Kesimpulannya Ibadat Berkualiti Tonggak Muslim Sejati Boleh Difahami

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KESIMPULANNYA IBADAT BERKUALITI TONGGAK MUSLIM SEJATI boleh difahami, mengerjakan ibadat

mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan dapat melahirkan seorang muslim
yang sebenar-benarnya.

Indahnya muslim sejati bersulamkan ibadah

Indahnya ibadah dihayati dengan kualitinya

Begitulah kiasan mauduk yang dapat digambarkan akan ibadah ini. Lihatlah, bagaimana nabi yang
kita sayang, yang sangat kita cintai, iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang hebat sahsiahnya, tinggi budi
pekertinya dan amat disanjung tinggi kerana baginda merupakan muslim sejati kerana ibadahnya
benar-benar berkualiti.

Warga dewan yang dimuliakan.

Hujah saya yang pertama – jati diri muslim bermula dengan ibadat yang berkualiti.

Ibadat yang berkualiti adalah penting dalam melahirkan muslim yang mempunyai jati diri yang teguh.
Dalam dunia tanpa sempadan ,banyak perkara yang menggugat jati diri sebagi seorang muslim
seperti hiburan yang melalaikan,kemudahan internet yang dapat mengakses maklumat tanpa
had.melalui ketaatan dan kepatuhan kepada perintah allah mereka mampu menangkis dakyah-
dakyah yang meyesatkan pemikiran umat pada masa kini. Lukmanul hakim telah menasihati anak-
anaknya :ayat 13 surah al-Lukman :

Maksudnya – Ingatlah ketika lukman menasihati anaknya dengan kata: wahai anakku janganlan
engkau menyengutukan allah.seseungguhnya menyengutukan allah suatu kezaliman yang besar.

Warga dewan yang dimuliakan,

Hujah saya yang ______ – ibadat berkualiti benteng maksiat dan kemungkaran.

Ibadat yang berkualiti menjadi benteng bagi mencegah kemungkaran daripada


berlaku.Kepincangan sosial yang berlaku pada hari ini seperti pergaulan bebas,zina,buang bayi
disebabkan kurangnya amalan dan ibadat yang dilakukan hanya melepaskan batuk ditangga atau
tidak mengenal langsung ibadat yang wajib dilakukan.

Firman allah dalam surah al-ankabut ayat 29.

Bermaksud:Bahawasanya solat itu mencegah manusia mengerjakan kefasyakan dan kemungkaran.

Solat yang berkualiti akan dapat mencegah umat islam daripada melakukan kemungkaran.

.Warga dewan yang dimuliakan


Hujah saya yang ke______ – ibadat berkualiti mampu membina akhlak mahmudah.

Ibadat yang berkualiti merangkumi kegiatan manusia dari segi rohani atau jasmani. Kombinasi inilah
yang dapat memandu manusia kearah sifat-sifat yang terpuji.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: puasa adalah perisai,maka janganlah orang yang berpuasa itu bercakap dengan perkara
yang keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang-orang jahil. (Riwayat Bukhari)

jelas kita lihat dalam perlaksanaan ibadat puasa pada bulan ramadhan. Ibadat puasa mengajar
manusia bersifat sabar supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh membatalkan
puasa.mengajar manusia supaya jujur dan ikhlas pada diri sendiri. Ibadat puasa juga mengajar kita
supaya bermurah hati ,bersedekah pada fakir miskin,menjamu orang-orang yang berpuasa.pendek
kata ibadat puasa akan dapat menghiasi umat islam dengan akhlak terpuji.

Sidang dewan, sayyidatina aisyah pernah ditanya bagaimanakah akhlak rasulullah saw.beliau
menjawab :Iaitu akhlak rasulullah adalah akhlak al-quran.

Warga dewan yang dimuliakan.

Hujjah saya yang ke______ - ibadat berkualiti memupuk hidup berdisiplin

Setiap ibadat yang kita lakukan sarat dengan peraturan yang mesti kita patuhi. Contohnya ibadat
solat,ibadat haji,ibadat zakat,ibadat puasa .semua ibadat ini mempunyai peraturan yang khusus yang
mesti kita patuhi. kita tidak boleh sekali-kali melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh allah
swt. Sebenarnya ibadat-ibadat ini dengan secara tidak langsung melatih kita menjadi orang yang
berdisiplin, iaitu menepati waktu, Menjaga kebersihan,mematuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan .

Abdullah bin Mas’ud r.a. telah bertanya kepada Rasulullah saw manakah amalan yang lebih disukai
Allah swt. Jawab baginda :

maksudnya solat tepat pada waktunya.

KESIMPULANNYA.

Konsep ibadah dalam islam adalah luas dan menyeluruh,merangkumi hubungan antara manusia
dengan allah,manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Ibadat yang sempurna merupakan
ibadat yang berkualiti .ibadat inilah yang akan diterima oleh allh swt. Allah swt akan memberi
ganjaran samada di dunia atau di akhirat kepada mereka yang melaksanakan ibadat dengan
sempurna. Dengan ini akan lahirlah muslim yang sejati.

Akhir kalam: assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

You might also like