Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

5 TIPS MENGELAK DARI DIJANGKITI

PENYAKIT TIBI DAN KETAHUI CARA TIBI


TERSEBAR
On: 1:09 PM

Comments: 2

By: Azura bt. Zainalabidin

Assalamualaikum...Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit Tibi? Apakah


penyakit Tibi? Tuberculosis (Tibi) adalah sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang
boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan sempurna. Hari ni Zura akan
berkongsi mengenai penyakit Tibi dan cara bagaimana kita boleh melindungi diri kita
serta ahli keluarga tersayang daripada dijangkiti Tibi.

Penyakit Tibi adalah disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang


biasanya menyerang paru-paru. Namun ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian
lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang, jantung, usus
dan kulit.

Cara Tibi Tersebar

Titisan air di udara yang tercemar dengan kuman Tibi boleh menyebabkan anda
dijangkiti penyakit Tibi. Pesakit Tibi akan menyebarkan kuman Tibi semasa mereka
bersin atau batuk. Risiko untuk seseorang itu dijangkiti penyakit Tibi adalah
bergantung kepada kekuatan sistem imun masing-masing untuk menentang
kuman Tibi.

Semakin lemah sistem imun badan anda, maka risiko untuk anda dijangkiti
penyakir Tibi adalah semakin tinggijika terdedah kepada kuman Tibi.

Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Tibi

1. Bayi atau kanak-kanak.

2. Warga emas.

3. Penghidap HIV, pesakit diabetes, pesakit buah pinggang tahap akhir atau pesakit
kanser ( penyakit yang dihidapi melemahkan sistem imun mereka).
4. Penghidap SLE, penghidap rheumatoid, psoriasis, ulcerative colitis dan sebagainya.
(penghidap penyakit tersebut mengambil steroid bagi merawat penyakit mereka yang
menyebabkan sistem imun menjadi lemah).

5. Pesakit yang menjalani kemoterapi.

Tanda-tanda Seseorang Dijangkiti Tibi.

1. Batuk berlarutan lebih dari 2 minggu serta kahak didapati berdarah.

2. Demam.

3. Berpeluh di waktu malam.

4. Hilang selera untuk makan.

5. Sakit dada semasa batuk/menarik nafas panjang.

6. Kerap letih.

7. Susut berat badan.


Kesan Tibi Kepada Penghidapnya

Jika Tibi menyerang paru-paru, ia akan menyebabkan paru paru menjadi keras
(fibrosis), bernanah ataupun mengakibatkan paru-paru berair. Pada tahap yang serius,
pesakit menjadi sukar untuk bernafas.

Selain menyerang bahagian paru-paru, Tibi juga boleh menular ke tulang, usus,
kelenjar, buah pinggang, serta selaput otak bergantung kepada
lokasi peredaran darah yang membawa kuman Tibi.

Sekiranya ia menyerang bahagian otak, penghidapnya berkemungkinan akan


mengalami pening kepala, demam, muntah atau sawan.

Justeru itu, pengesanan awal terhadap jangkitan penyakit tibi amatlah penting untuk
mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Ini adalah kerana reaksi pesakit terhadap
rawatan adalah baik jika penyakit Tibi dikesan awal.

Cara Mengelak Daripada Mendapat Jangkitan Tibi.


1. Vaksin BCG

- Vaksin BCG yang diberikan semasa lahir adalah antara cara untuk melindungi dari
dijangkiti TB miliari dan TB meningitis.

Vaksin ini berfungsi untuk merangsang sistem imun kita bagi menghasilkan antibodi
terhadap kuman Tibi. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berupaya melindungi kita
100% dari jangkitan Tibi kerana semakin kita meningkat usia, sistem imun kita
semakin berkurangan.

2. Amalan Penjagaan Kesihatan.

- Pegawai kesihatan yang ditugaskan merawat pesakit Tibi disarankan memakai


topeng N95 untuk melindungi mereka daridapa terdedah kepada kuman Tibi.

3. Pengudaraan Yang Sempurna di Rumah.

- Pastikan pengudaraan di rumah kita adalah sempurna dengan membuka pintu dan
tingkap. Selain itu, anda juga hendaklah memastikan cahaya matahari boleh masuk ke
dalam rumah anda. Ini adalah kerana cahaya matahari dikatakan dapat membunuh
kuman Tibi.

4. Pemakanan Seimbang dan Berkhasiat.

- Amalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang dan mencukupi keperluan


badan kita setiap hari. Dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat dan kaya
nutrisi, kita juga dapat meningkatkan tahap kesihatan badan kita.

5. Pengambilan Supplemen yang Kaya Antioksidan.


- Supplemen yang tinggi antioksidan seperti vitamin ACE, Nutriferon, VIVIX, garlic
dan Omega Guard juga sangat disarankan untuk membantu meningkatkan sistem
imun badan kita daripada serangan penyakit seperti Tibi.

Bagaimana Supplemen Membantu Mengatasi/Mengurangkan Gejala Tibi Dan


Meningkatkan Imun Tubuh.

Sekarang, kita akan lihat bagaimana suplemen-suplemen tersebut bertindak


meningkatkan imun badan kita dan menentang Tibi.

1. Carotomax.

- Merangsang enzim yang membunuh kuman serta membantu memperbaiki keadaan


penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori paru-paru.

2.Sustained Release Vita C.

- Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta membantu
menguatkan sistem imun.

3.Vita E Complex.

- Merupakan antioksidan yang kuat. Ia membantu mengurangkan kerosakkan akibat


radikal bebas.

4.Garlic.

- Merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi.

- Menghalang penyakit berjangkit.

5.Omega Guard.
- Meningkatkan sistem imun dan membantu menyihatkan paru-paru.

6. Nutriferon.

- Formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee ini mengandungi inteferon semulajadi
yang mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh.

- Fungsi interferon ialah untuk menentang virus/bakteria di dalam badan dan


mendorong penghasilan antibodi yang mengenalpasti bakteria Tibi dan
menyingkirkannya dari tubuh.

7. VIVIX.

- Bertindak memperbaiki DNA badan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu,
ia juga membantu menguatkan sel tubuh yang lemah akibat proses penuaan atau
semasa serangan penyakit

Sikap ambil mudah dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga penghidap Tibi
membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang ramai. Rawatan yang diberikan
hendaklah dihabiskan untuk mengelakkan penyakit Tibi daripada berulang dan
bakteria Tibi di dalam tubuh menjadi kebal terhadap rawatan sedia ada.

Sebab utama mengapa sesetengah pesakit Tibi sukar untuk pulih daripada penyakit
tersebut walaupun setelah mendapat rawatan adalah disebabkan menularnya Penyakit
Tibi jenis MDR-TB (penyakit Tibi yang kebal terhadap beberapa ubat).

Oleh itu, ia amatlah penting bagi kita untuk meningkatkan tahap imun kita sekeluarga
untuk mengelakkan daripada terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit Tibi.
Segera dapatkan set imun kami kerana langkah awal anda dapat melindungi
keluarga anda daripada mendapat jangkitan Tibi .

Bertindak segera dan tempah sekarang kerana bakteria


Tibi tidak memilih mangsanya!

Ketahui Rawatan dan Pencegahan


Penyakit Tibi Sebelum Terlambat
Oleh MamaQaireen pada 10 March 2016 · 3 Comments

Tweet

Tahukah anda Penyakit Tibi (Tunerculosis) atau lebih dikenali sebagai batuk kering merupakan
sejenis penyakit yang berbahaya dan sangat mudah untuk berjangkit. Paling menakutkan, jika
dibiarkan tanda sebarang rawatan yang sempurna, penyakit tibi juga boleh membawa maut!

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kuman TB (Tubercle Bacilli) yang biasa menjangkiti paru –
paru. Selain itu, kuman ini juga boleh menyerang dibahagian – bahagian lain dalam tubuh badan
manusia seperti tulang, kelenjar, buah pinggang, kulit dan selaput otak.
Bagi mereka yang mempunyai sistem ketahanan badan yang kuat, ia dapat menghalang daripada
jangkitan. Tetapi, kuman Tibi masih berada di dalam badan tau. Cumanya kuman tersebut tidak
dapat aktif disebabkan sistem imun badan yang kuat.

Berlainan pula jika anda mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. Kuman Tibi yang ada
dalam badan akan menjadi aktif dan membiak.
Cara Jangkitan Penyakit Tibi

 Kuman Tibi disebarkan melalui udara


 Penyakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara melalui batuk atau bersin
 Menyedut udara tercemar yang terdedah dengan jangkitan kuman Tibi

Faktor Penyumbang Kepada Penyakit Tibi


 Pendatang asing yang masuk secara haram yang tidak melakukan saringan ke atas penyakit
ini
 Terdedah dengan penyakit ini dan lambat untuk mendapatkan rawatan
Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

 Batuk berterusan lebih daripada 2 minggu


 Kahak yang mengandungi darag
 Menggigil
 Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
 Susut berat badan
 Hilang selera makan
 Sakit dada apabila batuk atau semasa manarik nafas
 Lemah dan keletihan

Cara Mengesan Penyakit Tibi


Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi, anda diminta
untuk :
 Melakukan pemeriksaan kahak
 Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat
 Mantoux test – dilakukan pada individu ynag mempunyai hubungan rapat dengan pesakit
Tibi seperti ahli keluara dan kawan terdekat.
Rawatan Dan Ubatan Bagi Penyakit Tibi
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek
Secara Terus. Rawatan ini biasa mengambil masa sekurang – kurannya enam bulan supaya
semua kuman Tibi di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.

2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh
anggota kesihatan yang terlatih

Seterusnya bersambung selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah
penyeliaan seseorang yang dilantik

BACA : Cara Mudah Turunkan Kolesterol Dengan Cepat

Jenis – Jenis Ubat Bagi Penyakit Tibi


 Isoniazid (INH)
 Rifampicin (RIF)
 Pyrazinamide (PZA)
 Ethmbutol (EMB)

Sama seperti antibiotik lain, ubat – ubat Tibi juga memberi kesan sampingan termasuk loya,
muntah, rasa gatal badan dan keletihan.

Rawatan dan Pencegahan Alternatif Suplemen


Shaklee Bagi Membantu Pesakit Tibi
Vivix

 Resveratrol yang terdapat di dalam vivix mampu untuk mengurangkan inflamasi atau
keradangan dan membersihkan saluran pernafasan
 Resveratrol telah terbukti mempu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru – paru
 Membantu mempertingkatkan imunisasi tubuh
Nutriferon

 Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendoraong penghasilan interferon


semulajadi di dalam tubuh.
 Mampu mengurankan atau mengelakkan simptom alergi

Garlic Complex

 Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk penyakit asma atau
infeksi paru – paru
 Bertindak sebagai antibiotik semuljadi
Omega Guard

 Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan


 Membersihkan saluran pernafasan.

http://mamaqaireen.com/ketahui-rawatan-dan-pencegahan-penyakit-tibi-sebelum-terlambat/

Cara Merawat dan Mencegah Penyakit Tibi (TB) Agar Tidak


Berjangkit

78
SHARES

ShareSMS/Whatsapp
Kita selalu dengar tentang penyakit Tibi (TB), tapi setakat mana kita tahu
tentang TB? Penyakit biasa-biasa atau serius? Jom baca.

TB atau bahasa saintifiknya Tuberculosis, dikenali sebagai batuk kering. Ya,


TB adalah penyakit batuk kering. TB sangat bahaya, mudah berjangkit dan
jika dibiarkan boleh membawa maut. Fuh, memang bahaya!

Punca dan Cara Jangkitan


TB berpunca dari sejenis kuman TB (Tubercle Bacili) yang boleh menjangkiti
paru-paru, tulang, buah pinggang, kelenjar, kulit dan selaput otak.

Sumber :
google.com

Cara jangkitan pula adalah melalui kuman TB itu sendiri yang tersebar melalui
udara. Sama ada melalui pesakit TB yang batuk atau bersin atau menyedut
udara tercemar dan terdedah dengan kuman TB.
Sumber :
google.com

Pesakit TB yang lambat mendapatkan rawatan merupakan salah satu faktor


yang menyumbang kepada peningkatan penyakit TB di negara kita.

Faktor lain yang menyumbang kepada penyakit TB pula adalah dari


pendatang asing yang masuk tanpa melalui saringan kesihatan. Kalau kita
selalu ke pasar malam atau tempat-tempat yang dipenuhi pendatang asing,
lebih baik kita berhati-hati.

Siapa yang Berisiko Mendapat Penyakit TB


Semua orang tidak kira umur, berisiko mendapat penyakit TB jika terdedah
dengan faktor dan cara jangkitan di atas. Orang yang mempunyai sistem
imun (sistem pertahanan badan) yang lemah, kuman TB akan aktif dan
mudah membiak.

Orang yang mempunyai sistem imun yang kuat tidak terkecuali, kuman TB
masih ada di dalam badan, cuma ia tak dapat aktif.

Tanda dan Gejala Penyakit TB


 Batuk berterusan sehingga 2 minggu.
 Kahak mengandungi darah.
 Menggigil
 Demam berpeluh waktu petang dan malam
 Susut berat badan
 Hilang selera makan
 Sakit dada apabila batuk/tarik nafas
 Lemah dan keletihan
Cara Kesan Penyakit TB dan Rawatan Hospital
Terdapat beberapa kaedah untuk mengesan penyakit TB. Cara pertama
adalah melalui pemeriksaan kahak. Kedua melalui pemeriksaan X-Ray dan
yang ketiga adalah Mantoux Test (untuk ahli keluarga atau rakan yang rapat
dengan pesakit TB).

Sumber :
google.com

Rawatan bagi pesakit TB pula memang ketat dan dipantau. Pesakit akan
menjalani rawatan selama 6 bulan berturut-turut supaya semua kuman TB di
dalam dan luar sel terhapus sepenuhnya.

2 bulan pertama pesakit perlu makan setiap dos ubat disaksikan pegawai
kesihatan terlatih. Manakala 4 bulan seterusnya, pesakit perlu ambil ubat 2
kali seminggu di bawah pantauan juga.

TB dan Suplemen Shaklee


Bagaimana suplemen Shaklee dapat mengurangkan gejala TB? Ok, jom
tengok apa fungsi setiap suplemen Shaklee yang saya syorkan untuk pesakit
TB.

Vivix
Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau
keradangan dan membersihkan salur pernafasan. Resveratol juga mampu
mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat
membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita.

Nutriferon
Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan
penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.

Garlic Complex
Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan
infeksi paru-paru. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Omega Guard
Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan
inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan.
Tibi - Penyakit Berjangkit No.1

Penyakit yang dianggap antara yang tertua di


dunia ini dilaporkan pertama kali dijumpai di
dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir
sekitar tahun 460 Sebelum Masihi.

Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai


penyakit yang paling tersebar luas pada masa
itu dan ia selalunya membawa maut.

Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor


satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957.
Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.

Sebelum ditemui penawar mujarab bagi wabak berkenaan yang turut melanda dunia
ketika itu, pesakit tibi diasingkan di satu tempat terpencil 'sonatorium' bagi mengelak
jangkitan berlaku. Ubat yang diberikan kepada mereka hanyalah berupa makanan
berkhasiat bagi membina ketahanan tubuh yang kuat.

Program kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi yang dilancarkan pada tahun 1961 telah
berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal
dan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan beban penyakit tibi
sederhana.

Bagaimanapun, sejak tahun 1995, kes-kes baru tibi


meningkat dari setahun ke setahun. Kemuncaknya
sebanyak 15,051 kes pada tahun 2000 berbanding 10,873
kes dalam tempoh sedekad.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit,


Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr.
Mohamed Naim Abdul Kadir berkata, penyakit tibi masih menjadi satu masalah kesihatan
awam yang besar kepada negara.

"la merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah mendahului denggi yang lebih
ditakuti oleh masyarakat," katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk
Pelancaran Hari Tibi Sedunia 2004 peringkat kebangsaan.

Tanggal 24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Tibi Sedunia. Bagi tahun
ini, Setiap Nafas Adalah Bernilai - Hentikan Tibi Sekarang! dipilih sebagai tema
sambutan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada


penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang
rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia mempunyai kuman
penyakit ini di dalam badan mereka.

Dr. Mohamed Naim berkata, kebanyakan individu yang dijangkiti


tidak akan mendapat penyakit tibi kerana kuman-kuman tibi akan
terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang, mungkin
sehingga ke akhir hayat.

"Kuman-kuman tibi menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal


menghalang mereka daripada membiak di dalam badan.
Dr. Mohamed Naim
"Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi Abd. Kadir
sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan
mereka sempat melawan kuman-kuman tibi," katanya.

Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian
apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya
tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.

Beliau turut menarik perhatian tentang pertambahan kes-kes baru di dalam negara yang
berpunca daripada kes-kes kekebalan ubat tibi yang kini semakin meningkat alirannya
dari setahun ke setahun.

"Kes kekebalan ubat tibi berlaku apabila pesakit berhenti mengambil ubat antitibi
sebelum masanya.

"Kes kekebalan ubat tibi yang tidak dirawat boleh menyebarkan kuman berbahaya ini
kepada orang lain," katanya.

Kata Dr. Mohamed Naim, kuman berbahaya daripada kes ini adalah kebal kepada ubat
antitibi yang biasa diberikan kepada pesakit tibi. Akibatnya, gabungan ubat-ubatan
antitibi lain yang lebih kuat harus digunakan bagi kes berkenaan.

Hari Tibi Sedunia


Walaupun masih boleh disembuhkan tetapi rawatan bagi kes disambut sempena
kekebalan ubat tibi mungkin mengambil masa yang lebih memperingati
panjang. penemuan kuman tibi
oleh Dr. Robert Koch
Pesakit tibi jenis ini, tambahnya, akan menyebarkan kuman yang pertama kali
yang juga kebal ke dalam badan orang lain yang dijangkitinya. dibentangkannya pada
Bagi memastikan para pesakit mengambil ubat secara teratur, 24 Mac 1884
fasa rawatan pemerhatian pesakit memakan ubat antitibi (DOT) secara intensif selama
dua bulan telah dilaksanakan pada tahun 1999.

Setiap pesakit tibi mesti ke klinik untuk memakan ubat mereka di bawah penyeliaan
seorang pengamal perubatan setiap hari.

Jika pesakit mengalami kesukaran untuk datang ke klinik disebabkan keuzuran atau
masalah lain, pihak kesihatan akan melantik seorang penyelia dari kalangan ahli
keluarga atau ketua kampung untuk memastikan pesakit mematuhi jadual pengambilan
ubat seperti yang telah ditetapkan.

"Adalah penting bagi memastikan ubat antitibi sentiasa mencukupi dan tidak boleh
terputus walau sekali. "Kepatuhan pesakit kepada rejim ubat-ubatan yang ditetapkan
boleh menyembuhkan pesakit 100 peratus," katanya.

Kajian saintifik membuktikan, terapi penggabungan, biasanya empat jenis ubat,


merupakan kaedah rawatan terbaik yang digunakan ini. Ia tidak akan menjangkiti orang
lain lagi pada saat pesakit memulakan rawatan masing-masing.

Apakah Penyakit Tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang


boleh membawa maut jika tidak dirawat. La
disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus
yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac
1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya
boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi


biasanya menyerang paru-paru atau dikenali
sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun,
melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan
bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah
pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan
lain-lain.
Bagaimanakah tibi merebak?
Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin
atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-
ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong
yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.

Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu
seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli
keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.
Apakah gejala-gejala tibi?
• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.

Langkah pencegahan tibi


• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka
yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor
untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam
tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan


• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah
pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.

Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?


• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan
kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh
dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku
pada paru-paru anda.

Rawatan tibi
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit
berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan
diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan
oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Perinkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya
melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti
secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.
Tip umum
• Sekiranya anda pesakit tibi yang sedang menjalani rawatan, anda hendaklah
mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah
semuanya selesai
• Rehat secukupnya
• Makan makanan seimbang
• Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman-kuman tibi
pada sepanjang masa.
• Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan
• Banyakkan bersenam
• Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yang sempurna bagi
mencegah kuman tibi merebak.
• Biarkan cahaya matahari memasuki rumah anda dengan banyaknya kerana ia
berupaya membunuh kuman tibi yang terapung-apung di udara dan berselindung di
sudut-sudut rumah.
• Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yang sempit.

Rawatan Penyakit Tibi: Bahaya Jika Ia Melarat


Turberculosis (TB) atau bahasa Melayunya penyakit Tibi adalah sejenis penyakit
jangkitan yang serius yang biasanya melibatkan paru-paru kita. Bakteria yang
menjadi punca kepada penyakit Tibi ni merebak daripada seseorang kepada
seseorang yang lain melalui cecair yang terlepas ke udara apabila batuk atau bersin.
Apa rawatan penyakit Tibi ni?

Ok, itu nanti dulu… sebelum kita masuk kepada bab rawatan penyakit Tibi ni, adalah
lebih baik kalau kita ambil tahu apakah simptom-simptom dan punca penyakit Tibi
yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya dengan ini akan dapat membantu kita untuk
sentiasa menjaga kesihatan dan lebih berhati-hati bagi mencegah daripada terkena
jangkitan penyakit yang merbahaya ni.

Kebanyakan penyakit Tibi biasanya menolak drugs yang digunakan untuk merawat
penyakit ni. Individu yang menghidap penyakit Tibi aktif perlu mengambil beberapa
jenis ubat selama beberapa bulan bagi menghapuskan jangkitan dan mencegah
daripada terjadinya rintangan terhadap antibiotik pada masa hadapan.

Baiklah, sekarang kita akan masuk kepada topik seterusnya tapi bukan topik rawatan
penyakit Tibi lagi yer… kita ambil tahu dulu apakah simptom-simptom penyakit Tibi
ni.

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT TIBI


Walaupun tubuh kita mungkin ‘menyimpan’ bakteria yang menjadi punca kepada
penyakit Tibi, sistem imun kita biasanya mampu untuk menghalang kita daripada
jatuh sakit. Oleh kerana itu, para doktor membuat perbezaan antara jenis penyakit
Tibi seperti berikut:

Latent TB (penyakit Tibi tersembunyi) – dalam keadaan ini, seseorang itu


memang sedia ada jangkitan Tibi tetapi bakteria kekal dalam keadaan tidak aktif dan
tidak menyebabkan apa-apa simptom. Latent TB atau dikenali juga sebagai Tibi tidak
aktif, tidak berjangkit. Ia juga boleh bertukar kepada Tibi aktif, oleh itu rawatan bagi
individu yang menghidap latent TB adalah penting untuk mengawal perebakan
penyakit tersebut.
Tibi aktif – keadaan ini menjadikan seseorang itu sakit dan boleh menjangkiti orang
lain juga. Ia boleh terjadi dalam beberapa minggu pertama selepas jangkitan bakteria
penyakit Tibia tau ia juga boleh terjadi beberapa tahun selepas itu.

Tanda dan simptom Tibi aktif termasuklah:


 Batuk berlarutan sehingga 3 minggu atau lebih
 Batuk berdarah
 Sakit dada terutamanya semasa menarik nafas atau batuk
 Berat badan turun mendadak atau secara tiba-tiba
 Keletihan
 Demam
 Berpeluh pada waktu malam
 Menggigil
 Hilang selera makan
Gambar menunjukkan keadaan paru-paru yang berlubang akibat jangkitan bakteria
Tibi

Penyakit Tibi juga boleh memberi kesan kepada bahagian lain dalam badan kita
termasuklah buah pinggang, tulang belakang dan otak. Simptom bagi penyakit Tibi
yang terjadi luar daripada paru-paru adalah berbeza mengikut organ yang terlibat.
Contohnya, penyakit Tibi pada tulang belakang akan membuatkan seseorang itu
sakit belakang dan penyakit Tibi pada buah pinggang mungkin menyebabkan
terjadinya kencing berdarah.

PUNCA PENYAKIT TIBI


Penyakit Tibi berpunca daripada bakteria yang dijangkiti daripada orang lain melalui
cecair yang terlepas ke udara. Ini boleh berlaku apabila seseorang yang memang
sedia menghidap penyakit Tibi aktif yang tidak dirawat batuk, bercakap, bersin,
meludah, ketawa mahupun menyanyi… haa… menyanyi pun jangan tau… atau ayat
mudahnya.. jangan buka mulutlah.. susah jugak ni kan..

Walaupun penyakit Tibi adalah jenis berjangkit, ia taklah begitu mudah untuk kita
dapat. Risiko akan lebih tinggi jika orang sekeliling yang kita tinggal atau bekerja
bersama ada yang menghidap penyakit Tibi berbanding orang asing. Individu yang
menghidap penyakit Tibi aktif dan sudah pun mendapatkan rawatan sekurang-
kurangnya 2 minggu atau lebih tidak lagi mudah menjangkiti orang lain.

Bakteria Tibi boleh menjangkit melalui cecair yang terlepas ke udara apabila
seseorang itu batuk atau bersin

Salah satu sebab mengapa penyakit Tibi kekal menjadi punca kematian yang tinggi
adalah kerana peningkatan bakteria yang kalis drugs (ubat). Memandangkan
antibiotik pertama yang digunakan untuk melawan penyakit Tibi sudah lebih
daripada 60 tahun, sesetangah kuman penyakit Tibi telah pun membina kemampuan
untuk bertahan dan hidup, dan kemampuan ini akan terus bersambung ke generasi
kuman seterusnya.

Penyakit Tibi yang kalis drugs ini muncul apabila antibiotik yang digunakan gagal
untuk membunuh bakteria tersebut. Bakteria yang dapat bertahan menjadi kalis
kepada drugs yang digunakan termasuklah antibiotik lain juga.

FAKTOR RISIKO PENYAKIT TIBI


Sesiapa sahaja berpotensi untuk mendapat jangkitan penyakit Tibi ni.. tapi ada faktor
tertentu yang boleh meningkatkan risiko tersebut. Antaranya:

Sistem imun yang lemah – sistem imun yang kuat biasanya berjaya melawan
jangkitan bakteria penyakit Tibi, tapi badan kita tak mampu untuk bertahan jika
sistem pertahan kita lemah. Ada beberapa jenis penyakit dan perubatan yang boleh
melemahkan sistem imun seseorang termasuklah:
 HIV / AIDS
 Kencing manis
 Sakit buah pinggang kronik
 Sesetengah jenis kanser
 Rawatan kimoterapi
 Ubat yang digunakan untuk menghalang penolakan organ yang baru dipindahkan
 Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, penyakit
Crohn’s dan psoriasis
 Kekurangan nutrisi
 Faktor umur
FUNGSI UTAMA NUTRIFERON: Menguatkan sistem imun dalam 3 hari – ia adalah
satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa
interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan daya tahan keseluruhan
sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk
tindakan: T-sel, B-sel dan macrophage. Ia juga mengimbangi responses imun alahan
alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai
virus, mikrob termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Melancong atau tinggal di kawasan tertentu seperti Africa, Timur Eropah, Asia, Rusia,
Amerika Latin dan Kepulauan Carribbean yang memiliki kadar penyakit Tibi
rintangan-drugs yang tinggi juga memungkinkan seseorang itu mendapat jangkitan
bakteria Tibi.

Kurang penjagaan kesihatan, penyalahgunaan dadah & alkohol dan merokok juga
boleh menjadi punca kepada kelemahan sistem imun seseorang itu.

KOMPLIKASI PENYAKIT TIBI


Tanpa rawatan penyakit Tibi yang betul, nyawa mungkin tergadai. Penyakit Tibi aktif
yang tidak dirawat akan memberi kesan kepada paru-paru dan boleh juga merebak
ke bahagian tubuh yang lain melalui salur darah. Contoh komplikasi penyakit Tibi
ialah:

 Sakit tulang belakang


 Kerosakan sendi
 Pembengkakan membran yang melitupi otak (meningitis)
 Kerosakan hati atau buah pinggang
 Masalah jantung

RAWATAN PENYAKIT TIBI


Ok, sekarang kita masuk bab yang paling penting iaitu rawatan penyakit Tibi.

Ubat-ubatan adalah asas kepada rawatan penyakit Tibi. Tetapi merawat penyakit Tibi
mengambil masa yang lebih lama berbanding jangkitan bakteri lain.

Penghidap penyakit Tibi perlu mengambil antibiotik selama lebih kurang 6 hingga 9
bulan. Tempoh sebenar pengambilan dan jenis antibiotik adalah bergantung kepada
umur, kesihatan keseluruhan, kemungkinan penolakan drugs, jenis penyakit Tibi
samada aktif atau tidak aktif dan tempat yang dijangkiti seseorang itu.

KESAN SAMPINGAN DARIPADA RAWATAN PENYAKIT TIBI


Kesan sampingan yang serius daripada drugs yang digunakan sebagai rawatan
penyakit Tibi tidaklah kerap berlaku tetapi ia boleh jadi amat bahaya apabila terjadi.
Semua jenis ubat-ubatan untuk penyakit Tibi boleh jadi terlalu bertoksid untuk hati.
Apabila seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit Tibi dan
mengalami keadaan berikut, haruslah segera berjumpa doktor:

 Loya & muntah


 Hilang selera makan
 Kulit menjadi kekuningan
 Air kencing berwarna gelap
 Demam berlarutan selama 3 minggu atau lebih dan tiada punca yang jelas

MENJALANI RAWATAN PENYAKIT TIBI SEHINGGA SELESAI


Selepas beberapa minggu menjalani rawatan, anda tidak lagi boleh menjangkiti
orang lain dan akan merasa lebih selesa. Jadi, anda mungkin terdorong untuk
berhenti daripada mengambil ubat. Tetapi anda perlu tahu bahawa anda wajib
menghabiskan semua ubatan yang sudah dibekalkan. Memberhentikan rawatan
penyakit Tibi terlalu awal atau mengambil ubat tanpa mengikut aturan yang betul
boleh menyebabkan bakteria yang masih hidup membina rintangan terhadap ubat-
ubatan dan membawa kepada penyakit Tibi yang jauh lebih bahaya dan sukar untuk
dirawat.

Vivix adalah antioksidan yang kaya dengan resveratrol yang boleh membantu
meredakan keradangan yang terjadi kepada paru-paru dan melegakan ruang
pernafasan. Vivix memperbaiki kesihatan pada tahap sel & DNA.

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard berfungsi untuk meredakan


keradangan yang berlaku pada salur udara yang menyebabkan berlakunya sesak nafas
disamping memelihara kesihatan jantung & saraf

Garlic Complex (bawang putih) secara semulajadinya bertindak sebagai antibiotik


yang membantu melawan jangkitan

Semoga info yang saya kongsikan disini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang
mempunyai masalah berkaitan kesihatan paru-paru terutamanya penyakit Tibi. Jika
anda syak yang anda sedang dijangkiti baketria Tibi, segeralah berjumpa dengan
doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah kerana penyakit ini sangat
bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan yang betul. Hubungi saya jika berminat untuk
mendapatkan suplemen yang saya senaraikan tadi, bagi menyokong kesihatan anda.

TESTIMONI PESAKIT TIBI & PENYAKIT BERKAITAN PARU-PARU

CARA JANGKITAN
Kuman TIBI disebarkan melalui udara.. So, bila pesakit TIBI bersin atau batuk, kuman
TIBI akan bertebaran di udara... Individu yang menyedut udara tercemar tersebut
akan terdedah kepada jangkitan kuman TIBI ini..

GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN TIBI

Perokok tegar

Pembawa HIV

Warga tua

Pengidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang

Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama

CARA MENGESAN TIBI

Melakukan pemeriksaan kahak

Menjalankan pemeriksaan x-ray

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI


Dapatkan suntikan BCG bagi bayi yang baru dilahirkan dan murid sekolah
darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut BCG dilengan.

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami batuk berterusan lebih 2


minggu

Ahli keluarga / individu yang terdekat/rapat dengan pesakit TIBI hendaklah


tampil bagi menjalani pemeriksaan.

TIPS UNTUK PESAKIT TIBI

Mendapatkan rawatan yang berterusan sehingga betul-betul sembuh

Amalkan cara hidup yang sihat dan memakan makanan yang seimbang

Mendapatkan rehat yang secukupnya

Pastikan pintu dan tingkap rumah dibuka pada waktu siang supaya mendapat
pengudaraan yang baik bagi mencegah kuman TIBI merebak.

Cahaya matahari juga penting bagi membunuh kuman TIBI yang bertebaran di
udara dengan membiarkan cahaya matahari memasuki rumah seberapa banyak yang
boleh

Berhenti merokok

You might also like