Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 Buku awal untuk kanak-kanak dan remaja

Buku kanak-kanak bermaksud buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak ataupun

buku yang menjadi bacaan kanak-kanak, tidak kira apa jua bentuk penulisannya sama ada

ianya buku cerita (berbentuk fiksyen) dan bukan fiksyen yang ditulis untuk memberi

maklumat,atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama seperti sajak dan pantun serta

komik. Molina S . N i j h a r ( 1 9 7 9 ; O t h m a n P u t e h d a n A b d u l A h m a d , 1 9 7 9 )

m e n ya t a k a n sastera k a n a k - k a n a k merangkumi semua jenis penulisan

berbentuk kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk dibaca, dihibur dan

dinilai oleh kanak-kanak. Secara amnya, ia meliputi keseluruhan buku yang bermutu dan

berfaedah ditulis untuk bacaan kanak-kanak. Ia juga merangkumi bidang

fiksyendan bukan fiksyen. Definisi ini seiring dengan definisi yang dinyatakan oleh Lynch

Brown danTomlinson (1999) iaitu, “

Children’s literature is good quality trade books for children frombirth to

adolescence, covering topics of relevance and intere st to children those ages,

through prose and poetry, ficton and non-fiction.”

1.1 Kisah Mother Goose.

Charles Perrault ialah pengarang dari Perancis yang terkenal dengan cerita dongeng

seperti: Le Petit Chaperon rouge – Little Red Riding Hood (Si Topi Merah), La Belle au bois

dormant – Sleeping Beauty (Puteri Tidur), e Maître chat ou le Chat botté – Puss in

Boots (Kucing Bersepatu But), Cendrillon ou la petite pantoufle de verre – Cinderella, La

Barbe bleue – Bluebeard (Janggut Biru), Le Petit Poucet – Hop o’ My Thumb, Les Fées –

Diamonds and Toads (Katak dan Permata), La Marquise de Salusses ou la Patience de

Griselidis – Patient Griselda (Griselda yang Sabar) dan banyak cerita terkenal . Beliau

1
mendedikasikan kisah dongeng tersebut kepada anak-anaknya. Buku pertamanya ialah Tales

and Stories of the Past with Morals (Histoires ou Contes du Temps passé) (1697), dengan

subtitle: Tales of Mother Goose (Les Contes de ma Mère l’Oie) – Cerita Ibu Angsa yang

memuatkan cerita-cerita dongeng yang dikenali sehingga kini. Cerita dongeng tersebut

kemudian dikumpulkan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman oleh Brothers

Grimm bersama-sama dengan koleksi cerita rakyat dari seluruh dunia. Andrew Lang pada

tahun 1889 kemudian menyatukan cerita dari Perrault dan Grimm ke dalam beberapa siri

buku cerita dongeng yang dikenali sebagai Andrew Lang’s Fairy Books .

1.2 Karya Hans Christian Andersen dan Grimm’s Brothers Tales.

Hans Christian Andersen merupakan seorang penulis novel, cerpen dan juga penyair

kelahiran Odense, Denmark. Beliau telah menghasilkan lebih 156 cerita dongeng terkenal di

seluruh dunia yang telah diterjemah kepada lebih 125 bahasa melalui cerita-cerita dongeng

rakyat tempatan dan khayalan yang terkenal seperti The Little Mermaid, Thumbelina, The

Princess and The Pea, The Emperor’s New Clothes, The Snow Queen dan Little Ugly

Duckling. Kisah-kisah khayalan yang ditulis banyak mengambil inspirasi kisah dirinya dan

karya-karya itu kini telah banyak ditulis semula dan diadaptasi dalam bentuk darama, filem

dan animasi.

Dalam penceritaan dongeng dunia, nama Brothers Grimm memiliki tempat istimewa

sebagaimana raja dongeng , Hans Christian Andersen. Brothers Grimm terdiri daripada dua

orang adik-beradik yang merupakan ahli linguistik dan pencinta sastera yang berasal dari

Jerman. Jacob W. Grimm (1785-1863) dan Wilhelm K. Grimm (1786-1859), telah

menghabiskan banyak waktu untuk mengumpulkan dongeng-dongeng dari berbagai daerah di

Jerman dan seluruh dunia. Mereka berdua menjadi terkenal hasil penerbitan dongeng-

2
dongeng itu dan menerima banyak penghargaan. Kisah dongeng Cinderella (Ashputtel),

Red Riding Hood, Rapunzel, Sleeping Beauty, The Frog Prince serta Hansel dan

Gretel adalah antara yang sangat popular dan terkenal. Dongeng-dongeng Brothers

Grimm di Eropah telah menjadi folklore (cerita rakyat) bagi masyarakatnya. Statusnya

mungkin sama dengan kisah-kisah Si Tanggang, Lagenda Mahsuri dan Hang Tuah

bagi masyarakat Melayu. Kanak-kanak Eropah membesar dengan dongeng-dongeng

ini, sebagaimana kita juga membesar bersama cerita rakyat kita sendiri. Hampir

semua kisah dari dongeng-dongeng Brothers Grimm ini berakhir dengan kebahagiaan

(happy ending). Dalam kisah Red Riding Hood ( Si Topi Merah) dalam versi Charles Perrault

(seorang penulis Perancis) berakhir dengan kisah yang menyedihkan namun diubah menjadi

bahagia oleh Brothers Grimm. Dalam versi Charles Perrault si Topi Merah akhirnya mati

dimakan serigala, sementara dalam versi Brothers Grimm, si Topi Merah selamat.

Pendekatan dalam cerita yang dibawa oleh Grimm ialah cerita kanak-kanak mestilah

memberi rasa bahagia dan unsur-unsur positif. Tidak sepatutnya kanak-kanak

disogokkan dengan pengakhiran yang pilu dan menyedi hkan.. Ini sedikit berbeza

dengan Hans Christian Andersen, yang dalam sebahagian dongengnya berakhir

dengan kesedihan. Buku tulisan Brothers Grimms yang termasyhur ialah Kinder-

und-Hausmarchen (Children's and Household Tales) yang diterbitkan pada 1812.

1.3 Buku bergambar (Picture books)

.
Lazimnya, apabila kita berbincang tentang sastera kanak-kanak, yang segera tergambar dalam

fikiran kita adalah 'picture books' atau 'buku bergambar'. Menurut Rothlein (1991), buku

cerita bergambar yang baik dapat membantu kanak-kanak dalam proses memahami serta

memperkayakan pengalaman dari cerita. Buku bergambar adalah untuk kanak-kanak kecil,

yakni 5 tahun ke bawah, yang sedang belajar mengenal huruf, menulis dan membaca. Buku

3
bergambar digunakan dengan cara ibu bapa membacakan buku itu kepada anak-anak yang

belum pandai membaca sendiri, ataupun dibaca oleh guru-guru tadika semasa sesi bercerita

kepada murid-muridnya. Lazimnya bagi setiap halaman hanya ada satu ataupun dua ayat

sahaja, selainnya adalah ilustrasi yang mengiringi ayat itu. Disebabkan kanak-kanak kecil

mempunyai daya ingatan yang pendek, maka ayat-ayat yang ditulis adalah pendek-pendek.

Perkataan-perkataan yang digunakan juga adalah terancang, yakni menggunakan "word

count' atau hitung kata sebagai panduan.

1.4 Buku cerita bergambar tanpa kata.

Buku bergambar tanpa kata (wordless book) merupakan buku yang mempunyai gambar atau

ilustrasi sahaja dalam penyampaian ceritanya. Buku ini semakin berkembang dan popular di

kalangan kanak-kanak dan remaja. Plot cerita disediakan dengan gambar secara berurutan

dan tindakan juga digambarkan dengan jelas. Kanak-kanak menganalisis maksud yang

tersirat di sebalik gambar dengan mengenalpasti idea pokok yang ingin disampaikan oleh

pengarang. Melalui buku ini, ketrampilan pemahaman kanak-kanak dapat dikembangkan

untuk menjana idea kreatif yang lahir secara lisan secara lebih produktif. Kanak-kanak

membina pengetahuan dan bebas berimaginasi dalam bahasa mereka sendiri. Kadangkala apa

yang diceritakan oleh mereka tidak terjangkau oleh fikiran orang dewasa.

1.5 Buku mainan(Toy book)

Menurut Piaget dalam Wardle (2003), kanak-kanak mempelajari tentang dunia

persekitarannya melalui tindakan atau pengalaman sensori mereka dengan persekitaran. Dia

akan sentiasa ingin memegang, merasa atau melakukan sesuatu (Salleh Daud dan Izzah

Abdul Aziz, 1979) Penggunaan bahan yang timbul yang berbentuk “tactile” juga dapat

menarik perhatian kanak-kanak terhadap buku. Antara material yang sesuai digunakan ialah

4
kain, kertas tebal atau blok kayu. Begitu juga buku yang berunsurkan main sorok-sorok di

mana jawapan disorokkan di bawah kertas atau di muka surat lain, atau pun yang berbentuk

boleh timbul (pop-up) sesuai digunakan bagi menarik perhatian kanak-kanak.

1.6 Buku mengenal huruf (alphabet books).

Dalam buku alpabet, setiap huruf alphabet dikaitkan dengan suatu ilustrasi objek yang

diawali dengan huruf. Ilutrasi harus jelas berkaitan dengan huruf-huruf kunci dan gambar

objek serta harus mudah dikenalpasti. Buku alphabet berfungsi untuk membantu kanak-kanak

menstimulasi dan membantu pengembangan kosa kata.

1.7 Buku bermaklumat.

Buku bermaklumat informasi) merujuk buku-buku pengetahuan am dalam bidang sains,

sejarah, geografi dan sebagainya yang dipersembahkan sesuai dengan tahap kebolehan

kanak-kanak. Buku ini dapat menyampaikan pengetahuan semua hal yang ingin diketahui

oleh kanak-kanak dan dikategorikan sebagai buku nonfiksyen kerana menyampaikan sesuatu

maklumat berdasarkan fakta. Pada tahap usia kanak-kanak, perasaan ingin tahu amat kuat.

Mereka ingin tahu bagaimana sesuatu terjadi lalu menggunakan buku sebagai jawapan. Oleh

itu buku-buku yang memberi maklumat tentang fenomena atau kejadian alam, kisah asal-

usul, alam haiwan, kisah-kisah nabi dan keagamaan dapat membantu menjelaskan sesuatu

dibantu oleh ilustrasi dan grafik yang sebenar. Jenis-jenis buku informasi termasuk buku

rujukan, kamus bergambar dan ensiklopedia.

5
1.8 Buku autobiografi

Buku biografi ialah jenis buku nonfiksyen yang menceritakan kisah atau riwayat hidup

seseorang yang terkenal. Cerita biografi untuk kanak-kanak dipersembahkan dalam bentuk

yang lebih mudah diingati dan jalan cerita yang sangat menarik iaitu dalam bentuk komik.

Berbeza dengan biografi orang dewasa, ilustrasi juga dipaparkan dalam bentuk kartun atau

animasi.

1.9 Buku puisi.

Buku puisi ialah buku yang di dalamnya mengandungi koleksi pantun, gurindam, syair dan

sajak untuk kanak-kanak. Sesetengah penulis menghasilkan karya asli yang ditujukan khas

untuk kanak-kanak mengikut tema manakala ada yang menghasilkan koleksi daripada puisi

melayu tradisonal.

1.10 Buku sains fiksyen.

Perkataan ‘sains’ membawa maksud pengetahuan yang telah dibuktikan manakala ‘fiksyen’

merupakan cerita rekaan. Bermula dengan fakta yang benar tentang dunia dan dijadikan asas

untuk membuat andaian dan khayalan. Fiksyen sains selalunya mengenai cerita

pengembaraan ke angkasa lepas, dalam lautan dan ciptaan-ciptaan baru yang menakjubkan.

Menurut Rahman Shaari (2001), fiksyen atau lebih dikenali sebagai cereka hasil imaginasi

pengarang yang ditulis secara naratif berpandukan kejadian sebenar. Contoh fiksyen ialah

novel, cerpen dan drama yang berkaitan kehidupan manusia setiap hari.

6
1.11 Buku fiksyen realistik

Carol Lynch-Brown & Carl M. Tomlinson (2008) menerangkan bahawa fiksyen realistik

merujuk kepada kisah-kisah yang benar-benar berlaku kepada orang sebenar atau haiwan.

Watak-watak yang dicipta oleh penulis mirip dengan watak orang atau haiwan sebenar.

Adakalanya peristiwa dalam cerita berlebih-lebihan atau aneh kerana peristiwa yang

dikemukakan oleh penulis tidak berlaku. Oleh yang demikian, fiksyen realistik membiasakan

khalayak pembacanya dengan bahasa atau pembangunan watak dengan lebih berterus-terang.

2.0 Sastera rakyat untuk kanak-kanak dan remaja.

Sastera Rakyat merupakan warisan silam yang tidak ternilai . Menurut sarjana sastera Barat,

sastera rakyat merupakan satu bentuk pelarian masyarakat daripada masalah kehidupan.

Hiburan perlu bagi menghilangkan penat lelah penat bekerja di waktu siang. Sebelum wujud

hubungan luar dengan bangsa lain, sastera rakyat telah berada dalam masyarakat Melayu. Ia

berfungsi sebagai hiburan semata dan sebagai sumber pendidikan. Menurut Yahya Ismail;

“tiap-tiap hasil sastera mencerminkan keadaan masyarakat pada waktu itu, khususnya

susunan masyarakat bangsa itu sendiri dari segi lahir dan batinnya. Tinggi atau rendahnya

tamadun sesuatu bangsa dapat dikaji dari hasil – hasil sastera bangsa itu pada sesuatu masa

yang tertentu dan dibandingkan hasil penyelidikan itu dengan hasil - hasil sastera bangsa

bangsa asing pada masa yang sama juga”.

Sastera rakyat seperti yang diketahui adalah merupakan milik bersama dan warisan

berzaman. Tidak diketahui siapa penciptanya. Ini kerana ia disampaikan dari mulut ke mulut

bermula dari generasi terdahulu hingga generasi sekarang. Oleh itu, seseorang individu tidak

7
boleh mendakwa sesuatu hasil karya itu adalah ciptaannya. Maka kerana itulah sastera rakyat

ini bebas diceritakan oleh sesiapa dan akhirnya mempunyai banyak versi.

Cerita - cerita di dalam sastera rakyat ini diperolehi dari berbagai sumber dan akhirnya

berlaku tokok tambah disebabkan cara penyampaian yang berbeza dalam usaha untuk

menarik perhatian pendengar sepertimana yang telah dikatakan oleh Jan Vansina;

All such anonymous traditions share the common characteristic of being transmitted

spontaneously from one person to another, and during this process the original from is lost

and the content becomes fluctuating a nd blurred.....

Sastera Rakyat yang telah ditulis masa kini dianggap lebih sesuai untuk bacaan kanak- kanak

berbanding dengan orang dewasa. Walaupun sastera ini dikatakan mempunyai isi yang

bersifat keanak- anakan, seperti gaya bahasa yang mudah atau mempunyai nilai seni yang

rendah. Ia adalah kesusasteraan yang tulen walaupun dicipta, disebarkan dan dilafazkan

mengikut cara yang berbeza daripada kesusasteraan yang bertulis

2.1 Genre Sastera Rakyat Melayu

Pembahagian sastera rakyat dikategorikan kepada dua jenis iaitu berbentuk cerita ( naratif )

dan bukan cerita ( bukan naratif ). Cerita binatang, cerita penglipur lara, cerita asal usul,

cerita teladan, cerita jenaka, mitos dan lagenda merupakan contoh sastera rakyat yang

berbentuk cerita. Menurut C. Hooykaas di dalam bukunya “Perintis Sastera”;

“kumpulan cerita - cerita rakyat sesebuah masyarakat mungkin mengandungi antara lain

cerita- cerita yang menceritakan kisah tuhan- tuhan, dewa- dewi, makhluk- makhluk halus

yang mendiami alam sekeliling, cerita- cerita yang mengisahkan kejadian alam, asal- usul

manusia, penglahiran “culture hero” bagi budaya itu atau cerita- cerita lain yang dianggap

kudus dan suci (scared).

8
2.2 Cerita Binatang

Cerita binatang merupakan salah satu genre sastera rakyat yang popular. Watak – watak

dalam cerita binatang digambarkan boleh bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia.

Sikap tolong menolong, bekerjasama, berbudi bahasa serta menunaikan janji banyak

diterapkan dalam cerita jenis ini. Pelaku dalam cerita ini menggunakan fikiran sewaktu

menjalankan sesuatu perkara. Setiap tindakan yang dilakukan adalah untuk diri sendiri atau

membantu binatang yang lain. Oleh itu banyak pengajaran dan teladan yang dapat diambil di

dalamnya. Antti Aarne dan Stith Thomsom dalam buku berjudul “The Type Of Folklate”,

menulis bahawa cerita binatang berada di dalam genre sastera rakyat atau folkore yang

terkenal kerana sifatnya yang menghibur, mengandungi teladan yang sesuai diterapkan dalam

kalangan kanak- kanak. Cerita binatang bukan sahaja terkenal dalam masyarakat Melayu,

bahkan juga dalam masyarakat yang lain. Sebagai contoh, tokoh binatang di dalam cerita

masyarakat Eropah ialah musang, masyarakat Amerika ialah arnab dan masyarakat Melayu

ialah kancil. Watak dalam cerita binatang biasanya terdiri daripada binatang sahaja yang

memainkan peranan utama. Peranan utama yang dimainkan oleh binatang ini digambarkan

sebagai kecil dan lemah. Manusia hanya memainkan peranan sambilan seperti seorang

pemburu atau pengembara. Cerita binatang amat terkenal dalam kalangan kanak- kanak dan

boleh diambil sebagai pengajaran. Di dalam cerita binatang, tema yang sering diketengahkan

ialah konflik di antara manusia dan binatang, serta binatang dengan binatang itu sendiri.

Binatang yang kecil digambarkan dapat mengalahkan binatang yang besar dan binatang yang

lemah mengalahkan binatang yang kuat.

Terdapat empat jenis corak cerita binatang iaitu epos binatang, cerita asal-usul, cerita sambut

bersambut dan fable. Di dalam epos binatang biasanya mengisahkan mengenai kebijaksanaan

9
binatang menggunakan akal fikirannya untuk memperdayakan musuhnya. Masyarakat

Melayu akan menggunakan Sang Kancil sebagai pelaku cerita. Cerita asal-usul pula

mengisahkan tentang sifat yang tertentu yang dimiliki binatang tertentu. Cerita sambut

menyambut merupakan rangkaian cerita sebab dan akibat yang mana menerangkan mengapa

sesuatu perkara itu berlaku. Sebagai contoh dapat dilihat di dalam lagu “ bangau oh bangau”.

Cerita bercorak fables pula banyak memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca.

Terdapat tiga cerita jenis berbentuk fable yang terkenal iaitu aesop fable dari Barat, Hikayat

Khalilah Wa Dimnah dan cerita yang bersumberkan dari Jataka, Panchantantra dan Katha

Sarit Sagara dari India. Cerita binatang yang terkenal ialah Hikayat Sang Kancil yang

mengandungi kira-kira 20 cerita. Cerita ini mengisahkan mengenai sang kancil yang

memperdayakan binatang lebih besar yang bersifat sombong dengan menggunakan

kebijaksanaan yang ada padanya. Cerita binatang tujuannya bukan sekadar untuk menghibur

tetapi juga untuk memberi pengajaran yang baik supaya dapat diambil oleh para pembacanya.

2.3 Penglipur Lara

Cerita jenis ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan merupakan jenis cerita

yang tertua kerana masyarakat pada ketika itu belum lagi diserapi dengan unsur-unsur

peradaban moden. Pada ketika ini, pengaruh yang di bawa oleh radio, televisyen dan majalah

telah mengurangkan kehebatan cerita penglipur lara. Lipur bermaksud liput. Menghilangkan

atau libur maknanya menyukakan hati. Lara pula bermakna sedih dan dukacita. Penglipur lara

ialah orang yang boleh memberikan kegembiraan sambil bercerita ataupun tukang hilangkan

duka lara. Cerita penglipur lara juga dikenal sebagai “folkromance” (roman rakyat) oleh

Wilkinson dan Winstedt manakala C. Hooykas di dalam Penyedar Sastera telah menamakan

cerita ini sebagai Epos Rakyat. Di kalangan masyarakat Minangkabau, cerita penglipur lara

10
dikenal sebagai “kaba “. Orentalis Barat seperti R.J. Wilkinsons, R.O. Winstedt dan Maxwell

telah dibantu oleh Raja Yahya mengumpulkan cerita jenis ini. Struktur cerita penglipur lara

dapat dibahagikan kepada tiga peristiwa besar iaitu kelahiran, pengembaraan dan

penyelesaian. Cerita jenis ini akan mengisahkan peristiwa kelahiran atau proses kelahiran

seorang putera raja, peringkat perkembangan akan mengisahkan mengenai pengembaraannya

dalam mendapatkan sesuatu seperti apabila hero terpisah daripada keluarga, dianiaya oleh

orang dan banyak lagi. Peringkat penyelesaian pula akan memperlihatkan kesudahan yang

gembira (happy ending) kisah tersebut. Pelaku utama dalam cerita ini digambarkan sebagai

seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan sebagainya. Cerita lipur lara ini

juga biasanya bertemakan pengembaraan, percintaan dan peperangan. Hikayat Raja Muda,

Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Donan adalah

beberapa contoh cerita yang terkenal. Perwatakan yang digambarkan di dalam cerita

penglipur lara adalah melangkaui batas manusia biasa. Watak utama digambarkan sebagai

berketurunan dewa yang berasal dari kayangan seperti di dalam cerita Raja Dondang. Plot

cerita berkisar kepada kisah-kisah pengembaraan (adventure) yang disampaikan oleh

penceritanya. Terdapat dua golongan penutur cerita penglipur lara iaitu penutur profesional

dan penutur amatur. Penutur di dalam cerita penglipur lara dipanggil sebagai Tok Selampit

atau Awang Belanga. Di Jawa, tukang cerita disebut sebagai “Tukang Kentrung” kerana

sambil bercerita, ia akan memainkan kentrungnya, iaitu suatu rebana yang kecil. Cerita yang

disampaikan oleh penutur profesional adalah lebih menarik berbanding dengan penutur

amatur. Ini adalah kerana mereka menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu daripada

pekerjaan sampingan.

11
2.4 Cerita Asal-Usul

Menurut Prof. Mohd Taib Osman dan Annas Haji Ahmad , cerita asal usul merupakan salah

satu cerita yang tertua dalam sastera rakyat. Cerita ini mengisahkan bagaimana terjadinya

dunia dan alam semesta, bagaimana manusia terjadi, asal kejadian bulan dan bintang, guruh,

gempa, hujan dan apa sahaja yang mempengaruhi manusia dan kehidupannya. Raja Yahya,

Mir Hassan, Zakaria Hitam merupakan antara tokoh tempatan yang berusaha mengumpulkan

cerita jenis ini. Terdapat juga bentuk cerita yang mengisahkan mengenai asal-usul tumbuhan

dan binatang. Selain itu, ada juga kisah mengenai asal-usul sesebuah negeri, manusia dan

pulau. Ia dipercayai berasal daripada kisah kejadian yang benar-benar berlaku. Sebagai

contoh, kisah mengenai mengapa ular sawa tidak berbisa. Mengikut cerita, ular sawa amat

marah kerana ikannya telah dicuri orang, ular sawa itu kemudian menyembur seluruh bisanya

pada bekas tapak kaki yang terdapat di situ. Akhirnya, ular sawa kehilangan bisanya. Selain

itu, terdapat juga kisah mengenai mengapa burung gagak berwarna hitam. Asal-usul nama

negeri Melaka adalah dari sebatang pohon tempat sultannya berteduh semasa memburu.

Antara contoh cerita asal-usul yang lain ialah mengenai sebuah bukit di Kelantan yang

dinamakan sebagai Bukit Merak. Menurut cerita orang tempatan, bukit tersebut berasal dari

baja yang dikandar oleh Awang Selamat, pengiring kepada Puteri Saadong. Selain itu,

terdapat juga cerita mengenai tiga buah gunung di negeri Perak iaitu Gunung Jerai, Bukit

Perak dan Bukit Tegal. Cerita asal-usul masih lagi kekal sehingga hari ini. Cerita rakyat jenis

ini belum banyak dikutip dan amat kurang usaha-usaha mengumpul dan

mendokumentasikannya. Terdapat juga usaha-usaha mengumpulkan cerita ini yang

dijalankan oleh orang-orang Barat seperti R.O Winstedt, William Skeats, W.E.Maxwell dan

Hugh Clifford. Dengan adanya usaha ini, dapatlah kita menjadikannya sebagai rujukan dan

12
kajian di masa depan. Selain itu, pengajaran yang terselit di dalam cerita jenis ini diharap

dapat diambil iktibar oleh para pembaca.

2.5 Cerita Teladan

Cerita teladan merupakan salah satu daripada bentuk karya dalam sastera rakyat. Ia bertujuan

memberi pedoman dan pengajaran para pendengar dan pembaca. Perbuatan jahat yang

dilakukan akan mendapat balasan setimpal. Pada masa kini, banyak cerita teladan yang

diterbitkan menjadi buku dan dihiasi dengan ilustasi berwarna untuk menarik perhatian

kanak-kanak. Watak yang terdapat dalam cerita teladan ialah dua binatang berlainan yang

mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Watak yang terdapat dalam cerita

teladan digambarkan kepada dua iaitu watak putih dan watak hitam. Watak putih diberikan

dengan sifat-sifat terpuji yang tiada cacat cela dan watak hitam adalah sebaliknya. Terdapat

pelbagai jenis cerita teladan yang boleh dijadikan sebagai contoh seperti cerita anjing dengan

bayang-bayang, cerita arnab dan kura-kura, cerita tikus menolong harimau dan lain-lain.

Cerita jenis ini mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana pelaku di dalamnya adalah

binatang yang digambarkan mempunyai sifat-sifat yang dapat dicontohi atau diambil sebagai

pengajaran dan teladan. Terdapat juga cerita teladan yang pelakunya ialah manusia seperti

yang terdapat di dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup, cerita Si Tanggang dan cerita

Bawang Merah Bawang Putih. Selain daripada menghibur, cerita teladan ini turut

mengandungi bahan-bahan pengajaran dan nasihat yang dapat diambil dan dijadikan sebagai

teladan dalam kehidupan seharian.

13
2.6 Cerita Jenaka

Cerita jenaka ialah cerita yang mampu menimbulkan rasa geli hati, kelucuan dan gelak tawa.

Ia juga dikenal sebagai lelucon dan anekdot:

“.....dongeng-dongeng yang dapat menimbulkan rasa menggelikan hati, sehingga

menimbulkan ketawa bagi yang mendengarnya mahupun yang menceritakannya.......”

Antara contoh cerita jenaka ialah cerita Pak Pandir, Pak Kadok, Pak Belalang, Lebai Malang

dan Si Luncai. Selain itu, terdapat juga cerita jenaka saduran seperti Musang Berjanggut dan

Hikayat Abu Nawas. Cerita ini memaparkan mengenai pelaku yang mewakili masyarakat

Melayu ketika itu. Menurut Prof. Mohd Taib Osman:

“watak ini memang dimaksudkan sebagai cermin setengah-setengah manusia yang hidup

dalam masyarakat dan dari situ tidak sedikit yang boleh dijadikan teladan kepada manusia

umumnya.... Cerita jenaka bukan sahaja terdapat di Tanah Melayu, bahkan di Filipina seperti

watak Juan Tamak yang menyamai dengan watak Pak Pandir dan Juan Khusom menyamai

watak Si Luncai. Di kalangan orang Sunda ,cerita jenakanya ialah Si Kebayan. Manakala di

Jawa terdapat cerita Pak Banjir, Jaka Bodo, Jaka Dolog dan Jaka Lehur. Di kalangan orang

orang Batak di Sumatera ialah Ama Ni Pandir, Si Andingkir, Si Momoro Ni Oto, Si Lahap

dan Si Bilalong. Tiga jenis perwatakan yang digambarkan dalam cerita jenaka ialah watak

bodoh-sial, pintar-bodoh dan pintar. Watak bodoh-sial digambarkan dalam cerita Pak Kadok

dan Lebai Malang dan menyelitkan pengajaran kepada pembaca supaya tidak tamak dan

terburu-buru membuat keputusan. Cerita Pak Belalang dan Si Luncai berkisar kepada

kepintaran mereka memperbodohkan Raja dan para pembesar dengan tipu helah . Pelaku

yang memegang perwatakan pintar-bodoh ialah Pak Pandir. Perwatakan pintar dapat dilihat

apabila Pak Pandir berjaya membunuh gergasi untuk menyeberangi sungai manakala sisi

bodoh perwatakan Pak Pandir ialah apabila dia memandikan anaknya dengan air panas.

14
2.7 Mitos

Mitos ialah cerita dongeng tentang asal-usul kepercayaan sesuatu masyarakat atau cerita

tradisi yang dianggap ada dan merupakan kepercayaan berkenaan kejadian seperti wujudnya

dewa-dewa dan alam seluruhan. Mitos pada dasarnya adalah cerita tentang asal-usul, baik

asal-usul nama sesuatu tempat, asal-usul manusia, asal-usul kejadian dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, mitos adalah cerita zaman dahulu yang dianggap benar,

mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu

suku bangsa, kejadian alam dan sebagainya. Menurut Bascom, mitos merupakan sejenis prosa

naratif bercorak tradisional yang dianggap oleh masyarakat bahawa cerita yang dituturkan

adalah benar dan pernah terjadi di masa lalu. Mitos sebenarnya mempunyai testimoni yang

cuba menerangkan tentang alam, budaya dan masyarakat. Mitos dalam konteks penulisan

sastera Melayu lama bercorak sejarah diertikan oleh Hooykaas sebagai cerita dewa-

dewa.Terdapat beberapa jenis mitos yang menerangkan asal-usul kejadian alam dan manusia.

Mitos dalam agama Greek mengisahkan bagaimana alam ini peringkat permulaan dan

peranan dewa-dewi mencipta sesuatu di dunia. Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, genre

mitos tidak lagi wujud dalam sastera rakyat Melayu. Ini kerana orang Melayu telah

meninggalkan kepercayaan atau agama yang dianuti pada zaman purba.

Kedatangan Islam telah membawa ajaran agama yang mengesakan tuhan dan tidak

mempercayai mitos dewa-dewi . Cerita asal-usul merupakan salah satu daripada genre mitos.

Cerita asal-usul menerangkan kejadian dunia, manusia, alam tabii, benda, nama tempat,

binatang dan sebagainya. Cerita asal-usul tampak lebih menarik kerana kretiviti masyarakat

Melayu purba yang mencipta sebab sesuatu perkara terjadi. Fungsi mitos adalah memenuhi

perasaan ingin tahu manusia, memberi penjelasan tentang hal-hal di luar pengetahuan. Selain

15
itu, terdapat juga mitos mengenai asal-usul sesuatu tempat. Sebagai contoh, Singapura

mendapat namanya melalui peristiwa Sang Nila Utama yang ternampak seekor singa. Asal-

usul kejadian manusia dikatakan bermula dari buluh betung dan buih. Hikayat Merong

Mahawangsa mengisahkan mengenai seorang puteri yang berasal dari buih. Seorang pengkaji

Inggeris iaitu W.W Skeat telah membuat catatan mengenai kisah seorang budak perempuan

yang berasal dari buih:

Kononnya di negeri Perak terdapat seorang nakhoda bernama Kasim. Dia telah

memperisteri seorang wanita yang berketurunan Sakai Putih. Suatu hari, telah berlaku

banjir di negeri Perak. Banjir itu membawa buih yang banyak ke tempat permandian isteri

Nakhoda Kasim. Buih itu berkumpul sebesar gajah. Nakhoda Kasim membuangnya sedikit

demi sedikit dengan menggunakan galah. Alangkah terperanjatnya nakhoda apabila

menemui seorang budak perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik di dalam buih

itu. Nakhoda mengambilnya dan dijadikan anak angkat yang diberi nama Tun Putih.

2.8 Lagenda

Perkataan lagenda berasal dari Bahasa Latin. Kisah mengenai lagenda banyak ditemui dalam

sastera lisan Melayu. Ia berkisar tentang sejarah sesuatu tempat atau peristiwa zaman silam.

Cerita-ceritanya lebih merupakan sejarah dalam lingkungan satu-satu budaya daripada satu-

satu tempat atau komuniti. Cerita lagenda dipercayai benar-benar terjadi oleh penutur dan

masyarakatnya tetapi tidak dianggap suci. Lagenda dalam masyarakat Melayu dapat

dibahagikan kepada tiga kelompok besar iaitu lagenda orang perseorangan, lagenda nama-

nama tempat dan lagenda alam ghaib. Alexander Krappe di dalam bukunya berjudul “The

Science of Floklore” menyatakan bahawa lagenda dibahagikan kepada dua iaitu lagenda

setempat (tempatan) dan lagenda pendatang (menjelajah). Lagenda setempat dipercayai benar

16
dan masyarakat di Eropah amat terkenal dengan cerita Robin Hood, King Arthur dan

sebagainya. Terdapat juga lagenda yang wataknya ditiru dalam tokoh-tokoh sejarah. Lagenda

tempatan adalah cerita tentang benda-benda, kejadian alam, keramat, pusara (kuburan) dan

pokok yang dikatakan berpuaka atau bersangkutan dengan roh seseorang yang terkenal di

tempat itu. Sebagai contoh, perigi Hang Tuah yang tidak pernah kering merupakan satu

bentuk lagenda, kisah mengenai kubur panjang yang dikatakan keramat di Kedah yang

banyak lagi. Unsur-unsur luar biasa yang terdapat dalam lagenda masih lagi kekal lantaran

keistimewaannya. Lagenda yang menjelajah adalah cerita yang tersebar luas melampaui

batasan sesebuah kampung atau negeri. Tokoh-tokoh seperti Hang Tuah, Datuk Bahaman,

Tun Fatimah dan Mahsuri merupakan lagenda dalam sastera lisan Melayu. Tokoh-tokoh ini

digambarkan mempunyai kesaktian dan kekuatan luar biasa. Tokoh-tokoh agama turut

dimasukkan di dalam lagenda lisan Melayu seperti lagenda Nabi Sulaiman yang digambarkan

sebagai raja yang berkebolehan bertutur dengan binatang . Cerita ini disampaikan bertujuan

untuk menguatkan keyakinan terhadap agama Islam. Terdapat juga lagenda yang

dikategorikan sebagai legenda pendosa. Lagenda pendosa merujuk kepada kisah Si Tenggang

yang disumpah oleh ibunya kerana menderhaka. Kisah lagenda bentuk ini bertujuan untuk

mendidik golongan muda dengan nilai-nilai pengajaran . Plot di dalam cerita lagenda adalah

ringkas. Oleh itu, ia diminati oleh segenap masyarakat. Selain daripada lagenda mengenai

tokoh atau tempat, terdapat juga lagenda mengenai makhluk halus. Para sarjana

mengkategorikannya sebagai lagenda makhluk luar biasa. Tradisi lisan Melayu banyak

mempunyai cerita mengenainya. Sebagai contoh, terdapat cerita mengenai hantu langsuir,

Pontianak dan bunian . Bangsa Eropah pula terkenal dengan cerita vampire , fairies dan

banyak lagi.

17
RUJUKAN

Allyn and Bacon.Well, J. & Hart-Hewin, L. (1990). Real Books for Reading:
Learning to Read with Children'sLiterature. USA, Heinemann Educational Books
Inc.

Cullinan, B. E. (1993). Let's Read About--: Finding Books They'll Love to Read.
New York,USA, Scholastic Inc.

Isahak Haron dan Zainiah Mohamed Isa (2006), Kajian Tinjauan Buku Bacaan
Kanak-kanak Prasekolah di Malaysia. Kod Penyelidikan: 03-12-50-04 . Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Le e T z u P h e n g ( 1 9 8 8 ) . G r o w i n g R e a d e r s : T h e P a r e n t ' s G u i d e t o E a r l y
R e a d i n g . S i n g a p o r e , Times Publication.

Lynch-Brown, C. T., C.M. (1999).Essentials of Children's Literature. USA, Allyn &


Bacon.Russell, D. L. (1997). Literature for Children: A Short Introduction. New York,
Longman.

Md.Sidin Ahmad Ishak (2005). Perkembangan Sastera kanak-kanak di Malaysia Buku


Melayu Mencari Nafas Baru. Shah Alam.Cerdik Publication Sdn.Bhd.

Nang Naemah Nik Dahalan. Sastera rakyat melayu : Sejarah dan genre-genre utama ) malay

folks arts: The history of its genre). Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014 46-63

Tucker, N. (1988). The Child and the book: a psychological and literary exploration. New
York,Cambridge University Press.

Wardle, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A Multidimentional Approach


To Child-centered Care and Learning. USA,

18
Zainiah Mohamed Isa.(2010).Ciri-ciri buku bacaan Bahasa Melayu yang sesuai untuk kanak-
kanak di Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI (Volume 2, 2009, Pages 45 to 57

19

You might also like