Jawapan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawapan

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan bertanyakan
khabar kepadanya

2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah
terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan bahawa adiknya
tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.

4 Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut berlaku satu
demi satu

5 Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak membuat
latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

6 Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang
Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah
bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.

7 Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk menghadapi
segala kesusahan.

8. Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Abu. Emak
memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu dan
bekalan Abu di sekolah keesokan hari.

9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim
boleh menghubunginya dengan telefon.

10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan menyatakan bahawa dia
hendak mencari Kassim sama ada Kassim ada di rumah.

Jawapan:
1. Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
2. Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon
3. Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut
4. Salbiah menjemput Cikgu Salbiah supaya makan kuih itu.
5. Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.
6. Ashikin menegur Munirah sambil bertanyakan khabarnya

7. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix. Felix memberitahu
kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin
mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama
mi itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata- mata
makan Mi Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan
dahulu.

You might also like