Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

BIL 1/2018

Tarikh: 14 Mac 2018


Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Bilik Melur, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Penampang
Pengerusi: Puan Mardianah bt Hj. Mohd Ibno (Penolong Pegawai Pendidikan Dadah, PPD
Penampang)

Kehadiran:

1. Woo Zi Bin 15. Rabiatul Adawiyah binti Mohamad


2. Chew Sew Wah 16. Asmawati Yassin
3. Roselinda George 17. Thong Kheng Bee
4. Erdahwati Mohd Yunus 18. Fadzilawati Hussin
5. Nelvin Ebin 19. Manjawati Abd Latiff
6. Wilfred Gating 20. Faradewiflady @ Farah
7. Chieng Soon Kwong 21. Marjorie G. Puvok
8. Arman Ismail 22. Darma Djori
9. Jckles Lanjian 23. Anastasia Leoh
10. Jenny Koh 24. Salimah @ Linie Arsis
11. Rosa Martin 25. Neami Nomi Angah
12. Muhammad Syafiq Hafiz 26. Siti Khadijah Ibrahim
13. Maslinah Mohd Taripin 27. Japit Sitang
14. Rosmilin Jakmun

Agenda

1. Ucapan aluan oleh Pegawai Khas Dadah PPD Penampang


2. Pengesahan minit mesyuarat Bil 3/2017
3. Perancangan Tahunan/ Takwim PPDa 2018
4. Pembentangan Pelaporan Data/Program 2017 semua sekolah
5. Karnival PPDa Peringkat Daerah Penampang 2018
6. Penarafan Bilik Sumber/ Sudut/ Lorong/ Laluan PPDa 2018
7. Program Mentor Mentee PPDa
8. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi

Puan Mardianah mengalu-alukan kehadiran semua guru penyelaras PPDa yang hadir pada
mesyuarat pada kali ini. Beliau meminta guru untuk memuat turun bahan atau maklumat
berkaitan PPDa daripada akaun e-mel PPDa Penampang. Selain itu, kumpulan ditubuhkan di
aplikasi Telegram iaitu ‘PPDa Penampang’ ditubuhkan untuk memudahkan semua
maklumat disampaikan kepada guru-guru. Walaupun ramai guru PPDa baharu yang dilantik
pada tahun ini tetapi PPDa bukanlah perkara baru di sekolah.
Tindakan: Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2017

2.1 Sahabat PPDa yang dilantik berfungsi sebagai pemberi makumat berkaitan pendidikan
dan pencegahan dadah kepada murid yang lain seperti DARIH (Dadah, Alkohol, Rokok,
Inhalan dan HIV). Pelajar yang dilantik itu perlulah faham semua maklumat berkaitan
DARIH.

2.2 Program KOTAK dan I’m Free, SK Kibabaig dan SK Tansau akan menjadi sekolah rintis
bagi program KOTAK dan I’m Free. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bermula dengan saringan pemeriksaan gigi
murid sekolah dan akan diperhalusi lagi. Guru yang mendapat jawatan sebagai guru PPDa
harus pandai membahagikan masa dan perlukan sokongan daripada rakan lain kerana
banyak program dan modul yang perlu dilaksanakan di sekolah.

2.3 AADK akan melaksanakan kempen Perangi Dadah habis-habisan 3.0 pada tahun ini.
Mereka diberikan kebenaran untuk masuk hingga ke kawasan kampung dan akan ke sekolah
untuk memantau pelaksanaan program PPDa selepas cuti sekolah ini nanti. Borang
Pemantauan dan semua maklumat ada dimuatnaikkan dalam aplikasi Telegram melalui
kumpulan ‘PPDa Penampang’.

2.4 Guru dari SK Kg. Contoh melaporkan aktiviti anti DARIH yang telah dilaksanakan di
sekolah mereka dan telah menjemput wakil daripada agensi AADK untuk menyampaikan
ceramah dan pameran berkaitan anti DARIH.

2.5 Mesyuarat Pengurusan PPDa akan dilaksanakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac,
Mei dan Oktober 2018.

2.6 Urine test perlu dilaksanakan oleh setiap sekolah dan perlu melalui PPD.

2.7 Karnival PPDa perlu dilaksanakan pada tahun ini dan SMK Bahang akan menjadi tuan
rumah dan akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

2.8 Pengurusan fail PPDa perlu disediakan dan maklumat boleh dimuat turun daripada
aplikasi Telegram melalui kumpulan ‘PPDa Penampang’.

2.9 Guru PPDa yang dilantik terdiri daripada guru akademik bukan daripada Guru Bimbingan
Kaunseling.

2.10 Minit Mesyuarat Pengurusan Unit PPDa Daerah Penampang Bil 3/2017
dicadangkan oleh Encik Jckles Lanjian dan disokong oleh Puan Neami Nomi Angah.
3.0 Karnival PPDa Peringkat Daerah Penampang 2018

3.1 Karnival PPDa akan dilaksanakan pada 3 Mei 2018 (Khamis) bertempat di SMK Bahang.
En. Nelvin Ebin (SMK Bahang) akan melantik AJK untuk Karnival PPDa ini daripada kalangan
guru-guru PPDa dan kertas kerja karnival serta senarai AJK akan dimuatnaik kemudian.

Tindakan: Makluman

4.0 Pembentangan Pelaporan Data/Program 2017

Semua guru Daerah Penampang membentangkan pelaporan data/Program 2017 dan


kebanyakan sekolah telah melaksanakan beberapa program di sekolah masing-masing. Puan
Mardianah juga menyatakan sekiranya sekolah ingin melaksanakan program yang memerlukan
perbelanjaan yang besar, boleh memohon kepada PEMADAM Daerah dan juga AADK serta
Yayasan Sabah.

Tindakan: Makluman

5.0 Penarafan Bilik Sumber/ Sudut/ Lorong/ Laluan PPDa 2018

Program mentor mentee PPDa akan diadakan terlebih dahulu sebelum penarafan dilaksanakan.
PPDa Daerah akan ke sekolah bersama rakan-rakan yang lain dan akan dibahagikan mengikut
zon/kumpulan. Setiap kumpulan akan bergerak dari sekolah ke sekolah dan bahan akan
dibekalkan oleh PPD. Kumpulan ini akan menggunakan bahan yang telah diberikan dan akan
membantu guru sekolah lain untuk mencantikkan lagi lorong PPDa di sekolah tersebut. Tujuan
dilaksanakan program ini ialah supaya semua fail dan maklumat dapat diselaraskan dan
walaupun perbelanjaan agak tinggi diperlukan namun guru boleh meminta peruntukan
daripada Guru Besar/Pengetua sekolah masing-masing.

Tindakan: Makluman

6.0 Hal-hal lain

6.1 Berkaitan program KOTAK, KKM dengan kerjasama Klinik Kesihatan Penampang akan
mengadakan ceramah berkaitan program KOTAK pada 5 April 2018 (Khamis) nanti kepada
semua Guru Bimbingan Kaunseling dan juga guru PPDa.

6.2 Data dan pelaporan wajib dihantar oleh sekolah kepada PPD dan ke JPN haruslah
menggunakan panduan dan borang-borang yang disediakan oleh Unit PPDa JPN Sabah. Semua
data dan pelaporan mestilah disusun secara sistematik dan diselaraskan oleh pegawai anti
dadah PPD masing-masing sebelum dihantar ke JPN. Setiap daerah juga perlu mewujudkan satu
jawatankuasa PPDa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana. Jika PPD tidak
lengkap menghantar laporan kepada JPN, satu surat tunjuk sebab akan diberikan kepada PPD
dan PPD akan arahan tunjuk sebab akan dihantar kepada sekolah yang tidak menghantar
laporan dan satu slip salinan kepada PPD. Oleh itu, sekolah yang melaksanakan program perlu
menghantar laporan dalam bentuk softcopy dan juga hardcopy kepada PPD.

6.3 Program SEJADAH akan diteruskan, I’m Free pula KMM akan ke sekolah dan memantau
perkembangannya dan urine test perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dan surat siaran
yang telah dikeluarkan. Manakala program IMAN pula, sekolah boleh memohon peruntukan
daripada PEMADAM negeri Sabah.

6.4 Puan Mardianah juga akan meletakkan perutusan sempena Hari Anti Dadah di pigeon hole
sekolah masing-masing dan perlu dibaca oleh Guru Besar/PH HEM/Pengetua dan pelaporan
serta gambar pelaksanaannya perlu disertakan sekali.

6.5 Puan Mardianah membentangkan Data Analisis Peringkat Negeri Sabah. Fokus pada tahun
2018 ini ialah pelaksanaan program secara enforce melibatkan bersama ibu bapa bersama
agensi-agensi lain. Jenis-jenis dadah yang disalahgunakan di Sabah ialah syabu, diikuti dengan
ganja, pil estacy dan seterusnya heroin dan morfin. Hanya 33% sahaja sekolah di negeri Sabah
yang mengadakan urine test.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________________ ______________________
(RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMAD) (PUAN MARDIANAH HJ. MOHD IBNO)
Setiausaha PPDa Pegawai Khas Pendidikan Dadah
Daerah Penampang PPD Daerah Penampang

Tarikh: Tarikh

Minit mesyuarat disahkan oleh: ………………………………………………………………………………

Disokong oleh : ………………………………………………………………………………

You might also like