Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Pertumbuhan yang amat pesat pada abad ini terlihat dengan jelas seiring dengan
peningkatan populasi dunia hampir disemua tempat yang seterusnya mewujudkan lebih
banyak bandar-bandar besar. Tidak terkecuali juga pembangunan aspek-aspek budaya dari
pelbagai tempat ke tempat yang baru. Salah satunya adalah budaya kafe yang semakin hari
semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat setempat. Perkataan kafe ini
berasal daripada Bahasa perancis iaitu café yang sering dikaitkan dengan kedai kopi pada
zaman dahulu. Kedai kopi sebagai versi yang lebih inklusif dari salon bangsawan yang
sebelum ini penting dimana seni dan kesusasteraan dibincangkan (Jurgen Habermas,1989).
Berbeza dengan salon bangsawan pada ketika dahulu, kedai kopi menjadi tempat untuk
perbincangan politik, ekonomi serta lain-lain topik yang jarang dibahaskan. Sudut kafe
mendapat perhatian semasa revolusi perindustrian yang mana sepanjang tempoh ini,
konsep tempat kerja yang berasingan dari rumah dibangunkan sepertimana ekonomi
beralih dari pertanian ke kerja kilang. Sejak dari itu, kedai kopi telah mengalami perubahan
dalam pelbagai aspek dari semasa ke semasa. Budaya kafe ini digambarkan sebagai satu
ruangan sosial atau siri tingkah laku sosial yang berkaitan dengan penggunaan kopi.
Istilah ini juga merujuk kepada penyebaran dan penggunaan kopi sebagai perangsang yang
digunakan secara meluas oleh budaya.
Kajian menunjukkan bahawa kopi merupakan komoditi kedua yang paling banyak
didagangkan selepas minyak (Topik, 2003). Di negara eropah khususnya perancis dan Italy,
cafe dan kopi merupakan bahagian penting dalam kehidupan seharian mereka disamping
menjadi hub sosial untuk berinteraksi dengan masyarakat. Malaysia juga tidak terkecuali
daripada menerima budaya ini malahan budaya ini semakin menjadi trend dalam kalangan
rakyat malaysia khusunya Generasi Y iaitu generasi muda untuk bertemu dengan keluarga
dan rakan-rakan sambil menikmati kopi. Oleh kerana itu, sasaran industri makanan adalah
berdasarkan Generasi Y disebabkan tabiat pemakanan dan gaya hidup mereka
(Kavitha,2011). Hal ini telah membawa kepada lebih banyak pembukaan kafe yang
bertemakan barat di negara ini. Pembukaan kafe disesuatu tempat mengambil kira aspek
pembangunan dan corak kehidupan masyarakat dikawasan tersebut. Ini bermaksud bandar-
bandar utama semestinya menjadi pilihan utama untuk pembukaan kafe kopi demi untuk
mengaut keuntungan yang lumayan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih Starbucks cafe untuk dijadikan tempat kajian
utama. Starbucks coffee yang dipilih ini terletak di Queensbay Mall, Georgetown, Pulau
Pinang.

1
Gambar 1 : Lokasi kajian, Kafe Starbucks Coffee

Peta 1 : Peta lokasi kajian

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah sesuatu yang ingin dicapai melalui kajian yang dilakukan.
Objektif kajian ini penting dalam sesuatu kajian kerana akan menentukan hala tuju semasa
kajian dijalankan. Dalam kajian budaya cafe ini, terdapat dua objektif kajian yang
disenaraikan. Pertama adalah, mengenalpasti peranan kepenggunan kopi dalam melahirkan
landskap sosio ruangan. Sosio ruangan yang dimaksudkan termasuklah dari segi seni bina
bangunan, dekorasi dan susun atur didalam kafe itu yang seterusnya mempengaruhi sosial
manusia dari segi interaksi dan komunikasi antara mereka.
Objektif kajian yang kedua adalah mengkaji peranan kepenggunaan kopi dalam
melahirkan tingkah laku pengguna di bandar-bandar tertentu. Tingkah laku pengguna yang
dikaji termasuklah golongan dewasa dan golongan remaja. Dalam hal ini, kesan dan impak
budaya kafe terhadap perubahan tingkah laku manusia itu dikaji.

3
3.0 SOROTAN KAJIAN
Kajian mengenai budaya kafe ini telahpun dilakukan dinegara kita sendiri iaitu
Malaysia namun tidak begitu menonjol berbanding dengan di negara-negara barat
terutamanya. Hal ini demikian kerana, budaya kafe itu sendiri berasal dari negara tersebut
dan dibawa masuk ke negara-negara lain termasuklah Malaysia. Namun, apa yang dapat
kita lihat pada hari ini adalah kewujudan budaya kafe itu telah tersebar di merata tempat
serta mengalami evolusi yang ketara pada ketika ini. Kafe yang dahulu tidaklah terlalu luas
skopnya dan hanya tertumpu kepada penyediaan minuman kopi sahaja. Namun,
kebanyakan kafe pada hari ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan alternatif lain
untuk menarik lebih ramai pelanggan sebagai contoh Starbucks cafe. Pada masa ini, budaya
kafe telah dikuasai oleh Starbucks iaitu sebuah rantaian antarabangsa dengan lebih 22,519
lokasi (sehingga 28 Jun 2015). Dalam hal ini, kafe-kafe barat seperti Starbucks coffee dapat
memperlihatkan perubahan dari aspek kualiti produk yang ditawarkan, lokasi peletakan
kafe dan suasana kafe itu sendiri.
Tidak dinafikan bahawa kualiti sesuatu produk itu adalah menjadi keutamaan
pelanggan yang seterusnya mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli sesuatu
produk atau perkhidmatan. Dalam hal ini, starbucks cafe sememangnya menyediakan kopi
yang berkualiti tinggi kerana pembeli kopi mereka itu sendiri yang pergi ke ladang kopi di
Amerika latin, Afrika dan Asia untuk memilih biji kopi yang berkualiti tinggi. Maka tidak
hairanlah sekiranya kopi di cafe starbucks mendapat permintaan tinggi daripada
masyarakat. Menurut Jaw, Leslie, Mattock dan Shahinfar, (2010), sesetengah pengguna
lebih menilai rasa kopi berbanding dengan harganya. Hal ini menyebabkan mereka sanggup
membayar untuk kualiti yang lebih tinggi. Menyedari akan pilihan pengguna ini, syarikat
kopi seterusnya memperkenalkan lebih banyak dan pelbagai rasa kopi untuk memenuhi
permintaan pengguna dan akhirnya pada hari ini dilihat pelbagai jenis perasa kopi yang ada
termasuklah strawberi dan pisang.
Selain itu, aspek lokasi peletakan kafe juga turut mempengaruhi penyebaran dan
kewujudan kafe-kafe ini dipelbagai tempat. Lokasi kafe yang strategik akan menjadi
tumpuan dan seterusnya menarik lebih ramai pelanggan untuk berkunjung. Kebiasaannya,
bandar-bandar yang berkembang akan menjadi tempat sasaran pembinaan kafe ini. Hal ini
demikian kerana, bandar yang lebih besar akan mempunyai kos yang lebih rendah dari segi
jarak, lebih banyak insentif dan keperluan untuk berhubung dengan individu lain (Eduardo
E. Lozano, 1990). Kajian mendapati bahawa, sebanyak 51% pengguna kopi cenderung
untuk mengunjungi kedai kopi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka (Allegra

4
Strategies, 2012). Oleh itu, kafe kopi yang dibina berdekatan dengan petempaatan
penduduk adalah satu idea yang baik.
Bukan itu sahaja, suasana kafe yang baik memberi pengaruh positif kepada jumlah
masa yang diluangkan oleh pelanggan di kafe dan seterusnya meningkatkan dorongan
ataupun motivasi mereka untuk membeli (Sathish & Venkatesakumar,2011). Istilah
suasana ini termasuklah dari segi pencahayaan, suhu, aroma , muzik, reka bentuk estetika
seperti susun atur, keselesaan dan privasi serta faktor sosial iaitu orang ramai. Dekorasi
dalaman seperti lampu, gambar yang menarik, poster dan yang paling penting adalah
kebersihan kafe itu sendiri. Rangkaian internet iaitu WIFI percuma dan udara yang baik
adalah satu kemestian dalam sesebuah kafe. Kesemua ini mempunyai pengaruh kepada
imej kedai tersebut. Akibat tuntutan globalisasi yang semakin berkembang, rangkaian
internet menjadi sangat penting kepada masyarakat untuk memudahkan mengakses ke
mana-mana laman sesawang bagi tujuan-tujuan tertentu. Tidak terkecuali juga golongan
generasi muda pada era ini yang sememangnya terdedah kepada maklumat dan isu semasa.
Maka, telah menjadi satu trend dimana orang dewasa serta pelajar membuat kerja ataupun
tugasan mereka di kafe. Oleh itu, penawaran wifi percuma adalah cara terbaik untuk
menarik lebih ramai pelanggan.
Sesetengah masyarakat sanggup membayar sesuatu produk dengan harga yang tinggi
dengan andaian bahawa semakin tinggi harga maka, semakin tinggi kualiti barang tersebut.
Begitu juga dengan penawaran kopi di kafe-kafe yang mana pelanggan sanggup membayar
dengan harga yang tinggi untuk membeli minuman kopi yang premium dan berkualiti.
Pelanggan juga membayar harga yang tinggi bukan sahaja untuk kualiti kopi tersebut, tetapi
juga untuk perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh kafe tersebut.

5
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan atau kajian merupakan kegiatan pengumpulan, pengolahan dan analisis
data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu persoalan.
Oleh itu, metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan
mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian.
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Dalam hal ini, Teknik-teknik dan kaedah-kaedah
kajian yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan persoalan dan permasalahan yang
timbul. Oleh itu, antara Teknik yang digunakan adalah soal selidik, kajian perpustakaan,
dan pemerhatian umum.
Soal selidik yang dijalankan melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan
pelanggan yang sering berkunjung ke Starbucks coffee yang masing-masing mempunyai
latar belakang yang berbeza. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden untuk
dijawab mengandungi tiga bahagiaan iaitu Bahagian A (Demografi Penduduk), Bahagian
B (Landskap Sosio Ruangan) dan Bahagian C (Tingkah Laku Pengguna). Ketiga-tiga
bahagian tersebut telah disediakan pilihan jawapan dan responden hanya perlu memilih
jawapan-jawapan tersebut dan menandakan diborang soal selidik.
Kaedah kedua yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian perpustakaan. Bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan konsep, teori dan pengukuhan lain, pengkaji telah
mencari buku-buku yang berkaitan di perpustakaan yang terdekat. Buku-buku tersebut
dijadikan rujukan dan panduan untuk menganalisis beberapa aspek yang terdapat dalam
kajian. Selain itu, beberapa tesis dan jurnal juga telah digunakan sebagai rujukan sepanjang
kajian ini dijalankan.
Akhir sekali, kaedah pemerhatian umum yang dilakukan dengan melihat kepada
suasana dan persekitaran kafe itu sendiri. Dalam hal ini, pengkaji telah pergi ke Starbucks
café itu sendiri untuk meneliti dan melihat sendiri sejauhmana fenomena budaya kafe ini
menular dan bagaimana masyarakat dapat mengadaptasi budaya ini dalam kehidupan
mereka.

6
5.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa dapatan telah diperoleh dan direkodkan oleh
pengkaji. Dapatan ini adalah hasil daripada soal selidik yang telah dijawab oleh 30 orang
responden. Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B dan bahagian C. Bahagian A memfokuskan kepada demografi responden
manakala bahagian B dan C masing-masing mempunyai pilihan jawapan dan skala yang
diberikan iaitu setuju, tidak bersetuju dan tidak pasti.

5.1 Demografi Responden

Ciri demografi Jumlah Peratus(%)


Jantina Lelaki 19 63.33

Perempuan 11 36.67

Umur 20 Tahun kebawah 6 20

21-49 Tahun 20 66.67

50 Tahun keatas 4 13.33

Jarak rumah ke kafe Kurang dari 5km 13 43.33

6km – 14km 11 36.67

Lebih dari 15km 6 20

Pendapatan RM1000 kebawah 6 20

RM1000-RM3000 8 26.67

RM3000 keatas 16 53.33

Jadual 1 : Demografi Responden

Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat taburan demografi responden yang


terlibat dalam kajian ini. Seramai 19 orang lelaki iaitu sebanyak 63.33% manakala
perempuan pula adalah seramai 11 orang iaitu 36.67%. Majoriti responden adalah
berumur antara 21-49 tahun (66.67%), diikuti golongan 20 tahun kebawah iaitu seramai
6 orang (20%) dan responden yang berumur 50 tahun keatas adalah seramai 4 orang
sahaja (13.33). Dari segi ciri demografi jarak rumah ke kafe pula, seramai 13 orang

7
(43.33%) responden yang rumahnya terletak kurang dari 5km ke kafe, jarak 6km-14km
seramai 11 orang (36.67%) dan seramai 6 orang (20%) responden yang rumahnya
terletak sejauh lebih dari 15km ke kafe.

Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden yang berkunjung ke
kafe adalah diwakili oleh golongan lelaki berbanding perempuan yang mana usia
mereka adalah dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 49 tahun. Selain itu,
kebanyakan responden yang terlibat juga tinggal berdekatan dan berhampiran dengan
kafe iaitu seramai 13 orang dengan jarak kurang dari 5km. Hal ini bermaksud,
ketersampaian ke kafe tersebut adalah dekat dan seterusnya memudahkan untuk
mereka mengunjungi Starbucks coffee di Queensbay Mall itu.

5.2 Landskap Sosio Ruangan

Landskap sosio ruangan


100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6 soalan 7

setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 1 : Bahagian B soal selidik (Landskap sosio ruangan)

Berdasarkan graf diatas, dapat dilihat landskap sosio ruangan yang dihasilkan
oleh masyarakat itu sendiri. Bagi soalan 1 iaitu peningkatan yang tinggi terhadap
penggunaan kopi di dalam masyarakat mempengaruhi peningkatan kewujudan kafe di
bandar, menunjukkan sebanyak 60% yang bersetuju, 26.67% tidak bersetuju dan 13.33%
yang tidak pasti. Hal ini menunjukkan bahawa tidak semua responden berpendapat
bahawa kewujudan kafe adalah disebabkan oleh peningkatan penggunaan kopi semata-
mata. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kewujudan kafe itu.

8
Soalan 2 pula iaitu proses modenisasi dibandar menyebabkan lambakan kafe
dikawasan tersebut, menunjukkan sebanyak 70% yang bersetuju, 20% tidak bersetuju
dan 10% lagi tidak pasti. Dapat dilihat kebanyakan responden bersetuju bahawa
modenisasi itu telah membawa kepada bertambahnya jumlah bilangan kafe starbucks.
Modenisasi itu sendiri membawa maksud proses transformasi dari suatu perubahan ke
arah yang lebih maju atau meningkat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Ini
juga berkait rapat dengan proses pembandaran dimana sesebuah organisasi bandar
berubah dengan pesat, mengalami gelombang fizikal, teknikal, pentadbiran dan inovasi
kewangan yang berterusan (Eduardo E. Lozano, 1990). Oleh itu, modenisasi
meningkatkan lagi pembukaan cawangan starbucks cafe ditempat-tempat yang lain.

Seterusnya soalan 3 iaitu reka bentuk kafe pada era ini lebih menarik berbanding
reka bentuk kafe yang dahulu, menunjukkan sebanyak 83.33% yang bersetuju, 10%
tidak bersetuju dan 6.67% tidak pasti. Seiring dengan pembangunan yang semakin
pesat, binaan bangunan turut mengalami evolusi ke arah yang lebih baik dari segi
bangunan, mahupun reka bentuk dan susun atur dalaman bangunan tersebut. Reka
bentuk ini juga turut mengambil kira elemen aksesori dan perabot yang terdapat
didalam kafe itu. Sesetengah aksesori dipejabat, restoran dan ruang awam yang lain
adalah objek penting dan sangat berfungsi (Arnold Friedmann, 1976).

Soalan 4 iaitu pembukaan kafe di sesuatu kawasan telah membuka peluang


pekerjaan kepada masyarakat, menunjukkan sebanyak 73.33% yang bersetuju, 10%
tidak bersetuju dan 16.67% yang tidak pasti. Kebanyakan responden mempunyai
pendapat yang sama bahawa pembukaan kafe-kafe akan memberi peluang pekerjaan
kepada orang ramai. Pekerja yang diambil secara tidak langsung akan dilatih dan diberi
tunjuk ajar mengenai tatacara dan etika bekerja dikafe tersebut. Hal ini akan
meningkatkan lagi produktiviti dan memberi peluang kepada golongan penganggur
untuk mendapatkan pekerjaan. Pengangguran yang meluas atau ketakutan
mengenainya membuatkan pekerja gembira dan berpuas hati dengan apa-apa jenis kerja
ketika disekelilingnya terdapat ramai yang tidak berkerja (C.Wright Mills, 1953).

Manakala soalan 5 iaitu perkhidmatan yang efisien dan layanan yang baik di
kafe moden lebih cepat berbanding dengan kedai biasa menunjukkan peratusan yang
baik kerana hampir kesemua responden bersetuju bahawa perkhidmatan di kafe
starbucks adalah cepat dan mereka diberi layanan yang baik. Penggunaan peralatan dan

9
teknologi yang moden membuatkan penyediaan produk makanan dan minuman di
starbucks coffee adalah cepat dan pelanggan tidak perlu menunggu lama. Seperti
bandar sebagai karya seni, bandar sebagai mesin juga mempunyai tujuan utama yang
mana tujuan tersebut mempunyai fungsi pentingnya yang tersendiri (Stephen Marshall,
2009)

Soalan 6 pula iaitu kewujudan kafe telah menyebabkan banyak perniagaan-


perniagaan kecil tumbuh di sekitarnya menunjukkan sebanyak 46.67% yang bersetuju,
20% tidak bersetuju dan 33.33% yang tidak pasti. Perniagaan yang dimaksudkan
termasuklah mini pasaraya, restoran dan kedai serbaneka misalnya. Hal ini demikian
kerana, pembukaan kafe ini akan menjadikan tempat tersebut sebagai tumpuan
pelanggan. Oleh itu, peniaga-peniaga lain cuba mengambil peluang tersebut untuk
memulakan perniagaan dikawasan tumpuan orang.

Soalan 7 iaitu penggunaan kopi dan permintaannya semakin tinggi menjadikan


infrastrukturnya dinaiktaraf menunjukkan sebanyak 56.67% yang bersetuju, 6.67%
yang tidak bersetuju dan 36.67% tidak pasti. Dalam konteks ini, infrastruktur yang
dimaksudkan termasuklah segala aspek kemudahan dan prasarana asas yang terdapat
di kafe.

Landskap sosio ruangan Jumlah peratus(%)


Kemudahan yang menjadi Wifi 7 23.33

daya tarikan pengunjung ke Suasana kondusif 5 16.67


kafe Tempat privasi 4 13.33
Semua diatas 14 46.67

Aktiviti yang sering Urusan perniagaan 8 26.67


dilakukan dikafe Perbincangan
akademik 7 23.33
Bersantai 15 50
Waktu yang paling kerap Pagi 9 30
mengunjungi kafe Tengah hari 6 20
Petang 5 16.67

Malam 10 33.33
Jadual 2 : landskap sosio ruangan

10
Jadual 2 merupakan kesinambungan daripada soalan soal selidik bahagian B
dimana soalan ini terdapat aneka pilihan jawapan untuk dipilih oleh responden.
Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat bahawa responden cenderung untuk
berkunjung ke starbucks cafe kerana kemudahan yang disediakan memenuhi citarasa
dan kehendak responden. Kebanyakan responden iaitu seramai 14 orang (46.67%)
berpendapat bahawa mereka berkunjung ke starbucks adalah untuk mendapatkan wifi
percuma disamping untuk mendapatkan tempat privasi dalam suasana yang kondusif
dan selesa. Terdapat banyak teori berkenaan suasana permukaan sesuatu tempat itu
mempengaruhi keselesaan dan ciri asas sesuatu ruang itu digunakan ataupun dihuni.
Dalam hal ini beberapa aspek seperti warna, ruang dan jenis diambil kira. Interaksi
warna, bahan dan tekstur bertindak balas terhadap pencahayaan yang seterusnya
mempengaruhi persekitaran dalaman kafe itu (Chris Grimley & Mimi Love, 2007).
Selain itu, sebanyak 50% responden berpendapat bahawa sebab dan tujuan utama
mereka ke starbucks adalah untuk bersantai. Tambahan pula, waktu yang paling kerap
responden mengunjungi starbucks cafe adalah pada waktu malam iaitu seramai 10
orang (33.33%).

5.3 Tingkah laku pengguna

11
Tingkah laku pengguna
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 2 : Bahagian C Soal Selidik (Tingkah laku Pengguna)

Berdasarkan graf diatas, dapat dilihat tingkah laku pengguna yang terhasil
akibat daripada peranan budaya cafe. Soalan 1 iaitu kafe sebagai tempat pertukaran
maklumat dan komunikasi, menunjukkan seramai 17 orang (56.67%) bersetuju, 6 orang
(20%) dan 7 orang (23.33%) tidak pasti. Kafe dilihat menjadi medium untuk
berkomunikasi dan saling bertukar maklumat. Hal ini demikian kerana, masyarakat
dilihat lebih gemar untuk menjadikan kafe sebagai tempat pertemuan dan perbincangan
mereka. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju akan hal ini.

Soalan 2 iaitu kemasukan kafe barat menghakis budaya asal masyarakat melayu.
Budaya asal masyarakat melayu adalah seperti duduk bersila ketika makan dan minum,
menikmati makanan dengan sopan seperti tidak bercakap ketika makan dan banyak lagi.
Namun dengan adanya kafe, perabot seperti meja dan kerusi adalah penting dan
pelanggan bebas untuk berbincang sambil menikmati hidangan yang ada. Dalam hal ini
sebanyak 50% yang bersetuju, 26.67% tidak bersetuju dan 23.33% tidak pasti.

Seterusnya soalan 3 iaitu pengambilan kafein berlebihan yang terkandung


dalam kopi akan menjejaskan kesihatan menunjukkan sebanyak 63.33% bersetuju,
13.33% tidak bersetuju dan 23.33% tidak pasti. Kafein adalah sejenis zat yang biasanya
terkandung pada minuman seperti kopi. Meskipun mempunyai manfaatnya, namun
kafein turut memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Namun begitu, walaupun

12
kebanyakan responden sedia maklum mengenai pengambilan kafein ini, mereka tetap
gemar menikmati minuman kopi ini. Ditambah lagi dengan pelbagai jenis kopi yang
ada di Starbucks coffee iaitu lebih daripada 30 campuran dan kopi premium yang ada.

Gambar 2 : Kopi Starbucks

Soalan 4 iaitu taraf hidup mempengaruhi kekerapan pengunjung mengunjungi


kafe menunjukkan sebanyak 66.67% bersetuju, 23.33% tidak bersetuju dan 10% tidak
pasti. Hal ini demikian kerana, harga bagi jenis minuman dan makanan yang terdapat
dikafe agak mahal berbanding dengan kedai-kedai kopi lain. Ini berlaku kerana kualiti
kopi dikafe juga adalah berbeza dengan kedai biasa. Oleh itu, kebanyakan pengunjung
kafe ini adalah mereka yang mempunyai kewangan yang stabil dan taraf pendapatan
yang selesa.

Soalan 5 iaitu kewujudan kafe menggalakkan budaya lepak menunjukkan


peratusan sebanyak 73.33% yang bersetuju, 16.67% tidak bersetuju dan 10% tidak pasti.
Budaya kafe ini sememangnya sinonim dengan budaya lepak sejak dahulu lagi. Hal ini
terjadi apabila pelanggan berkunjung ke kafe dan menghabiskan waktu yang banyak
dikafe bersama rakan-rakan untuk berbual-bual kosong. Kebanyakan responden
bersetuju dengan pernyataan ini kerana mereka sendiri gemar untuk menghabiskan
masa dikafe bersama rakan-rakan.

13
Gambar 3 : Budaya lepak di Starbucks Coffee

Soalan 6 iaitu mengunjungi kafe moden adalah semata-mata untuk mengikut


“trend” terkini menunjukkan sebanyak 33.33% bersetuju, 56.67% tidak bersetuju dan
10% tidak pasti. Mengikut “trend” bukanlah sebab utama pelanggan mengunjungi kafe.
Hal ini demikian kerana, banyak lagi faktor penarik lain yang menjadi sebab utama
mereka mengunjungi kafe. Maka dengan itu, kebanyakan responden tidak bersetuju
bahawa mereka pergi ke kafe hanyalah untuk mengikut “trend”.

Tingkah laku pengguna Jumlah Peratus(%)

Golongan yang kerap Warga Emas 4 13.33


mengunjungi Dewasa 20 66.67
kafe terdiri daripada Remaja 6 20

Tujuan pengambilan Mengurangkan tekanan 6 20


minuman kopi kegemaran 11 36.67

Elakkan mengantuk 4 13.33

Pilihan kopi yang pelbagai 9 30

Pengunjung lebih gemar Keluarga 3 10


mengunjungi kafe bersama Pasangan 2 6.67
Rakan-rakan 20 66.67

14
Sendiri 5 16.67
Tingkah laku yang kerap Membaca 8 26.67
Dilakukan oleh Bersembang 12 40
Pengunjung semasa Menggunakan media sosial 10 33.33
Berada dikafe lain-lain -
Jadual 3 : Tingkah laku pengguna
Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat bahawa golongan yang paling kerap
mengunjungi kafe adalah golongan dewasa dengan peratusan sebanyak 66.67% dan
mereka ini juga berpendapat bahawa pengambilan kopi adalah kerana minuman kopi
sememangnya kegemaran mereka disamping mempunyai pelbagai pilihan dan perasa
kopi yang baru. Disamping itu, kebanyakan responden lebih gemar mengunjungi kafe
bersama rakan-rakan berbanding dengan keluarga, pasangan dan bersendirian. Hal ini
demikian kerana, apabila bersama rakan-rakan pelbagai cerita yang ingin dikongsi
mengenai kehidupan seharian dan perkara-perkara lain mahupun hanya sekadar berbual
kosong. Tambahan pula, bersembang merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh
pengunjung semasa berada dikafe berbanding dengan membaca dan menggunakan
media sosial dengan peratusan sebanyak 40% iaitu seramai 12 orang responden.

6.0 KESIMPULAN

15
Kesimpulannya, budaya cafe ini sememangnya semakin berkembang dimerata tempat.
Hal ini menjadikan budaya tersebut sebagai budaya baru yang mendapat sambutan dan terkenal
dalam kalangan masyarakat. Ini berlaku disebabkan banyak faktor yang mendorong kepada
perluasan pengaruh kafe tersebut seperti Starbucks coffee contohnya. Nama Starbucks coffee
ini tidak asing lagi dalam dunia budaya kafe kerana keistimewaan dan unsur yang dibawanya
itu sangat menarik perhatian peminat setia minuman kopi. Maka dengan itu, tidak hairanlah
jika keuntungan kafe tersebut semakin bertambah dari semasa ke semasa akibat daripada
peningkatan jumlah pelanggan yang berkunjung. Pengembangan starbucks coffee ini turut
memperlihatkan kerancakan budaya cafe di Malaysia khususnya. Hal ini demikian kerana,
masyarakat semakin tertarik untuk berkunjung dan menikmati minuman kopi mereka. Perkara
ini secara tidak langsung akan mewujudkan komunikasi dan interaksi ruangan apabila
masyarakat berkunjung ke kafe bersama rakan dan meluangkan masa di kafe tersebut.
Tambahan pula dengan kemudahan yang disediakan seperti wifi, tempat privasi , layanan dan
perkhidmatan yang baik serta suasana dan ruang yang kondusif dapat menarik lagi minat
masyarakat untuk menikmati minuman kopi di kafe tersebut. Dalam pada itu, untuk
mengekalkan status dan prestasi starbucks coffee, pihak mereka sentiasa mencari inisiatif dan
strategi-strategi berkesan bagi memastikan kelangsungan kafe tersebut dan tidak dinafikan
dalam hal ini mereka sentiasa tampil dengan pembaharuan-pembaharuan yang sangat
memuaskan.

16

You might also like