Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

  1

 
Ebook ini diedarkan secara PERCUMA di bawah jenama
BerubahBaik [dot] com melalui laman minisite TeknikBAD.com.
Individu yang menguruskan Berubah Baik adalah Qisya Azzahra
iaitu rakan penulis saya.

Sebarang aktiviti untuk mengaut keuntungan daripada


ebook ini adalah tidak halal dan tidak diluluskan oleh
penulis.

Ebook ini ditulis oleh Insyirah A. dengan kerjasama Ummi


Rosmawati sebagai ideator untuk menambahbaik penulisan ebook
ini. Panggilan ‘saya’ adalah merujuk kepada Insyirah.

Saya niatkan penulisan dan penyebaran ebook ini adalah


supaya Allah ya Basiir (Yang Maha Melihat) sudi melihatnya
sebagai salah satu aktiviti yang saya buat untuk mendapatkan
redha-Nya, membuat kebaikan di atas muka bumi ini untuk
mendapat keyakinan sungguh-sungguh kepada-Nya.

Serta dengan tersebarnya ebook ini, Allah ya Affuw ya


Ghaffar ya Tawwab ya Qudus ya Jalil akan membersih dan
menjernihkan hati saya daripada penyakit hati, dosa, cinta dunia,
syirik, dan syaitan.

Doa yang sama saya doakan untuk anda yang membantu


kami menyebarkan #TeknikAsmaulHusna melalui ebook ini. Moga
Allah membalas kebaikan anda di dunia dan di akhirat.

Aamiin ya Mujib (Yang Maha Mengabulkan).

  2  
Saya mengandaikan anda semua adalah individu yang sudah tahu
tentang #TeknikBAD. Bagi yang belum boleh rujuk
http://www.teknikbad.com.

Ebook ini ebook lanjutan daripada Siri #TeknikBAD - BAD


dengan Asmaul Husna yang bermaksud Bertanya Allah Dahulu
dengan nama-nama Allah.

Kenapa Asmaul Husna?


Berbicaralah dengan Allah Ya Sami’ (Yang Maha Mendengar)
dengan penuh tunduk, tawaduk dan penuh kerendahan hati
kerana Dia Ya Sami’ (Yang Maha Mendengar).

Dia sentiasa bersama kita untuk mendengar setiap rintihan,


rayuan dan keluhan hamba-Nya. Ketika orang lain tidak mampu

  3  
mendengar, memahami dan menolong, Dia Allah Ya Ghanniyu Ya
Mughni (Yang Maha Kaya).

Dia Ya Salam )Yang Maha Menyembuhkan), Dia Ya Rahman


Ya Rahim akan tetap mendengar, sentiasa memahami dan akan
terus memberi pertolongan-Nya tanpa henti kepada hamba-
hamba-Nya yang membesarkan-Nya, merendahkan diri dan
memohon kepada-Nya.

Berdoalah kepada-Nya dengan menyebut-nyebut Asmaul


Husna-Nya, sepertimana tertulis dalam Al Quran, firman Allah
SWT dalam surah al-A’raaf ayat 180:

“Hanya milik Allah Asmaul Husna, maka bermohonlah


kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan
tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran
dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan
mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud,

Allah SWT berfirman, “Aku sesuai dengan persangkaan


hambaKu kepada-Ku, Aku bersamanya (dengan ilmu dan
rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingat-Ku dalam
dirinya, Aku mengingatnya dalam diri-Ku.

Jika dia menyebut nama-Ku dalam suatu perkumpulan,


Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari
mereka. Bila dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat

  4  
kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku
mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan
berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan
cepat.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  5  
Cara Mempraktikkan Flyers Asmaul Husna – Siri
Penyucian Hati

*Hati = jiwa

Flyers yang akan diberikan selepas ini adalah flyers yang sesuai,
untuk dipraktikkan bagi beginner a.k.a orang yang baru nak
mulakan penghayatan Asmaul Husna.

Kenali Allah melalui penghayatan Asmaul Husna untuk


mendapat pancaran Nuur (cahaya) mengenal Allah yang akan
menunjuk jalan.

Kesan Mengenali Allah Melalui Asmaul Husna


Sekiranya Allah dikenali, pasti hamba mengasihi-Nya, bersandar
kepada-Nya, mengharap kepada-Nya, bergantung kepada-Nya,
mengkagumi-Nya, membesarkan-Nya, mengagungkan-Nya, takut
dan gerun kepada-Nya.

Yang akan melahirkan hamba yang sebenar-benar hamba,


dan akhirnya melahirkan insan yang tenang dan damai.

  6  
Mengapa Penyucian Hati Penting?
Selama saya jadi penulis dalam niche pembinaan keyakinan
kepada Tuhan, antara isu umat Islam adalah tentang rezeki.
Sebarang tip tentang menjemput rezeki akan menjadi perkara
paling viral di media sosial (berdasarkan pengalaman saya).

Andai ditanya tentang amalan menjemput rezeki, ramai yang


akan komen seperti ‘nak’, ‘PM’. Ketika mereka bertanya dan
komen sebegitu, seolah-olah terdesak, dan tergesa-gesa
mahukannya seperti orang yang sangat dahaga di padang pasir.
Tercari-cari air minuman. Berebut-rebut mahu tahu apa
amalannya.

Setelah diberikan amalannya terutamanya yang berat-berat,


kata mereka,

“Oh, ok.”

Sebuah refleksi - oh amalan itu. Antara sudah tahu atau


refleksi sebuah penolakan yang mereka tidak mahu lakukannya.
Antara malas atau sebuah dialog bahawa ‘beratnya. Malas aku’.
Sedangkan tadi nak tahu sangat. Allah. #tundukkecewa

Kita sibuk menunaikan solat Dhuha, baca surah Al Waqiah,


dan sebagainya untuk menjemput rezeki. Namun, satu perkara
penting, antara perkara yang menghalang rezeki adalah dosa.

  7  
“Aku hairan melihat manusia sering menyuci wajahnya. Tetapi
kurang menyuci hatinya." – Imam Ghazali

  8  
Jawapan Keperluan Penyucian Hati
Oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd. (Individu yang
memperkenalkan #TeknikAsmaulHusna)

Untuk menyuci kotoran dalam hati iaitu penyakit hati, dosa, cinta
dunia, syirik, dan syaitan. Penyucian hati perlu untuk
mendekatkan diri kepada Allah kerana hanya hati yang bersih
dapat berasa dekat dengan Allah.

Selain itu ikhtiar penyucian hati boleh dilakukan dengan membaca


Al Quran. Andai jasad memerlukan banyak keperluan, keperluan
roh hanya satu – dekat dengan Allah.

Makanan roh adalah seperti zikir, membaca Al Quran,


menunaikan solat atau apa sahaja yang mendekatkan kita dengan
Allah.

Membaca Al Quran dengan tartil juga penting supaya mencapai


makna yang mahu disampaikan. Andai anda berminat untuk
belajar membaca Al Quran dengan tajwid, saya ada rakan network
yang boleh membantu.

KLIK poster di page seterusnya >>>

  9  
  10  
10 Dosa Besar Yang Menghalang Rezeki
Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Yusuf Mansur, yang merupakan
salah seorang daripada guru untuk saya belajar keyakinan kepada
Tuhan.

1. Menyekutukan Allah (syirik)


2. Meninggalkan solat
3. Derhaka kepada kedua ibu bapa
4. Melakukan zina
5. Makan rezeki yang haram
6. Minum minuman keras (minum arak)
7. Memutuskan silaturrahim
8. Menuduh orang berzina
9. Bakhil (kedekut mengeluarkan zakat dll.)
10. Ghibah (mengumpat)

Rezeki kita terhijab (terhalang) kerana dosa disebut dalam


hadis Rasulullah SAW,

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana


dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Oleh sebab itu, penting sentiasa membersihkan jiwa, kerana


jiwa itu ibarat GPS atau spotlight untuk memudahkan rezeki
mudah mengesannya.

Selepas ini, saya akan berikan flyers untuk anda print. Boleh
print daripada sini dengan kertas A4 atau boleh ambil di fanpage
saya, Insyirah A. - IA.

  11  
  12  
  13  
Panduan:
Kesemua Asmaul Husna di atas dibaca sebanyak 40x selepas setiap
kali solat. Sekiranya tidak sempat, boleh dibaca semasa ada waktu
lapang.

Bagi masalah yang kronik, eloklah dibuat selepas solat Hajat,


solat Dhuha atau solat Tahajud dengan dibaca dalam sujud akhir
sebanyak 40x dan doa dalam hati.

Doa-doa atau bicara hati di atas boleh diubahsuai mengikut


tujuan dan masalah, gunakan bahasa mudah. Untuk menjaga
adab-adab dengan Allah, sebaiknya dimulai dengan Allahumma
atau Allahu Rabbi.

***

Bagi permulaan (yang baru nak bermula), boleh mulakan serendah


1x, 3x, 5x dan seterusnya pada setiap kali solat. Sebaiknya gunakan
nombor ganjil.

Penghayatan Asmaul Husna ini akan turut menggabungkan


kuasa minda (the power of mind), supaya menambahkan
keberkesanan apabila kita membayangkannya di minda.

Contoh mudah, andai kita mahukan sebuah kereta, tidak


cukup andai sekadar kita cakap,

“Saya mempunyai kereta Suzuki Swift berwarna putih dengan


sangat mudah, halal, dan berkat.”

  14  
Pasti kita akan lebih feel apabila kita membayangkan kita
menaiki kereta itu, kemudian kita memandunya ke tempat yang
kita mahu.

Perkongsian Cara saya tidak bermakna anda wajib atau


perlu lakukan perkara yang sama. Tiap orang ada cara tersendiri
cuma saya hanya berkongsi bagaimana saya lakukannya untuk
memberi gambaran atau idea kasar yang boleh anda lakukan.

Anda tidak perlu mengikut cara saya. Ia hanya sebagai


panduan bagaimana saya lakukan, untuk anda pelbagaikan cara
mempraktikkan.

Untuk permulaan tiap set zikir, penting dimulakan dengan


Ya Allah. Kemudian, baru zikir set nama mengikut berapa kali
yang anda mahu. Ia ibarat adab untuk memulakan zikir – adab
dengan Allah.

  15  
#1 - Proses Penyucian Jiwa

Lafazkan zikir,

Ya Allah
Ya Affuw
Ya Ghaffar
Ya Tawwab
Ya Quddus
Ya Jalil

… secara sekaligus. Baca zikir 5 nama-nama Allah sekaligus sekali


dan baca bicara hati sekali. Kemudian baru mulakan zikir 5 nama
Allah sekaligus untuk berapa kali yang anda mahu.

Zikir sekaligus bermakna, daripada ya Affuw sampai ya Jalil


sehingga 40x (minima 1x). Berbanding zikir satu-satu bermaksud
begini,

Ya Affuw – 40x
Ya Ghaffar – 40x
Ya Tawwab – 40x
Ya Quddus – 40x

  16  
Ya Jalil – 40x

Cara zikir satu-satu tidak salah cuma memakan masa yang lama.
Oleh sebab itu disarankan zikir sekaligus iaitu Ya Allah Ya Affuw
Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil

Cara saya:
Zikir 5 nama itu sekali, bicara hati sekali, kemudian baru saya zikir
5 nama Allah sebanyak 40x. Selepas selesai 40x, baca sekali lagi
bicara hati.

Proses kuasa minda: Hati Kotor ke Hati Putih Bersih


Ketika kita berzikir, bayangkan air hujan turun pada hati kita. Air
hujan yang turun dengan lebat membersihkan segala kotoran-
kotoran, daki-daki, yang ada pada hati kita.

Cara saya:
Saya membayangkan hati itu adalah jantung. Saya membasuh hati
saya dalam hujan yang lebat. Daripada hati yang hitam, berkarat
seperti penapis air yang sudah lama tidak dibasuh, segala kotoran,
karat dan daki itu turun yang membuat hati saya bersih.

  17  
#2 - Proses Pancaran Cahaya

Lafaz zikir,

Ya Allah
Ya Nuur
Ya Hadi
Ya Haq (tambahan)

Secara sekaligus sekali dan bicara hati sekali. Kemudian, teruskan


zikir ketiga-tiga nama Allah mengikut berapa kali yang anda mahu.
Selepas selesai, buatlah bicara hati lagi.

Proses kuasa minda: Hati Putih dipancarkan dengan


Cahaya Terang
Ketika kita berzikir, bayangkan hati yang telah bersih tadi disuluh
dengan pancaran cahaya yang sangat terang. Seperti terangnya
matahari. Sehingga apabila kita pandang pun, rasa tak terpandang
kerana sangat terik.

Cara saya:
Saya bayangkan hati yang telah bersih tadi, dari suatu arah, ada
satu cahaya. Boleh bayangkan seperti ia adalah matahari. Cahaya
itu masuk ke dalam hati. Yang membuat hati saya bercahaya.

  18  
#3 – Proses Membuka Hijab

Hijab ini bukan hijab nampak hantu atau sebagainya. Contoh


mudah, selama ini kita berdoa rasa macam Allah tak makbulkan
doa kita sedangkan Allah dah beri petunjuk. Tetapi oleh sebab hati
kita terhijab daripada Allah, kita tak dapat rasa itu petunjuk
daripada Allah.

Lafaz zikir

Ya Allah
Ya Fatah

Secara sekaligus sekali, bicara hati sekali. Kemudian, teruskan


zikir Ya Fatah mengikut berapa kali yang anda mahu. Selepas
selesai, buatlah bicara hati lagi.

Proses kuasa minda:


Ketika kita berzikir, bayangkan pintu yang terbuka. Di depannya
kita nampak kalimah Allah. Tiap pintu tertutup yang ada, kita
buka dan didepannya kita nampak ada kalimah Allah.

Cara saya:
Di sebuah lorong dalam bangunan, ada pintu kiri dan kanan. Saya
buka tiap satu daripada pintu itu dan melihat di depannya ada
kalimah Allah. Apabila dizoom out, bangunan itu sebenarnya

  19  
adalah hati saya. Semua pintu itu sudah terlihat kalimah Allah di
depannya.

  20  
#4 – Proses Melembutkan Hati

Lafaz zikir

Ya Allah
Ya Latif

Secara sekaligus sekali, bicara hati sekali. Kemudian, teruskan


zikir Ya Latif mengikut berapa kali yang anda mahu. Selepas
selesai, buatlah bicara hati lagi.

Proses kuasa minda:


Sebut Allah Allah Allah Allah Allah (nada perlahan dan
merintih) untuk merasai getaran di hati ketika menyebut
ALLAH.

Ketika kita berzikir, bayangkan hati kita bergetar saat kita


menyebut nama Allah. Tiap kali kita sebut Allah, hati kita
berdegup dan jelas kelihatan ia bergetar tiap kali disebut kalimah
Allah.

Cara saya:
Saya membayangkan hati saya. Sambil menyebut ‘Allah’, saya
nampak ia bergetar.

  21  
#5 – Proses Pagari Jiwa

Lafaz zikir

Ya Allah
Ya Hafiz
Ya Muhaimin

Secara sekaligus sekali, bicara hati sekali. Kemudian, teruskan


zikir Ya Hafiz, Ya Muhaimin mengikut berapa kali yang anda
mahu. Selepas selesai, buatlah bicara hati lagi.

Proses kuasa minda: Bina Pagar (boleh guna tembok


atau gunung)
Hati yang telah bersih dan bercahaya tadi dipagari dengan gunung.
Boleh guna apa sahaja pagar atau tembok. Suka hati. Disarankan
guna gunung kerana gunung antara alat pertahanan (shield) yang
terbaik. Gunung adalah pasak bumi. Lebih kuat.

Cara saya:
Hati saya yang telah bersih dan bercahaya didirikan gunung di
sekelilingnya. Ditutup atasnya. Hasilnya ia terlindung di dalam
gunung. Cahaya hati saya juga telah menyebabkan gunung itu
bercahaya.

  22  
#6 – Proses Penyerahan Jiwa

Lafaz zikir

Ya Allah
Ya Baari’ (Yang Maha Mengatur)

Secara sekaligus sekali, bicara hati sekali. Kemudian, teruskan


zikir Ya Baari’ mengikut berapa kali yang anda mahu. Selepas
selesai, buatlah bicara hati lagi.

Proses kuasa minda: Serah (total penyerahan) pada


Allah.
Bayangkan ada sebuah bola dan kita memasukkan diri kita, otak
kita, hati kita, rezeki kita, ketakutan kita, seluruh tubuh kita, harta
dan sebagainya kemudian, kita menolak bola itu kepada Allah.
Dengan cara membayangkan di depan bola itu ada kalimah Allah
dan bola itu ditolak ke arah itu.

Cara saya:
Bayangkan Rasengan (macam Dragon Ball) iaitu kuasa Naruto
yang saya masukkan diri saya, hati, otak, ketakutan, rezeki dan
seluruh tubuh saya ke dalam Rasengan itu. Kemudian, saya
halakan Rasengan saya ke arah kalimah Allah di depan saya.

  23  
*Kalau saya risau soal rezeki saya, saya akan buat proses ini. Saya
masukkan dalam Rasengan itu, perkataan ‘ketakutan kurang
rezeki’. Kemudian, saya hantar Rasengan itu ke arah kalimah
Allah.

Alhamdulillah, selepas itu saya rasa lebih tenang. Berbanding


resah sendiri dengan soal rezeki yang bukan bidang kuasa atau
kawalan saya. Ini namanya berbahagia dengan Allah. Kerana
sesungguhnya Allah ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki)
bukan kita. Jadi, jangan buat kerja Tuhan.

  24  
#7 – Proses Kebijakan

Lafaz zikir

Ya Allah
Ya ‘Alim
Ya Hakim
Ya Rashid

Secara sekaligus sekali, bicara hati sekali. Kemudian, teruskan


zikir 3 nama Allah mengikut berapa kali yang anda mahu. Selepas
selesai, buatlah bicara hati lagi.

Proses kuasa minda:


Bayangkan ilmu kebijaksanaan seperti tsunami datang ke arah
anda. Masuk ke dalam diri anda.

Cara saya:
Saya menunduk ke arah tsunami itu. Daripada jauh, kelihatan
tsunami itu semakin datang ke arah saya. Ia terkandung perkataan
‘ilmu makrifat’ macam kod-kod berwarna hijau dalam cerita The
Matrix. Apabila tsunami itu datang kepada saya, seolah-olah ia
diserap oleh tubuh saya.

  25  
BOLEH BANTU SAYA?

Saya mahu tahu berapa ramai


telah muatturun dan membaca
ebook ini. Bagaimana?

1. Klik link ini:


https://www.facebook.com/iathewriter/posts/835007773250424

atau tulis hashtag


#SemakStatusEbookIA pada
search box di FB > Klik ikon kanta
pembesar

2. Komen ‘Alhamdulillah ya Syakur’ pada


status itu

  26  
Mahu Masuk Grup Facebook Ini?

Klik -- > https://www.facebook.com/groups/1596063084016473/

Mahu Dapatkan Buku


Bertanya Allah Dahulu?

  27  
Rasa berbaloi ebook ini dibayar? Tidak perlu. Cuma
kami mohon (Please) sudi sedekah minima RM1 ke
salah satu tabung di bawah,

1. Projek Iqra’
https://www.facebook.com/ProjekIqra

Akaun : Maybank
No.akaun : 564810504003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA'
SeMalaysia

Emel : info@projekiqra.com

2. An Naafi Community

Person in charge: Ummi Rosmawati


https://www.facebook.com/rosz.mohd/posts/9851
06118196034

Akaun : Maybank
No. akaun : 1660 1025 1877
Nama : Rosmawati Mohamad

Emel : ummirosmawati@gmail.com

Jazakumullahu khairan katsiran atas kebaikan


anda.

  28  
Mahu berhubung terus dengan saya, Insyirah A.?
Boleh hubungi menerusi info di bawah,

FB Fanpage: Insyirah A.
https://www.facebook.com/iathewriter

Grup FB Fanpage : #TeknikBADclan


https://www.facebook.com/groups/wrtclan/

Emel : iathewriter [at] gmail.com

*Ganti [at] dengan @

  29  

You might also like