Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

JURNAL MINGGU 1

Major/Minor : Sejarah/Pendidikan Kesihatan

Fasa : Kedua

Nama Sekolah : SJK(T) MAK MANDIN

Tarikh : (3/7/2017-6/7/2017)

Masalah : Persekitaraan dan Budaya Sekolah

1.Masalah yang difokuskan

Minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di SJK(T) Mak Mandin bagi
menjalankan praktikum saya fasa kedua. Saya rasa sangat teruja dan gembira untuk
memulakan praktikum kali ini. Tiag hari yang pertama saya tidak lagi memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
Sepanjang tiga hari tersebut saya telah membuat pemerhatian terhadap cara guru
menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dan juga memerhatikan tingkah
laku murid-murid. Pada fasa kedua ini, saya dikehendaki mengajar subjek Sejarah dan
Pendidikan Kesihatan bagi tahun 4 dan 5.

Saya memanfatkan tiga hari yang pertama untuk mengumpulkan maklumat


mengenai sekolah untuk menyiapkan portfolio iaitu salah satu tugasan yang kami harus
dilaksanakan semasa membuat praktikum. Saya juga berusaha menyesuaikan diri saya
di SJK(T) Mak Mandin dengan mengadakan hubungan yang baik dengan guru-guru
sekolah di sana. Saya dan rakan praktikum saya juga telah membuat pemerhatian
terhadap persekitaran sekolah. Melalui pemerhatian ini kami telah mengetahui sekolah
ini mempunyai bilik ICT yang agak besar, Bilik Chrome dan juga bilik abda ke 21 serta
bahan-bahan bantu mengajar bagi matapelajaran sejarah.
Setelah mendapat jadual waktu, saya telah berjumpa dengan guru subjek
sejarah dan Pendidikan Kesihatan bagi kelas yang bakal saya mengajar. Kelas-kelas
yang akan saya mengajar ialah 4 Valluvar dan 5 Barathi bagi subjek sejarah dan 4
Barathi, 4 Agathiyar, 5 Valluvar dan 5 Agathiyar bagi subjek pendidikan Kesihatan.
Tujuan saya berjumpa dengan guru-guru subjek ialah bagi mendapatkan maklumat
seperti kognitif murid, standard pembelajaran dan Kandungan bagi setiap subjek dan
perlakuan murid. Melalui berjumpa kecil tersebut saya mendapat beberapa maklumat
penting yang dapat membantu saya untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Sepanjang tiga hari tersebut, saya telah dikehendaki memasuk kelas ganti bagi
kelas 4 Valluvar, 4 Agathiyar, 5 Valluvar dan juga kelas-kelas lain. Semasa saya
menghadiri kelas-kelas ganti masalah yang saya dapat lihat ialah kawalan kelas.
Masalah kawalan kelas merupakan satu masalah yang serius dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Jika seorang guru gagal mengawal kelas, maka beliau tidak dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar akan menyebabkan sesuatu
pengetahuan tidak dapat disampaikan dengan betul. Perkara ini akan mengakibatkan
murid-murid tidak mendapat pengetahuan yang secukupnya.

Pada 6 haribulan Julai 2017, saya telah memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi kelas 4 Agathiyar dan 5 Barathi. Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran masalah yang saya hadapai di kedua-dua kelas tersebut ialah masalah
kawalan kelas. Antara punca kepada masalah kawalan kelas ialah, terdapat beberapa
murid yang agak aktif, suka berbual dengan rakan mereka menganggu rakan sebelah,
tidak memberikan perhatian dan ada juga murid membuat masalah bagi menarik
perhatian guru. Terdapat juga murid yang pasif di dalam kelas. Oleh yang demikian,
sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini merupakan satu masalah yang perlu
diselesaikan secepat mungkin agat tidak menggangung proses pengajaran dan
pembelajaran.
Di samping itu, masalah yang lain saya kenalpasti dalam sekolah ini ialah pada
waktu rehat murid-murid tidak membuang sampah sarap dalam tong sampah. Hal ini
menyebabkan persekitaran kantin menjadi kotor dan juga menyusahkan murid-murid
yang akan berehat selepas itu. Masalah ini punca akibat ketiadaan tong sampah di
persekitaran kawasan kantin sekolah. Perlaku ini menunjukkan bahawa murid-murid
tidak mempunyai disipilin semasa berada dalam di kantin.

II Analisis Masalah yang difokuskan

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjaya sekiranya seorang guru


dapat menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Menurut Jere Brophy, pengurusan
bilik darjah berkesan ialah keupayaan guru untuk membentuk, memelihara dan
memperbaharui bilik darjah supaya menjadi satu persekitaran yang efektif untuk
pengajaran dan pembelajaran. Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan tingkah laku murid juga memainkan peranan yang penting. Menurut Carl
Roger (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Hal ini bermaksud , sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih
yakin. Jadi bagi mewujudkan konsep kendiri yang positif dalam diri seorang murid guru
harus memaikan peranan dengan memberikan peneguhan dan hukuman (Teori Skiner).

Antara punca kepada tingkah laku masalah di kalangan murid ialah murid
ingkinkan perhatian guru, kurang berkomunikasi dan mempunyai perasaan takut.
Punca-punca ini akan mewujudkan masalah disipilin seperti menganggu rakan sebelah,
tidak memberikan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
sebagainya. Begitu juga dengan masalah membuang sampah di kantin merata-rata
tempat wujud disebabkan kurang disipilin. Jadi sebagai seorang guru, saya harus
mengambil tindakan yang segera bagi mengatasi kedua-dua kelas ini.
III Cadangan untuk menyelesaikan masalah yang difokuskan

Langkah-langkah yang bakal saya akan laksanakan bagi mengatasi masalah kawalan
kelas ialah :

 Menjadikan murid-murid yang menganggu rakan kelas mereka sebagai


pembantu guru supaya rasa dihargai
 Guru harus memberikan peneguhan yang positif kepada murid yang berupa dari
tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Seperti memberikan hadiah
 Saya akan berusha menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai agar dapat menarik
perhatian murid
 Saya juga akan memberikan arahan yang ringkas dan mudah difahami agar
murid-murid dapat menjalankan tugasan dengan lancar.
 Saya akan menyediakan papan peraturan yang perlu diikuti oleh murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
 Memberikan pujian kepada murid yang menunjukkan kelakuan yang baik dan
positif.
 Saya akan berbincang dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyediakan tong sampah di sekitar kawasan kantin.

III Tempoh penyelesaiaan dan Keberkesanaan Tindakan Sususlan

Saya akan sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh masa tiga
minggu bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Hal ini kerana, saya
memerlukan masa untuk memahami murid saya dan punca kepada masalah tersebut.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan cuba melibatkan para murid
yang mempunyai masalah tingkah laku ini dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
saya. Saya berharap apabila berbuat demikian murid yang bermasalah dapat
mengubah sikap mereka. Bagi murid yang pasif saya akan cuba berbincang dengan
murid tersebut dan akan memberikan motivasi untuk berani bersuara dan sentiasa aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar (2008), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Sham Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

You might also like