Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Latar Belakang Sayidina Umar bin Al-Khattab

Umar bin Al-Khattab digambarkan sebagai seorang lelaki yang amat hebat, berwajah

yang menakutkan, mempunyai sikap keras dalam bertindak, kuat, berotot gagah yang

melambangkan seorang yang perkasa. Inilah ciri-ciri fizikal seorang sahabat Nabi

Muhammad SAW yang melakar sejarah kegemilangan pada zaman pemerintahannya selaku

Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua. Dikatakan keperibadian Sayidina Umar bin Al-Khattab

amat berbeza dalam menempuh empat zaman iaitu zaman jahiliyah, zaman nabi Muhammad

S.A.W, zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dan zaman pemerintahannya.

Sayidina Umar Al-Khattab berasal dari salah satu keturunan suku Quraisy yang terkemuka di

kota Mekah iaitu bani Adi yang merupakan suku kecil sahaja (Imam As-Suyuthi, 2010: 121).

Nasab keturunan beliau yang lengkap adalah Umar bin Al-Khattab bin Naufa bin

Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qirt bin Riyah bin Rizah bin Adi bin Kaab bin Luai.

Ibunya pula bernama Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah, saudara

perempuan kepada Abu Jahal dan anak saudara kepada al-Walid, bapa Khalid bin al-Walid.

Sayidina Umar Al Khattab dilahirkan pada tahun 583M bersamaan 13 tahun sebelum tahun

gajah. Ini bermaksud beliau lebih muda daripada Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 13 tahun

(Tarikuddin bin Haji Hassan, 2009: 168).

Ketika beliau berumur 35 tahun, beliau telah menerima hidayah dan akhirnya

memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian dengan izin Allah S.W.T.

Sebelum memeluk Islam, Sayidina Umar bin Al-Khattab merupakan delegasi bagi kaum

Quraisy. Beliau adalah orang tengah bagi pihak kaum Quraisy dan sering dihantar untuk

berunding dengan wakil kaum lain (Imam As-Suyuthi, 2010: 123).


Sayidina Umar bin Al-Khattab terkenal dengan sifatnya yang kejam dan keras hati.

Ketika masih jahil, beliau pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup. Beliau bukan

sahaja membenci Rasulullah malahan pernah berniat untuk membunuh baginda. Namun

setelah memeluk Islam, hatinya yang kental itu dijadikan perisai buat melindungi Rasulullah

S.A.W dan Islam (Abdul Latip Talib, 2014: 2).

Kerana sifat mulia Sayidina Umar itulah baginda memberi gelaran Al-Faruq, yang

bermakna pemisah antara hak dan batil kepada beliau. Beliau juga adalah antara sahabat nabi

yang telah terjamin tempatnya di syurga. Selepas kewafatan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq,

beliau telah dilantik sebagai khalifah seterusnya bagi meneruskan perjuangan Islam. Beliau

sempat memerintah selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, dan dalam tempoh itu Khalifah Umar

berjaya melakar pelbagai kejayaan termasuklah dalam menyebarkan Islam (Mustafa Murrad,

2009: 15).

Pada pagi 26 Zulkaedah tahun 23 hijrah bersamaan 644 Masihi, Saiyidina Umar bin

Al-Khattab telah ditikam ketika sedang mengimami solat Subuh bersama-sama jemaah.

Beliau telah ditikam sebanyak 6 kali di bahagian perut oleh seorang bangsa Parsi bernama

Fairuz atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Lu’luah (Mustafa Murrad, 2009: 16).
PENDAHULUAN

Saidina Umar bin Al-Khattab merupakan sahabat Rasulullah S.A.W yang terkemuka

dan seorang yang paling zuhud terhadap dunia. Beliau adalah antara orang yang digeruni lagi

disegani dalam kelompoknya adapun ketika beliau masih jahil. Namun, setelah beliau

memeluk Islam dengan izin Allah S.W.T, kebijaksanaan dan kepimpinannya terserlah lebih-

lebih lagi apabila beliau telah dipilih menjadi khalifah yang seterusnya selepas Khalifah Abu

bakar As-Siddiq. Sepanjang pemerintahannya, banyak sumbangan yang telah dihulurkan oleh

beliau terhadap agama Islam dan seterusnya mengangkat identiti Islam sebagai agama yang

dihormati ramai.

You might also like