Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA


OGOS 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI


ISMAIL BIN TALIB
KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA

9 OGOS 2016
DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KIMIA MALAYSIA
(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

 Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

 Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

 Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

 Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

2
 Pengarah-Pengarah Bahagian

 Pegawai-pegawai kanan

 Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

3
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat

bagi bulan Ogos 2016 pada pagi yang

permai ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar kerana telah

mengatur dan menganjurkan Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan begitu baik sekali.

4
Hadirin sekalian,

[WARGA KIMIA YANG KEMBALI KE

RAHMATULLAH]

3. Sebelum saya pergi dengan lebih

lanjut dalam ucapan ini, ada baiknya

kita menyedekahkan surah Al-Fatihah

kepada sahabat kita yang baru

meninggal dunia iaitu Encik Azman bin

Kamaludin, Pembantu Operasi di

Bahagian KAS pada 21 Julai yang

lepas.

--- AL-FATIHAH---

5
Tuan-tuan & Puan-puan sekalian,

[KSU MOSTI YANG BARU]

4. Seperti semua sedia maklum, YBhg.

Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur

telah bertukar ke Kementerian

Pendidikan Tinggi (MOHE) pada 5

Ogos yang lepas. Serentak itu juga,

YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Haji

Yahaya telah dilantik menjadi Ketua

Setiausaha MOSTI yang baru.

5. Diharap perlantikan ini dapat

membawa kesinambungan

kecemerlangan kepada MOSTI.

6
[MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY AND

HEALTH AWARD 2015]

6. Pada hari Jumaat yang lepas (5

Ogos), saya dan beberapa orang

pegawai telah menghadiri Malam

Anugerah MSOSH 2015 Occupational

Safety and Health yang berlangsung

di Hotel Grand Dorsett.

7. Walau perkara ini telah saya

umumkan pada perhimpunan yang

lepas, namun ingin saya ulangi

7
bahawa Jabatan Kimia Malaysia telah

dianugerahkan GOLD CLASS I

AWARD bagi kategori Sektor Awam

dan Badan-badan Berkanun. Gold

Class I Award merupakan anugerah

yang diberikan kepada organisasi

yang telah menunjukkan prestasi

pengurusan OSH yang sangat baik /

Very Good OSH Performance.

Anugerah ini amat bermakna bagi

Jabatan Kimia Malaysia yang telah

mendapat persijilan OHSAS semenjak

tahun 2001. Jabatan Kimia Malaysia

8
merupakan agensi kerajaan yang

pertama menyertai anugerah ini dan

yang lebih membanggakan ianya

merupakan agensi kerajaan pertama

memenangi anugerah yang berprestij

ini.

8. Tahniah dan syabas sekali lagi

diucapkan atas kejayaan ini. Saya

juga ingin merakamkan berbanyak

terima kasih kepada semua warga

Kimia Ibu Pejabat terutamanya

Bahagian IKTD yang telah terlibat

secara langsung dalam persediaan

9
audit untuk tujuan documentation audit

dan verification site audit.

Hadirin sekalian,

[KARNIVAL CREATIVITY & SCIENCE 4U]

9. Pada 29 – 30 Julai lepas Karnival

Creativity & Science 4U telah

diadakan di Kluang Mall, Kluang,

Johor. Program ini merupakan

program anjuran MOSTI namun,

Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

10
Johor telah dilantik menjadi agensi

peneraju bagi menjayakan karnival ini.

10. Karnival ini dianjurkan bagi

merangsang kreativiti dan

meningkatkan minat pelajar dalam

bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan

dan Matematik (STEM).

11. Saya sendiri turut turun padang

menghadiri karnival tersebut dan saya

dapat merasai kemeriahannya. Selain

pameran dan aktiviti interaktif, suatu

11
Malam Kreativiti & Kesenian turut

diadakan.

12. Tahniah dan syabas kepada warga

Kimia Johor serta beberapa pegawai

dari Ibu Pejabat kerana telah

berusaha dengan gigih dan cemerlang

untuk memastikan kelancaran

program tersebut.

[PAMERAN STI]

13. Bahagian Forensik, Ibu Pejabat pula

telah mengadakan pameran sempena

12
Karnival Sains dan Teknologi

Peringkat Daerah Klang yang

berlansung di SMK (P) Methodist

Klang.

14. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Semoga dengan usaha anda semua

akan dapat meningkatkan minat

masyarakat umum dan pelajar kepada

bidang STI ini.

13
Tuan/Puan,

[PERSARAAN]

15. Pada bulan Ogos ini, beberapa orang

warga Kimia akan bersara antaranya

adalah:

 Encik Saadon bin Alias

(Pembantu Operasi, N11,

Bahagian KAS) 1 Ogos

 Encik Mohd. Salleh bin Mat

Pandi (Pembantu Tadbir, N22,

JKMC Johor) 1 Ogos

14
Hadirin sekalian,

[SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2016]

16. Untuk makluman, sambutan Bulan

Kemerdekaan atau Kebangsaan serta

Hari Malaysia pada tahun 2016

menekankan kepada semangat

kejiwaan dan bersatu hati rakyat

Malaysia apabila “Sehati Sejiwa”

masih dipilih sebagai tema sambutan

Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

untuk tahun 2016. Kerajaan telah

bersetuju untuk mengekalkan tema

15
sambutan Hari Kebangsaan seperti

tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana

perlunya memupuk semangat bersatu-

padu yang telah lama menjadi amalan

dalam kalangan rakyat Malaysia. Logo

dan Lagu Sambutan juga masih

dikekalkan bagi tahun 2016 selain

turut dikekalkan adalah penggunaan

nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai

panggilan rasmi dengan tidak

menyebut bilangan ulang tahun

sambutan.

16
17. Saya ingin menyarankan agar semua

warga Kimia untuk mengibarkan

bendera Jalur Gemilang kebanggaan

kita. Sayangilah Malaysia...

18. Saya telah dimaklumkan bahawa

warga kerja Jabatan Kimia Malaysia,

Cawangan Sabah telah mulai

bergotong royong memasang bendera

Malaysia di sekitar bangunan JKMC

Sabah. Syabas JKMC Sabah!

17
(Penutup)

19. Sebelum saya mengakhiri ucapan,

saya ingin mengucapkan ‘Selamat

Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang

menyambut ulang tahun kelahiran

pada bulan Ogos ini serta Selamat

Menyambut Bulan Kemerdekaan

kepada semua warga Kimia.

Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.

18

You might also like