Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

LAPORAN

PELANCARAN PROGRAM
JOM KE SEKOLAH

PERINGKAT
SEK. MEN. AGAMA AL-KHAIRIAH
SEGAMAT

1 Jom Ke Sekolah
REKOD PERLAKSANAAN PROGRAM

NAMA PROGRAM

JOM KE SEKOLAH

PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan
pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan
undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap
antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid
semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang.
Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini
diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

OBJEKTIF

Pelajar dapat:

1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak
sekolah dan pihak PPS.
2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam
kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak
bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH-
SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

2 Jom Ke Sekolah
TARIKH PERLAKSANAAN
Tarikh : 5hb Februari 2017
Hari : Ahad
Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi

TEMPAT
Dataran Muhammad al-Fateh

SASARAN
Pelajar SEMARAK

LAPORAN

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM


Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti), Bukit Aman.

LAPORAN RINGKAS

 Pihak sekolah telah mengundang Puan Widya Inspektor IPD Segamat bagi
merasmikan program.
 Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia Dato’ Mahdzir Khalid disampaikan oleh Ust
Mohd Faizal bin Ab Rahaman Pengetua SEMARAK
 Perutusan Ketua Polis Negara pula disampaikan oleh Puan Widya Inspektor IPD
Segamat merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah dan seterusnya merasmikan
program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah.
 Sebaik sahaja program ini dirasmikan pelajar mengangkat kertas yang diedarkan
untuk menunjukkan pelajar menyokong usaha kerajaan bagi menggalakkan pelajar
ke sekolah.
 Kerjasama daripada murid menggambarkan penerimaan positif terhadap program
ini.

3 Jom Ke Sekolah
ISU DAN CABARAN
 Kelewatan menerima maklumat mengenai program pelancaran Jom Ke Sekolah
menyebabkan gerak kerja majlis tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN/KEKUATAN

 Jawatankuasa Disiplin telah memberikan komitmen yang sangat baikk dalam


melaksanakan majlis ini walaupun menerima tugasan pada saat akhir.
 Jawatankuasa hanya berbincang melalui aplikasi Whatsapp sahaja bagi berbincang
mengenai pengagihan tugasan dan pelaksanaannya.
 Pengalaman sedia ada membantu dalam menguruskan kelancaran program.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM


Rujuk lampiran

CATATAN
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan dan kerjasama daripada
Jawatankuasa Unit Disiplin SEMARAK.
#semarakhebat

Disediakan oleh ;
ZURIYANI BINTI SUBARKIR
Setiausaha
Program Jom Ke Sekolah

4 Jom Ke Sekolah
LAMPIRAN : DOKUMENTASI BERGAMBAR

5 Jom Ke Sekolah
6 Jom Ke Sekolah
7 Jom Ke Sekolah
8 Jom Ke Sekolah
9 Jom Ke Sekolah
10 Jom Ke Sekolah

You might also like