Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TUGASAN

KERTAS KERJA
BENGKEL KERJAYA
MURID UPSR
SK TAMAN BUKIT MEWAH, JOHOR BARU
KERTAS KERJA
BENGKEL KERJAYA MURID UPSR
PROGRAM Bengkel Kerjaya Murid Upsr

TARIKH 29/8/2016 -30/8/2016


HARI Isnin- Selasa
MASA 9.00 Pagi – 1.00 Petang
TEMPAT Sk Taman Bukit Mewah, Johor Baru

ANJURAN Unit Bimbingan Dan Kaunseling


Unit Kurikulum
Sk Taman Bukit Mewah
SASARAN 26 Orang Murid Tahun 6
OBJEKTIF 1. Membantu murid –murid untuk fokus minda dan emosi
bagi mencapai kecemelangan diri.
2. Membantu murid –murid bagi memilih kerjaya yang
sesuai pada dirinya.
3. Melahirkan murid –murid yang mempunyai keenam-
enam ciri elemen yang diperlukan dalam bersaing di
peringkat global dalam kerjayanya.

AHLI Pengerusi : Puan Rosidah Mohamad


JAWATANKUASA Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Puan Zubaidah Binti Alias
GPK Pentabdiran
Naib Pengerusi 1 : Encik Mohamad Nizam Bin Isnin
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : Puan Nor Ashikin Binti Ismail
GPK Kokurikulum
Penyelaras : Puan Rafeah Binti Hasran
Setiausaha : Cik Hazlinda Binti Mohamed Hasnan
Bendahari : Puan Rozilah Binti Zainal
AJK : Semua Guru Matapelajaran Tahun 6
.LAPORAN PROGRAM

1. PROGRAM : BENGKEL KERJAYA MURID UPSR

2. TARIKH : 29/8/2016 -30/8/2016


3. HARI : ISNIN- SELASA
4. MASA : 9.00 PAGI – 1.00 PETANG
5. TEMPAT : SK TAMAN BUKIT MEWAH, JOHOR BARU

6. ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


UNIT KURIKULUM
SK TAMAN BUKIT MEWAH
7. SASARAN : 26 ORANG MURID TAHUN 6
8. OBJEKTIF 1. Membantu murid –murid untuk fokus minda dan emosi bagi
mencapai kecemelangan diri.
2. Membantu murid –murid bagi memilih kerjaya yang
sesuai pada dirinya.
3. Melahirkan murid –murid yang mempunyai keenam-enam
ciri elemen yang diperlukan dalam bersaing di peringkat
global dalam kerjayanya.

29 0gos 2016 (Isnin)

8.30 Pagi : Pendaftaran Murid Tahun 6

8.45 Pagi : Kata- Kata Aluan Pengacara Majlis

9.00 Pagi : Slot Pertama Generasi Bijak Pandai

10.30 Pagi : Rehat(Minum Pagi)

11.00 Pagi: Slot 2 Generasi Bijak Matlamat

1.00 Petang : Bersurai

30 0gos 2016 (Selasa)

8.45 Pagi : Pendaftaran Murid Tahun 6

9.00 Pagi : Slot Pertama KERJAYA


10.30 Pagi : Rehat (Minum Pagi)

11.00 Pagi: Slot 2 Ujian Minat Kerjaya Dan Bimbingan Pemilihan Kerjaya

12.00 Petang : Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penutup.

KEKUATAN PROGRAM

Bengkel kerjaya murid yang dijalankan akan mendapatkan maklumat dan cara murid-murid
memilih kerjaya yang sesuai pada dirinya. Teori dalam bimbingan dan kaunseling banyak
membantu murid dalam pemilihan kerjaya pada dirinya tanpa sebarang keraguan dan juga
kemuskyilan. Murid akan mendapat pendedahan awal mengenai era kerjaya yang bakal
mereka temui serta memperolehi maklumat yang berfaedah dan juga gambaran mengenai
bidang kerjaya yang akan mereka temui. Ujian minat kerjaya yang dijalankan amat
membantu murid menilai dan mengetahui kehendak dirinya tanpa disedari dan juga guru
dapat mencari amklumat murid tentang kerjaya yang diminati dengan keputusan yang
diperolehinya.

KELEMAHAN PROGRAM

Penggunaan masa bagi pelaksanaan program ini perlu ditambah supaya murid lebih
memahami slot yangdiberikan dan juga bengkel ini perlu dikerap kali di adakan di sekolah
supaya murid sentiasa mendapat pendedahan tentang bidang kerjaya dan juga dapat
menilai dirinya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bengkel seperti ini harus diadakan lagi selepas ujian UPSR berlangsung dan juga masa dan
slot ditambah bagi memberikan pendedahan yang lebih mendalam dan juga membolehkan
memanggil orang yang bekerjaya seperti doctor, polis, pegawai bomba hadir ke sekolah dan
berucap. Situasi ini membolehkan murid lebih terdedah kepada kerjaya dan juga dapat
melihat sendiri fungsi kerjayanya.
Disediakan oleh’

______________________________

( EN.Pirakhas A/L Veeraselvam)


Guru Pelatih B&K
Sk Taman Bukit Mewah,
Johor Baharu.

Disemak oleh’

______________________

(Puan.Rafeah Binti Hasran )


GPK Pentabdiran
Sk Taman Bukit Mewah,
Johor Baharu.

Disahkan oleh’

_____________________

(Puan Rosidah Mohamad )


Guru Besar
Sk Taman Bukit Mewah,
Johor Baharu.
TUGASAN
2

LAPORAN BENGKEL
KERJAYA MURID UPSR
TUGASAN 2 – LAPORAN PROJEK INDIVIDU

Sepertimana yang dicadangkan dan dilaksanakan bengkel kerjaya murid UPSR


tahun 6 . Kami telah menjalankan ujian minat kerjaya kepada murid tahun 6. Dalam ujian
tersebut , kami telah menggunakan teori Tipologi Kerjaya Holland. Teori Pemilihan Kerjaya
Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi
dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian
bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian
deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret
personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah,
aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan
sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002) .

Kami telah menjalankan ujian minat kerjaya kepada 26 orang murid tahun 6. Ketika
ujian ini diberikan murid agak gembira apabila sesuatu yang mereka nyatakan sebagai cita-
cita ketika disoal diuji secara bertulis mengikut teorinya tanpa disedari murid-murid dapat
menyatakan keinginan personality dirinya secara terperinci dan mendalam.di sini saya telah
membuat jadual analisis ujian minat kerjaya dan graf pemilihan kerjaya murid.

BIL BIDANG ITEM


Realistik Investigative Artistik Sosial Enterprising Konvensional

26 Orang
Murid 2 9 9 14 5 7

Jadual 1 : Jadual Analisis Ujian Minat Kerjaya


Ujian Minat Kerjaya Murid berdasarkan Teori
Tipologi Holland
16
Bilangan pemilihan kerjaya

14
12
10
8
6
4
Bilangan
2
0

Personaliti

Graf Bar 1: Analisis Ujian Minat Kerjaya Murid Berdasarkan Teori Tipilogi Holland.

Mengikut analisis data Ujian Minat Kerjaya yang dijalankan kami dapati bahawa
murid lebih berminat pada personality sosial iaitu sebanyak 14 murid memilihnya dan
personality investigative dan artistic menjadi pilihan kedua murid yang memperolehi data
yanga sama iaitu sebanyak 9. Manakala personaliti kerjaya konvensional sebanyak 7,
enterprising sebanyak 5 dan realistik sebanyak 2 menjadi pilihan murid. Pada
keseluruhanya murid-murid lebih cendurung memilik personality kerjaya sosial, investigative
dan juga artistik sebagai kerjaya yang paling mereka minati dan menunjukkan kegemaranya
pada pemilihan mereka.

Personaliti kerjaya sosial merupakan persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,


kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang
lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada
aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Personaliti
sosial iaitu individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi
orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati
disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan
bahan, peralatan dan mesin.

Dalam ujian minat kerjaya yang dijalankan kami dapati murid lebih cendurung
memilih kerjaya yang berkaitan dengan personality
sosial di sini gambar- gambar yang mengandungi kerja-kerja yang berkaitan
dengan aktiviti sosial membantu murid memilih kerjaya mereka tanpa di ragu-ragu.
Mengikuti teori ini mereka memiliki ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar,
peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka
meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.

Manakala pemilihan kedua murid adalah personaliti kerjaya Investigatif atau


intelektual dan Artistik atau imaginative . Persekitaran pekerjaan yang memerlukan
kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka
membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai
dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai
tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak
teknikal. Personaliti kerjaya Investigatif sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan
pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative
mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih
diri, pendiam dan lain-lain. Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi, Ahli
Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia,
Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan
Matematik.

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original,
bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak
rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni
kreatif. Artistik atau imaginative artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu
artistik pula menyukai aktiviti-aktiviti yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan
dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan
berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif,
idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain. Kerjaya pemilihanya lebih cendurung
Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang,
Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman,
Jurufoto, dan Jurusolek.

Setiap gaya peribadi adalah berpadanan dengan persekitaran yang sama. Semakin
kuat gaya, semakin sesuai dengan persekitaran.Manusia mencari persekitaran dan kerjaya
yang membolehkan mereka menggunakan kemahiran yang dipunyai dan menyatakan sikap
serta nilai masing-masing.Dengan menjalankan ujian kerjaya ini , kita dapat mengenali lebih
lanjut dan terperinci kehendak dan keinginan murid. Murid-murid lebih suka dan gembira
ketika menjalankan ujian ini dengan gambar dan pernyataan yang diberikan murid lebih
mudah memahami kehendak dirinya dan dapat meluangkan pemikiran dan keinginan diri
tanpa sebarang halangan.

Murid-murid amat berminat akan pelaksanaan ujian kerjaya ini murid lebih
mengenali dirinya dan memikirkan apakah kehendak dirnya. Pemilihan kerjaya berdasarkan
personality kerjaya Holland membolehkan setiap individu menganlisis sendiri kerjaya
pilhannya dan kesesuaian pada diri dan amat penting kegemaran dan kesukaan pada
kerjayanya mendorong murid bergerak kearah kerjaya dirinya.

Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas
dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam
sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur
jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational
Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration and Insight
Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002)
membantu individu memiliki kerjaya yang dingini dan di gemari.

Pada kesimpulanya , dengan mengadakan bengkel kerjaya murid dapat manfaat


yang tidak terkira perasaan dan keinginan murid dapat diuji secara mendalam dan murid
juga dapat pengetahuan serta cara memilih kerjaya bagi dirinya tanpa sebarang keraguan.
TUGASAN
3

REFLEKSI
TUGASAN 3 - REFLEKSI INDIVIDU

Melalui tugasan ini saya dapat menilai isu dan trenda dalam bimbingan dan
kaunseling di sekolah.Abad ke – 21 merupakan alam kehidupan yang bakal murid temui .
iaitu berkaitan rapat dengan kerjaya murid pada masa akan datang. Kerjaya merupakan
aspek yang amat penting dalam kehidupan murid ia akan menentukan status kehidupan
murid pada kerjayanya.

Menurut Zunker(2006,p.9) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang


meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.
Omar Awang(2008,p.1) pula menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu
diwujudkan di dalam kehidupan seseorang. Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya sebagai
satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu.Sesetengah individu mungkin akan kekal
dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan
bertukar-tukar pekerjaan.

Sekolah merupakan destinasi di mana minat murid dilahirkan dan juga tempat
menentukan kerjaya murid. Segala minat murid dapat dicungkil dan keinginan murid yang
terpendam dapat dikeluarkan bagi menentukan kerjaya yang sesuai bagi tahap murid
tersebut. Ada segelintir murid tidak mengetahui minatnya sendiri melalui bimbingan dan
kaunseling kerjaya yang diberikan telah dilaksanakan beberapa inventori contoh ujian
kerjaya yang berkait dengan teori tripologi Holland yang membantu murid mencari minat
kerjayanya tersendiri dengan pelaksanaan ujian minat kerjaya.

Sepertimana yang dinyatakan dalam inventori segala minat murid dapat dikaitkan
dengan kerjaya supaya murid dapat mengenalpasti apakah minat murid terhadap kerjaya
yang bakal mereka lalui. Segala pendedahan awal ini membantu murid mengukuhkan lagi
minatnya terhadap kerjaya yang bakal mereka temui. Bukan sekadar itu sahaja,dengan
mengadakan bengkel kerjaya murid dapat manfaat yang tidak terkira perasaan dan
keinginan murid dapat diuji secara mendalam dan murid juga dapat pengetahuan serta cara
memilih kerjaya bagi dirinya tanpa sebarang keraguan.

Disediakan oleh:

______________________________

(PIRAKHAS A/L VEERASELVAM)


851020-05-5427
BIBLIOGRAFI

Stufflebeam, D.L. (2000). The CIPP model for evaluation. In T.Kellaghan and D.L

Stufflebeam (Eds). International handbook of educational evaluation, Part 1 (pp.31-62).


Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Wiles, J., and Bondi, J(1985). Curriculum development: A guide to practice (7 edition
Upper Saddle River, NJ:Practice Hall

Worthen R., and Sanders, R. (1998). Educational evaluation: Alternative approaches and
practical guidelines. New York: Longman.

Choong, L.W. (2010). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak, Selangor: Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

Khoo, B.L. (2013). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak, Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Lee, K.C. (2012). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak, Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

http://www.careerkey.org/asp/your_personality/hollands-theory-of-career-choice.html

http://www.psipsychologytutor.org/1113/holland-hexagon-a-personality-and-environmental-
type-test-for-career-choices/

You might also like