Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 58

1.

0 PENGENALAN

1.1 Latarbelakang Melayu di Melaka

Di atas segala-segala sumber yang ada, selewat-lewatnya sejak abad ke-2 Masihi sudah

wujud entiti ‘Melayu’ iaitu seperti mana dicatatkan oleh Ptolemy yang menyebut disebut

Malayu-Kulon (Gerini 1909). Catatan ini sekali gus sudah memadai dijadikan bukti bagi

menunjukkan rumpun penutur bahasa Austronesia telah mengidentitikan diri mereka sebagai

Melayu sejak zaman purba. Kewujudan tersebut menunjukkan entiti Melayu itu adalah

berakar daripada manusia-manusia penutur bahasa Austronesia.Ini kerana tidak mungkin

entiti tersebut muncul secara tiba-tiba pada abad tersebut. Pastilah ia sudah muncul daripada

akumulasi perkembangan-perkembangan pada abad-abad sebelum itu.1

Sekiranya terdapat pengkaji yang merasakan keberadaan entiti Melayu pada awal melinium

Masihi ini masih belum mencukupi untuk menegaskan keabsahan kedudukan taraf

kepribumian nenek moyang orang Melayu kerana menganggap period tersebut masih belum

begitu tua usianya maka tidak ada apa lagi yang boleh dibincangkan selain daripada

mendoakan agen pengkaji tersebut segera sembuh daripada keterencatan mental, semoga

rasionalnya kembali normal daripada pasungan minda oleh spekulasi ‘selekeh’ dan ‘cokia’

anjuran Hendrik Kern, Robert Heine van Geldern dan para penganjur ‘Model Kereta Api

Ekspres dari Taiwan ke Polinesia’ itu. Apa yang mampu disebut ialah sekiranya period

tersebut dianggap masih terlalu muda maka tidak ada perkara dalam sejarah manusia yang

boleh dianggap tua. Lagi pun catatan Ptolemy itu adalah sumber bertulis. Tentulah seseorang

yang dilatih dalam disiplin ilmu, terutamanya dalam bidang arkaeologi, sejarah dan

1
Mohamed, A. O. D (2011). Asal usul orang melayu: menulis semula sejarahnya. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Diakses pada 20 November 2017 , http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5003/2554

1
antropologi, akan menyatakan bahawa secara bandingannya sumber bertulis lebih tepat

daripada dialek, artifak, fosil dan sumber-sumber lain bukan-tulisan. 2

Entiti Melayu itu wujud secara berterusan. Ini dapat dibuktikan dengan catatan I-tsing

(Yijing) (abad ke-7 Masihi) suatu catatan yang sudah begitu popular dalam kalangan

pengkaji moden yang singgah di Sumatera pada tahun 644 Masihi dan 661 Masihi dalam

perjalanan ke dan dari India. Di samping itu, mencatatkan nama Sriwijayadi Palembang,

beliau juga mencatatkan nama “negeri Molo-yui” di daerah Jambi. Palembang disebut dalam

sumber sebagai Sribhoja atau Bhoja atau Shih-li-fo-shih. Mana kala Melayu disebut Mo-lo-

you atau Molo-yui.Betul-betul pada ketika beliau pulang dari India, beliau mencatatkan

bahawa “sekarang Melayu menjadi Srivijaya.”Catatan beliau ini merupakan bukti selewat-

lewatnya sejak abad ke-6 Masihi sudah wujud sebuah entiti yang dinamakan Sriwijaya-

Melayu di wilayah Palembang dan Jambi. Ini kerana keberadaan entiti tersebut pada abad

tersebut tidak mungkin muncul secara tiba-tiba, pastilah ianya akumulasi perkembangan-

perkembangan daripada abad-abad sebelum itu.Berdasarkan catatan beliau itu juga, pada

abad ke-7 itu Melayu dan Sriwijaya bersatu sebagai satu entiti. Agak menariknya, I-tsing juga

mencatatkan bahasa yang digunakan dalam empayar Kerajaan Melayu-Sriwijaya dengan

menyebutnya sebagai bahasa Kun-lun, sangat mirip dengan penyebutan Ptolemy beberapa

abad sebelum itu.Selain itu, I-tsing mencatatkan juga bahawa kerajaan Sriwijaya-Melayu itu

mempunyai jajahan takluk yang luas. Kerajaan Sriwijaya-Melayu secara berkesinambungan

kerana ia dalam Batu Bersurat Chola bertarikh 1030 Masihi yang menyebut sebagai

“Malaiyur” (Tibbets 1979: 43). Ia terus dicatat oleh pelawat Arab, seperti oleh Edrisi pada

tahun 1150 sebagai “kepulauan Malai yang besar.”Ia dicatatkan oleh pelawat China pada

tahun 1273 yang menyebut “The Siamese had long been at war with the Maliyi, or Maliurh,

but both nations laid aside their feud and submitted to China.”Ia dicatatkan oleh Marco Polo

2
Ibid

2
tokoh tersohor dunia itu yang tiba di utara Sumatera pada tahun 1292 yang menyebut “You

come to an Island which forms a kingdom, and is called Malaiur. The people have a king of

their own, and a peculiar language. The city is a fine and noble one, and there is a great trade

carried on there. All kínds of spicery are to be found there.”Ia terus dicatatkan dalam sumber-

sumber peribumi abad ke-15 seperti Nagarakertagama dan Pararaton. Dan ia dicatatkan oleh

para penakluk Portugis seperti Afonso De Albuquerque (1511), Tome Pires (1512) dan Anon.

(eds. 1824). 3

Berdasarkan sejumlah besar batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang dan Jambi,

iaitu batu bersurat Kedukan Bukit (Palembang bertarikh 683 Masihi), batu bersurat

Sabokingking (berhampiran Telaga Batu di Palembang, tidak bertarikh), batu bersurat Talang

Tuwo (Palembang, 684 Masihi), batu bersurat Karang Brahi (di hulu sungai Batang Hari di

Jambi, tidak bertarikh), batu bersurat Kota Kapur (Bangka, 686 Masihi), batu bersurat Palas

Pasemah (Lampung, tidak bertarikh), dan batu bersurat Boom Baru (Palembang, tidak

bertarikh), para sarjana berwibawa seperti Coedes dan Wolters yang melakukan kajian secara

langsung terhadap sumber-sumber tersebut, pusat Kerajaan Sriwijaya-Melayu adalah dalam

daerah Palembang dan Jambi. 4

Berdasarkan jumpaan inskripsi tembaga di Laguna (Bulakan, Filipina), patung Bodhissattva

Avalokitesvar (yang begitu identikal dengan Sriwijaya) di selatan Thailand dan batu bersurat

Ligor (775 Masihi) juga di selatan Thailand, Kerajaan Sriwijaya-Melayu adalah sebuah

empayar besar.Sempadan empayarnya adalah dari selatan Thailand hingga ke selatan Filipina

dan meliputi Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Kalimantan (termasuk

Brunei) dan kepulauan Riau-Lingga.5

3
Ibid
4
Ibid
5
Ibid

3
Agak menariknya, seperti telah dicatatkan oleh I-tsing, bahasa yang digunakan dalam

empayar Kerajaan Melayu-Sriwijaya itu adalah bahasa Kun-lun, suatu penyebutan yang

sangat mirip dengan penyebutan (Malayu-Kulon) oleh Ptolemy beberapa abad sebelum itu. 6

Walau bagaimanapun, berdasarkan sumber-sumber klasik peribumi (seperti Sejarah Melayu,

Hikayat Hang Tuah, syair Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Pasai, Tuhfat al-Nafis,Hikayat

Melayu/Siak, catatan Portugis (seperti oleh Tome Pires, Afonso De Albuquerque dan Anon.

eds. 1824) dan British (seperti Marsden, Stamford Raffles, Cruwford, Logan), dihujahkan

bahawa orang Melayu sebagai satu kesatuan identiti yang disebut ‘bangsa Melayu’ dengan

sifat-sifat yang ada pada hari ini (lihat di atas) adalah satu ‘bangsa jadian’(invented-nation)

yang hanya muncul pada abad ke-18hasil pengembangan imagine communitiesberasaskan

identiti Melayu yang pada mulanya, iaitu sebelum abad ke-17, hanya terbatas dalam kalangan

kelompok kerabat raja pengasas Kesultanan Melayu Melaka (termasuk semasa

pemerintahannya di Johor)― yang berakar umbi daripada Kerajaan Melayu Sriwijaya-Jambi.

Berdasarkan sumber-sumber tersebut, pengembangan imagine communitiespada abad ke-18

itu berlaku setelah terputusnya ikatan identiti tersebut daripada kelompok raja Melaka itu dan

seterusnya menjadi identiti masyarakat massa dalam kalangan pelbagai kumpulan

etnik.Pengembangan identiti massa sejak abad tersebutlah masih berlaku pada hari ini.7

Berdasarkan pelbagai sumber sejarah dan bahan-bahan kontemporari,dapat dirumuskan

bahawa orang Melayu dengan sifat-sifat yang ada pada hari ini terbentuk menuruti

pengembangan keluasan dinamika pelebaran jaringan Islamisasi di rantau Nusantara.

Berdasarkan sumber-sumber tersebut, dihujahkan bahawa pengembangan kemunculan orang

Melayu itu melalui sekurang-kurangnya sembilan tahap proses berikut: 8

6
Ibid
7
Ibid
8
Ibid

4
Tahap pertama: kewujudan entiti Melayu purba Sriwijaya-Jambi/Melayu yang berpusat di

Palembang dan Jambi sejak sebelum abad ke-7. 9

Tahap kedua: berlakunya proses Islamisasi di daerah-daerah pinggiran Sriwijaya-

Jambi/Melayu iaitu di Perlak, Barus, Fansur dan Samudera-Pasai sejak abad ke-14. Di daerah

ini, selain memperkembangkan pusat perdagangan dan pusat pendakwahan, Islam mencipta

bahasa Jawi, iaitu adunan bahasa Austroasia + Austronesia + Sanskrit + Arab-Parsi.10

Tahap ketiga, pada awal abad ke-15, tertubuhnya Kesultanan Melaka oleh keturunan raja

yang berasal dari “Melayu” iaitu sebuah tempat di daerah Palembang dan Jambi yang

merupakan pusat pemerintahan Sriwijaya-Jambi/Melayu pada zaman purba.Pada abad ke-15

itu, Kesultanan Melaka mengambil alih peranan Kerajaan Sriwijaya-Melayu di Palembang-

Jambi.Kesultanan Melayu Melaka juga mengambil alih peranan Perlak, Barus, Fansur dan

Samudera-Pasai sebagai pusat perdagangan dan pengembangan Islam di rantau Nusantara. Di

samping itu, ia mengembangkan bahasa Jawi dengan mengidentitikannya dengan

menggunakan nama “bahasa Melayu.” Pada masa tersebut dengan penyebutan ‘Melayu’

masih terbatas pada nama keturunan raja Kesultanan Melaka yang berasal dari ‘Melayu’ itu.11

Tahap keempat, rangka sempadan Alam Melayu mengembang menuruti jalur pengembangan

empayar/politik Kesultanan Melayu Melaka, termasuk melalui hubungan kekerabatan,

penaungan dan penaklukan.Kesultanan Melayu Melaka memperluaskan perdagangan dan

empayar kerajaan. Dari Kesultanan Melakalah mula berkembangnya Alam Melayu dan sekali

gus identiti Melayu. 12

9
Ibid
10
Ibid
11
Ibid
12
Ibid

5
Tahap kelima, rangka sempadan Alam dan identiti Melayu dari Melaka itu terus mengembang

menurut pengembangan Laut Melayu.13

Tahap keenam, muncul kerajaan-kerajaan warisan kesultanan Melayu Melaka.Ini ketara

selepas runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka akibat serangan Portugis pada tahun

1511.Antara kerajaan-kerajaan warisan Kesultanan Melayu Melaka itu ialah Kesultanan

Johor, Kesultanan Terengganu, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Perak.Kemunculan

kerajaan-kerajaan ini memantap dengan memperluaskan lagi sempadan wilayah Alam

Melayu.14

Tahap ketujuh, berlakunya penubuhan kerajaan-kerajaan Islam baru di rantau Nusantara yang

ada hubungan kekerabatan dengan Kesultanan Melaka.Antara kerajaan-kerajaan tersebut

ialah Kesultanan Mindanao, Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan

Patani.Penubuhan kerajaan-kerajaan ini memperluaskan sempadan Alam Melayu di wilayah

timur.15

Tahap kelapan, berlaku pengembangan Imagine Communities Melayu sejak abad ke-17

melalui penulisan kitab oleh para ulamak-cendekiawan. Sebagaimana akan dijelaskan,

penulisan dan penyebaran kitab agama ini melonggarkan keterikatan identiti Melayu yang

sebelum itu hanya merujuk golongan raja. Kelonggaran identiti Melayu ini sekali gus

memperluaskan persepsi atau state of mind mengenai Alam Melayu. 16

Tahap kesembilan, berlaku pengembangan Imagine Comunities Melayu sejak bahagian

pertama abad ke-18 melalui penulisan buku Barat, akhbar dan majalah, dan lebih penting lagi

13
Ibid
14
Ibid
15
Ibid
16
Ibid

6
melalui sistem pendidikan dan pentadbiran. Perkembangan ini melonggarkan lagi keterikatan

identiti Melayu pada golongan raja, malah, melenyapkannya sama sekali.17

Peta 1: Sempadan Alam Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

Berdasarkan sumber Portugis iaitu catatan Manoel Godhino de Eredia (1613), pengembangan

Alam Melayu secara geografis berlaku melalui pengembangan Laut Melayu yang terbentuk

selepas Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan utama. Pada mulanya pengembangan

tersebut adalah kesan daripada jalur rangkaian perdagangan yang diasaskan oleh

Parameswara, dan kemudiannya dirangkaikan dalam satu kesatuan anutan agama Islam dan

penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua-franca.18

1.2 Sub Kumpulan Melayu


17
Ibid
18
Ibid

7
1.2.1 Melayu Bugis

Orang Bugis berasal dari Kepulauan Sulawesi atau Pulau Celebes di Indonesia. Ramai dari

mereka telah berpindah ke kepulauan lain di Indonesia dan tempat-tempat lain di Asia

Tenggara seperti Malaysia. Mereka berpindah adalah kerana beberapa faktor dan salah satu di

antaranya ialah penjajahan Belanda di Indonesia. Orang Bugis dikatakan tidak mahu

menyerah kepada pemerintahan Belanda dan mereka mula berpindah meninggalkan tanah air

mereka. Di samping itu juga mereka adalah terdiri dari pelayar-pelayar yang hebat dan ini

telah memudahkan mereka berlayar untuk mencari penempatan baru. Kesan daripada

perpindahan ini, terdapat orang Bugis yang telah sampai ke Tanah Melayu dan memulakan

penempatan mereka di negeri-negeri seperti Johor, Selangor dan Sabah.

Mengikut Mohd. Yusuf Md. Noor di dalam Noor Aina Dani (2006:192), terdapat 19dua tahap

penghijrahan orang Bugis dari Pulau Sulawesi Selatan. Pertama, penghijrahan pada

pertengahan kurun ke-16 akibat tekanan penjajah yang menyebabkan hilang punca

pendapatan. Akhirnya mereka tepaksa berpindah ke Tanah Melayu iaitu Selangor dan Johor.

Pada mulanya mereka hanya menjalankan aktiviti pertanian. Walaubagaimanapun, segalanya

berubah dengan kehadiran Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Merewah, Daeng Celak, Daeng

Parani, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi. Sejak itu telah berlaku perubahan di dalam

kedudukan kaum Bugis di mana mereka terlibat secara langsung di dalam sistem politik di

Tanah Melayu, terutamanya di dalam sistem politik negeri Johor hingga mereka dilantik

sebagai pemerintah Riau. Orang-orang Bugis seterusnya memperluaskan kuasa pemerintahan

mereka ke negeri-negeri yang mempunyai bijih timah seperti Perak dan Selangor serta
20
menubuhkan kerajaan sendiri di Selangor. Sebagaimana yang diketahui, ciri-ciri orang

19
Mansyur, M. (2016). MIGRASI DAN JARINGAN EKONOMI SUKU BUGIS DI WILAYAH TANAH
BUMBU, KERESIDENAN BORNEO BAGIAN SELATAN DAN TIMUR, 1930-1942. Jurnal Sejarah Citra
Lekha, 1(1), 24-39.
20
Abdullah, H. (1985). Manusia Bugis Makassar: suatu tinjanuan historis terhadap pola tingkah laku dan
pandangan hidup manusia Bugis Makassar. Inti Idayu Press.

8
Bugis yang sentiasa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan juga menyebabkan

mereka sentiasa bergerak dan berlayar ke merata tempat termasuklah ke Malaya (Malaysia),

New Guinea Barat, selatan Filipina, utara Borneo dan Kepulauan Sunda (Pelras, 1996:5).

21
Bahasa Bugis adalah salah satu cabang dari bahasa Nusantara yang temasuk dalam rumpun

Austronesia. Campbell (1991:230) mengatakan bahawa bahasa Bugis adalah berasal dari

keluarga Malayo-Polynesia iaitu salah satu cabang dari bahasa Austronesia. Oleh kerana itu,

bahasa Bugis mempunyai hubungan rapat dengan bahasa-bahasa yang datang dari bahagian

barat gugusan Kepulauan Melayu seperti bahasa Jawa, Sunda, dan Madura. Bahasa Bugis

juga mempunyai hubungan dengan bahasa yang berasal dari timur gugusan Kepulauan

Melayu iaitu bahasa Melayu.

Pada asalnya masyarakat Bugis di Sulawesi mempercayai Tuhan yang digelar Dewa. Menurut

(Abidin, 1979 : 12 dan 59), masyarakat Bugis di Sulawesi mempercayai dewa tertinggi iaitu

yang dinamakan Patoto ‘e (Dewa Yang Menentukan Nasib) atau Dewata seuwa’e (Dewa

Yang Tunggal). Walaubagaimanapun Campbell (1991:230) mengatakan bahawa komuniti

Bugis di Sulawesi pada asalnya beragama Buddha sebelum memeluk Islam. Komuniti Bugis

dan Makasar telah meninggalkan kepercayaan asal mereka dan akhirnya memeluk Islam pada

abad ke-16. Mereka diislamkan oelh Abdul Makmur, iaitu seorang Minangkabau pada abad

ke-16. Menurut Pelras (1996:4), pada awal abad ke-17 orang-orang Bugis telah memeluk

agama Islam bersama-sama orang Acheh dan Minangkabau dari Sumatera, orang-orang

Melayu dari Mindanao, orang-orang Banjar dari Borneo dan orang-orang Sunda dari Jawa

Timur. Setelah memeluk Islam orang-orang Bugis ini mempunyai identiti Islam yang kukuh

dan merupakan sebahagian dari budaya dan cara hidup mereka.

21
Omar, A. H., & Omar, H. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran, Malaysia.

9
Amalan adat dan budaya yang diwarisi oleh etnik Bugis kebanyakannya sudah diasimilasikan

dengan budaya lain serta ditambah sejurus dengan pemodenan. Ini amat bertepatan jika

dikatakan bahawa komuniti etnik Bugis adalah mudah untuk menjalani kehidupan orang

Melayu kerana di dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu ditakrifkan sebagai orang yang

bertutur Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu

(Asmah Omar 1988:42). Di antara adat atau budaya asal Bugis ialah adat perkahwinan dan

adat naik buai bagi bayi yang baru dilahirkan dan masih diamalkan oleh komuniti etnik

Bugis. Orang-orang Bugis juga amat menggalakkan perkahwinan sesama etnik atau di

kalangan saudara-mara mereka. Ini adalah kerana mereka mahu mengekalkan budaya dan

bahasa mereka serta juga mahu kekayaan yang mereka perolehi dapat dikekalkan di kalangan
22
keluarga sahaja. Konsep budaya dalam masyarakat Bugis adalah berteraskan tiga kosep

utama. Menurut Rosmini Samsudin (1999:2) orang Bugis atau To Ugi memegang tiga konsep

dalam kehidupan mereka iaitu pisse – sikap setiakawan yang kukuh, siri’ – harga diri dan

maruahdiri serta syara – syariat Islam. Berdasarkan tiga konsep utama ini menjadikan

masyarakat Bugis hidup bermuafakat, mempunyai jati diri yang kuat di samping menjalani

kehidupan mengikut landasan Islam.

1.2.2 Melayu Jawa

22
Rahim, A. R. (2011). Nilai-nilai utama kebudayaan Bugis. Ombak.

10
Orang Jawa merupakan kelompok terbesar Pulau Jawa, iaitu salah sebuah pulau utama di

negara Indonesia yang termasuk dalam lingkungan rantau Kepulauan Melayu. 23 Tempat

tumpuan orang Jawa ialah di Jawa Timur manakala orang Sunda bertumpu di Jawa Barat.

Hipotesis ahli arkeologi mencatat bahawa Pulau Jawa telah dihuni manusia sejak zaman air

batu, iaitu kira-kira dua juta tahun lalu dengan penemuan 41 fosil manusia purba yang

dikenal sebagai Pithecanthropus erectus dan kemudian Homo erectus (Noriah Mohamed,

2001:13).24 Setelah melalui zaman prasejarah yang meliputi zaman batu, zaman perenggu

(Dong-son) dan zaman besi, orang Jawa melalui zaman Hindu yang dianggarkan bermula

pada abad ke-3 Masihi. Kerajaan-kerajaan Jawa yang dipimpin oleh raja setempat diwarnai

oleh kebudayaan Hindu. Islam pula mula berpengaruh kepada orang Jawa apabila kerajaan

Majapahit jatuh25 pada sekitar abad ke-13. Kedatangan penjajah Belanda pada abad ke-16

melemahkan kerajaan Jawa pada waktu itu, iaitu kerajaan Mataram, sehingga tahun 1799

Pulau Jawa dikuasai sepenuhnya oleh Belanda (Noriah Mohamed, 2001). Antara tahun 1800

hingga 1830-an, Pulau Jawa mengalami peralihan pemerintahan daripada Belanda kepada

Inggeris dan kemudian kepada Belanda semula. Apabila tercetus Perang Dunia Kedua pada

tahun 1941, Pulau Jawa dikuasai oleh Jepun sehingga tahun 1945 dan dengan kekalahan

Jepun kepada tentera bersekutu, Pulau Jawa sebagai sebahagian Kepulauan Indonesia

menjadi bahagian entiti politik yang merdeka di bawah Republik Indonesia pada 17 Ogos

1945.

Bahasa Jawa telah berkembang sejak abad ke-8 Masihi, iaitu sebagaimana yang tergambar

dalam kesusateraannya yang menggunakan tiga bentuk bahasa Jawa, iaitu bahasa Jawa kuno,

bahasa Jawa tengahan dan bahasa Jawa Baharu (Noriah Mohamed, 2001:15-16).

23
Asmah Haji Omar, (2005). Sama Serumpun Universiti Pendidikan Sultan Idris. Institut Peradaban Melayu
24
https://books.google.com.my/books?isbn=9832620856
25
De Graaf, H. J., & Pigeaud, T. H. G. (1985). Kerajaan-Kerajaan Islam di Jawa: Pera-lihan dari Majapahit ke
Mataram. Jakarta: Grafiti Pers.

11
Orang Jawa bergiat sebagai peneroka tanah dan seterusnya mengusahakan pertanian, sesuai

dengan keahlian bangsa Jawa di tanah mereka sendiri. Sifat rajin dan keahlian orang Jawa

sebagai peneroka petempatan baru serta sebagai petani yang produktif mendorong Kerajaan

Inggeris menggalakkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-19 negeri di

Tanah Melayu yang menjadi tumpuan utama orang Jawa ialah Johor, Selangor, Perak dan

Singapura. Kedudukan ini masih dapat diperhatikan hingga kini, walaupun terdapat juga

orang Jawa di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan di Sarawak.

Daerah yang banyak menampung kedatangan orang Jawa di negeri Johor ialah daerah yang

terletak di pantai Barat, iaitu Muar, Batu Pahat dan Pontian dan sedikit-sedikit di daerah lain,

besar kemungkinannya disebabkan kemudahan perhubungan yang ada antara daerah-daerah

itu dengan Singapura dan juga suburnya tanah di daerah-daerah itu untuk pertanian.
26
Kedatangan orang Jawa ke Selangor, menurut Khazin Mohd. Tamrin melalui dua aliran

utama iaitu melalui Singapura sebelum ke Selangor atau menetap di tempat lain terlebih

dahulu, misalnya di Johor manakala yang kedua datang ke Perak terlebih dahulu tetapi

kemudian pindah ke Selangor. Daerah yang menjadi tumpuan orang Jawa di Selangor ialah

Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

26
Khazin Mohd. Tamrin Orang Jawa di Selangor, penghijrahan dan penempatan, 1880-1940

12
1.2.3 Melayu Banjar

Etnik Banjar merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun masyarakat

Melayu. Seperti etnik lain, etnik banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan

mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah
27
mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Asal orang Banjar adalah dari

Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Burito, terutama dari daerah Banjar Masin,

iaitu pusat bandar daerah itu yang terletak di bahagian tenggara Borneo yang juga terkenal

sebagai kawasan penanaman padi. Ramai berpendapat bahawa mereka yang berhijrah ke

Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi.

Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti

peralatan pertanian dan senjata. Suku Banjar juga berhijrah ke negeri lain di Malaysia seperti

Kedah, Perak, Selangor, Johor dan juga Sabah. Menurut Afred Bacon Hudson, seorang

pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke-19 dan daerah yang

paling ramai etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Perak.

28
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku Banjar terutamanya ke

Tanah Melayu. Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam

kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah

Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering

menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang

dihadapi di bawah pemerintahan Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan

pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan

kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-

pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula

amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan


27
Othman, M. A. H. (1985). Identiti etnik Melayu. Fajar Bakti.
28
M. Suriansyah Ideham, Urang Banjar dan kebudayaannya, Pemerintah Propinsi Kalimantan Selatan, 2007

13
mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan

sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup. Masyarakat Banjar bole dibahagikan

kepada dua iaitu golongan pertama yang fokus kepada pendapatan hasil pertanian, manakala

golongan kedua adalah mereka yang turut melakukan kerja-kerja sampingan seperti

bertukang, menangkap ikan, mencari kayu, rotan, damar dan sebagainya.

Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat Banjar adalah berdasarkan

keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini

begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam

bidang agama Islam. Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat

ini hanyalah berupa kelas membaca Al-Quran, mempelajari hal ehwal syariat Islam dan

mendalami ilmu agama yang lain. Tambahan pula, kebanyakan orang Banjar yang berhijrah

ke Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan

mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian, tdak hairanlah bahawa

masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam

kehidupan mereka.

29
Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan sesetengah tempat di

Semenanjung Malaysia dan di Kalimantan Selatan, Indonesia dan juga salah satu cabang

bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa

Melayu, Jawa dan bahasa Dayak dan terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu Bahasa

Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala.

1.3 Perayaan Kaum Melayu

29
C. J. van Baalen, Muhammad Saleh Montes (Teuku.), Bahasa Austronesia baku: perbandingan bahasa-
bahasa Austronesia : buku studi, Volume 2, Pusat Dokumentasi dan Informasi Aceh, 1997

14
1.3.1 Perayaan Aidil Fitri

Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan

perayaan utama bagi penganut agama Islam di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut

selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.30 Hari Raya

disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Pada Hari Raya, umat

Islam digalakkan bermaaf- maafan antara satu sama lain terutamanya untuk anak-anak

kepada kedua ibu bapa.

Baju Melayu adalah pakaian yang tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di

bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju Kurung

dan Baju Kebaya31. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan

baju tradisi ini.

1.3.2 Perayaan Aidil Adha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh

dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap

1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan

Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti

dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti

dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13

Zulhijjah32.

30
Liew Yoke Lin (2013) Buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.
31
Ibid.
32
Pusat Maklumat Rakyat (PMR). Diakses pada 20 Nov 2017,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5993- perayaan-aidiladha.html

15
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam

memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-

sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat

korban33 ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib

menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13

Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud

menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri

kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan

terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah

Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke

bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling

bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan

mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah

pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.Selain itu, salah satu keistimewaan

Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan

dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha

sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri

yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum

dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

33
Azmi Ahmat dan Rosnani Rifin “ Sri Perayaan Di Malaysia (Aidil Adha)” Delima Ilmu 2010

16
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,

mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan 34. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi

umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim

untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan

orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda

akan memohon kemaafan daripada yang tua35. Selepas itu semua orang akan menjamah

pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

1.3.3 Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan

berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan

junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi

Wasallam.

TUJUAN SAMBUTAN

 Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.


 Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
 Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
 Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
 Beribadah dan mentaati Allah SWT.
 Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
 Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
 Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
 Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

34
Hari- Hari Perayaan Masyarakat Malaysia (2006) ,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
35
Ibid

17
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang

mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Antaranya berniat hendak mengadakan

Maulud Nabi36, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar

untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Keberkatan

mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh

ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.

Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam,

nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:

 Menghindarkan kekeringan dan kemarau.


 Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
 Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
 Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
 Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.

Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu

Alaihi Wasallam37 akan:

 Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.


 Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
 Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan

kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW

itu.
 Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari

keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat 38 dan sesiapa

36
PENYELARAS QURBAN & AQIQAH. Diakses pada 20 Nov 2017 melalui
http://www.amalqurban.com/sejarah-dan-makna-idul-adha/
37
Portal rasmi Masjid Al-Kauthar
38
Zainal Jaslan , 2006 Buku Ilmiah (Hari- Hari Raya Masyarakat Malaysia)

18
membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung

untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam

syurga.”

Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ

Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada

kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah

Sallallahu Alaihi Wasallam.”

1.3.4 Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi

Muhammad SAW seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-

Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-41 daripada keputeraan

Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang beribadat di Gua Hira. Al-Quran adalah

mukjizat terbesar Nabi SAW.39

Menurut Imam al-Qurthubi, Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan

penjelasan bagi umat manusia, dengan kata lain menjelaskan kepada manusia aturan

kehidupan dan membina peradaban agar menjadi umat yang dapat membezakan antara yang

halal dan haram, antara kebenaran dan kebatilan dan sebagai petunjuk yang memandu dan

memimpin kehidupan umat manusia.40

39
Portal Rasmi JAKIM cawangan Sabah. Nuzul Al-Quran. Diakses pada November 17 2017.
http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=96:keajaiban-saintifik-al-
quran&catid=32&Itemid=180&lang=ms
40
Ibid

19
Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-

Quran pada 17 Ramadhan yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun

ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M,

ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.41 Namun sesungguhnya pendapat yang lebih

tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13

Ogos 610 M.42

1.3.5 Awal Muharram

Muharram adalah bulan pertama tahun kalendar Islam, Hijrah yang ditetapkan pertama kali

oleh Khalifah Umar ibnu al-Khattab atas saranan dari Ali bin Abi Thalib pada masa

pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Muharram yang bererti diharamkan atau yang sangat

dihormati, memang merupakan bulan gencatan senjata atau bulan perdamaian.43

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini

adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama

Islam ditegakkan44. Sebab-sebab berlaku hijrah adalah bagi mengurangkan tekanan yang

dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan

masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh

baginda Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat
41
Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Diakses pada November 17
2017. https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/23/menyingkap-tabir-sejarah-peristiwa-penurunan-al-quran-
nuzul-al-quran/
42
Ibid
43
Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sejarah Awal Muharram.Diakses pada November 18 2017.
https://syedibra.wordpress.com/2015/10/13/sejarah-awal-muharram/
44
Portal Rasmi Masjid Al Ikhlas seksyen 13 shah Alam. Kisah Bermulanya kelendar Islam. Diakses pada
November 18 2017. http://www.masjidalikhlas13.my/node/135

20
Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke

kota Madinah.45 Sesungguhnya sifat pengorbanan yang dimiliki dan diperlihatkan oleh

Rasulullah saw dan umat Islam pada zaman Baginda merupakan bukti kesungguhan dan

kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah

bahagi terhadap perintah Allah swt.46 Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh

generasi umat Islam hari ini.Sehubungan itu, menyambut Tahun Baru Hijrah yang dilihat

amat penting dan signifikan kepada umat Islam agar kecemerlangan dan kegemilangan Islam

dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.47

1.3.6 Isra’ Mikraj

Isra’ Mikraj adalah peristiwa yang luar biasa itu merupakan satu mukjizat yang besar bagi

Nabi Muhammad S.A.W kerana belum ada manusia yang melakukannya sebelum Baginda. 48

Peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadat

solat. Ibadah ini diperintahkan oleh Allah S.W.T, dengan menjemput Rasulullah S.A.W

sendiri datang mengadap-Nya di Arasy, bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk

menyampaikannya ke dunia, seperti mana perintah menunaikan ibadah puasa, zakat dan

haji.49 Secara ringkasnya peristiwa Isra’ Mikraj adalah sebagai suatu perjalanan singkat yang

ditempuhi oleh Nabi Muhammad SAW pada malam hari atas kehendak dan izin Allah SWT

dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul

Muntaha bahkan menembus tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam

45
Ibid
46
Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram. Diakses pada November 18 2017.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/10/13/sambutan-tahun-baru-hijrah-dan-keistimewaan-bulan-muharram/
47
Ibid
48
Portal Rasmi Jakim Cawangan Sabah. Israk dan Mikraj : Hubungannya Dengan Solat. Diakses pada
November 19 2017 . http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=92:israk-dan-mikraj-hubungannya-dengan-
solat&catid=32:artikel&Itemid=180&lang=ms
49
Ibid

21
yang sama.50 Peristiwa Isra’ dan Mikraj dan perintah mendirikan solat. menunjukkan

kedudukan ibadah solat, di sisi Allah SWT adalah perkara utama sebagai tiang agama. 51 Oleh

itu umat Islam meyambut Isra’ mikraj pada setiap 27 rejab sebagai mengingati peristiwa nabi

Muhammad S.A.W mendapat perintah mendirikan solat.

1.4 Pantang Larang Kaum Melayu

Petua merujuk kepada nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang-

orang tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan sesuatu dengan berkesan
52
(Kamus Dewan 2007:1202). Segala nasihat ini berkaitan dengan adat dan kepercayaan.

Selain itu, unsur keadaan sekeliling juga mempengaruhi kewujudan nasihat, petunjuk,

panduan yang kemudiannya dirumuskan sebagai petua Melayu. Masyarakat Melayu yang

mendiami kepulauan Nusantara yang merupakan rumpun yang besar mempunyai pelbagai

petua yang disaring, diubah suai dan disesuaikan, bergantung kepada suasana dan

persekitaran masyarakat tersebut. Oleh hal yang demikian, terdapat titik persamaan antara

etnik di Nusantara mengenai petua. Pantang larang pula merupakan sesuatu yang dilarang

melakukannya menurut adat atau kepercayaaan (Kamus Dewan 2007:1135).53

50
Portal Jabatan Hal ehwal agama Negeri sabah. Khutbah Jumaat 04 Syabaan 1436H bersamaan 22 Mei 2015M.
Isra’ Mikraj dan pensyariatan solat. Diakses pada Noivember 19 2017.
http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2015/05-Mei/Khutbah-Jumaat-04-
Syabaan-1436H-Bersamaan-22-Mei-2015.pdf
51
Ibid
52
Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Muka Surat 1202
53
Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Muka Surat 1135

22
1.4.1 Duduk Diatas Tangga

Pantang larang anak gadis duduk di atas tangga kerana dikhuatiri tidak akan dipinang orang. 54

Hal ini ditujukan kepada anak gadis yang masih belum bernikah terutamanya. 55 Tangga ialah

tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah. Sekiranya seorang

gadis sedang duduk diatas tangga, dikhuatiri akan terjatuh dan dilanggar oleh orang yang

sedang turun naik tangga. Pantang larang ini mengajar supaya anak gadis menjaga kesopanan

dan tingkahlaku bagi mengelak mengundang pelbagai persepsi masyarakat. Wanita

bersopan-santun dalam konteks tradisional tidak berbuat demikian kerana lazimnya mereka

sibuk dengan tugas menguruskan rumah.56

1.4.2 Duduk Diatas Bantal

Dari segi etika dan kesopanan masyarakat Melayu masih mengamalkan beberapa

kepercayaan atau pantang larang, antaranya, larangan duduk di atas bantal. Bantal ialah

tempat meletakkan kepala apabila tidur.57 Seseorang yang duduk di atas bantal dipercayai

punggungnya akan bisul.58 Jika diteliti pantang larang ini, dari segi etikanya duduk di atas

bantal merupakan perbuatan yang tidak sopan. Kepala bagi orang Melayu merupakan anggota

yang sensitif, anggota yang dijaga. Tidak boleh bermain atau bergurau dengan kepala orang.

Oleh itu, duduk di atas tempat yang sepatutnya diletakkan kepala dianggap tidak sopan.59

54
Ani Haji Omar, (2014), Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari perspektif teori
SPB4K, Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muka Surat 86
55
Kasdu Erwanto (2017), Pantang Larang Dalam Masyarakat Melayu Kecamatan Bunut Hilir Kabupaten
Kapuas Hulu Menggunakan Kajian Sosiolinguistik, Program Studi Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia
FKIP Untan, Pontianak, Muka Surat 12.
56
Ibid
57
Kamus Dewan, Edisi Empat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses pada 15 November 2017,
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bantal
58
Ani Haji Omar (2014). Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari Perspektif Teori Spb4k,
Penerbit Universiti Sultan Idris, Muka Surat 89
59
Ibid, Muka Surat 87

23
1.4.3 Menyapu Sampah Ketika Tetamu Di Dalam Rumah

Masyarakat Melayu amat melarang anak gadis mahupun tuan rumah untuk menyapu atau

mengemas rumah ketika menerima tetamu. Hal ini kerana beranggapan seolah-olah tuan

rumah menghalau tetamu yang datang bertandang sekali gus menyebabkan tetamu

beranggapan dirinya membuat keadaan rumah bersepah. Selain itu, tindakan ini juga

dipandang tidak manis oleh masyarakat kerana seakan ingin menunjuk-nunjuk melakukan

pembersihan. Pandangan orang tua juga diambil kerana mereka menganggap kekotoran yang

sedang diserbihkan itu akan terkena kepada tetamu.

1.4.4 Lalu Dibawah Kain Jemuran

Pantang larang lalu di bawah kain jemuran akan menyebabkan sakit kepala 60. Hal ini kerana

jemuran terdapat bermacam-macam jenis pakaian baik pakaian dalam mahu pun pakaian luar.

Pantang larang ini dipakai dan dipercayai oleh masyarakat Melayu kerana bagi orang yang

menghidap sakit kepala ia memang benar memberi kesan terhadap kesihatannya. Sekiranya

orang yang menghidap sakit kepala tersebut melalui di bawah jemuran kain, sakit kepalanya

akan menjadi semakin teruk. Disamping itu dikhuatiri pakaian tersebut akan terjatuh dan

menjadi kotor.61

1.4.5 Jari Yang Berinai Ditunjukkan Kepada Ayam

Ungkapan yang sering diungkapkan adalah ‘Jari yang berinai tidak boleh ditunjukkan kepada

ayam’ kerana inai yang dipakai tidak akan merah. Tegahan ini selalunya ditujukan kepada

golongan remaja. Ia adalah bertujuan supaya tidak memakai inai di waktu siang kerana

60
Elwida Suri (2013), Peranan Adat Pantang Larang Dalam Penerapan Norma-Norma Yang Berlaku Di
Masyarakat Suku Melayu Desa Bukit Batu Kecamatan Bukit Batu Kabupaten Bengkalis, Kampus Universitas
Riau Panam, Muka Surat 9
61
Ibid

24
terdapat banyak kerja yang berfaedah dan bermanfaat seperti mengemas rumah, memasak

dan sebagainya dapat dilakukan. Sememangnya amat susah untuk membuat sesuatu kerja

ketika tangan dipenuhi dengan inai. Oleh itu untuk menegur mereka supaya tidak berinai

pada siang hari. Terdapat juga golongan orang tua-tua mengatakan kelak dipatuk ayam.62

Disebalik tegahan ini orang tua-tua mendidik mereka terutama golongan remaja supaya

menggunakan masa siang itu dengan perkara-perkara yang lebih berguna.

1.4.6 Pinggan Bertindih Ketika Makan

Masyarakat Melayu percaya jika seorang lelaki itu makan di atas pinggan yang bertindih,

dipercayai mereka akan berkahwin dua. Semua tegahan dan pantang larang ini adalah untuk

menjaga tertib waktu makan. Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat

dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah mahupun di majlis keramaian. Pantang

larang bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun

orang Melayu.63

1.4.7 Makan Beralih Tempat

Pantang larang ini ditujukan kepada anak dara. Mengikut kepercayaan orang tua, apabila

anak dara makan beralih tempat, dipercayai akan berkahwin ramai. Pantang larang ini kepada

anak dara ini secara keseluruhan bertujuan menjaga adab dan kesantunan anak dara.64

1.4.8 Melihat Cermin Ketika Waktu Maghrib


62
Hadijah Haji Hassan (2006), Pantang Larang Kitanai, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan, Muka Surat 24
63
Ibid
64
Ibid, Muka Surat 85

25
Cermin ialah muka kaca yg digunakan utk melihat bayang diri sendiri manakala waktu

maghrib ialah waktu yg bermula sejurus selepas matahari terbenam sehingga hilang cahaya

merah di kaki langit.65 Larangan terhadap melihat cermin ketika waktu maghrib bagi

mengelakkan diri daripada disihir.

1.4.9 Menyanyi Sambil Memasak

Pantang anak dara (gadis) menyanyi di dapur lalu dikatakan nanti anak dara (gadis)

tersebut tidak akan dipinang orang. Atau dikatakan juga nanti jadi ‘anak dara tua’. 66 Noor

menurut Hasimah M Yacob (20xx), perbuatan memasak sambil menyanyi di dapur adalah

dilarang kerana takut akan bersuamikan lelaki tua atau tidak akan dipinang orang.67 Dapur

merupakan tempat untuk menyediakan makanan. Perbuatan menyanyi di dapur dilarang

kerana ditakuti nasi atau masakan yang sedang dimasak akan hangus akibat leka menyanyi. 68

Selain itu, ditakuti masakan tersebut dimasuki tempias air liur anak gadis itu dan boleh

menjejaskan kebersihan makanan tersebut.69

65
Ani Haji Omar (2014), Op Cit., Muka Surat 89
66
Wan Nan Wan Mahmud (2001), Perbuatan Yang Menjadi Pantang Larang Orang Melayu Perlis, Penerbit
Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis, Muka Surat 1
67
Noor Hasimah M Yacob (2017), Pantang Larang Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu, Faculty Of
Accountancy, Universitu Teknologi Mara Pahang
68
Wan Nan Wan Mahmud (2001), Perbuatan Yang Menjadi Pantang Larang Orang Melayu Perlis, Penerbit
Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis, Muka Surat 1
69
Noor Hasimah M Yacob (2017), Pantang Larang Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu, Faculty Of
Accountancy, Universitu Teknologi Mara Pahang

26
1.4.10 Potong Kuku Pada Waktu Malam

Kepercayaan rakyat di atas ini memiliki dua struktur, iaitu sebab dan akibat. Yang

menjadi sebab adalah pantang potong kuku pada waktu malam dan yang menjadi akibat

adalah nanti pendek umur. Makna tersurat dari ungkapan pantang larang ini adalah

berumur pendek bila suka memotong kuku pada malam hari. Pantang larang ini

kebiasanya disampaikan oleh orang tua kepada anaknya. Makna dari ungkapan pantang

larang ini sebenarnya menasihati anak tersebut supaya tidak memotong kuku di malam

hari kerana boleh mengakibatkan terluka dan salah potong.70

1.4.11 Jahit Baju Yang Sedang Dipakai

Pantang larang anak dara dilarang menjahit pakaian yang sedang dipakai kerana dipercayai

bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hutang. Pada hakikatnya apabila seseorang yang

menjahit baju yang sedang dipakainya tidak akan leluasa untuk menjahit, sehingga

dikhawatirkan akan mudah tertusuk jarum.71

70
Elvina Syahrir (2016), Ungkapan Pantang Larang Masyarakat Melayu Belantik, Muka Surat 7
71
Nurmalina (2015), Pantang Larang Dalam Masyarakat Kampar Dan Relevansinya Dengan Pendidikan
Karakter, Penerbit Pahlawan Tuanku Tambusai Riau, Muka Surat 6

27
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif Am

1. Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi

mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.72

2. Pemikiran lahiriah atau kebitaraan mengkaji kebijaksanaan orang Melayu dalam

mengungkapkan pantang larang untuk mendidik serta menerapkan nilai murni.73

3. Pemikiran kesaintifikan melihat logik dan kesaintifikan orang Melayu dahulu kala

berkaitan dengan kejadian alam seperti hujan, guruh, serta hubungannya dengan

manusia dan kaitannya dengan haiwan serta tumbuhan.74

4. Pemikiran kekreatifan pula melihat kekreatifan orang Melayu menyusun ayat dan

perkataan dalam pantang larang ini sehinggakan anak cucu bimbang untuk

melanggarnya malah menurutinya tanpa banyak bicara.75

72
Ani Hj Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Fakulti Bahasa dan Pendidikan,
http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/?p=172
73
Ibid
74
Ibid
75
Ibid

28
2.2 Objektif Khusus

1. Pantang Larang Orang Melayu

Pantang larang orang tua-tua bertujuan mendidik masyarakat agar menerapkan nilai baik

yang diamalkan dalam kehidupan. Unsur pengajaran sama ada secara tersurat mahupun

tersirat diterapkan dalam pantang larang masyarakat melayu.76

Adat dan pantang larang orang melayu amat jelas dipengaruhi oleh faktor animisme, agama

dan kekuasaan, dan boleh dikatakan melibatkan hampir semua golongan dan lapisan

masyarakat serta hampir dalam semua aktiviti dalam budaya Melayu.77

Ramai yang percaya bahawa setiap perlanggaran akan memberi akibat buruk. Yang nyata,

akibatnya sering dikaitkan dengan kuasa makhluk halus atau semangat dan bukan berasaskan

aspek sains atau pemikiran waras.78

2. Pantang Larang Ibu Hamil Dan Suami

Sebagai masyarakat yang bergantung pada perubatan tradisional, tidak ada cara yang boleh

menjamin nyawa ibu serta anak dalam kandungan akan lahir dengan selamat dan sempurna
76
Ani Hj Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Fakulti Bahasa dan Pendidikan,
http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/?p=172
77
3 Abdullah Yusof, 2006. “Beberapa Aspek ‘Urf Fasid dalam Budaya Melayu dan kesannya Terhadap Hukum”
78
Ibid

29
tanpa sebarang kecacatan. Oleh itu, pantang larang diamalkan untuk mengelakkan kejadian

buruk berlaku terutama semasa mengandung, ketika melahirkan dan berlanjutan dalam

tempoh berpantang selama 40 hari atau lebih 79.

Bagi mencapai maksud tersebut pelbagai aspek perlu diambil berat apabila seseorang wanita

itu didapati hamil. Maka, pantang larang bagi ibu hamil tidak terhad kepada amalan

pemakanan. Larangan meliputi segala aktiviti harian ibu yang hamil. Umpamanya larangan

tidur waktu rembang dan senja kerana dikhuatiri ibu boleh mendapat penyakit murung dan

bentuk fizikal kelihatan sembab akibat kemasukan angin.80

Bapa juga ada pantang larang yang perlu dipatuhi walaupun tidak sebanyak larangan kepada

ibu hamil. Bapa apabila pulang ke rumah pada waktu malam tidak boleh terus masuk ke

dalam rumah,tetapi perlu berhenti sebentar di luar rumah. Tujuannya adalah untuk meredakan

bapa yang mungkin berkeadaan panas dan untuk mengembalikan semula keadaannya seperti

bersifat tenang dan sabar. Hal ini penting sekiranya isterinya hamil ataupun beranak kecil.81

Selain itu, bapa kepada bayi dalam kandungan tidak boleh melakukan pekerjaan yang “keras”

seperti menyembelih ayam, membunuh binatang terutamanya ular, monyet dan anjing.

Keadaan ini boleh mengakibatkan badi binatang tersebut terkena kepada anaknya dan

dikhuatiri anak yang bakal lahir bibirnya terbelah, kenan atau mengalami kecacatan. Pantang

larang ini mendidik masyarakat supaya tidak melakukan penderaan terhadap binatang kerana

perbuatan ini menggambarkan sikap manusia yang kejam dan zalim. 82

79
Hanapi Dolah dan Mohd Nazri Ahmad, 2000 dlm.Anwar Din (ed) Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu.
Bangi : Penerbit UKM
80
Anisah Barakah, 2007. Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
81
Ibid
82
Abdullah Yusof, 2006. “Beberapa Aspek ‘Urf Fasid dalam Budaya Melayu dan kesannya Terhadap Hukum”

30
3. Pantang Larang Kepada Bayi Dan Kanak-Kanak

Pantang larang kepada bayi ini selain mendidik bayi juga mendidik ibu bapanya. Perlakuan

membawa bayi keluar pada waktu senja memang tidak digalakkan, kerana pada waktu

tersebut, syaitan berkeliaran tercatat dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim. Selain itu, masa

ini juga merupakan masa untuk beribadat, iaitu menunaikan solat Maghrib .83

Pantang larang juga menjaga anggota bayi agar dilindungi, seperti mulut, ubun-ubun, pusat

dan menjaga tidurnya agar tidak diganggu oleh perlakuaan orang yang menjaganya. Sisa

makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu bapa pula, untuk memberi pendidikan kepada

anak agar menghormati ibu bapa walaupun anak masih lagi bayi. Selain itu, pendidikan ini

juga ditujukan kepada ibu bapa sendiri agar menjaga anak dengan batas tertentu agar anak

apabila dewasa nanti menjaga adab mereka terhadap orang tuanya.84

Golongan kanak-kanak juga tidak terlepas daripada pantang larang masyarakat melayu.

Antaranya termasuklah, mereka dilarang menjelirkan lidah mereka kerana akan dipotong

lidahnya. Selain itu, mereka dilarang mengangkat kaki semasa meniarap kerana dipercayai

ibu bapa mereka akan meninggal .85

Semua pantang larang ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak supaya berkelakuan baik

dan sopan santun. Dengan cara menakut-nakutkan kanak-kanak adab dan kesantunan

diterapkan dan dibiasakan amalannya dan akhirnya membentuk keperibadian dengan nilai

kemelayuan .86

83
Ibid
84
Ibid
85
Ibid
86
Ibid

31
4. Pantang Larang Kepada Anak Dara

Anak dara merupakan tanggungan ibu bapa dan menjadi tanggungjawab yang besar kepada

sesebuah keluarga untuk menjaga dan mendidik mereka dengan baik. Tujuannya untuk

memastikan bahawa mereka sentiasa dilindungi dan dijaga kesuciannya. Terdapat juga

pantang larang yang ditujukan kepada anak gadis umpamanya menyanyi di dapur, nanti

mendapat suami tua87.

Perbuatan menyanyi di dapur dilarang kerana ditakuti nasi atau masakan yang sedang

dimasak akan hangus akibat leka menyanyi. Namun begitu, seorang anak gadis yang makan

sambil berbaring tidak manis dipandang orang ataupun buruk dari segi perlakuannya. Anak

gadis sebegini dianggap tidak sopan. Dari segi pemikiran logiknya pula, makan sambil

berbaring akan menyukarkan sistem pencernaan atau penghadaman makanan.88

Pantang larang kepada anak dara ini secara keseluruhan bertujuan menjaga adab dan

kesantunan anak dara. Masyarakat melayu tradisional yang rata-rata mengahwinkan anak

dara mereka pada usia mereka pada usia muda. Oleh itu, anak dara yang buruk perlakuannya

mungkin lambat dipinang orang.89

5. Pantang Larang Memelihara Etika Dan Kesopanan

87
Ibid
88
Ibid
89
Ibid

32
Dari degi etika dan kesopnan masyarakat melayu masih mengamalkan beberapa kepercayaan

atau pantang larang antaranya dilarang menjahit pada waktu malam kerana mata akan

menjadi buta. Larangan ini bertujuan untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak kabur dan

rosak. Selain itu juga untuk mengelakkan kecederaan ketika menjahit kerana keadaan pada

waktu itu samar-samar dan kurang jelas .90

6. Adab Makan

Masyarakat melayu juga mempunyai tertib dan adab makan. Terdapat beberapa pantang

larang yang berkaitan dengan adab makan. Masyarakat melayu percaya bahawa makan pedal

ayam akan menyebabkan pengantin mengantuk ketika bersanding. Meraka yang tidak

membasuk pinggan selepas makan dipercayai akan lambat menerima menantu. Seseorang

yang makan di dalam pinggan yang sumbing dikhuatiri anak mereka akan sumbing .91

Pantang larang bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan

santun orang melayu. Orang yang tidak membasuh pinggan makan merupakan perbuatan

yang tidak manis dipandang dan menggambarkan sikap seseorang yang pemalas. Makan

menggunakan pinggan yang sumbing pula boleh mencederakan diri sendiri .92

Sehubungan itu, tahap pendidikan dan sosial mengubah persepsi serta budaya makan

khususnya orang melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud

di sebalik larangan itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan. Jika seseorang itu tidur semasa

perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Keadaan ini akan menimbulkan rasa

90
Ibid
91
Muhd Alif Redzuan, 2005. “Budaya Makan” dlm. Dewan Budaya, Jun hlm. 10-11, 2005. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
92
Ibid

33
malas dan akibatnya melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain sepert

sembahyang. 93

Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan malam dan waktu maghrib. Perlakuan ini

mengganggu tuan rumah kerana mungkin telah memasak makanan cukup untuk keluarganya

sahaja. Waktu maghrib pula merupakan waktu sembahyang yang paling singkat dan

kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu

keseorangan. Oleh itu, seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak. Pantang

larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga

tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan .94

7. Pantang Larang Berkaitan Dengan Makhluk Halus Daripada Sebarang Bencana

Dan Penyakit

Sebarang kepercayaan yang menjadi pegangan dalam kehiduoan seharian akan

mempengaruhi pembentukan corak nilai yang diterapka oleh sesebuah masyarakat. Animisme

merupakan suatu ciri utama dalam kepercayaan orang melayu yang diwarisinya dari zaman

pra-islam. Animisme ini berlandaskan kepercayaan bahawa di samping manusia yang

menghuni di dunia ini terdapat juga makhluk halus.95

Sehubungan itu, kepercayaan tentang kekuasaan mahkluk alam yang boleh membawa

angkara kepada manusia masih lagi menjadi pegangan sebilangan penduduk dalam kalangan

orang melayu. Bomoh dan pawang masih lagi berperanan kerana tenaga dan pengetahuan

93
Zaharah Nawawi. “Budaya Makan Masyarakat Malaysia” dlm. Majalah Dewan Budaya hlm. 12-13, Jun,
2005. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
94
Ibid
95
Robiah Sidin dan Juriah Long, 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka

34
mereka diperlukan untuk mengubati penyakit atau melakukan upacara yang berhubung degan

penyembuhan penyakit atau pengusiran makhluk halus ini.96

Banyak perkara yang dilakukan oleh orang melayu jikalau baru mendirikan rumah bagi

mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Contohnya, diadakan kenduri dan bacaan

doa selamat. Sementara itu, ayat al-Quran, doa tertentu dan azimat digantung di rumah untuk

menjauhkan diri daripada gangguan makhluk jahat. Ini telah mendorong orang melayu

mengadakan susunan dan peraturan tertentu bagi rumah kediaman mereka dan harus

mengikut pantang larang untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan keluarga.97

96
Ibid
97
Ibid

35
3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Persampelan

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan

bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji berkumpulan seperti yang

dinyatakan Suharsimi Arikunto (2002) 98iaitu borang soal selidik merupakan sebahagian atau

wakil dari populasi yang dikaji. Seramai 100 orang responden telah dipilih untuk menjawab

borang soal selidik, iaitu terdiri daripada golongan muda orang melayu yang berumur 25

tahun dan kebawah yang dipilih secara rawak.

Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk

menjawab borang soal selidik. Responden dipilih berdasarkan suku kaum orang melayu yang

terdapat di seluruh negeri di Malaysia. Bilangan anggota pengkaji yang ramai iaitu seramai

10 orang telah memudahkan pencarian dan pemilihan responden. Responden tidak dikira

melalui jantina, umur, taraf pendidikan mahupun pendapatan bulanan mereka.

3.2 Pengumpulan Data

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik

dan teknik dokumentasi. Soalan soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan data

mengenai kesedaran golongan muda kaum melayu terhadap pantang-larang lama kaum

Melayu di Malaysia dan didokumentasikan bagi tujuan analisis.

98
Arikunto, Suharsimi. 2002. Metodologi Penelitian. Penerbit PT. Rineka Cipta. Jakarta.

36
3.2.1 Data Primer

Kaedah Soal selidik dan pemerhatian dilakukan dengan golongan muda kaum Melayu

yang berumur 25 tahun dan kebawah yang juga tediri daripada orang Melayu dari

kebanyakkan negeri di Malaysia.

Borang soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya

berhubung terus dengan golongan muda kaum Melayu. Penggunaan borang soal selidik perlu

melalui strategi merekakan bentuk soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias.

Kaedah ini adalah kaedah yang popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan

data primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif yang telah

ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh dari sasaran. Bahasa yang

digunakan juga haruslah yang mudah dan senang difahami oleh semua responden. Hal ini

supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawaban yang tidak

benar. Borang soal selidik ini berbentuk soalan terbuka. Rasional menggunakan soal selidik

terbuka adalah untuk mendapatkan min purata serta peratus bagi setiap jawaban.

3.2.2 Data Sekunder

Data Sekunder seperti peta dan gambar rajah kebanyakkannya diperoleh daripada laman web

Google.

3.3 Teknik Penganalisaan Data

37
Teknik penganalisaan adalah menggunakan teknik penganalisaan data secara kuantitatif.

3.3.1 Data Penganalisaan Kuantitatif

Data dianalisa menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan, minimum dan juga

kekerapan. Analisa data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang

diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan,

disunting dan ditukar kepada angka. Seterusnya, data yang telah dianalisis, dipersembahkan

dalam bentuk jadual. Menurut Lexy J. Meleong (2006)99, proses analisis data kualitatif di

mulakan dengan mengkaji seluruh data yang tersedia dari berbagai sumber seperti temubual,

pemerhatian, dokumen rasmi, gambar dan sebagainya. Namun dalam kajian ini, kaedah soal

selidik dilakukan untuk mendapatkan data.

Setelah data yang diperlukan dikumpul, data tersebut akan diasingkan dan dianalisis

berdasarkan kaedah deskriptif kualitatif dengan langkah-langkah seperti berikut :

a. Mengumpulkan semua data yang diinginkan.

b. Mengklasifikasikan semua data dari responden.

c. Menentukan peratusan daripada alternatif jawaban dengan mengunakan rumus berikut :

F
X 100% = P
N

Keterangan : P = Peratusan alternatif jawapan

F = Kekerapan menjawab

N = Jumlah sampel

99
Lexy J Meleong (2006), Metode Penelitian Kualitatif, Amazon, Muka surat 10

38
Hasil analisis dikumpulkan mengikut peratusan jawaban responden dan menjadi tolak

ukur dalam pengambilan kesimpulan.

4.0 HASIL KAJIAN

Bahagian A: Maklumat Peribadi

SOALAN 1

Negeri lahir responden kajian.

8 Johor 12 Pahang

Kedah 9 4 Perak

14 Kelantan 3 Sabah

Kuala 7 Lumpur 5 Sarawak

2 Melaka 30 Selangor

Negeri 3 Sembilan 3 Terengganu

39
Berdasarkan carta bar di atas, sebanyak 30%, iaitu 30 responden adalah daripada Selangor

diikuti 14%, iaitu 14 responden daripada Kelantan dan seterusnya 12%, iaitu 12 responden

daripada Pahang. Manakala 9%, iaitu 9 responden adalah daripada Kedah. 8%, iaitu 8

responden daripada Johor dan 7%, iaitu 7 respondan daripada Kuala Lumpur. 5%, iaitu 5

responden daripada Sarawak, 4%, iaitu 4 responden daripada Perak dan diikuti oleh 3%, iaitu

3 responden daripada Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu. Akhirnya 2%, iaitu 2

responden adalah daripada Melaka.

SOALAN 2

Jantina responden.

51 Perempuan

Lelaki 49

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 51% iaitu 51 responden adalah daripada golongan

perempuan. Manakala 49% iaitu sebanyak 49 responden adalah daripada golongan lelaki.

40
Bahagian B: Soalan Kaji Selidik

SOALAN 1

Mengapakah anak gadis dilarang duduk di atas tangga?

81 Dikhuatiri lambat dipinang orang

14 Dikhuatiri akan ditimpa malapetaka

5 Dikhuatiri akan berkahwin cepat

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 81% iaitu 81 responden mempercayai bahawa

anak gadis akan lambat dipinang orang jikalau duduk di atas tangga. Manakala 14% iaitu

sebanyak 14 responden mengatakan akan ditimpa malapetaka jika duduk di atas tangga.

41
Hanya 5% iaitu 5 responden yang mengatakan anak gadis akan berkahwin cepat jikalau

duduk di atas tangga. Hasilnya, kebanyakan responden mengetahui bahawa anak gadis

dilarang duduk di atas tangga kerana dikhuatiri akan lambat dipinang orang. Manakala, hanya

segelintir tidak mengetahui pantang larang ini.

SOALAN 2

Mengapakah tidak boleh duduk di atas bantal?

96 Kerana boleh naik bisul

Kerana 2 boleh naik kurap

2 Kerana boleh naik kudis buta

Berdasarkan carta pai di atas, ia menunjukkan hampir semua responden sedar bahawa tidak

boleh duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebanyak 96% iaitu 96

responden mempercayai bahawa duduk ai atas bantal akan mengakibatkan naik bisul.

Manakala 2% iaitu sebanyak 2 responden mempercayai boleh naik kurap jika duduk di atas

42
bantal. Baki 2% iaitu 2 responden yang mengatakan duduk di atas bantal akan mengakibatkan

naik kudis buta. Hasilnya, hanya 4% iaitu 4 responden yang tidak mengetahui mengenai

pantang-larang tersebut.

SOALAN 3

Mengapakah tidak dibernarkan menyapu sampah ketika tetamu berada di dalam rumah?

64 Ibarat menghalau tetamu

Ibarat 30 menghalau tuah

6 Ibarat sedang menunjuk-nunjuk

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 64% iaitu 64 responden mengatakan bahawa

menyapu sampah ketika tetamu berada di dalam rumah ibarat menghalau para

tetamu.Manakala 30% iaitu sebanyak 30 responden mempercayai membuang tuah jika

menyapu sampah ketika tetamu berada di rumah. Hanya 6% iaitu 6 responden yang

43
mengatakan menyapu sampah ketika tetamu berada di dalam rumah ibarat sedang menunjuk-

nunjuk. Hasilnya, hampir 2/3 daripada keseluruhan responden yang mengetahui bahawa tidak

dibernarkan menyapu sampah ketika tetamu berada di dalam rumah kerana ibarat sedang

menghalau tetamu.

SOALAN 4

Mengapakah tidak dibenarkan lalu di bawah kain jemuran?

51 Nanti jodoh lambat sampai

Nanti kepala sakit


37

12 Nanti orang tidak mahu datang ke rumah

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 51% iaitu 51 responden mempercayai bahawa lalui di

bawah kain jemuran akan mengakibatkan jodoh lambat sampai. Manakala 37% iaitu

sebanyak 37 responden mempercayai boleh mengakibatkan sakit kepala jikalau lalu di bawah

kain jemuran. Baki 12% iaitu 12 responden yang mempercayai orang tidak mahu datang ke

44
rumah jika lalu di bawah kain jemuran. Hasilnya, hanya sekumpulan responden iaitu 37%

yang mengetahui bahawa tidak dibenarkan lalu di bawah kain jemuran kerana boleh

terjadinya kepala sakit. Hampir 2/3 daripada responden iaitu 63% yang tidak mengetahui

mengenai pantang-larang tersebut.

SOALAN 5

Mengapakah tidak dibenarkan menunjukkan jari yang berinai kepada ayam?

48 Takut inai tidak merah

Takut 37 dibenci oleh mak mertua

15 Takut jodoh lambat sampai

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 48% iaitu 48 responden mengatakan bahawa mereka

takut inai tidak merah jika menunjukkan jari yang berinai kepada ayam. Manakala 37% iaitu

sebanyak 37 responden mempercayai akan dibenci oleh mak mertua jika menunjukkan jari

45
yang berinai kepada ayam.Baki 15% iaitu 15 responden yang mempercayai bahawa jodoh

akan sampai lambat jika menunjukkan jari yang berinai kepada ayam. Hasilnya, hampir

separuh daripada respondon, iaitu 48% mengetahui bahawa tidak dibenarkan menunjukkan

jari yang berinai kepada ayam kerana takut inai tidak merah. Manakala 52% daripada

responden yang tidak mengetahui mengenai pantang-larang tersebut.

SOALAN 6

Mengapakah tidak dibenarkan menindih pinggan semasa makan?

44 Takut kahwin banyak kali

Takut 32 kahwin ramai

24 Takut payah dapat anak

Berdasarkan carta pai di atas, kesedaran tentang pantang-larang yang mengatakan tidak

dibenarkanmenindih pinggan semasa makan kerana takut akan kahwin banyak kali hanya

46
diketahui oleh 44% iaitu 44 responden. Manakala 32% iaitu sebanyak 32 responden

mempercayai akan mengakibatkan kahwin dengan ramai pasangan jikalau menindih pinggan

semasa makan. Baki 24% iaitu 24responden yang menpercayai akan menjadi susah untuk

mendapat anak jika menindih pinggan semasa makan.

SOALAN 7

Dari manakah anda mendapat pengetahuan mengenai pantang-larang lama kaum Melayu?

Keluarga
77

15 Saudara mara

8 Rakan

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 77% iaitu 77 responden mengatakan mereka

mendapat ilmu pengetahuan mengenai pantang-larang daripada keluarga mereka. Manakala

47
15% iaitu sebanyak 15 responden mengatakan mereka mempelajari ilmu pantang-larang lama

kaum Melayu daripada saudara-mara mereka. Hanya 8% iaitu 8 responden yang mengatakan

mereka mendapat pengetahuan pantang-larang lama kaum Melayu daripada rakan mereka.

Hasilnya, kebanyakan golongan muda kaum Melayu mendapat pengetahuan mengenai

pantang-larang lama kaum Melayu adalah daripada keluarga mereka dan diikuti oleh saudara

mara dan seterusnya daripada rakan mereka.

SOALAN 8

Adakah anda masih mengamalkan pantang-larang Melayu?

44 Jarang-jarang

Tidak 35

21 Ya

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 44% iaitu 44 responden mengatakan bahawa mereka

jarang-jarang mengamalkan pantang-larang Melayu. Manakala 35% iaitu sebanyak 35

48
responden mengatakan mereka tidak mengamalkan pantang-larang Melayu. Hanya 21% iaitu

21 responden yang masih mengamalkan pantang-larang Melayu.

SOALAN 9

Adakah pantang-larang Melayu ini boleh memberi kesan kepada kehidupan anda?

40 Tidak pasti

Tidak 37

23 Ya

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 40% iaitu 40 responden tidak pasti bahawa sama ada

pantang-larang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Manakala 37% iaitu

49
sebanyak 37 responden mengatakan bahawa pantang-larang Melayu tersebut tidak akan

memberi apa-apa kesan kepada kehidupan mereka. Baki 23% iaitu 23 responden yang

mempercayai bahawa pantang-larang Melayu tersebut boleh memberi kesan kepada

kehidupan mereka.

SOALAN 10

Adakah anda akan mengajar anak-anak anda tentang pantang-larang Melayu kelak nanti?

Ya
52

Tidak
48

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 52% iaitu 52 responden bersetuju untuk mengajar

anak-anak mereka mengenai pantang-larang Melayu. Manakala 48% iaitu sebanyak 48

responden mengatakan bahawa mereka tidak akan mengajar pantang-larang Melayu kepada

50
generasi berikutnya. Hasilnya, hampir separuh daripada responden, iaitu 48%, mengatakan

tidak akan mengajar pantang-larang tersebut kepada generasi seterusnya manakala 52%

mengatakan sebaliknya.

SOALAN 11

Adakah pantang-larang Melayu perlu diketahui oleh semua generasi muda kaum Melayu?

61 Ya

Tidak 39

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 61% iaitu 61 responden bersetuju bahawa ada

keperluannya untuk generasi muda kaum Melayu mengetahui tentang pantang-larang.

Manakala 39% iaitu sebanyak 39 responden mengatakan bahawa generasi muda kaum

Melayu tidak perlu mengetahui pantang-larang Melayu. Hasilnya, hampir 2/3 daripada

51
responden, iaitu 61%, mengatakan perlunya diketahui pantang-larang Melayu oleh generasi

muda kaum Melayu manakala 39% mengatakan sebaliknya.

5.0 KESIMPULAN

Kepercayaan, pantang larang dan adat istiadat melayu umumnya merupakan pengaruh

daripada pelbagai unsur termasuklah kepercayaan animisme, Buddha, Hindu, Islam dan

perkara yang berkaitan dengan asimilasi tempatan dan juga barat. Unsur yang merupakan

kepercayaan karut dan bertentangan dengan ideologi Islam seharusnya tidak diterima akal

lagi. Namun, pantang larang yang boleh diterima dengan pemikiran rasional dan berkaitan

dengan adat resam yang tidak menyalahi akidah Islam serta bertujuan untuk mendidik wajar

diamalkan.

Pantang-larang lama kaum Melayu bukanlah suatu hukum bertulis tetapi haruslah diturunkan

kepada generasi seterusnya kerana ianya memberi manfaat secara tidak langsung terhadap

kehidupan kita. Contohnya pantang-larang seperti dilarang menduduk di atas bantal kerana

boleh naik bisul. Sebenarnya ia adalah untuk menjaga bantal tersebut daripada dikoyak dan

ianya adalah suatu perbuatan yang tidak sopan kerana bantal tersebut adalah untuk melapik

kepala dan telah diletakkan di bawah punggung.

Ramai daripada golongan generasi muda masih tidak mengetahui pantang-larang lama

Melayu. Ini boleh dilihat daripada keputusan analisa data yang menunjukkan 19 responden

(19%), gagal menjawab soalan pertama dengan betul, 4 responden (4%) untuk soalan kedua,

36 responden (36%) untuk soalan ketiga, 63 responden (63%) untuk soalan keempat, 52

responden (52%) untuk soalan kelima dan 56 responden (56%) untuk soalan keenam.

52
Hal demikian mungkin disebabkan golongan muda kurang menitikberatkan pantang-larang

tersebut apabila analisa menunjukkan hanya 21 responden (21%) yang mengamalkan tradisi

tersebut. Tambahan pula, hanya 23 responden (23%) yang bersetuju bahawa mengamalkan

pantang-larang tersebut boleh memberi kesan terhadap kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, masih ramai daripada responden (52%) yang mengatakan bahawa

mereka setuju untuk mengajar anak-anak mereka mengenai pantang-larang pada masa akan

datang.

Di samping itu, majoriti (61%) masih bersetuju bahawa semua generasi muda kaum Melayu

perlu mengetahui tentang pantang-larang tradisi mereka walaupun ramai yang sudah tidak

mengamalkan tradisi tersebut.

Oleh yang demikian, meskipun pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat kini sudah

semakin ditinggalkan, namun dari sudut pemikiran rohani, lahiriah, saintifik dan pemikiran

kreatif maka pantang larang harus dipertahankan juga kerana kewujudannya itu bukan sahaja

untuk kebaikan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat malah dapat membentuk jiwa

manusia yang seimbang.

Sehubungan itu, ada kewajarannya pantang larang orang melayu ini dikaji bagi

memperincikan lagi kerasionalannya agar semua masyarakat melayu mengenali pantang

larang nenek moyang mereka yang pernah menjadi cara penyampaian etika dan nilai, serta

kebanggaan pada suatu masa dahulu.

53
6.0 BIBLIOGRAFI

1. Mohamed, A. O. D (2011). Asal usul orang melayu: menulis semula sejarahnya.


Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses pada 20 November 2017 ,
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5003/2554
2. Mansyur, M. (2016). MIGRASI DAN JARINGAN EKONOMI SUKU BUGIS DI
WILAYAH TANAH BUMBU, KERESIDENAN BORNEO BAGIAN SELATAN
DAN TIMUR, 1930-1942. Jurnal Sejarah Citra Lekha, 1(1), 24-39.
3. Abdullah, H. (1985). Manusia Bugis Makassar: suatu tinjanuan historis terhadap pola
tingkah laku dan pandangan hidup manusia Bugis Makassar. Inti Idayu Press.
4. Omar, A. H., & Omar, H. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia.
5. Rahim, A. R. (2011). Nilai-nilai utama kebudayaan Bugis. Ombak.
6. Asmah Haji Omar, (2005). Sama Serumpun Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Institut Peradaban Melayu
7. https://books.google.com.my/books?isbn=9832620856
8. De Graaf, H. J., & Pigeaud, T. H. G. (1985). Kerajaan-Kerajaan Islam di Jawa: Pera-
lihan dari Majapahit ke Mataram. Jakarta: Grafiti Pers.
9. Khazin Mohd. Tamrin Orang Jawa di Selangor, penghijrahan dan penempatan, 1880-
1940
10. Othman, M. A. H. (1985). Identiti etnik Melayu. Fajar Bakti.
11. M. Suriansyah Ideham, Urang Banjar dan kebudayaannya, Pemerintah Propinsi
Kalimantan Selatan, 2007v
12. C. J. van Baalen, Muhammad Saleh Montes (Teuku.), Bahasa Austronesia baku:
perbandingan bahasa-bahasa Austronesia : buku studi, Volume 2, Pusat Dokumentasi
dan Informasi Aceh, 1997
13. Liew Yoke Lin (2013) Buku teks Pendidikan Sivk Dan Kewarganegaraan.
14. Pusat Maklumat Rakyat (PMR). Diakses pada 20 Nov 2017,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5993- perayaan-aidiladha.html
15. Azmi Ahmat dan Rosnani Rifin “ Sri Perayaan Di Malaysia (Aidil Adha)” Delima
Ilmu 2010.
16. Hari- Hari Perayaan Masyarakat Malaysia (2006) ,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara
17. PENYELARAS QURBAN & AQIQAH. Diakses pada 20 Nov 2017,
http://www.amalqurban.com/sejarah-dan-makna-idul-adha/
18. Portal rasmi Masjid Al-Kauthar. Diakses pada 20 November 2017, http://
masjid.islam.gov.my

54
19. Zainal Jaslan , 2006 Buku Ilmiah (Hari- Hari Raya Masyarakat Malaysia)
20. Portal Rasmi JAKIM cawangan Sabah. Nuzul Al-Quran. Diakses pada November 17
2017, http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=96:keajaiban-saintifik-al-
quran&catid=32&Itemid=180&lang=ms
21. Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Diakses
pada November 17 2017, https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/23/menyingkap-
tabir-sejarah-peristiwa-penurunan-al-quran-nuzul-al-quran/
22. Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sejarah Awal Muharram.Diakses pada November 18
2017, https://syedibra.wordpress.com/2015/10/13/sejarah-awal-muharram/
23. Portal Rasmi Masjid Al Ikhlas seksyen 13 shah Alam. Kisah Bermulanya kelendar
Islam. Diakses pada November 18 2017, http://www.masjidalikhlas13.my/node/135
24. Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram. Diakses pada
November 18 2017, https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/10/13/sambutan-tahun-
baru-hijrah-dan-keistimewaan-bulan-muharram/
25. Portal Rasmi Jakim Cawangan Sabah. Israk dan Mikraj : Hubungannya Dengan Solat.
Diakses pada November 19 2017, http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=92:israk-dan-mikraj-hubungannya-dengan-
solat&catid=32:artikel&Itemid=180&lang=ms
26. Portal Jabatan Hal ehwal agama Negeri sabah. Khutbah Jumaat 04 Syabaan 1436H
bersamaan 22 Mei 2015M. Isra’ Mikraj dan pensyariatan solat. Diakses pada
Noivember 19 2017. http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-
Jumaat/Tahun-2015/05-Mei/Khutbah-Jumaat-04-Syabaan-1436H-Bersamaan-22-Mei-
2015.pdf
27. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Muka Surat 1202
28. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Muka Surat 1135
29. Ani Haji Omar, (2014), Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari
perspektif teori SPB4K, Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Muka Surat 86
30. Kasdu Erwanto (2017), Pantang Larang Dalam Masyarakat Melayu Kecamatan Bunut
Hilir Kabupaten Kapuas Hulu Menggunakan Kajian Sosiolinguistik, Program Studi
Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia FKIP Untan, Pontianak, Muka Surat 12.
31. Kamus Dewan, Edisi Empat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses pada 15
November 2017, http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bantal
32. Ani Haji Omar (2014). Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis
Dari Perspektif Teori Spb4k, Penerbit Universiti Sultan Idris, Muka Surat 89
33. Elwida Suri (2013), Peranan Adat Pantang Larang Dalam Penerapan Norma-Norma
Yang Berlaku Di Masyarakat Suku Melayu Desa Bukit Batu Kecamatan Bukit Batu
Kabupaten Bengkalis, Kampus Universitas Riau Panam, Muka Surat 9
34. Hadijah Haji Hassan (2006), Pantang Larang Kitanai, Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Muka Surat 24
35. Ani Haji Omar (2014), Op Cit., Muka Surat 89
36. Wan Nan Wan Mahmud (2001), Perbuatan Yang Menjadi Pantang Larang Orang
Melayu Perlis, Penerbit Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis, Muka Surat 1
37. Noor Hasimah M Yacob (2017), Pantang Larang Tradisional Di Kalangan
Masyarakat Melayu, Faculty Of Accountancy, Universitu Teknologi Mara Pahang

55
38. Wan Nan Wan Mahmud (2001), Perbuatan Yang Menjadi Pantang Larang Orang
Melayu Perlis, Penerbit Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis, Muka Surat 1
39. Noor Hasimah M Yacob (2017), Pantang Larang Tradisional Di Kalangan
Masyarakat Melayu, Faculty Of Accountancy, Universitu Teknologi Mara Pahang
40. Elvina Syahrir (2016), Ungkapan Pantang Larang Masyarakat Melayu Belantik,
Muka Surat 7
41. Nurmalina (2015), Pantang Larang Dalam Masyarakat Kampar Dan Relevansinya
Dengan Pendidikan Karakter, Penerbit Pahlawan Tuanku Tambusai Riau, Muka Surat
6
42. Ani Hj Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Fakulti Bahasa dan Pendidikan,
43. http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/?p=172

44. Abdullah Yusof, 2006. “Beberapa Aspek ‘Urf Fasid dalam Budaya Melayu dan
Kesannya Terhadap Hukum”
45. Hanapi Dolah dan Mohd Nazri Ahmad, 2000 dlm.Anwar Din (ed) Asas Kebudayaan
dan Kesenian Melayu. Bangi : Penerbit UKM
46. Anisah Barakah, 2007. Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
47. Muhd Alif Redzuan, 2005. “Budaya Makan” dlm. Dewan Budaya, Jun hlm. 10-11,
2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
48. Zaharah Nawawi. “Budaya Makan Masyarakat Malaysia” dlm. Majalah Dewan
Budaya hlm. 12-13, Jun, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
49. Robiah Sidin dan Juriah Long, 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
50. Arikunto, Suharsimi. 2002. Metodologi Penelitian. Penerbit PT. Rineka Cipta. Jakarta.
51. Lexy J Meleong (2006), Metode Penelitian Kualitatif, Amazon, Muka surat 10

Lampiran

56
FAKULTI KESIHATAN DAN KESELAMATAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN
Borang Soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian terhadap kesedaran golongan muda
kaum melayu terhadap pantang - larang lama kaum melayu di Malaysia. Segala maklumat
yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tinjauan kajian samata-mata.
Terdapat dua (2) bahagian dalam soal selidik ini iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Sila
tandakan (√ ) di ruangan kotak yang telah disediakan. Kerjasama tuan/puan/cik untuk
menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan telus amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERIBADI

1) Negeri :____________________

2) Jantina : Lelaki Perempuan

BAHAGIAN B : SOALAN KAJI SELIDIK

1) Mengapa “anak gadis dilarang duduk di atas tangga”?


Dikhuatiri lambat dipinang orang
Dikhuatiri akan ditimpa malapetaka
Dikhuatiri akan berkahwin cepat
2) Mengapakah “tidak boleh duduk diatas bantal”?
Kerana boleh naik bisul

Kerana boleh naik kurap

Kerana boleh naik kudis buta


3) Mengapa “tidak dibenarkan menyapu sampah ketika tetamu di dalam rumah”?
Ibarat membuang tuah
Ibarat menghalau tetamu

Ibarat sedang menunjuk- nunjuk

4) Dari manakah anda mendapat tahu tentang pantang-larang lama kaum Melayu?
Keluarga
Rakan
Saudara - mara
57
5) Adakah anda masih mengamalkan pantang-larang Melayu?
Ya
Tidak

Jarang
5) Adakah pantang-larang Melayu ini boleh memberi kesan kepada kehidupan anda?
Ya
Tidak

Tidak pasti

6) Adakah anda akan mengajar anak-anak anda tentang pantang-larang Melayu kelak?
Ya

Tidak
7) Mengapakah kita tidak dibenarkan lalu di bawah kain jemuran?

Nanti jodoh lambat sampai

Nanti kepala sakit

Nanti orang tidak mahu datang ke rumah

8) Mengapakah kita tidak dibenarkan menunjukkan jari yang berinai kepada ayam?

Takut dibenci oleh mak mertua

Takut jodoh lambat sampai

Takut inai tidak merah

9) Mengapakah tidak dibenarkan menindih pinggan masa makan?

Takut kahwin ramai

Takut kahwin banyak kali

Takut payah dapat anak

10) Pada pendapat anda, adakah pantang-larang Melayu perlu diketahui oleh semua generasi
muda kaum Melayu?
Tidak
Ya
“SOALAN TAMAT”

Terima Kasih.

58

You might also like