Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

Objektif

3.1: Melatih ahli secara seimbang dari segi tekni, jasmani dan mental.

3.2: Mendidsiplinkan pelajar sambil meningkatkan motivasi dalam sukan dan


pelajaran.

3.3: Melatih pelajar menghormati rakan sepermainan, kemahiran sosial dan


kepimpinan.

3.4: Melahirkan jaguh dan pelapis kepada sekolah.

4. Keahlian
4.1: Ahli-ahli yang telah didaftarkan namanya di dalam senarai ahli-ahli persatuan /
kelab dikira sah menjadi ahli persatuan / kelab tersebut.

5. Lantikan Ahli Jawatankuasa ( AJK )


Semua AJK, selain AJK Guru Penasihat mengandungi beberapa jawatan murid seperti
berikut :-
5.1: Pengerusi / Presiden.

5.2: Naib Pengerusi / Naib Presiden. (seorang sesi pagi dan seorang sesi petang)

5.3: Setiausaha.

5.4: Penolong Setiausaha. . (seorang sesi pagi dan seorang sesi petang)

5.5: Bendahari

5.6 : Penolong Bendahari . (seorang sesi pagi dan seorang sesi petang)

5.6: AJK ikut aliran / pembahagian kelas (bilangan yang munasabah)

6. Perlantikan Ahli Jawatankuasa ( AJK).

6.1: AJK mestilah dilantik secara amalan demokrasi selain undi terbanyak dalam
mesyuarat agung tahunan.

6.2: Mana-mana kekosongan AJK akan dipenuhi dengan melantik seorang ahli biasa
memegang jawatan berkenaan sehingga mesyuarat agung akan datang dengan
persetujuan guru penasihat.
7. Bidang Tugas.

7.1: Pengerusi / Presiden

7.1.1 Menjadi pengerusi mesyuarat AJK.


7.1.2 Bertanggungjawab mematuhi perlembagaan an peraturan persatuan
yang dikenakan olehpersatuan / kelab.
7.1.3 Menunaikan amanah yang diberikan oleh setiap ahli.
7.1.4 Menentukan perancangan tahunan persatuan ./ kelab terlaksana.
7.1.5 Mengawal-selia kerja-kerja AJK dan semua ahli.
7.1.6 Menjadi penghubung antara persatuan dan membantu guru.

7.2: Naib Pengerusi / Naib Presiden


7.2.1 Membantu pengerusi / presiden menjalankan tugasnya.
7.2.2 Memangku jawatan pengerusi / presiden sekiranya beliau tidak hadir
dalam sesuatu mesyuarat kerana sesuatu hal.
7.2.3 Menyimpan semua rekod keahlian.

7.3: Setiausaha
7.3.1 Memanggil mesyuarat.
7.3.2 Mencatat dan merekod / menyediakan minit peringatan mesyuarat dan
menyimpan semua rekod mesyuarat.
7.3.3 Menyediakan laporan kegiatan persatuan / kelab.
7.3.4 Menjalankan urusan surat-menyurat.
7.3.5 Menyimpan semua fail persatuan / kelab.

7.4: Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu setiausaha menjalankan tugasnya.
7.4.2 Memangku dan menjalankan tugas s/u sekiranya beliau tidak hadir dalam
sesuatu mesyuarat kerana hal tertentu.
7.4.3 Membantu menyediakan laporan kegiatan persatuan / kelab.
7.4.4 Membantu setiausaha dalam urusan surat-menyurat.
7.4.5 Membantu dalam hal menyimpan semua fail persatuan / kelab.

7.5: Bendahari.
7.5.1 Menyeddiakan penyata kewangan dan melaporkan di dalam hal / sesuatu
mesyuarat serta bertanggungjawab di atas segala kesahihan / ketepatan.
7.5.2 Menyedia / menyimpan semua resit / sesalinan mengenai penerimaan
dan pembayaran
7.5.3 Mengutip yuran khas yang dibenarkan, menerima derma dan
menyerahkannya bila banyakj telah dikumpul kepada guru penasihat.
7.5.4 Menghadiri semua mesyuarat dan bekerjasama dengan semua AJK dan
ahli-ahli persatuan / kelab.
1.6. Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari

1.7. Ahli Jawatankuasa


7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanankan
7.7.2 Mempengerusikan sesuatu biro sekiranya dilantik

7.6: Ahli-Ahli Biasa

7.6.1 Mesti menghadirkan diri dalam mesyuarat agung apabila dipanggil.


7.6.2 Mematuhi arahan / peraturan dari pihak AJK / guru penasihat.
7.6.3 Mesti membayar yuran khas yang ditetapkan dan diluluskan.
7.6.4 Mengahdiri perjumpaan / setiap aktiviti yang diadakan.
7.6.5 Menyumbang tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan semua
aktiviti yang diputuskan dalam mesyuarat.

8. Peraturan Mesyuarat

8.1 Mesyuarat agung perlu diadakan untuk melantik J/K serta AJK nya.
8.2 Mesyuarat agung luarbiasa boleh diadakan jika difikirkan perlu oleh AJK.
8.3 Korum mesyuarat agung luarbiasa mestilah TIDAK KURANG 2/3
daripada bilangan ahli yang berdaftar dan TIDAK KURANG 2/3 daripada
bilangan AJKnya.
8.4 Mesyuarat AJK mesti diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal.
8.5 Guru Penasihat mestilah dijemput setiap kali mesyuarat agung dan
mesyuarat AJK diadakan dengan dipengerusikan oleh pengerusi atau naib
pengerusi
8.6 Mesyuarat agung boleh melantik PENGERUSI SEMENTARA dan
mempengerusikan mesyuarat di kalangan ahli biasa dan bekas AJK.
8.7 Notis dan jemputan memanggil mesyuarat agung hendaklah dikeluarkan
sekurang-kurangnya tujuh ( 7 ) hari sebelum mesyuarat diadakan.

9. Sumber Kewangan

9.1 Peruntukan dari sekolah.


9.2 Yuran khas dari ahli yang dibenarkan melalui langkah-langkah berikut:-
a) Mesyuarat AJK mencadangkan jumlah yuran patut dikutip dari ahli.
b) Menghantar surat permohonan menetapkan jumlah yuran ahli kepada
Pengetua melalui Guru Penasihat.
c) Ditetapkan dengan kelulusan / dipersetujui oleh Pengetua
9.3. Derma / sumbangan dari PIBG, para dermawan / penganjur.

10. Wang Tunai

10.1 Wang tunai boleh disimpan dalam tangan Bendahari / peti tunai atau
Guru Penasihat TIDAK melebihi RM 100.00 ( Satu Ratus puluh ).

11. Pemecatan Keahlian

Ahli boleh dipecat keahlian atas sebab-sebab berikut :-


11.1 Melanggar peraturan persatuan / kelab.
11.2 TIDAK HADIR 5 kali berturut-turut tanpa sebab dalam setiap
perjumpaan kecuali ada surat perakuan./ pemberitahuan ibu bapa.
11.3 Engkar kepada Kepimpinan AJK persatuan / kelab.
11.4 Atas arahan guru penasihat / Pengetua ahli boleh dipecat.

Walaubagaimanapun, sebarangan pemecatan ahli hanya boleh dijalankan


setelah dapat persetujuan J/K Tertinggi Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

12. Pembubaran Persatuan / Kelab.

Persatuan / kelab boleh dibubarkan apabila diarah oleh pihak J/K Tertinggi
Pengurusan Kokurikulum Sekolah, Pengetua, PPD atau KPM.

13. Pindaan Perlembagaan Persatuan / Kelab

Pindaan perlembagaan boleh dibuat jika ada usul dan diterima dalam mesyuarat agung.
Usul mesti dikemukakan kepada Pengetua selaku b.p JPN. Johor / Pegawai Pendaftar
KPM dan diluluskan tanpa bersyarat setelah ianya diperhalusi bersama J/K Tertinggi
Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

14. Hal-hal Lain

14.1 Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam urusan persatuan / kelab.
14.2 Ahli yang dpecat boleh merayu secara rasmi kepada Pengetua melalui
guru penasihat.
14.3 Mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan hendaklah memohon
dengan surat rasmi kepada Pengetua melalui guru penasihat.
14.4 Mana-mana ahli yang ingin BERHENTI dari menjadi ahli, hendaklah
memohon dengan surat rasmi kepada Pengetua melalui guru
penasihat.

15. Pengesahan Pendaftaran.

You might also like