Kgktperaturankelabguru01 121021100256 Phpapp01

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PERATURAN KELAB GURU & KAKITANGAN ( KGKT )

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU II,TAWAU,SABAH

Perkara 1 :NAMA
1.1 Kelab ini dinamakan sebagai Kelab Guru dan Kakitangan Bukan
Mengajar atau ringkasnya KGKT.

Perkara 2 :ALAMAT
2.1 Kelab ini ditubuhkan di dalam Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Peti
Surat 61364,91023 Tawau,Sabah.

Perkara 3 :RASIONAL
3.1 Guru yang cemerlang adalah guru yang terbaik hasil daripada kebajikan yang
terjaga dan terjamin serta permuafakatan yang konsensus.Justeru KGKT
ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan ahlinya melalui pelbagai kegiatan
dan sumbangan yang bermanafaat untuk ahlinya.

Perkara 4 :OBJEKTIF
4.1 Membantu dan menjaga kebajikan setiap ahli(guru-guru dan kakitangan bukan
mengajar).
4.2 Memberi peluang kepada setiap ahli mengambil bahagian dalam aktiviti
komuniti KGKT.
4.3 Memberikan sumbangan kepada ahli,sekolah dan masyarakat.
4.4 Mempereratkan hubungan silaturahim dan kekitaan setiap ahli melalui
kegiatan KGKT.

Perkara 5 :SASARAN
5.1 Semua guru dan kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar
Tawau Dua secara automatik menjadi ahli KGKT.

Perkara 6 :LOGO
Ahli yang bersatu hati di bawah
SK. Bandar Tawau II
Ringkasan nama kelab
Maju dan berkebajikan untuk ahli
Nama penuh kelab

Perkara 7 :VISI
7.1 Memperkasa KGKT menjelang 2010.

Perkara 8 :MISI
8.1 Merealisasikan KGKT yang bersatu dan membantu ahli-ahlinya.
Perkara 9 :KEAHLIAN KGKT (SECARA AUTOMATIK)
9.1 Semua guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Tawau.

9.2 Semua kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua.

9.3 Semua ahli wajib menghadiri mesyuarat agung tahunan,mesyuarat am,


mesyuarat tergempar,taklimat dan setiap aktiviti anjuran KGKT.

9.4 Semua ahli berhak bercakap,mengundi dan diundi.

9.5 Semua ahli yang aktif dan mempunyai keistimewaan ialah pembayar yuran
yang tetap setiap bulan tanpa tergantung lebih daripada tiga bulan.

9.10 Semua ahli tidak aktif ialah ahli yang tidak menjelaskan yuran lebih daripada
tiga bulan tanpa sebarang tunjuk sebab dan segala keistimewaan sebagai ahli
ditarik balik sehingga menjelaskan sepenuhnya tunggakan yuran KGKT.

Perkara 10:.KEWANGAN / YURAN BULANAN


10.1 Semua ahli diwajibkan membayar yuran RM10.00 sebulan (kecuali
disember) iaitu RM110.00 setahun.

10.2 Tahun kewangan kelab ini bermula pada bulan 01 Julai dan berakhir pada 30
Jun tahun berikutnya.

10.3 Kutipan yuran adalah untuk kebajikan dan kegiatan semua ahli dalam aktiviti
KGKT.

10.4 Tindakan boleh diambil kepada ahli KGKT yang tidak menjelaskan yuran
dengan penyerahan surat peringatan sekiranya selepas tempoh tiga bulan
secara berturut-turut masih tidak menjelaskan yuran KGKT tanpa
sebarang alasan munasabah. Ahli tersebut akan dianggap sebagai ahli
tidak aktif dan dikecualikan daripada kegiatan KGKT dan tidak lagi
mempunyai
keistimewaan.

10.5.Pengeluaran wang hanya boleh diluluskan oleh Pengerusi untuk kegunaan


dan kepentingan KGKT.

10.6 Naib pengerusi hanya boleh meluluskan pengeluaran wang di atas kebenaran
Pengerusi.

10.7 Pengeluaran wang dari bank melalui cek hanya boleh dilakukan dengan
tandatangan dua daripada tiga penama iaitu Pengerusi,Setiausaha atau
Bendahari.

10.8 Urusan kewangan akan diaudit oleh juruaudit dan diuruskan oleh
Bendahari.

10.9 Pembentangan laporan wang masuk,wang keluar,baki dan lain-lain akan


dibuat setahun sekali semasa mesyuarat agung atau permintaan oleh
2/3 ahli KGKT.
Perkara 11:.PENGUNDIAN / TEMPOH JAWATAN / PEMBUBARAN
11.1 Semua ahli berhak mengundi dan diundi.

11.2Tempoh 3 tahun adalah diberikan kepada Pengerusi,Naib Pengerusi,


Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari,Tugas-tugas khas dan barisan
Biro untuk menerajui KGKT sebelum pembubaran dan lantikan baru dibuat
melalui proses pengundian.

11.3 Sebelum pembubaran segala hutang piutang hendaklah diselesaikan oleh ahli
Semasa.

Perkara 12 ; MESYUARAT / TAKLIMAT


12.1 Mesyuarat agung tahunan akan diadakan satu tahun sekali.

12.2 Mesyuarat am boleh diadakan pada bila-bila masa yang perlu mengikut
penasihat atau pengerusi.

12.3 Mesyuarat tergempar boleh diadakan sekiranya diminta oleh 2/3 daripada
ahli atau AJK Teringgi di atas sebab yang berkepentingan untuk
KGKT dan
perlu diadakan dengan kadar segera.

12.4 Mesyuarat hanya boleh diadakan jika terdapat 2/3 daripada ahli.Kalau tidak
mesyuarat akan ditangguh dan mesti diadakan di dalam tempoh 14
hari.

12.5 Notis atau surat akan dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat diadakan.

12.6 Taklimat akan diadakan mengikut keperluan dan kepentingan KGKT pada
bila-bila masa.Notis adalah semasa atau sebelum hari taklimat.

12.7 Mesyuarat dan taklimat yang diadakan semasa pengajaran dan pemelajaran
perlu mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah.

Perkara 13: PENAUNG / PENASIHAT


13.1 Penaung yang juga penasihat kelab ini adalah Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Tawau.

13.2 Penasihat lain kelab ini adalah Penolong Kanan Satu,Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang.

Perkara 14: AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI


14.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi KGKT terdiri daripada Pengerusi,Naib
Pengerusi ,Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari, Tugas-tugas Khas,
Biro Kebajikan,Biro Rekreasi dan Sukan,Biro Kerohanian,Biro Jamuan dan
Keraian,Biro Keceriaan dan Buletin serta Biro Hadiah dan Cenderahati dan
Juruaudit.

14.3 Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi baru akan dipilih dalam mesyuarat
agung tidak melebihi tempoh tiga tahun semasa lantikan melalui pencalonan
dan undian.

14.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa sebelum tempoh


tiga tahun Pengerusi berhak memilih calon pengganti yang difikirkan sesuai.

14.5 Naib Pengerusi secara automatik akan menggantikan tempat Pengerusi


sekiranya berlaku kematian,berpindah ke sekolah lain,melepaskan
jawatan atau di atas sebab-sebab lain yang munasabah.

14.6 Pengerusi mesti memaklumkan kepada penaung atau penasihat atau


pihak sekolah sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan luar
KGKT.

14.7 Ahli Jawatankuasa Tertinggi berhak membuat segala keputusan demi


kepentingan KGKT.

Perkara 15 : SENARAI TUGAS PENAUNG/PENASIHAT DAN AHLI


JAWATANKUASA TERTINGGI

15.1 Penaung / Penasihat


a.Berhak memberi nasihat,teguran dan pemantauan.
b.Berhak memberikan pendapat atau keputusan akhir untuk KGKT.

15.2 Pengerusi
a.Berhak memanggil atau mempengerusikan Mesyuarat Agung
Tahunan,Mesyuarat Am,Mesyuarat Tergempar dan Taklimat.
b.Menandatangani minit-minit mesyuarat setelah mendapatinya tepat
demi mengesahkannya.
c.Dikehendaki mengawasi semua ahli KGKT menunaikan kewajipan dan
tugas mereka dengan betul,cekap dan bertanggungjawab.
d.Mengawasi pengendalian KGKT ini supaya dijalankan dengan cekap.
e.Bertindak sebagai jurucakap KGKT.
f.Menjadi penyelaras dan penasihat ke atas semua kegiatan KGKT.
g.Memimpin,merancang dan menentukan kegiatan dan aktiviti KGKT.
h.Membuat keputusan secara kolektif dan konsensus untuk KGKT setelah
dibincangkan bersama.

15.3 Naib Pengerusi


a.Membantu semua tugas Pengerusi KGKT.
b.Menjalankan dan mewakili Pengerusi KGKT semasa ketiadaannya.

15.4 Setiausaha
a.Mencatatkan minit-minit mesyuarat dan aktiviti KGKT
b.Menyampaikan minit-mint mesyuarat yang lalu untuk disahkan
c.Menyimpan dengan betul dan mengemaskinikan semua dokumen,buku
dan daftar KGKT (sistem fail).
d.Menyediakan agenda mesyuarat dan laporan tahunan KGKT.
e.Menjalankan kerja surat-menyurat.
f.Menjadi penasihat ke atas semua kegiatan KGKT.
15.5 Penolong Setiausaha
a.Membantu setiausaha menjalankan tugas.
b.Mengganti setiausaha semasa ketiadaannya.

15.6 Bendahari
a.Menyediakan dan menyampaikan laporan kewangan sewaktu mesyuarat
agung atau mesyuarat lain yang diperlukan.
b.Mengutip yuran daripada ahli KGKT dan menyediakan resit yang di cop
kepada ahli.
c.Menyediakan akaun,membuat simpanan di bank,pengeluaran atau
pembayaran mengikut nasihat Pengerusi setelah diaudit.
d.Berhak menyimpan wang tunai (cair) kelab tidak melebihi RM 200.00.
e.Menyimpan semua kutipan wang ke dalam bank setelah dimaklumkan
kepada juruaudit dan laporan kepada Pengerusi tidak lewat daripada tiga
hari.

15.7 Tugas-Tugas Khas


a.Membantu Pengerusi serta ahli jawatankuasa tertinggi mencari
bantuan / penaja untuk kegiatan luar KGKT.
b.Membantu merancang pendapatan kewangan KGKT selain yuran
KGKT.
c.Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan KGKT di atas nasihat Pengerusi
demi kepentingan KGKT.

15.8 Biro Kebajikan


a.Menyelaras dan memastikan kebajikan ahli dengan memberi sumbangan
kewangan atau hadiah atau keraian dan mengadakan lawatan atau ziarah
dengan pembahagian bantuan seperti yang berikut:-

Jenis Nilai Bantuan Penerima Kuantiti


Bil Bantuan (Wang/Hadiah/ Yang Layak Terimaan
Cenderahati)

1. Perkahwinan RM100.00 Ahli Satu Kali


Perkahwinan
2. Harijadi RM50.00 Ahli Satu Kali
Guru setahun
3. Melahirkan RM50.00 Ahli Satu Kali
anak kelahiran
4. Sakit yang RM100.00 Ahli & Mengikut
serius Suami/Isteri, keadaan
Anak,Ibu dan Bapa
5. Kematian RM200.00 Ahli & Mengikut
Suami/Isteri, keadaan
Anak,Ibu dan Bapa
6. Pelajaran RM50.00 Ahli & Anak Satu Kali
Cemerlang cemerlang
7. Naik haji RM100.00 Ahli Satu Kali naik
Haji
7. Bersara RM50.00 Ahli Satu Kali
persaraan wajib
8. Berpindah RM50.00 Ahli Satu Kali
perpindahan
9. Bantuan Luar Mengikut budi Ahli atau sekolah Mengikut
Jangka / bicara atau masyarakat keadaan
Derma yang memerlukan
/Sumbangan/
Bantuan
- SEBARANG PERUBAHAN ADALAH MENGIKUT KEADAAN-

15.9 Biro Rekreasi / Sukan


a.Menyelaras dan menganjurkan sukan dan permainan,sukaneka,hari
keluarga,lawatan rasmi dan tidak rasmi dan pelbagai kegiatan KGKT
berbentuk rekreasi dan sukan.

15.10 Biro Kerohanian


a.Menyelaras aktiviti ceramah,kursus,seminar,bengkel sambutan perayaan
agama islam,motivasi dan pelbagai kegiatan berbentuk kerohanian
berkaitan untuk ahli KGKT.

15.11 Biro Jamuan / Keraian


a.Menyelaras makan dan minum sesuatu jamuan atau majlis,aktiviti atau
keraian yang berkaitan kegiatan KGKT.

15.12 Biro Keceriaan / Buletin


a.Menyelaras bilik guru,papan kenyataan KGKT dan menyediakan buletin
aktiviti KGKT atau sesuatu pengumuman apabila diperlukan.

15.13 Biro Hadiah Dan Cenderahati


a.Menyelaras hadiah,cenderahati atau cendera kenangan untuk sebarang
kegiatan KGKT apabila diperlukan.

15.14 Juruaudit
a.Membuat pemeriksaan dan pengesahan kira-kira semua wang keluar,
wang masuk ,wang simpanan serta baki wang KGKT.
b.Pengesahan juruaudit adalah diakui oleh ahli KGKT dan muktamad.

You might also like