Minit Mesyuarat Kurikulum Kali 4 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2(F)


72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN
Bil 4. 2016

Tarikh : 24 November 2016


Masa : 1:30 tengah hari
Tempat : Bilik Gerakan SKSH 2(F)

Kehadiran : 1 En. Halue b. Mat Tahir


2 Pn. Niti Puspa bt. Mokri
3 Pn. Fauziah binti Mohamad
4 Hj Mohd Asif b. Ahmad
5 Roslawati bt Abd Rahman
6 Pn. Syarifah Suhaila bt. Syed Yusoh
7 En. Mohd Sazazain b. Abd Aziz
8 Pn. Shamsuriah a/p Atim
9 Pn. Noraini bt. Mohamed Nasarudin
10 Pn. Hanisah bt. Abu Bakar
11 Pn. Noor Shalida bt. M. Sharif
12 Pn. Hafeeza Aishah bt. Abdul Hamid
13 Pn. Roslaili bt. Ahmad
14 Pn. Idayuwati bt. Mohamad Poly
15 Pn. Nadia Shahira bt. Sayadi@Saidi
16 Pn. Norlailawani bt. Bakhari
17 Pn. Muslaini bt. Zabidin
18 Pn. Kmarulnnisa bt. Ismail
19 Pn. Noraida bt. Mohamad
20 En. Mohd Razali b. Abu Bakar
21 Pn. Khatijah bt. Abdul Rahman
22 Pn. Noor Shalida bt Mohd Sharif
23 Cik Marlia Syahirah bt Suradi
24 En. Shamsul Hazli b. Abd. Wahab
25 En. Rafaei b. Ibrahim
26 En. Suhaimi b. Yusoff

Tidak hadir : 1 Pn. Sanisah bt. Muhammad (Cuti bersalin)

Agenda 1. Ucapan Guru Besar


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3. Perkara Berbangkit
4. Kurikulum
5. Pra-Sekolah
6. LINUS
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan

Agenda 1 Ucapan Guru Besar


1.1 Salam keagamaan dan mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua
guru ke Mesyuarat Guru Kali Ke-4 2016.
1.2 Meminta semua merenung semula semua pencapaian yang telah diperolehi
1.3 Membentangkan Post-Mortem UPSR 2016.
1.4 Menyatakan bahawa semua guru akan memperoleh ‘Donggle’ dan data
yang diperuntukkan adalah sebanyak 2GB sebulan dan pada tahun 2017
kemungkinan guru-guru akan memperoleh telefon pintar atau tab.
1.5 Penggunaan ‘Donggle’ adalah untuk tujuan pekerjaan dan juga peribadi
dan ‘Donggle’ atau telefon pintar ini adalah hak milik guru-guru dan
dipulangkan apabila berpencen atau telah berhenti kerja.
1.6 Mengucapkan terima kasih atas semua program yang telah dijalankan dan
semua guru telah memberikan kerjasama yang baik.
1.7 Memaklumkan bahawa semua aktiviti berjalan lancer seperti yang telah
dirang dan memperoleh sumbangan.
1.8 Memuji sikap guru yang tidak merungut dan bersetuju serta menyahut
cabaran untuk melaksanakan setiap tugasan. Ucapan terima kasih pada
Cikgu Nadia dan Ustazah Khatijah.
1.9 Menyatakan bahawa Tan Sri Isa dan Dato’ Shamsul Kahar memuji dan
menyatakan program ini merupakan satu kelainan.
2.0 Perancangan bagi tahun 2017 untuk menggunakan ‘Frog Classroom’
semasa P&P dijalankan dan ditayangkan di Bilik Tahfiz untuk tontonan ibu
bapa.
2.1 Post Mortem PAT- rujuk lampiran
2.2 Meminta Cikgu Rafaei dan Cikgu Kamrulnisa untuk duduk di bilik guru.
2.3 Memaklumkan bahawa GPS bagi UPSR SKSH2(F) menurun tiada murid
yang mendapat 6A dan ramai murid yang memperoleh D bagi
matapelajaran tertentu.
Agenda 2 Membentang dan mengesahkan Minit

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kurikulum kali ke-4 bagi


tahun 2016 untuk diterima dan seterusnya disahkan.
2.2 Dicadangkan oleh Norlailawani bt Bakhari.
Disokong oleh Roslawati bt. Abdul Rahman

Tindakan : Setiausaha

Agenda 3 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit


Agenda 4 Kurikulum

4.1 Penghantaran buku rekod mengajar


4.1.1 Pn.Nadia memberitahu mengenai template RPH yang sedia ada dan
boleh digunakan oleh semua guru, template tersebut ada pada
Pn.Shalida.
4.1.2 Guru besar menyatakan bahawa beliau akan ke kolokium dan akan
mengambil contoh RPH.
4.1.3 Guru besar juga memaklumkan bahawa, fail RPH:
- sekurang-kurangnya 30 hari penghantaran.
- disediakan pada awal tahun

Tindakan : Semua guru

4.2 Jadual waktu tahun 2017 (Pn. Niti Puspa bt Mokri)


4.2.1 Puan Niti mengedarkan jadual pembahagian subjek bagi tahun 2017,
jadual ini akan dilaksanakan seperti yang dirancang jika sekolah
memperoleh bekalan guru yang mencukupi.
4.2.2 Waktu persekolahan pada tahun 2017 adalah sebanyak 43 minggu.
4.2.3 Guru mesti cukup bilangan jam mengajar. Contohnya:
- BM 192jam setahun
- BI 160jam setahun
- MT 96jam setahun
- SN 48jam setahun
4.2.4 Jadual waktu akan diedarkan sebelum sesi persekolahan 2017
bermula.
4.2.5 Semua panitia perlu mengadakan mesyuarat dan menghantar minit
mesyuarat 4 kali setahun.
4.2.6 Bagi subjek Pendidikan Agama Islam jika tiada Pendidikan Moral,
Tasmik dijalankan dalam waktu persekolahan jika ada Tasmik
dijalankan diluar waktu persekolahan.
4.2.7 Bagi subjek BI dan MT, pihak sekolah kemungkinan akan mendapat
guru baru.
4.2.8 Ustaz Suhaimi meminta supaya beliau tiada kelas pada waktu rehat
tahap 1 dan 2 untuk memudahkan beliau menguruskan kedai
sekolah.

Tindakan : Semua guru

4.3 Panitia
4.3.1 Tiada perubahan untuk jawatan Ketua Panitia, Puan Niti meminta
untuk Ketua Panitia menggerakkan panitia masing-masing dan guru-
guru lain memberikan kerjasama yang baik.
4.3.1 Perancangan untuk panitia:
- membuat dan menggunaan BBM supaya P&P lebih menarik.
- merancang program tahun 2017 dengan baik.
- membina carta daripada buku-buku lama dan murid terangan
sewaktu perhimpunan.
- aktifkan radio sekolah

Tindakan : Semua guru

Agenda 5 Pra-sekolah
5.1 Puan Hanisah
5.1.1 Menyatakan bahawa terdapat 14 orang 6 tahun bagi tahun 2016.
5.1.2 Terdapat 4 orang murid LINUS dan mereka hanya melepasi
Konstruk 1 hingga 4 sahaja dan lemah bagi suku kata tertutup.
5.1.3 13 Disember 2016, Selasa jam 9 pagi akan diadakan perjumpaan ibu
bapa murid pra sekolah.
5.1.4 Pada tahun 2017 terdapat waktu aktiviti bebas bagi murid pra
sekolah.

Tindakan: Guru Pra sekolah

Agenda 6 LINUS
6.1 En. Halue
6.1.1 Aktiviti untuk murid LINUS mesti ditulis dalam RPH.
6.1.2 Terdapat ramai murid bagi PROTIM untuk tahun 2017.

Tindakan : Semua guru LINUS dan PROTIM

Agenda 7 Hal-hal lain

7.1 En. Halue


- Pada tahun 2017 akan memfokuskan pada PSS untuk hiasan dan
mencantikkan PSS.
- Hal-hal berkaitan disiplin, kantin dan MySPATA akan direkodkan
secara online.

7.2 Pn.Idayuwati
- Program Transisi, 30 Dis 2016 akan diadakan Ujian Diagnostik
Bahasa Melayu dan Matematik.

7.3 Ustazah Suhaila


- Mencadangkan guru lain yang menanda kertas bagi ujian diagnostik.

7.4 Pn.Fauziah
- Serahkan KWAMP
- KWAMP 2017 diisi secara online
- Guru kelas tahun 2017 perlu menyerahkan senarai nama murid pada
Azrin untuk tujuan pengutipan bayaran yuran.
7.5 Pn. Roslaili
- Meminta supaya terdapat AJK lain bagi RMT dan PS1M.
Agenda 8 Ucapan Penangguhan

8.1 Mengucapka terima kasih kepada semua guru yang mengambil tindakan
yang positif.
8.2 Harapan semoga semua guru dapat menjalankan semua aktivit yang
dirancang denga sebaik yang boleh.
8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

............................................................ ...........................................
(NADIA SHAHIRA BINTI SAYADI@SAIDI) (HALUE B. MAT TAHIR)
Setiausaha Kurikulum Guru Besar
SK Serting Hilir 2(F) SK Serting Hilir 2(F)

You might also like