Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KINABUTAN RIA

BATU 5.5 JALAN APAS, SIN ON TIKU,


W.D.T. 122, 91000 TAWAU, SABAH
NO. PENDAFTARAN: 1992-03-14

Ruj. Kami : PPTKR/100/02 ( 199 )


Tarikh : 14 Mei 2017

YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching,


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Merangkap Ahli Parlimen P.190 Tawau.

Yang Berhormat,

PERMOHONAN BAJU SILAT DAN MATRAS UNTUK PERTUBUHAN SENI SILAT


GAYUNG PUSAKA, GELANGGANG TAMAN KINABUTAN RIA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagai makluman Yang Berhormat, terdapat seramai 50 orang warga taman ini yang
baru sahaja menyertai dan didaftarkan di bawah Pertubuhan Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia.
Ahli ini terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang berusia 7 hingga 15 tahun. Dengan adanya
kelengkapan Baju Silat dan Matras, ia dapat memberi motivasi dan meningkatkan kualiti latihan
para pesilat.

3. Justeru itu, pihak kami dengan rasa berbesar hati ingin membuat permohonan kepada
Yang Berhormat Datuk dan seterusnya dapat meringankan beban ahli silat di taman ini.
Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan item yang dipohon :
i) Baju Silat – RM 130.00 (satu set) x 20 helai = RM 2,600.00
ii) Matras = 20 kaki x 20 kaki

4. Dengan ini, kami amat berharap agar Yang Berhormat dapat memberi sokongan dan
berusaha agar permohonan ini dapat diluluskan bagi kepentingan penduduk di sini.

5. Segala perhatian dan kerjasama daripada Yang Berhormat amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

“HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan tugas,

.................................................
(NASRI BIN LAKURAISIA)
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Taman Kinabutan Ria.
No. H/P : 011-2560 2367

You might also like