Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kamu telah mewakili kamu dalam pertandingan syarhan peringkat daerah.

Tuliskan syarahan
kamu yang bertemakan Ciri-ciri Keluarga Bahagia selangkapnya.

SYARAHAN CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa
yang meneliti setiap detik waktu, guru-guru dan sidang dewan sekalian. Assalamualaikum dan
selamat sejahtera kepada para hadirin, berdirinya saya Arfa Qasrina di atas pentas ini adalah
bagi menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘Ciri-ciri Keluarga Bahagia'. Sebelum saya
mengorak langkah eloklah saya menerangkan dahulu definisi keluarga bahagia. Keluarga
bahagia ditakrifkan sebagai kelompok manusia yang mempunyai talian kekeluargaan yang
dapat menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan.

Hadirin sekalian,
Antara ciri keluarga bahagia ialah setiap ahli dalam kalangan sesebuah keluarga
dapat memainkan peranan masing-masing dengan baik. Contohnya ibu bapa seharusnya
melakukan tanggungjawab mereka dengan memenenuhi hak seorang anak seperti memberikan
pendidikan agama yang sempurna bagi menjamin masa hadapan yang cerah manakala anak-
anak berperanan membalas dan menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkan kepada
mereka dengan belajar bersungguh-sungguh supaya ibu bapa tidak menganggap usaha dan
pengorbanan mereka selama ini bagai mencurah air ke dalam keladi. Oleh itu, peranan setiap
ahli keluarga penting bagi menjamin keluarga bahagia.

Selain itu, ciri-ciri keluarga bahagia adalah saling mengasihani dan menyayangi satu
sama lain. Setiap ahli keluarga sepatutnya saling mengambil berat. Oleh hal yang demikian,
setiap isi rumah perlulah mengadakan perbincangan pada waktu tertentu bagi mengetahui
perkembangan semasa anak-anak atau bagi menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan
mereka. Selain itu, perbincangan akan mewujudkan komunikasi antara mereka, tidaklah
mereka seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata tak nampak akibat
tingkah laku mereka yang lebih mementingkan gadjet daripada masa bersama keluarga.

Sidang hadirin sekalian,


Ciri keluarga bahagia yang seterusnya adalah keluarga yang senantiasa melakukan
aktiviti bersama seperti berjoging pada hujung minggu, berkumpul pada waktu makan malam
dan membersihkan halaman rumah. Hal ini bagi memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli
keluarga dan mengeratkan lagi silaturahim yang sudah lama terjalin, di samping menyihatkan
tubuh badan dan menjadikan kediaman mereka sebagai sebuah teratak yang selamat dan indah
untuk didiami bersama.

Akhir sekali, keluarga bahagia wujud kerana sikap warga rumah yang mengamalkan
ajaran agama kerana bagi mereka Tuhanlah yang memberikan nikmat keluarga bahagia kepada
mereka. Oleh hal yang demikian, mereka akan menzahirkan ucapan syukur itu dengan
menunaikan solat secara berjemaah dan dan sama-sama memanjatkan doa agar nikmat
keluarga bahagia ini akan terus dirasai sehingga ke penghujung hayat mereka.

Konklusinya, terdapat pelbagai aspek yang menjurus pada kebahagiaan sesebuah


keluarga seperti peranan setiap ahli keluarga dan nilai kasih sayang yang tersemat sesama
mereka. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, keluarga bahagia juga memainkan peranan
penting untuk kemajuan sesebuah keluarga. Hal ini kerana, daripada kalangan sesebuah
keluarga itu akan wujudlah generasi yang akan memimipin negara pada masa akan datang.
Sekiranya mereka dididik dengan sempurna maka baiklah negara pada masa depan dan jika
sebaliknya, hancurlah segara impian negara masa kini. Sebelum saya melabuhkan tirai
syarahan saya pada hari ini, ingin saya menyeru kepada warga dewan agar binalah keluarga
bahagia kerana keluarga bahagia merupakan tunggak kemajuan negara.

You might also like