Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN “KELAB LESTARI”


SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) WAH LIAN,
43950, SEPANG, SELANGOR.

KERJASAMA
WORLD WIDE FUND FOR NATURE (WWF)

DISEDIAKAN OLEH:

Hoo Jia Ling


Setiausaha Kelab Lestari,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian

5
KANDUNGAN

TAJUK
1. PENGENALAN

i. LATAR BELAKANG
ii. RASIONAL
iii. MATLAMAT
iv. OBJEKTIF
v. VISI
vi. MISI
vii. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
viii. CADANGAN SENARAI AHLI JAWATANKUASAN YANG DIRANCANG

2. PERLEMBAGAAN
i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
ii. MATLAMAT
iii. OBJEKTIF
iv KESETIAAN ALAM SEKITAR
v. LOGO DAN PENGERTIAN
vi. BENDERA DAN PENGERTIAN
vii. KEAHLIAN
viii. PAKAIAN RASMI
ix. GURU PENASIHAT
x. AHLI JAWATANKUASA
xi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
xii. KEWANGAN
xiii. KEHADIRAN
xiv PERATURAN-PERATURAN
xv. TINDAKAN DISIPLIN
xvi. PINDAAN PERLEMBAGAAN
xvii PEMBUBARAN
xviii HAL-HAL LAIN

3. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


4. ANGGARAN KEWANGAN / PERBELANJAAN
5. PENUTUP

LAMPIRAN

6
TAJUK

Kelab Lestari
1. PENGENALAN

I. LATAR BELAKANG
Kelab Lestari adalah usaha terancang pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian
untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di
samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti Kelab Lestari ini, membolehkan penglibatan
aktif pelajar bagi menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora
dan fauna serta mengelakkan diri daripada terjebak kepada kegiatan negatif. Selain itu, Kelab
Lestari ini ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih, indah dan
mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan. Oleh itu, diharap, murid
mempunyai kesedaran dan menyemat semangat itu di hati sehingga dewasa kelak dan
melakukan sesuatu perkara yang tidak akan merosakkan keindahan alam yang kita cintai ini.
Secara umum kegiatan Ko-kurikulum yang sedia ada ini telah berjaya membina disiplin pelajar
bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak
ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi
mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan
berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tambahan pula, ia juga selaras dengan aspirasi Education
For Sustainability Development (ESD) dalam mewujudkan dan membimbing generasi muda
yang mempunyai kesedaran terhadap pembangunan lestari untuk masa depan kita.

II. RASIONAL
2.1 Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-
sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral,
tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di
dunia.
Di tambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah
memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap
sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad.
Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan,
pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang
sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk
memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar
secara aktif.

7
2.2 Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi
manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
2.3 Isu alam sekitar serta kelestarian bukan lagi satu masalah yang asing dengan
persekitaran kita tetapi adalah sesuatu yang telah dan sentiasa berlaku di
sekeliling kita. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut telah
memperkenalkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (rujuk lampiran)
sebagai usaha dalam mewujudkan satu set matlamat sejagat dalam
menyelesaikan isu alam sekitar, politik dan ekonomi yang dunia kita sedang
hadapi pada masa kini. Bagi mencapai matlamat tersebut, tidak dapat
dinafikan bahawa bidang pendidikan adalah bidang yang memainkan peranan
yang sangat penting sebagai agen perubahan. Oleh sebab itu, didikan tentang
pembangunan lestari amat penting bagi bakal pemimpin dan komuniti
setempat agar boleh hidup secara lestari. Justeru, penubuhan Kelab Lestari
amat penting untuk mencapai matlamat tersebut.

III. MATLAMAT
3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar berpandukan dengan pembangunan negara yang
semakin pesat ini.

IV. OBJEKTIF
4.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar dan binatang di kalangan ahli-ahli
4.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
4.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi
dalam konteks yang berbeza
4.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan
ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4.5 Memahami isu-isu alam sekitar bagi menyediakan diri untuk menjadi seorang
generasi baru yang sentiasa mengikuti perkembangan kelestarian alam sekitar
terutamanya dalam Matlamat Pembangunan Lestari.
4.6 Menyokong aktiviti anjuran WWF (World Wide Fund For Nature).
4.7 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
4.8 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
4.9 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

8
V. VISI
5.1 Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi
menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat
masa kini dan akan datang
VI. MISI
6.1 Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar
yang baik dalam proses pembangunan negara

VII. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


7.1 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang
telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan,
Sekolah dan World Wide Fund For Nature (WWF).
7.2 Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan
Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
7.3 Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil
belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
7.4 Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :
i) mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
ii) mendapatkan maklumat yang perlu
iii) memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai.

VIII. CADANGAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA YANG DIRANCANG

9.1 Ahli jawatankuasaa akan dilantik semasa Mesyuarat Agung Yang Kali Pertama.

9.2 Pemilihan ahli jawatankuasa dipilih secara demokrasi, iaitu secara undian

majoriti.

9.3 Ahli Jawatankuasa Sementara adalah seperti berikut:

9
Ahli Jawatankuasa Induk Kelab Lestari
Penaung Ng Wen Quan
Guru Besar SJK (C) Wah Lian

Dato’ Dr. Dionysius Sharma D.P.M.P.


Pengarah Eksekutif WWF
Penasihat Ang Poon Keat
GPK Kokurikulum SJK (C) Wah Lian

Norizan Mohd Mazlan


Ketua Cawangan WWF Negeri Selangor
Setiausaha Hoo Jia Ling
Ketua Panithia Sains SJK (C) Wah Lian
AJK Tai Kang Heng
Guru Kanan Sains SJK (C) Wah Lian

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kelab Lestari


Penasihat
Lim Boon Ying
Haliza bin Sukri

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari
Naib Bendahari
Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
Dokumentasi
AJK Aktiviti
AJK Publisiti dan Multimedia
AJK Kebersihan
AJK-AJK Lain
*AJK-AJK Pelaksana lain akan dilantik semasa mesyuarat Agong yang akan
datang.

10
KELAB LESTARI
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) WAH LIAN
NO. PENDAFTARAN
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan : Kelab Lestari
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian

b. Alamat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian,


43950, Sungai Pelek,
SELANGOR.

PERATURAN 2 : MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF
Tujuan Kelab Lestari ditubuhkan ialah:
3.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
3.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan
ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
3.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.
3.4 Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-
pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.
3.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
3.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

11
3.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan
berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

PERATURAN 4 : KESETIAAN ALAM SEKITAR


4.1 memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia
4.2 mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan
4.3 melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah

PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN


5.1 Logo Kelab Lestari

JAGA ALAM SEKITAR,


TANGGUNGJAWAB KITA
BERSAMA!

5.2 Pengertian logo


 Bumi di tengah bermaksud dunia ini yang dipenuhi dengan kehijauan dan
kebiruan.
 Dua tangan memegang bumi – melindungi bumi kita bersama-sama tanpa
mengira kaum dan bangsa.
 Slogan ditulis di tengah logo dan disorotkan dengan warna hijau – menarik
perhatian orang ramai tentang slogan kelab. Warna hijau digunakan kerana
hijau mewakili alam.
PERATURAN 6 : BENDERA DAN PENGERTIAN
6.1 Bendera Kelab Pencinta Alam

12
6.2 Pengertian bendera Kelab Pencinta Alam
 Logo diletakkan di tengah bendera – fokus utama bendera.
 Warna putih sebagai latar belakang bendera kerana putih melambangkan
kesucian.

PERATURAN 7 : KEAHLIAN
76.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah
Lian tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.
7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam
kemajuan kelab.
7.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.
7.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
7.7 Kelab Lestari ini telah didaftarkan di bawah WWF Malaysia. Kelab ini berhak
untuk mendapat bantuan dan sokongan dari segi kewangan dan tenaga.
Borang pendaftaran boleh didapati di http://www.wwf.org.my/about_wwf/

PERATURAN 8 : PAKAIAN
8.1 Sesi perjumpaan mingguan - Baju T dan seluar trek sukan
- Kasut dan berstokin
8.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T dan seluar trek sukan
- Kasut dan berstokin

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT


9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

13
PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA
10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
10.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
10.6.1 Pengerusi
10.6.2 Naib Pengerusi
10.6.3 Setiausaha
10.6.4 Bendahari
10.6.5 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
10.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

11.1 Pengerusi
11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

11.2 Naib Pengerusi


11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.
11.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

14
11.3 Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
11.4 Bendahari
11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab
11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
11.5 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

11.6 Ahli Jawatankuasa


11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
11.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
11.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa

PERATURAN 12 : KEWANGAN
12.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang setahun.
12.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

15
PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN
13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN


15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis
15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN


16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 17 : PEMBUBARAN
17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran
Persatuan secara bertulis
17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

16
PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN
18.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
18.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

17
3. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
11.1 Program sekolah dalam taman
11.2 Program penanaman menggunakan baja organik
11.3 Program satu pelajar, satu pokok
11.4 Program Sembang @ Sekolah dengan Kerjasama WWF
11.5 Program Earth Hour dengan Kerjasama WWF
11.6 Projek membuat baja kompos
11.7 Program Edible Garden
4. Anggaran Kewangan/ Perbelanjaan

11.1 Anggaran sumber kewangan:


JUMLAH
BIL SUMBER JUMLAH 1 UNIT (RM) (RM)
1. Sumbangan ahli RM 5.00 x 40 orang ahli 200.00
2. Sumbangan PIBG RM 300.00 300.00
3. Sumbangan WWF RM 500.00 500.00
JUMLAH KESELURUHAN
(Ringgit Malaysia : Seribu Sahaja) 1000.00

11.2 Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti:

Bil. Barang yang hendak dibeli Anggaran wang yang diperlukan


(RM)

1. Peralatan menanam 250.00

2. Pokok kecil + biji benih 250.00

3. Baja 150.00

4. Tong untuk membuat baja kompos 200.00

5. Sijil penghargaan + pingat 150.00

Jumlah keseluruhan

(Ringgit Malaysia: Seribu Sahaja) 1000.00

18
5. PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Lestari” merupakan satu asset yang bernilai
kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik
sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang
diterapkan dalam kelab Lestari mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu
dan berhemah tinggi. Pada masa yang sama juga, ia memberi kesedaran kepada warga murid
mengenai Matlamat Pembangunan Lestari dalam pendidikan. Oleh hal yang demikian, kami
berharap dapat mewujudkan generasi baru yang dinamik dalam semua aspek terutamanya
dalam perspektif kelestarian alam sekitar. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini
tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

.................................
HOO JIA LING
Setiausaha Kelab Lestari,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian

Tarikh: .......................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
ANG POON KEAT NG WEN QUAN
GPK Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian

Tarikh: ....................... Tarikh: .......................

19
PENGESAHAN DAN KELULUSAN PENUBUHAN KELAB LESTARI SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA WAH LIAN

Ulasan Guru Penasihat I:

……………………………………………….......
……………………………………………………
……………………………………………………
…………………………………………………… Tarikh:

Ulasan /Kelulusan Guru Besar:

……………………………………………….......
……………………………………………………
……………………………………………………
…………………………………………………… Tarikh:

Ulasan/ Kelulusan Penasihat PPD:

……………………………………………….......
……………………………………………………
……………………………………………………
…………………………………………………… Tarikh:

Ulasan Unit Kewangan:

……………………………………………….......
……………………………………………………
……………………………………………………
…………………………………………………… Tarikh:

20

You might also like