tangan ke hadapan
Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

6. Jambatan Goyang-Goyang
Aktiviti nyanyian :
“Jambatan goyang-goyang (2X)
Ku takut tenggelam (2X)
Lalu aku berenang (2X)
Habis basah bajuku (2X)
Lalu aku sidaikan (2X)
Ku pakai semula (2X)
Cantik tak? “

Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

7. Cap klicap klicap cap cap


Aktiviti :
1. Fasilitator akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat pergerakan lain selain dari cuit
pipi.
2. Tukar pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan.
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus

8. Goreng Pisang
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2. Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu “goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, pisang apa, pisang
apa, pisang apa sekarang” dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang sesuai menyambungkan
perkataan “goreng” contohnya “pisang tanduk”.
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

9. Benar Atau Salah


Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2. Aktiviti dimulakan dengan semua peserta perlu memimpin tangan antara satu sama lain dengan menggengam
tangan ke hadapan.Kemudian peserta perlu mengikut arahan fasilitator sama ada melompat ke kanan,ke kiri,
kehadapan atau ke belakang.
3. Fasilitator memberi arahan “Ikut apa yang saya sebut dan buat apa yang saya sebut” cth sebut lompat kiri sambal
pergerakan lompat kiri,sebut lompat kanan kemudian lompat ke kanan dan seterusnya.dalam kiraan 20 saat
4. Seterusnya fasilitator mengarahkan “sebut secara lawan apa yang disebut dan lawan bagi apa yang saya buat”contoh
fasi sebut ke kanan dan lompat ke kanan, peserta perlu sebut kiri dan ke kiri.lakukan dlm kiraan 20 saat
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

10. Angka genap atau ganjil


Aktiviti :
1. Pelajar diminta berpasangan
2. Aktiviti dimulakan dengan semua peserta perlu memilih nombor genap atau ganjil
3. Fasillitator meminta peserta angka genap mengangkat tangan seterusnya peserta nombor ganjil.
4. Fasilitator meminta semua peserta mengeluarkan tangan kanan seperti bersalam dan tangan kiri letak di belakang
badan
5. Apabila fasilitator menyebut angka genap,peserta genap perlu menangkap tangan pasangan masing-masing dan
peserta nombor ganjil pula pada masa yang sama perlu menarik tangan dengan cepat supaya tidak ditangkap.
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

11. Tembak dengan suku kata dalam 3 perkataan


Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang kecil
2. Aktiviti dimulakan dengan seorang peserta perlu menembak rakan kumpulan (menunjuk arah tembak dengan jari)
dengan sebut satu suku kata cth : ‘su” kemudian rakannya perlu menyambung dengan membuat perkataan lengkap
“su” tersebut seperti susu,suka,sula, dan perserta tersebut sekiranya berjaya akan menembak peserta yang
lain.Sekiranya peserta lain kalah denda akan diberikan iaitu peserta tersebut perlu dicalit dengan bedak dan tidak
boleh memadamkannya sehingga permainan tamat.
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

You might also like