Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN 1

PENULISAN ESEI

Penilaian program merupakan satu proses untuk mengumpulkan, menganalisa dan


menginterprestasi maklumat untuk mengetahui keberkesanan sesuatu program. Penilaian
sesuatu program dapat memberikan banyak keuntungan kepada sesebuah organisasi agar
setiap objektif dapat memberikan komitmen pada organisasi . Penilaian program juga dapat
memberikan informasi dan keputusan yang dapat digunakan untuk organisasi membuat
keputusan berkaitan dengan setiap keputusan yang bakal dijalankan.

Dalam bidang pendidikan, Pendekatan penilaian yang berorientasikan pengurusan


menyediakan pengurus dengan maklumat mengenai program yang dilaksanakan. Oleh itu,
maklumat yang diperoleh daripada penilaian mesti menjadi sebahagian penting daripada
proses membuat keputusan dan penilai mesti menyumbang kepada pengurus yang
berkhidmat dalam pendidikan, pentadbiran sekolah, guru-guru dan orang-orang yang
memerlukan penilaian dalam pendidikan. Dalam pendidikan ini, objektif sesuatu program
bukan fokus utama dalam penilaian. Stufflebeam adalah pelopor pendekatan
berorientasikan pengurusan yang mana bertujuan untuk membantu pengurus membuat
keputusan tentang sesuatu program (Worthern, Sanders & Fitzpatrick, 1997).

Stufflebeam juga merupakan pelopor berpengaruh dalam pendekatan penilaian


berorientasikan keputusan (decision-oriented evaluation approach) yang mana direka bagi
membantu pentadbir untuk membuat keputusan yang bagus (Worthern, Sanders and
Fitzpatrick 1998, p. 98). Pendekatan beliau dalam penilaian di kenali sebagai CIPP Model.
Perkataan pertama bagi setiap jenis penilaian iaitu konteks (Context), input, proses dan
produk telah digunakan untuk membentuk singkatan (acronym) KIPP (CIPP) yang mana
lebih dikenali sebagai Model Penilaian Stufflebeam.

Penilaian Konteks menilai keperluan, masalah dan peluang sebagai asas untuk
membentuk matlamat dan keutamaan dan juga menilai kepentingan hasil. Penilaian input
pula menilai pendekatan alternatif yang mana mesti mesyuarat sebagai cara merancang
program dan memperuntukkan sumber. Penilaian proses menilai pelaksanaan rancangan
untuk membimbing aktiviti dan akhirnya membantu menerangkan hasil. Penilaian produk
pula menentukan hasil yang dirancang dan tidak rancang bagi memastikan proses berada
pada landasan bagi menentukan keberkesanan.
Kem Motivasi merupakan satu kaedah untuk menyuntik semangat seseorang supaya
menjadi manusia yang lebih berjaya. Bagi seseorang murid pula, setiap aktiviti motivasi
yang disertai akan memberikan banyak faedah yang berguna untuk kehidupannya.
Kebiasaannya program-program motivasi akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan
dengan akhlak dan tingkah-laku, pembelajaran, matlamat hidup, kepercayaan agama, kasih
sayang terutama kepada ibu bapa dan juga muhasabah atau keinsafan diri. Setiap sesi
motivasi mempunyai cara dan matlamat tersendiri. Walau apapun tujuannya, aktitviti
motivasi banyak memberikan faedah kepada setiap peserta yang menyertainya terutama
bagi kalangan murid-murid sekolah. Tujuan Model KIPP (CIPP) adalah yang
menghubungkan kepentingan dalam proses penilaian dengan mengambil kira semua
strategi dan komponen penilaian serta cuba menjawab persoalan ini; melihat ke dalam
semua strategi dan komponen penilaian yang dijalankan dan untuk mendapatkan jawapan
kepada soalan-soalan ini. Adakah reka bentuk penilaian berfungsi dengan betul? Bahagian
mana yang mempunyai kemungkinan mengalami masalah dan bagaimana ia boleh
diselesaikan? Adakah terdapat cara lebih cekap dalam mengumpul data? (Gilchrist &
Roberts,1974).

Sepertimana yang dinyatakan dalam Model CIPP penilaian produk membekalkan


maklumat tentang tahap pencapaian objektif, kesesuaian strategi atau prosedur yang telah
dilaksanakan. Golongan murid, merupakan orang yang paling berfaedah mengikut
pencapaian dan dan strategi yang digunakan, faedah yang paling besar setiap kali
menghadiri sesi motivasi adalah dapat mempelajari teknik-teknik dan kaedah belajar secara
berkesan. Dengan mengetahui cara belajar berkesan, murid-murid akan lebih seronok untuk
mengulangkaji pelajaran. Malahan murid juga akan dapat mencapai kejayaan lebih
cemerlang dalam ujian-ujian yang diduduki. Para penceramah motivasi biasanya akan
memberikan tunjuk ajar secara intensif kaedah-kaedah belajar yang boleh dipraktikkan oleh
setiap murid. Oleh itu, sangatlah rugi sekiranya murid-murid tidak dapat mengikuti sesi
motivasi yang dianjurkan.

Selain itu, dengan menghadiri sesi motivasi, murid bukan sahaja dapat mempelajari
kaedah belajar berkesan tetapi murid juga akan didedahkan dengan tip-tip untuk menjawab
soalan peperiksaan. Murid-murid yang bakal menduduki Ujian Prestasi Sekolah Rendah
(UPSR) contohnya akan dapat mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul. Bahkan,
calon-calon UPSR ini juga akan diingatkan tentang persediaan awal menghadapi
peperiksaan sebenar. Melalui ceramah-ceramah motivasi, murid akan sentiasa diberi
peringatan akan kepentingan memberikan tumpuan lebih kepada pelajaran untuk mencapai
kecemerlangan.
Faedah lain yang boleh diperoleh melalui sesi motivasi ialah kita akan diberi suntikan
semangat untuk merubah cara hidup kita agar lebih positif. Contohnya bagi seseorang yang
kurang berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak akan diyakinkan tentang
keupayaan dan kebolehan diri. Bagi mereka yang mudah terpengaruh dengan budaya
negatif seperti melepak dan merempit pula akan diingatkan tentang masa depan dan
pembaziran usia yang berlaku sekiranya terlibat dengan perilaku-perilaku ini. Begitu juga
bagi murid-murid yang malas belajar akan dinasihati supaya sedar betapa pentingnya ilmu
dan pelajaran untuk masa hadapan. Semua ini bertujuan untuk menerapkan elemen-elemen
positif dan membuang unsur-unsur negatif dalam diri setiap murid.

Melalui sesi motivasi juga, murid dapat menimba pengalaman baru. Bahkan murid
juga akan dapat mengenali rakan-rakan lain dengan lebih rapat. Antara pengalaman yang
boleh ditimba daripada slot-slot motivasi yang dijalankan ialah aktiviti muhasabah diri. Aktiviti
ini akan menyedarkan murid-murid akan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan.
Murid-murid harus sedar dan mengaku akan kesalahan-kesalahan ini lalu menginsafinya
dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan itu. Sepanjang sesi muhasabah ini
kita akan dapat melihat satu situasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Murid-murid yang
menangis kerana menginsafi kesalahan lalu menjadi pengalaman yang sangat istimewa dan
memberi pengajaran. Malah, murid-murid juga akan diterapkan kepentingan menyayangi ibu
bapa dan keluarga.

Terlalu banyak faedah yang boleh didapati dengan menghadiri sesi motivasi.
Faedah-faedah ini memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan kita. Seperti kata-
kata pakar motivasi bahawa siapa kita akan datang bergantung kepada siapa kita hari ini.
Jika hari ini kita malas dan cuai, maka masa hadapan pasti biasa dan suram. Namun jika
hari ini kita sedar dan rajin berusaha, maka sudah tentu masa hadapan kita akan berjaya
dan hidup gembira. Oleh itu, sesi motivasi bolehlah dianggap sebagai sebagai pencetus
kejayaan dan penangkis kealpaan dan kegagalan hidup. Justeru, sekiranya terdapat mana-
mana program motivasi yang diadakan, sertailah untuk hidup yang lebih gemilang.

Menurut Payne, D. A (1994) penilaian konteks adalah termasuk memeriksa dan


menerangkan konteks program yang akan dinilai, mengendalikan keperluan dan penilaian
matlamat. di samping itu juga penilaian konteks menurut beliau lagi, adalah menentukan
objektif program dan menentukan sama ada objektif akan sepenuhnya bertindak balas untuk
menentukan keperluan. Oleh itu, penilaian konteks dapat membantu dalam program
merancang keputusan iaitu penilaian yang menggunakan pendekatan Model KIPP itu
berguna, ia mesti berpandukan kepada soalan-soalan yang digunakan oleh pembuat
keputusan sekali gus memudahkan mereka. Oleh itu bagi penilaian konteks soalan yang
ditanya ialah apa yang perlu kita lakukan? Ia melibatkan pengumpulan dan analisis
keperluan penilaian data untuk menentukan matlamat, keutamaan dan objektif.

Oleh itu dapat disimpulkan dalam elemen pertama CIPP Model iaitu penilaian
Konteks adalah kajian tentang persekitaran sesuatu program. Ia membawa maksud
bahawa sesuatu program perlu dianalisis masalah, keperluan dan data bagi membentuk
matlamat dan objektif program. Selain itu, pada peringkat ini, beberapa soalan telah dicipta
bagi menjadi garis panduan dan memudahkan dalam keputusan. Kaedah yang digunakan
ialah sistem analisis, kajian, dokumen lepas, temu duga dan ujian diagnostik.

Penilaian kedua dalam CIPP Model ialah penilaian input. Menurut Payne, D. A
(1994) penilaian input adalah termasuk aktiviti yang mana menggambarkan input dan
sumber program, perbezaan bagaimana program mungkin dilaksanakan berbanding
program lain, bakal faedah/penilaian kos, penilaian tentang reka bentuk penilaian program,
memeriksa apakah strategi alternatif dan pertimbangan dan mengesyorkan tatacara
program Bernadette Robinson (2002) menggunakan soalan bagaimana harus kita buat?
Sebagai persoalan yang menggambarkan penilaian input. Pada peringkat ini, ia melibatkan
langkah dan sumber yang diperlukan ke arah matlamat dan objektif. Ia juga mungkin
termasuk penentuan kejayaan luaran program dan bahan dengan digabungkan maklumat.

Shane Hall (2012) pula menyatakan bahawa penilaian input memerlukan


penyusunan senarai sumber yang ada bagi satu program bagi membantu mengatasi
masalah yang timbul. Sesuatu program memerlukan input seperti pembiayaan dan juga
kakitangan untuk mencapai matlamat. Sepertimana program motivasi kepada murid-murid
tahun 6 yang dijalankan. Memerlukan fasilator yang memberikan motivasi, makan minum
murid, bahan bahan yang berkaitan dengan pembelajaran dan motivasi serta kawalan
disiplin.Sumber juga termasuk bajet dan juga dokumen perancangan serta menekankan
kualiti lebih dari kuantiti.

Penilaian ketiga ialah penilaian proses. Menurut Payne, D. A (1994) penilaian proses
adalah termasuk memeriksa bagaimana program dilaksanakan, mengawasi bagaimana
program dilaksanakan, program diaudit bagi memastikan ia mengikut undang-undang dan
etika serta menentukan kelemahan dalam langkah mereka bentuk atau pelaksanaan
program. Program dipantau secara berterusan dengan itu pembuat keputusan akan belajar
banyak perkara seperti sejauh mana ia mengikut perancangan dan garis panduan, konflik
yang timbul, sokongan moral pekerja, kekuatan dan kelemahan bahan, penyampaian dan
masalah belanjawan. Sepertimana dalam program motiasi tahun 6 segaa perancangan
dijalankan seperti yang dirancang dengan bantuan kakitangan dan kawalan disiplin murid
turut dijaga serta diawasi bagi kelancaran pencapaian dalam objektif yang dirancang.
Selain itu. menurut Shane Hall (2012) penilaian proses adalah memantau dan
mendokumenkan aktiviti program. Maklumat mengenai proses program boleh diperoleh
dengan pelbagai kaedah termasuklah kaji selidik, temu bual dan pemerhatian peserta. Bagi
menilai aktiviti dan proses data yang berharga perlu direkod seperti kedatangan pelajar.
Dengan itu, dapat disimpulkan pada peringkat penilaian proses adalah berfokuskan kepada
pelaksanaan sesuatu program atau strategi. Tujuan utama penilaian proses adalah untuk
mendapatkan maklum balas bagi penambahbaikan pelaksanaan yang ada kekurangan.
Selain itu, penilaian proses juga dapat menyediakan perbandingan pelaksanaan sebenar
dengan program akan datang, kos pelaksanaan dan pendapat peserta tentang kualiti usaha
yang diberikan.

Unsur yang keempat dalam CIPP Model ialah penilaian produk. Menurut Payne, D. A
(1994) penilaian produk adalah termasuklah menentukan dan memeriksa hasil umum dan
spesifik sesuatu program, mengukur hasil yang dijangkakan, cuba untuk menentukan hasil
yang tidak dijangka, menilai merit program, meninjau kembali manfaat/penilaian kos,
menjalankan penilaian keberkesanan kos. Membantu dalam membuat keputusan penilaian
sumatif. . Dengan pelaksanaan program motivasi murid tahun 6, penilaian perlu
mendokumenkan kedua-dua kesan yang dijangkakan dan tidak dijangka dan positif
mahupun hasil yang negatif. Pada peringkat ini juga, penilaian produk membantu penilai
untuk membuat keputusan tentang program sama ada diteruskan, atau sebaliknya atau
ditambah baik.

Walau bagaimanapun Model KIPP (CIPP Model) juga seperti model yang lain
mempunyai kekuatan dan juga kelemahan. Menurut Payne, D. A (1994) bahawa penilaian
CIPP Model agak komprehensif dan sering kali tidak menggunakan setiap bahagian CIPP
Model dalam penilaian tunggal. Sebaliknya program akan berhasil dengan melalui empat
langkah CIPP Model. Secara umumnya CIPP Model agak berguna dalam membantu untuk
fokus kepada beberapa soalan penilaian dan isu-isu yang sangat penting serta berfikir
tentang beberapa jenis atau peringkat penilaian. Data formatif digunakan untuk penilaian
akhir. Rangka kerja yang sangat fleksibel untuk dilaksanakan dalam kes atau situasi yang
berbeza dalam projek keseluruhannya. Kelemahan CIPP dilihat apabila pengkritik
mengatakan bahawa Model ini mendukung tanggapan yang unggul tentang apa yang
proses perlu buat berbanding kenyataannya dan menggunakan pendekatan pengurusan,
bergantung pada idea yang rasional berbanding mengenal pasti kecelaruan di alam nyata.
Sebagai contoh, hubungan antara penilaian dan membuat keputusan telah dibuktikan sukar
untuk dicapai dan mungkin ia tidak mengambil kira politik dalam membuat keputusan dan
antara organisasi.
Kesimpulan, jika dilihat dari sudut pendidikan di sekolah model ini boleh diaplikasikan
dalam pelbagai jenis kurikulum. Bidang motivasi merupakan sesuat yang mendorong
kepada kejayaan dan juga kebolehan serta semangat murid-murid. Pelaksanaan sesuatu
program berdasarkan penilaian CIPP membolehkan guru bertindak lebih profesional
dengan melaksanakan program dengan lebih sistematik.
RUJUKAN

Bernadette Robinson, (2002).The CIPP approach to evaluation. COLLIT Project.

Shane Hall (2012), How to Use the CIPP Model for Program Evaluation. eHow
Contributor.

Gilchrist, R. S. and Bernice R. R. (1974). Curriculum development (A humanized Systems


approach). California: Lear Siegler, Inc./Fearon Publishers.

Payne, D.A. (1994). Designing educational project and program evaluations: A practical
overview based on research and experience. Boston: Kluwer Academic Publishers.

Stufflebeam, D. L. (1983). The CIPP model for program evaluation. Boston: Kluwer-
Nijhoff

Stufflebeam, D. L., and Shinkfield, A. J. (1985). Systematic evaluation. Boston:Kluwe-


Nijhoff.

Stufflebeam, D.L. (2000). The CIPP model for evaluation. In T.Kellaghan and D.L

Stufflebeam (Eds). International handbook of educational evaluation, Part 1 (pp.31-62).


Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Wiles, J., and Bondi, J(1985). Curriculum development: A guide to practice (7 edition
Upper Saddle River, NJ:Practice Hall

Worthen R., and Sanders, R. (1998). Educational evaluation: Alternative approaches and
practical guidelines. New York: Longman.

You might also like