Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK :

Anda diminta untuk membuat TIGA teknik dalam perhubungan media


bagi mempromosikan Pelancaran Rumah Semi-D di Bandar Baru
Cybersouth, Cyberjaya. Ianya berkonsepkan ‘Home Garden”. Ia
dilengkapi “Clubhouse” – gim, kolam renang, bilik stim dsb.

1. Siaran Akhbar (Press Release)


2. Persidangan Akhbar (Press Conference)
3. Temubual (Interview)

1
1. Siaran Akhbar (Press Release)

PELANCARAN RUMAH SEMI-D

D’CYBER VILLAS

CYBER JAYA, 23 SEPTEMBER 2017 – Jaya Eco Sdn. Bhd. mengadakan Majlis Pelancaran
Rumah Semi-D, D’Cyber Villas, sebuah perumahan mampu milik yang terletak di Bandar Baru
Cybersouth, Cyberjaya. Majlis yang diadakan di tapak projek D’Cyber Villas ini disempurnakan
oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana
Menteri bersama Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir. Mohd. Zain Mohammed.

Pengurus Kanan Ketua Seksyen Pelaksanaan Projek Jaya Eco, Abdul Rahman Ahmad Khan
berkata, projek tersebut yang dijangka dibangunkan dalam tempoh dua bulan lagi mengandungi
sebanyak 73 unit kediaman di kawasan seluas 25.37 hektar. Beliau berkata, lebih menarik
pihaknya turut menyediakan kemudahan komuniti yang lengkap seperti dewan serbaguna, pejabat
pengurusan, ruang solat, bilik gimnasium, tadika, kolam renang, bilik stim dan gelanggang
permainan di kawasan sama.

Projek pembangunan yang pertama kali dibangunkan di Cyberjaya ini bertemakan “Home
Garden” dan komuniti yang harmoni. Menurut Abdul Rahman, lokasi kediaman tersebut yang
terletak di bahagian selatan Cyberjaya sangat strategik kerana berhampiran dengan pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Puchong dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).

Tambahnya, untuk promosi jualan pihaknya menawarkan pakej diskaun sebanyak tujuh peratus
untuk bumiputera dan rebat sebanyak 10 peratus selain dilengkapi dengan dua unit tempat letak
kereta berbumbung serta yuran penyelenggaraan percuma selama setahun. Abdul Rahman berkata,
untuk golongan OKU pula pihaknya akan menambah rebat sebanyak 20 peratus lagi dengan syarat
pemohon tersebut perlu mengemukakan kad OKU yang sah.

Dalam pada itu, Pengasas Hartanah Jaya Eco, Hamid Badawi berkata, harga yang ditawarkan oleh
syarikat milik penuh itu bukan sahaja kompetitif malah antara yang terendah di Cyberjaya. Beliau
berkata, dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di Bandar Baru Cybersouth, Cyberjaya,
pembelian unit kediaman tersebut sangat berbaloi sama ada untuk didiami atau dijadikan sebagai
aset.

2
“Saya melihat projek perumahan ini sangat menarik kerana pelbagai kemudahan komuniti yang
berkonsepkan mesra keluarga disediakan oleh pemaju untuk keselesaan pembeli.

“Selain itu, dengan pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dan projek Rel
Berkelajuan Tinggi (HSR) masing-masing pada tahun 2022 dan 2026 bakal memberi nilai tambah
serta kenaikan harga hartanah untuk projek ini,” katanya.

3
2. Persidangan Akhbar (Press Conference)

Pada 23 September 2017 bersamaan hari Sabtu, Jaya Eco Sdn. Bhd. dengan jayanya telah
mengadakan Majlis Pelancaran Rumah Semi-D, D’Cyber Villas di Bandar Baru Cybersouth,
Cyberjaya. Majlis pelancaran ini diadakan di tapak projek D’Cyber Villas. Majlis Pelancaran ini
disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di
Jabatan Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir. Mohd. Zain Mohammed.
Pihak media dari Berita Harian, Utusan Melayu, The Star, New Straits Times, TV3, RTM dan
Sinar Harian hadir untuk membuat liputan berita mengenai pelancaran rumah semi-D ini.

Pengurus Kanan Ketua Seksyen Pelaksanaan Projek Jaya Eco, Abdul Rahman Ahmad
Khan berkata, projek tersebut yang dijangka dibangunkan dalam tempoh dua bulan lagi
mengandungi sebanyak 73 unit kediaman di kawasan seluas 25.37 hektar. Pihak Jaya Eco turut
menyediakan kemudahan komuniti yang lengkap seperti dewan serbaguna, pejabat pengurusan,
ruang solat, bilik gimnasium, tadika, kolam renang, bilik stim dan gelanggang permainan di
kawasan sama.

Projek pembangunan yang pertama kali dibangunkan di Cyberjaya ini bertemakan “Home
Garden” dan komuniti yang harmoni. Menurut Abdul Rahman, lokasi kediaman tersebut yang
terletak di bahagian selatan Cyberjaya sangat strategik kerana berhampiran dengan pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Puchong dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).

Bagi promosi jualan, pihak Jaya Eco menawarkan pakej diskaun sebanyak tujuh peratus
untuk bumiputera dan rebat sebanyak 10 peratus selain dilengkapi dengan dua unit tempat letak
kereta berbumbung serta yuran penyelenggaraan percuma selama setahun. Untuk golongan OKU
pula pihak Jaya Eco akan menambah rebat sebanyak 20 peratus lagi dengan syarat pemohon
tersebut perlu mengemukakan kad OKU yang sah.

Harga yang ditawarkan oleh syarikat milik penuh itu bukan sahaja kompetitif malah antara
yang terendah di Cyberjaya. Pelbagai kemudahan yang disediakan di Bandar Baru Cybersouth,
Cyberjaya, pembelian unit kediaman tersebut sangat berbaloi sama ada untuk didiami atau
dijadikan sebagai aset.

Projek perumahan ini dijangka dapat menarik lebih ramai pembeli pada masa akan datang
dengan projek ini sebagai permulaan di kawasan ini.

4
3. Temubual (Interview)

Pada 23 September 2017 yang lalu, bertempat D’Cyber Villas di Cybersouth, Cybrjaya, Nur
Diana, wartawan akhbar Kosmo temubual dengan Pengasas Hartanah Jaya Eco, Hamid Badawi
bersama dengan Pengurus Kanan Ketua Seksyen Pelaksanaan Projek Jaya Eco, Abdul Rahman
Ahmad Khan. Yang berikut merupakan temubual antara Nur Diana dengan Hamid Badawi dan
Abdul Rahman.

Wartawan : Salam sejahtera En. Hamid Badawi dan En. Abdul Rahman. Saya Nur Diana,
wartawan akhbar Kosmo. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk
ditemubual bagi menceritakan mengenai projek perumahan D’Cyber Villas dan
sejarah penubuhan syarikat Jaya Eco Sdn. Bhd.

Pemaju : Selamat pagi. Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis pelancaran ini. Syarikat
Jaya Eco ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan syarikat yang
mempunyai kelayakan dan dipearkui untuk melaksanakan projek-projek
perumahan di Negara kita yang memberikan kebaikan kepada penduduk
Malaysia.

Wartawan : Baiklah, En. Hamid.


En. Rahman, bolehkah anda menerangakan mengenai Projek Perumahan D’Cyber
Villas ini?

En. Rahman : Sudah tentu boleh. D’Cyber Villas ini merupakan projek yang mengandungi
sebanyak 73 unit kediaman di kawasan seluas 25.37 hektar yang dibina di Bandar
Baru Cybersouth, Cyberjaya.

Wartawan : Bagaimana projek ini berbeza dengan projek lain di kawasan ini?

En. Rahman : Projek pembangunan yang pertama kali dibangunkan di Cyberjaya ini bertemakan
“Home Garden” dan komuniti yang harmoni. Lokasi kediaman ini juga terletak di
bahagian selatan Cyberjaya yang sangat strategik kerana berhampiran dengan
pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Puchong dan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wartawan : Ya, tuan. Selain itu apa keistimewaan yang disediakan oleh pihak syarikat tuan?

5
Pemaju : Syarikat kami menawarkan pakej diskaun sebanyak tujuh peratus untuk
bumiputera dan rebat sebanyak 10 peratus selain dilengkapi dengan dua unit
tempat letak kereta berbumbung serta yuran penyelenggaraan percuma selama
setahun. Untuk golongan OKU pula, kami akan menambah rebat sebanyak 20
peratus lagi dengan syarat pemohon tersebut perlu mengemukakan kad OKU yang
sah.

Wartawan : Bagus, En. Hamid. Saya berbesar hati dengan keistimewaan yang diberikan
kepada golongan OKU. Bagaimana pula dengan harga rumah?

Pemaju : Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini bukan sahaja kompetitif malah antara
yang terendah di Cyberjaya iaitu RM 510, 000.00. Harga yang ditawarkan sangat
murah jika dibandingkan saiz rumah dan lokasi yang strategik ini. Pelbagai
kemudahan juga disediakan di Bandar Baru Cybersouth, Cyberjaya. Jadi, sangat
berbaloi sama ada rumah ini didiami atau dijadikan sebagai asset.

Wartawan : Apakah kemudahan lain yang disediakan di sini?

En. Rahman : Kemudahan komuniti yang lengkap seperti dewan serbaguna, pejabat pengurusan,
ruang solat, gymnasium, tadika, kolam renang, bilik stim dan gelanggang
permainan disediakan di sini.

Wartawan : Saya amat berpuas hati dengan konsep perumahan ini. Saya berterima kasih
kepada pihak tuan kerana sudi meluangkan masa bersama saya.

Pemaju : Sama-sama.

You might also like