Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGAPLIKASIAN TEKNIK ‘FICA’BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SERU

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Oleh

Noradilah binti Kani


1. PENDAHULUAN
Dalam bab pendahuluan pengkaji akan membincangkan pengenalan dan konteks
berkaitan pendidikan di Malaysia serta pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa
Melayu. Pengkaji juga akan menyatakan refleksi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan praktikum yang lalu.

1.1 Pengenalan dan Konteks


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) meripakan garis panduan dan rujukan para
pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas dalam bidang pendidikan. Merujuk
kepada FPK, para guru perlu menyedari hakikat bahawasanya tugas dan
tanggungjawab mereka tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan
pembentukan modal insan yang perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam
pendidikan negara, kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan komunikasi dengan menggunakan tatabahasa yang betul
dan tepat (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2013).

Sejajar dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025


(PPPM) yang komited dalam usaha meningkatkan pencapaian setiap murid dan
kualiti pendidikan, KSSR distrukturkan semula kepada pendekatan modular. Unit-unit
kecil yang terkandung dalam KSSR terdiri daripada beberapa modul termasuklah
aspek tatabahasa (Zaini, 2013).

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon dalam Siti Rashidah Ramli, (2016)
tujuan utama pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi indiviidu agar
mereka lebih berkualiti dan progresif di samping pendidikan merupakan wadah
terpenting dalam pembinaan sesuatu bangsa. Selaras dengan pembangunan dan
transormasi dalam pendidikan, pelbagai teori pembelajaran dan kaedah pengajaran
telah diperkenalkan sejajar dengan FPK (Abdullah Sani, dalam Siti Rashidah Ramli,
2016).

Menurut KementerianPelajaran Malaysai (2013), selaras dengan dasar


Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Baasa Melayu
merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa
Melayu turut memainkan peranan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa penyatuan
dan juga bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

Pendekatan modular bermaksud….

Maksud tatabahasa……….
Maksud kata seru……..

Najeemah Md Yusoff, (2006) di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran


tugas sebagai pendidik juga turut mengalami proses transormasi yang sangat besar
dalam menghadapi murid abad ke-21. Menurut Awang Sariyan (2010), guru perlu
peka terhadap semua murid seperti menggunakan kaedah dan strategi yang
tersendiri agar dapat menarik minat murid untuk mempelajari kata seru dengan
berkesan.

Abdul Ali Abdul Talib dalam Siti Rashidah Ramli, (2016).menjelaskan pelbagai
kaedah pengajaran yang diperkenalkan kepada warga pedidik agar pembelajaran
menjadi lebih bermakna dan menarik serta dapat menarik minat murid. Pendidik juga
disarankan merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lebih efisien dan efektif dan secara langsung melibatkan aktiviti kolaboratif dan
koperatif dalam kalangan murid. Malahan, pendidik juga perlu peka dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran dengan memperlihatkan kematangan, pemikiran
terbuka, kreatif, inovatif, rasional dan bijaksana agar dapat membantu murid untuk
membina konsep serta menguasai kemahiran (Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin,
2010).

Definisi strategi/teknik/kaedah pengajaran dan pembelajaran…………..

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengkaji merupakan seorang guru pelatih berpengkhususan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah (SK) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).
Semasa semester 5, pengkaji telah melaksanakan praktikum fasa I selama tiga
bulan di sebuah sekolah rendah X sekitar Kuala Lumpur. Semasa di sekolah pengkaji
telah menerima jadual waktu mengajar dan Diberi kepercayaan untuk mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu di kelas tahun 3Y. Murid-murid Tahun 3Y ini terdiri
daripada 30 orang murid dan mereka dikategorikan sebagai kelas yang mempunyai
tahap pencapaian akademik yang sederhana.

Pengkaji telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang


bertajuk “________“. Standard pembelajaran yang diajarkan oleh pengkaji dari aspek
tatabahasa, iaitu Standard Pembelajaran 5.1.7 memahami dan menggunakan kata
sendi nama dan kata seru dengan betul mengikut konteks. Objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan oleh pengkaji yang pertama, ialah murid dapat menyebut
sekurang-kurangnya tiga daripada lima kata seru dengan betul mengikut konteks.
Manakala, objektif pembelajaran yang kedua, ialah murid dapat bertutur
menggunakan ayat seru dengan betul mengikut konteks. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang pengkaji laksanakan tersebut menekankan aspek tatabahasa dan
digabung jalinkan dengan kemahiran bertutur.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung, pengkaji


mendapati empat daripada 30 orang murid kelas 3Y tidak dapat mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Hal ini demikian
kerana mereka sukar untuk menyebut kata seru yang betul mengikut konteks. Malah
mereka juga, kurang mahir untuk menuturkan kata seru dengan sebutan yang betul
mengikut konteksnya.

Pada hari berikutnya pengkaji cuba mengimbas kembali isi pelajaran pada
hari yang lepas dan pengkaji mendapati masalah yang sama, iaitu murid-murid
tersebut masih sukar untuk menggunakan kata seru dengan betul mengikut
konteksnya. Malah, mereka juga menunjukkan reaksi yang keliru apabila guru
meminta mereka membaca ayat yang mengandungi kata seru. Walaupun guru telah
membimbing mereka dengan memberi penerangan tentang kata seru tersebut, murid
masih menunjukkan reaksi kurang yakin. Oleh hal yang demikian, pengkaji
berandaian bahawa sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan secepat mungkin,
murid-murid akan terus menghadapi masalah dalam penguasaan kata seru sehingga
boleh menjejaskan penilaian mereka dalam peperiksaan bertulis.

Masalah yang sama juga telah dikenal pasti pada murid kelas 3Y tersebut.
Hal ini telah disokong oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas 3Y ini, iaitu
Puan J menerusi temu bual (lampiran 1) dan dirujuk oleh pencapaian murid dalam
ujian diagnostik (lampiran 2). Berdasarkan analisis buku latihan murid berkaitan
dengan aspek tatabahasa kata seru juga menunjukkan murid mengalami masalah
dalam penguasaan kata seru tersebut.

Selain itu, lokasi sekolah dan budaya persekitaran kehidupan murid yang
kurang terdedah kepada bahasa Melayu baku dalam kehidupan juga menyebabkan
mereka tidak dapat menguasai penggunaan kata seru dengan betul mengikut
konteks. Hal ini demikian kerana kebanyakan murid di sekolah X terdiri daripada
keluarga yang mempunyai latar belakang dari Indonesia dan juga terdiri dalam
kalangan bukan penutur jati bahasa Melayu, iaitu kaum India dan Cina. Hal ini jelas
memberikan kesukaran bagi mereka untuk menguasai penggunaan kata seru dalam
kehidupan seharian mereka. Menurut Ball dalam Izmir Fadzil (2013), telah
menjelaskan kesan daripada itu, murid yang menggunakan bahasa informal yang
berlainan daripada bahasa baku akan menghadapi masalah pembelajaran
berbanding murid yang berlatar belakang kelas menengah. Berdasarkan pernyataan
tersebut jelaslah faktor persekitaran budaya juga turut mepengaruhi kemahiran
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melihat kepada permasalahan ini, pengkaji berasakan bahawa perlunya untuk


mengubah corak pengajaran dan pembelajaran agar lebih kreatif yang mampu
menarik minat murid dan seterusnya membantu mereka meningkatkan penguasaan
kata seru. Justeru, saya memilih penggunaan teknik FiCa bagi meningkatkan
penguasaan kata seru dalam kalangan murid tahun 3. Saya amat yakin dan percaya
bahawa kaedah permainan sambil belajar akan melahirkan minat dan sikap ingin
tahu dalam kalangan murid sekaligus memberi impak yang positif terhadap murid-
murid.

Setiap permasalahan atau kekurangan mesti ditangani sesuai dengan


tahapnya. Kaedah dan pendekatan latih tubi yang kerap kali digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya
dalam aspek tatabahasa menyebabkan murid kurang berminat dan berkelakuan pasif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Oleh hal yang demikian,
pengkaji akan menggunakan teknik yang berunsurkan didik hibur bagi menarik minat
murid untuk terus menumpukan perhatian terhadap proses pemgajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik yang digunakan pengkaji ini adalah belajar
sambil bermain. Hal ini bertepatan dengan pendapat Morrison dalam Hazman Faris,
(2014) yang menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses
permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar.

Malahan, murid juga lebih mudah untuk menerima isi pelajaran apabila
diadakan sedikit permainan sambil belajar. Kajian lepas juga mendapati apabila
pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan gaya pembelajaran
murid atau kanak-kanak, pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan
lebih lama dan kanak-kanak mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran
tersebut (Sloan, dalam Hazman Faris, 2014). Oleh hal yang demikian, pada
praktikum Fasa II nanti pengkaji akan mengaplikasikan kaedah permainan sambil
belajar bagi meningkatkan penguasaan kata seru dalam kalangan murid.
2. FOKUS KAJIAN
Dalam fokus kajian ini pengkaji akan membincangkan huraian fokus kajian,
pengumpulan data awal dan juga cadangan tindakan .

2.1 Huraian Fokus Kajian


Menurut Tay dalam Mujahidah Mujin, (2016), masalah utama yang dihadapi oleh
guru BM adalah untuk menangani masalah yang berkaitan dengan murid, iaitu
kelemahan murid dalam menguasai asas Bahasa Melayu. Berdasarkan refleksi
pengajaran dan pembelajaran yang lepas, murid Tahun 3Y sangat lemah dalam
aspek tatabahasa terutamanya dalam penguasaan kata seru. Oleh hal yang
demikian, kajian ini dijalankan oleh pengkaji dengan akan memberikan fokus kepada
masalah penguasaan kata seru dalam kalangan murid Tahun 3Y. Kajian yang
dijalankan ini juga untuk membantu murid Tahun 3Y menguasai kata seru dengan
betul mengikut konteks.

Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji mendapati bahawa terdapat


beberapa orang murid yang lemah dalam memahami dan menggunakan kata seru.
Semasa guru menjalankan aktiviti membaca, murid yang terlibat akan terkial-kial
untuk membaca ayat yang mengandungi kata seru. Malahan, apabila mereka
membaca ayat tersebut mereka gagal untuk membacanya dengan menggunakan
sebutan yang jelas, intonasi yang betul mengikut konteks kata seru yang diujarkan.
Melalui aktiviti soal jawab juga, murid yang terlibat tidak dapat menerangkan
kegunaan kata seru yang disoal oleh guru dan mereka sering keliru terhadap konteks
penggunaan setiap kata seru tersebut.

Bersasarkan ujian…. murid-murid diuji untuk menyebut kata seru dan ayat
yang mengandungi kata seru. Hasil daripada ujian tersebut, didapati empat orang
daripada murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pertuturan menggunakan kata
seru telah gagal melepasi ujian ini. Berdasarkan temu bual yang dibuat oleh pengkaji
dengan murid yang tidak melepasi ujian ini juga, mereka mengatakan mereka tidak
tahu menyebut kata apatah lagi konteks penggunaan bagi setiap kata seru tersebut.

Melalui hasil pengumpulan data yang dijalankan, pengkaji dapat


menyimpulkan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan kata seru, iaitu:
i. murid tidak dapat membunyikan kata seru yang betul mengikut konteks
ii. murid dapat membaca ayat yang mengandungi kata seru namun, nada dan
intonasi kurang tepat
iii. murid tidak memahami dan keliru dalam konteks penggunaan bagi setiap kata
seru

Isu ini akan memberi impak negate kepada murid jika tidak segera diatasi.
Oleh ha yang demikian, pengkaji telah membuat satu perancangan khusus untuk
membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran terutamanya
dalam aspek memahami dan menggunakan kata seru mengikut konteks dengan
betul.

Terangkan teknik yang digunakan………..

2.2 Pengumpulan Data Awal


Pengumpulan data awal merupakan bahagian terpenting yang perlu dilaksanakan
oleh pengkaji setelah mengenal pasti masalah dan peserta kajian yang terlibat.
 10 markah
 ceritakan bagaimana mengumpul data
 sertakan bukti
 maksudkan perkataan (sah, triangulasi-lebih daripada 3 kaedah)
 terangkan, huraikan buktikan… satu2 kaedah, contoh temu bual, terangkan dahulu
apa itu temu bual, terangkan langkah2 melaksanakan kaedah

2.3 Tindakan
 penyelidikan tindakan yang digunakan ialah berdasarkan model…
 10 markah
 nyatakan model dan huraikan

Gambar 1 Model Kajian Tindakan


3. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Dalam objektif dan soalan kajian pengkaji akan membincangkan objektif umum dan
khusus dalam kajian tindakan yang akan dilakukan dan juga soalan kajian.

3.1 Objektif Umum


Mengetahui mengenai penguasaan kata seru dalam kalangan murid Bahasa Melayu
Tahun 3.

3.2 Objektif Khusus


Teknik FiCa dalam meningkatkan penguasaan kata seru dalam kalangan murid
Bahasa Melayu Tahun 3.

3.3 Soalan Kajian


3.3.1. Dapatkah teknik FiCa meningkatkan penguasaan kata seru dalam kalangan
murid Bahasa Melayu Tahun 3?
3.3.2. Bolehkah teknik DoRi meningkatkan penguasaan kata seru mengikut konteks
yang betul dalam kalangan murid Bahasa Melayu Tahun 3?
4. PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid Tahun 3Y di Sekolah
Kebangsaan X yang terletak di sekitar Kuala Lumpur. Peserta kajian ini terdiri…………

 Ciri2 peserta kajian secara terperinci


 gambaran umum peserta kajian
 huraian latar belakang boleh buat dalam jadual
 jenamakan sekolah, murid (sekolah D, murid A…)
 1 ms
 5 markah

5. PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


Dalam perancangan pelaksanaan kajian ini pengkaji akan menerangkan langkah-
langkah dalam perancangan pelaksanaan kajian.

Gambar 2 Model Kajian Tindakan Lewin


5.1 Langkah-langkah Tindakan

5.1.1 Merancang

5.1.2 Bertindak

5.1.3 Memerhati

5.1.4 Mereflek

5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.4 Perancangan Cara Menyemak Data

5.5 Jadual Pelaksanaan Kajian


 Jadual pelaksanaan / Carta Gantt
 Feb - Mac

5.6 Anggaran Perbelanjaan


Bilangan Perkara Harga

Jumlah

6. RUJUKAN
Nik Safiah Karim, et all. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah: Golongan
Kata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rashidah Ramali. (2016). Penggunaan Teknik DeRaSeBaLi dalam Pemerolehan


Kata Adjektif Pancaindera bagi Kalangan Murid Tahun 4. Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu.

Khairul Bin Jusmin. (2016). Teknik ‘PERSAH’ Meningkatkan Penguasaan Membaca


Perkataan Dua Suku Kata Mengandungi Digraf. Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu.

Mujahidah Mujin. (2016). Aplikasi Teknik HaiTum bagi Meningkatkan Kemahiran Menulis
Imbuhan Apitan peN-…-an pada Perkataan Bermula dengan Huruf p,t,k dan s.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Hazman Faris Mohd Sukri. (2014). Penggunaan Permainan “Let’s Explore Our Country”
untuk Meningkatkan Minat dan Ingatan Murid dalam Mempelajari Bentuk Muka Bumi
Semenanjung Malaysia, Lokasi dan Kepentingannya bagi Mata Pelajaran Kajian
Tempatan Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Izmir Fadzil. (2013). Pengaplikasian Teknik THIK Bagi Meningkatkan Kemahiran


Mengembangkan Isi Karangan Jenis Cerita dan Minat Murid Tahun 4 dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

7. LAMPIRAN

You might also like