Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UCAPAN PERASMIAN YH DATUK LAU HOI KEONG

PENYELARAS GERAKAN DUN KETARI DI MESYUARAT AGUNG PIBG


SK SRI LAYANG 2018
01 MAC 2018
Salam Sejahtera dan Salam 1 malaysia.
Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis.
Yang Berusaha Puan Naziah Bt Ahmad
Guru Besar Sk Sri Layang
Yang Dihormati En Ismail Bin Che Mat
YDP Pibg Sk Sri Layang
Ketua-ketua Jabatan, Penolong-penolong Kanan, Ahli jawatankuasa PIBG,
Guru – guru, tuan-tuan, puan – puan ibu bapa penjaga yang dihormati
sekalian.

Bersyukur kita kerana dapat bersama – sama berkumpul pada petang yang
indah ini sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG 2018.
Terlebih dahulu, saya ingi merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan
untuk hadir ke majlis pada hari ini sterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penasihat dan
ydp serta jawatankuasa pibg kerana telah dapat merancang, mengelola dan
melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.

Tuan-tuan, puan-puan,
Mesyuarat Agung PIBG perlu diadakan dengan tujuan mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan
seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-
guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah, selain mempertingkatkan
kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti
setempat. Disamping itu, PIBG juga mempunyai peranan”saling Melengkapi”
terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana,
kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan
guru-guru di sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini juga amat bermakna kerana pihak sekolah dan
ibubapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi
kepentingan dan masa depan anak masing-masing. Permuafakatan
merupakan kunci kejayaan pibg dan sekolah untuk mengembling tenaga kea
rah tahap kecemerlangan yang diharapkan.

Harus juga diingatkan, kecemerlangan ank-anak kita sebenarnya bermula


dari rumah. Sebagai ibu bapa kitalah yang kan menentukan sama ada
anak—anak kita terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan
dalaman untuk berhadapan dengan gejala-gejala negative di luar rumah.jelas
tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah
tanggungjawb bersama antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah.

Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya ke atas


bahu guru-guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah
bersikap proaktif untuk menyumbangkan usaha ke arah tersebut. Selain
membantu dalam kebajikan anak-anak didiknya, guru juga berperanan dalam
kejayaan sesebuah sekolah. Saya mendapat perkhabaran bahawa setakat ini
pihak PIBG di bawah kepimpinan En Ismail telah memberikan kerjasama dan
bantuan yang amat baik sekolah kepada pihak sekolah. Tahinah, tahniah dan
tahniah saya ucapkan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan


mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis ini. Saya mengucapkan
syabas dan tahinah kepada barisan AJK yang bkal dilantik sebentar nanti.
Tunaiknlah amanah itu dengan rasa sukacita dan tanggungjawab demi
kecemerlangan anak-anak kita bersama. Semoga mesyuarat pada kali ini
dapat berjalan dengan lancer dan jayanya.

Dengan rasa sukacitanya saya memberi peruntukkan sebanyak RM Tiga


Ribu Ringgit kepada PIBG Sk Sri Layang dan seterusnya merasmikan
mesyuarat Agung PIBG SK Sri Layang 2018.

Sekian Terima Kasih.

You might also like