Pro Pro

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NURMAHIRAH BINTI ARIS (2016437844) BAHAGIAN RADIO DAN TELEVISYEN

SITI NADIA BINTI SALLEH (2016437796)

PRO PRODUCTION

Pada 16 April 2018, pada jam 11.00 a.m. Pengurus bahagian radio dan televisyen

telah menghubungi beberapa pihak radio dan televisyen bagi meminta kerjasama mereka

untuk membantu menghebahkan acara Library Day 2018 kepada pihak luar dan juga orang

ramai. Kami selaku pelajar yang menguruskan bahagian ini telah menghubungi pihak radio

dan televisyen menerusi email dan panggilan telefon serta pesanan ringkas Whatsapp. Antara

radio dan televisyen yang telah kami hubungi adalah stesen televisyen RTM, TV9 dan NTV

7. Bagi radio pula kami telah hubungi radio UFM, IM4U FM, HOT FM, ERA FM dan

SINAR FM.

Terdapat 2 radio yang telah memberi maklum balas terhadap permohonan berkaitan

Library Day 2018, antaranya adalah UFM dan IM4U. Kami telah menghubungi pihak stesen

radio UFM melalui aplikasi Whatsapp dan dapat menyampaikan pesanan terus kepada

Penolong Penerbit Rancangan iaitu Puan Nurafiza Binti Abu Bakar. Beliau telah meminta

pihak kami untuk menyediakan dokumen seperti proposal acara dan menghantar seramai 2

orang wakil untuk diwawancara di studio stesen radio UFM. Mereka juga turut meminta kami

untuk menyediakan lapan soalan beserta jawapan yang akan digunakan semasa sesi

wawancara di stesen radio tersebut.

Saya selaku pihak bertanggungjawab untuk menguruskan bahagian ini telah

mengeluarkan surat permohonan bagi stesen radio tersebut dan menyediakan apa yang

diperlukan oleh pihak UFM., Temujanji antara pihak Library Day dan pihak radio UFM telah

ditetapkan pada hari Khamis 26 April 2018 pada jam 11.00 a.m. dan mereka akan ke udara

untuk mempromosikan acara Library 2018 melalui siaran rancangan di radio.


NURMAHIRAH BINTI ARIS (2016437844) BAHAGIAN RADIO DAN TELEVISYEN
SITI NADIA BINTI SALLEH (2016437796)

Bagi stesen radio IM4U, kami telah menghantar email dan menerima maklumbalas

daripada pihak mereka. Mereka meminta kami menghantar semula tentative program

bersama beberapa dokumen lain dan press release. Malangnya, pihak kami gagal berbuat

demikian kerana bahagian press release masih belum menyiapkan tugasan mereka dalama

masa terdekat. Kami terpaksa menangguhkan maklumbalas dan mengabaikan permintaan

mereka kerana masalah bahagian pengurusan yang lain.

POST PRODUCTION

Setelah selesai interview bersama pihak radio UFM pada 26 April 2018 pada jam

11.00 pagi . kami diberitahu bahawa siaran ulangan akan dimainkan sebanyak 4 kali ke udara

iaitu pada Jumaat pagi dan petang serta hari Ahad tengah hari dan Sabtu petang, jam siaran

ulangan tidak di tetapkan oleh pihak penerbit rancangan.

Bagi stesen radio IM4U, dukacitanya dimaklumkan kami tidak dapat mempromosikan

acara Library Day melalui stesen radio tersebut kerana terdapat kekangan masa dan beberapa

masalah yang timbul sepanjang proses permohonan. Semuanya adalah melibatkan bahagian

pengurusan press release yang gagal menjalankan tugasan mereka secepat mungkin.
NURMAHIRAH BINTI ARIS (2016437844) BAHAGIAN RADIO DAN TELEVISYEN
SITI NADIA BINTI SALLEH (2016437796)

LAMPIRAN

Pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp bersama pihak stesen radio UFM
NURMAHIRAH BINTI ARIS (2016437844) BAHAGIAN RADIO DAN TELEVISYEN
SITI NADIA BINTI SALLEH (2016437796)

Email maklumbalas pihak stesen radio IM4U

Email yang dihantar melalui aplikasi YahooMail

You might also like