Minit Mesy 1 Ping Pong P 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2018

KELAB DAN PERMAINAN PING PONG (PEREMPUAN)

Kehadiran :

Guru Penasihat

1. Pn. Nur Mohana Binti Abdullah


2. Pn. Misraini Binti Wazir
3. Pn. Zalilah

Ahli
-Semu ahli seramai 16 orang

1. Kata Alu-aluan Guru Penasihat

1.0 Pn Nur Mohana Binti Abdullah mengalu-alukan kehadiran guru penasihat dan ahli baru permainan Ping
pong (perempuan) 2018. Ketua guru penasihat juga turut memperkenalkan para guru penasihat.

2. Pelantikan Ahli jawatankuasa

2.1 Guru penasihat melantik pengerusi, naib pengerusi ,Setiausaha, Bendahari, dan ahli jawatankuasa kecil
bagi setiap tahun 4,5 dan 6 secara undian.

2.2 Semua ahli bersetuju memilih WAN HASFAZLYANA NATASHA BINTI WAN HASFAZLY dari kelas 6 IB sebagai
Pengerusi Ping Pong (P) tahun 2018 dan dibantu oleh NUR AMEELAH FADHLINA BINTI HAFIZ dari kelas 6 IB sebagai
Naib Pengerusi.

2.3 Perlantikan ahli jawatankuasa yang baru telah dijalankan dan mendapat persetujuan ahli-ahli lain.

Senarai Ahli Jawatankuasa Murid

BIL NAMA PENUH KELAS JAWATAN

1 WAN HASFAZLYANA NATASHA BINTI WAN HASFAZLY 6IB PENGERUSI

2 NUR AMEELAH FADHLINA BINTI HAFIZ 6IB NAIB PENGERUSI

3 NURDIYANA BINTI AZIZURRAHMAN 6IB SETIAUSAHA

4 RHEA NATASHA 6IS BENDAHARI

5 ADRIYANA ADELENE 6 IS AJKL TAHUN 6

6 HANI NURDANIA BINTI MOHD FAIZAL 5 IS AJK TAHUN 5

7 ZAHIRAH AINA 4 IB AJK TAHUN 4


3. Yuran Kelab

3.1 Guru Penasihat melakukan bancian ke atas ahli mengenai jumlah yuran tahunan kelab dan jumlah
yang dipersetujui adalah sebanyak RM5 bagi setiap ahli .

3.2 Sebarang perbelanjaan menggunakan wang ahli akan dicatat dan direkodkan.

4. Aktiviti Tahunan

3.1 Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu pada hari Rabu.
Kehadiran murid akan di ambil dan dicatat dalam rekod kehadiran murid.

3.2 Guru penasihat memberitahu sekiranya aktiviti yang dilakukan memerlukan kewangan akan dimaklumkan
untuk kutipan oleh Ajk kelas yang telah dilantik.

3.3 Guru penasihat juga menjelaskan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini, antaranya ialah:

i. Pertandingan Pinng Pong


ii. Latihan dan Ujian Amali permainan ping pong

5. Hal-Hal Lain

4.1 Pn.Nur Mohana mengharapkan agar semua ahli dapat memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan
pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.

4.2 Beliau juga berharap agar semua ahli dapat hadir pada setiap perjumpaan bagi mengikuti pelbagai aktiviti
yang telah dirancang.

5. Ucapan Penangguhan.

5.1 Mesyuarat ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiri dengan surah Al-Asr.

DISEDIAKAN OLEH:

……………………………………………………………….

(NUR MOHANA BINTI ABDULLAH)


GURU PENASIHAT
PING PONG PEREMPUAN
SK JALAN KUANTAN 2

You might also like