Professional Documents
Culture Documents
Pengertian Pengeluaran
Pengertian Pengeluaran
Pengertian Pengeluaran
Faktor Pengeluaran
Pengusaha
- orang yang mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengurus sesuatu proses
pengeluaran.
- mentadbir, menyelaras, dan mengorganisasikan faktor-faktor pengeluaran pada kos
yang terendah untuk meningkatkan keuntungan.
Modal
- aset berbentuk wang tunai, perkakas atau kelengkapan yang diperlukan untuk
menjalankan proses pengeluaran.
Tanah
- anugerah alam semula jadi tempat sumber alam dapat diperoleh sama ada di
permukaan bumi seperti tumbuhan dan ternakan, di perut bumi seperti petroleum
dan bahan galian, dan di dasar laut seperti mutiara, hidupan laut dan karangan laut.
Pekerja
- orang yang memberi sumbangan dalam bentuk fizikal dan juga mental.
- tiga golongan pekerja, iaitu pekerja mahir, separuh mahir, dan tidak mahir.
Bidang pengeluaran
perkilangan
(a) kilang memproses bahan makanan seperti biskut, roti, jem, kicap, sos cili, burger,
dan keropok.
(b) kilang membuat barang-barang pengguna seperti kasut, tayar, sarung tangan, seluar,
topi, dan pen.
(c) kilang membuat barang-barang industri seperti bahan kimia, paip, simen, tayar, dan
jentera.
pembinaan
- aktiviti yang menggunakan elemen-elemen barang separuh siap dan barang siap
untuk dipasang, diadun atau dibina supaya menjadi barang yang lengkap.
- perusahaan memasang kereta menggunakan elemen barang-barang siap seperti
tayar, bateri, lampu, dan cat untuk menghasilkan sebuah kereta yang lengkap.
perkhidmatan
- memberikan perkhidmatan secara terus kepada pelanggan.
- tidak menghasilkan barang sebaliknya pengeluar menggunakan kebolehan dan
kemahirannya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
- Contohnya mekanik, tukang gunting rambut atau penyanyi memerlukan modal untuk
mendapatkan pengetahuan dan latihan.
- Pengeluaran perkhidmatan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1. perkhidmatan secara langsung seperti penyanyi, pelakon, dan tukang gunting
rambut.
2. perkhidmatan awam seperti guru, polis dan jururawat.
3. perkhidmatan perdagangan seperti agensi perbankan.
- Bahan mentah atau input adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan
sesuatu barang.
Kebaikan Kelemahan
(a) kecekapan pekerja akan meningkat (a) membosankan kerana melakukan
kerana mereka melakukan kerja yang kerja yang sama setiap hari.
sama setiap hari. (b) menyekat perkembangan kreativiti
(b) pekerja yang cekap akan dalam kerja.
meningkatkan hasil pengeluaran (c) sukar untuk menilai sumbangan
menyebabkan kos keluaran seunit individu kerana mereka terlibat dalam
dapat dikurangkan. sebahagian pengeluaran sahaja.
(c) meningkatkan mutu barang yang (d) mewujudkan saling bergantungan
dikeluarkan. antara pekerja dengan pekerja yang
(d) menjimatkan masa bekerja kerana lain. Sekiranya pekerja berhenti
pekerja tidak perlu bergerak dari satu kerja, risiko pengangguran adalah
tempat ke tempat yang lain untuk tinggi kerana- sukar untuk
melakukan kerja. memperoleh kerja yang lain.
(e) pilihan pengguna adalah terhad
kerana barang mempunyai sifat dan
bentuk yang sama.
(f) kesihatan pekerja juga boleh
terganggu kerana pergerakan
pekerja adalah minimum.
(g) rasa tanggungjawab pekerja pudar
terhadap tugas-tugas atau kerja yang
lain.
Dalam proses pengeluaran, ada kalanya berlaku gangguan. Gangguan ini seperti
kerosakan mesin, kekurangan bahan mentah, ketiadaan bekalan elektrik atau pekerja
ditimpa kemalangan akan melambatkan pengeluaran. Gangguan dalam proses pengeluaran
juga dikenali sebagai sesakan.
Pengiraan Kos
- Pengeluar menghasilkan sesuatu keluaran dengan mengeluarkan belanja untuk
membeli bahan mentah, upah pekerja dan perbelanjaan lain seperti elektrik, air, sewa,
dan tambang pengangkutan.
- Semua perbelanjaan ini dinamakan kos pengeluaran atau kos projek. Semua belanja
perlu dikira dan direkod.
- Pengiraan belanja pengeluaran ini dinamakan pengekosan.
- Kos pengeluaran barang boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kos bahan mentah, kos
upah, dan kos overhed.
Kos bahan
- nilai pembelian bahan mentah bagi menghasilkan keluaran dinamakan kos bahan
mentah.
Kos Upah
- kos yang dibayar kepada pekerja untuk menyiapkan sesuatu projek.
- Upah yang dibayar kepada pekerja adalah mengikut kiraan jam bekerja, hari atau
bulan.
- Kos upah juga dibayar mengikut kuantiti barang yang dihasilkan.
- Contoh pengiraan upah mengikut kiraan jam adalah dengan mendarabkan masa
yang digunakan untuk menyiapkan projek dengan jumlah pekerja yang digunakan
serta kadar upah sejam.