Tugasan Kumpulan Prof Izham

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TAJUK : PROGRAM LETS HOP AND FUN

KANDUNGAN KESELURUHAN

Hopscotching Kit (HK) ini dicipta untuk membantu memudahkan pengajaran dan
pembelajaran subjek Bahasa Inggeris khususnya untuk memudahkan guru mengajar
pembinaan ayat dan penambahan “grammar” di kelas. Matlamat utama HK ini adalah untuk
menyediakan suasana pembelajaran lebih efektif yang akan mampu menarik minat murid
untuk lebih mencintai Bahasa Inggeris dan seterusnya menghapuskan tanggapan murid
terhadap subjek ini yang biasa dianggap sebagai subjek yang sukar untuk dikuasai.

Ini juga merupakan satu proses rangsangan dan motivasi kepada murid untuk lebih yakin
menggunakan Inggeris dengan lebih baik.

PENGENALAN

Masalah penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah rendah sangat kurang memuaskan


dikalangan murid SK.RTB Bukit Changgang. Dalam konteks pelajar, mereka tidak
mempunyai minat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris sehingga mereka tidak dapat
menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris terutamanya kemahiran
membina ayat dengan baik. Dalam konteks guru pula, guru tidak dapat menguasai teknik
penyampaian yang terbaik untuk mengajar murid membina ayat terutama ayat yang asas
dalam penulisan Bahasa Inggeris .

Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan walaupun

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan
meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang ilmu
dalam bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan (Maharam,2016).

Bahasa Inggeris bukan sahaja bahasa ekonomi antarabangsa, malah

menjadi bahasa teknologi bagi membolehkan negara menjadi lebih kompetitif dan
berdaya saing terutama dalam era dunia tanpa sempadan yang membentuk persekitaran
lebih liberal dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber (Yahaya, Hashim, & Che
Shariff, 2008; Yahaya, Mohd Noor, Mokhtar, Mohd Rawian, Othman, & Jusoff,
2009).

RASIONAL PROJEK

Masalah pelajar lemah dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris. Berdasarkan


keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016, mata pelajaran Bahasa
Inggeris menunjukkan peratusan murid yang gagal menguasai Bahasa Inggeris sangat tinggi.
Begitu juga jumlah peratusan murid yang mendapat A sangat rendah berbanding dengan
subjek-subjek lain. Jadi penghasilan hospchoching kit yang bersifat serampang dua mata ini
diharap dapat membantu guru dan dalam masa yang sama turut dapat menarik minat dan
membantu murid terutamanya murid yang lemah dan sederhana untuk menguasai kemahiran
asas membina ayat dan juga asas “grammar”.

MATLAMAT

Seperti mana yang telah diterangkan di awal pengenalan di atas ,fokus penghasilan
Hopscotching Kit adalah untuk kegunaan murid. Secara spesifik, Hopscotching Kit ini adalah
direka untuk kegunaan murid dengan aras pembelajaran tinggi dan sederhana. Ia akan
membantu murid dengan aras tinggi dalam membina ayat (simple sentences, compound
sentences/ complex sentences). Manakala Kit ini juga akan membantu murid sederhana dalam
memahami asas “grammar”.

Ia juga secara tidak langsung mampu bertindak sebagai serampang dua mata. Selain sangat
sesuai digunakan oleh murid, penghasilannya juga turut boleh dimanfaatkan oleh semua guru
terutama guru-guru Bahasa Inggeris. Seperti mana yang ramai sedia maklum, masalah utama
bagi kebanyakan guru-guru Bahasa Inggeris sewaktu perlaksanaan PDPC adalah bagaimana
mahu menarik minat murid untuk mempelajari bahasa ini.

OBJEKTIF

Seperti yang semua guru Bahasa Inggeris sedia maklum, pembinaan ayat dan juga
permasalahan “grammar” di kalangan murid merupakan kekangan utama dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di bilik darjah. Maka berasaskan
permasalahan ini, idea untuk menghasilkan Hopscotching Kit sebagai alat bantu mengajar
yang akan memudahkan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris di kelas masing-masing. Ini bertepatan dengan konsep mengintegrasikan permainan
sambil dalam pembelajaran.

Hasil pemerhatian di bilik darjah secara berterusan mendapati murid bermasalah untuk
memahami struktur dalam pembinaan ayat Bahasa Inggeris. Kit ini sangat membantu dalam
memberi panduan yang paling ringkas dan asas dalam pembentukan ayat bahasa Inggeris.
Disamping itu Kit ini juga boleh digunakan untuk membantu guru menghasilkan aktiviti
untuk pembelajaran asas “grammar” yang lebih menarik dan mudah untuk difahami oleh
murid. Kit ini boleh disesuaikan mengikut aras pembelajaran murid (perbagai kegunaan
berdasarkan aras kebolehan murid). Program ini dirancang untuk membantu dan member satu
dimensi baru tentang kaedah mempelajari Bahasa Inggeris kepada murid terutamanya murid
tahap dua. Program ini mensasarkan murid tahun 5 sebagai kumpulan sasaran.

ANALISIS SWOT
TEORI MODEL

Teori Motivasi

Gardner dan Lambert, Deci dan Ryan (1985) - Motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang menyeronokkan dan memuaskan. Motivasi memainkan peranan penting dalam
mempelajari bahasa asing.

Teori Model Taktikal

Dalam pembelajaran ini Model Taktikal digunakan seperti model TgfU (Teaching
Games for Understanding) yang merupakan pendekatan pengajaran permainan yang
mengubah corak dan pengajaran struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson)
atau skill based kepada pendekatan pelajar (student-based approach). Model TGfU ini juga
dikenali dengan nama model permainan taktikal atau Game Sense yang disebut di Australia.
Model TGfU dikembangkan dengan hasil usaha Rod Thorpe dan David Bunker (1982).

Model Taktikal ini dipilih dan disesuaikan dengan perancangan Hope Scotching
adalah disebabkan murid-murid dikehendaki terlebih dahulu memahami dan mengenali serta
menyedari masalah taktikal dalam pembelajaran ini. Berdasarkan taktikal dalam permainan,
murid-murid didedakhan dengan cara-cara taktikal dan menggabungkan kemahiran-
kemahiran (skill execution) yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Walaupu model ini
pada kebiasaannya digunakan dalam sukan permainan dan matapelajaran pendidikan jasmani
namun ia disesuaikan dengan pembelajaran HSc ini. Model ini juga telah menetapkan aspek
membuat keputusan dalam proses permainan yang dijalankan iaitu ”apa yang perlu / hendak
dilakukan” dan ”bagaimana hendak dilakukan”.
Model Tradisional

Dalam model tradisional ini secara umum mempunyai tiga sumbangan teori iaitu The
Social Darwinist (The Natural Law) oleh Herbert Spencer, The Scientific Management
Movement oleh Federick W. Taylor, dan idea-idea yang dikembangkan oleh Max Webber.

Model ini juga boleh digunakan dalam perancangan pembelajaran HSc ini kerana model ini
digunakan untuk memberikan dorongan kepada murid-murid agar melakukan tugas mereka
untuk menyelesaikan masal yang diberi, guru menggunakan sistem upah insentif (token)
kepada murid yang berjaya menyelesaikan masalah, semakin banyak mereka menghasilkan
atau mencapai hasil kerja yang sempurna, semakin faham dan tinggilah kualiti penghasilan
pembelajaran mereka.

Model Hubungan Manusia

Model ini di sumbangkan oleh Abraham Maslow dan Douglas Mc Gragor. Dalam
model ini guru disarankan adapt memberikan motivasi murid-muridnya dengan mengakui
keperluan sosial mereka untuk belajar dengan rasa seronok dengan pembelajaran yang
sedang dijalankan dan yang paling penting guru dapat merasakan kepuasan kerja kerana
murid-muridnya berjaya mernguasai apa yang dirancang.

Model Sumber Daya Manusia

Model Sumber Daya Manusia iaitu guru sendiri mempunyai motivasi yang sangat
tinggi, bukan hanya motivasi karana gaji ataupun kepuasan kerja, tetapi juga untuk
menunjukkan prestasi dalam dunia pekerjaan mereka. Tugas guru dalam model ini, bukanlah
untuk mengharapkan gaji pada hujung bulan sahaja tetapi juga untuk mengembangkan rasa
tanggungjawab bersama dalam mencapai tujuan organisasi dan kemenjadian murid-muridnya
mengikut kemampuan masing-masing.
SENARAI JAWATANKUASA PROJEK

Pengerusi

Tun Haji Jaini bin Darsan

Naib Pengerusi

Tuan Haji Abdul Rashid bin Kandam

Penyelaras Program Perancangan

Pn. Hamidah binti Abdul Aziz

Setiausaha

Pn. Noorazizah binti Muhamad

Juru Acara

Pn. Aniza binti Hashim

Bacaan Doa

Ustaz Fanizan bin Salimin

Buku Program

Pn. Nuruldina binti Talhis

Pendaftaran Peserta

Pn. Noor Azlinda binti Shuhaimi

Pn. Rohana binti Kamaruzaman

Pn. Nor Eliana binti Mohamad Hashim

Persiapan Dewan
En. Azmi bin Abdul Halim

En. Mohd Suhaimi bin Ayob

Jemputan

Pn Yulis Hayati binti Abrar

PA Sistem/ICT

En Yasar bin Bakri

En. Mohd Hafiz bin Hamid

Juru Foto / Dokumentasi

Pn Shashilawati binti Wazir

Cik Noorzaharina binti Abd Hamid

TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi: Pendaftaran

8.00 pagi: Peserta Mengambil Tampat

8.15 pagi: Bacaan Doa

8.20 - 10.00 pagi: Bengkel 1 - Penyediaan Bahan & Taklimat Kaedah (mendedahkan murid
dengan tatacara penggunaan kit dengan betul)

10.00 – 12.00 tengahari: Bengkel 2 – Aplikasi (supaya peserta menguasai teknik penggunaan
kit).

12.00 – 12.30 tengahari: Refleksi & Penyampaian Sijil

12.30 tengahari: Makan Tengahari & Bersurai


CARTA GANT URUTAN KERJA

BIL AKTIVITI 1/9 7/9 12/9 17/11 13/1

1 Mesyuarat Jawatankuasa induk X


HOPSCOTCHING.

2 Pembentangan kertas cadangan. X

3 Mesyuarat penentuan X
jawatankuasa program.

4 Taklimat Jawatankuasa Program X

5 Pelaksanaan program. X
ONE PAGE PROJECT MANAGER (OPPM)

Bagi tujuan pengawalan pelaksanaan, One Page Project Manager (OPPM) digunakan bagi
tujuan pemantauan perjalanan dan perkembangan perjalanan program.

Satu alat bukan nya kaedah/cara/ metodologi nntuk membentang maklumat ringkasan projek
dalam sehelai kertas A4dan ianya bertujuan untuk melaksanakan rancangan dan memantau
perkembangan dan perjalanan program yang dirancangkan.
ANGGARAN BAJET

Makanan RM10 x 80 orang = RM800

Peralatan – Hopscotching Kid (6 set) =RM300

Pelbagai = RM200

Bayaran Fasilitator RM100 X 10 = RM1000

Jumlah = RM2300

Sumber perbelanjaan (PIBG Sekolah) = RM1000

Unit Kaunseling Sekolah = RM 1300

PENJELASAN AKTIVITI PROJEK MENGIKUT ELEMEN PERANCANGAN

Perancangan ialah proses yang terdiri daripada beberapa elemen. Elemen-elemen ini
penting dalam memastikan sesuatu perancangan dapat dijayakan. Terdapat lima elemen
penting dalam sesebuah perancangan iaitu menetapkan matlamat, menganalisis persekitaran,
menetapkan tindakan alternatif, menilai alternatif dan memilih tindakan alternatif.

a. Menetapkan matlamat

Matlamat umum bagi organisasi yang terlibat iaitu Sk RTB Bukit Canggang adalah
untuk meningkatkan prestasi murid khususnya dalam penguasaan Bahasa Inggeris
terutama di kalangan murid dengan aras pembelajaran yang sederhana dan murid
dengan aras pembelajaran tinggi.
b. Menganalisis persekitaran organisasi

Menjadi dasar kepada tindakan pentadbir sekolah iaitu guru besar akan mengenal
pasti persekitaran dalaman dan luaran yang akan memepengaruhi keberkesanan dan
perjalanan organisasi yang akan menjamin kepada kejayaan perancangan ini. Terdapat
dua pengaruh persekitaran yang dimaksudkan iaitu persekitaran luaran dan dalaman.
Untuk organisasi ini, didapati persekitaran luaran yang dilihat akan mempengaruhi
keberkesanan perancangan ini adalah PIBG sekolah. Pihak PIBG akan menjadi
penyumbang terbesar untuk perbelanjaan yang akan digunakan bagi menjayakan
program yang dirancangkan. Manakala persekitaran dalaman yang terlibat dan akan
mempengaruhi kejayaan perancangan adalah sumber kewangan sekolah yang boleh
diperuntukkan bagi program ini dan juga keberkesanan pengurusan Panitia Bahasa
Inggeris dalam penglibatan mereka untuk memastikan perancangan terhadap program
ini dapat dijayakan.

c. Menetapkan tindakan alternatif

Pentadbir iaitu guru besar akan menentukan lebih daripada satu cara untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Dalam konteks kali ini matlamat yang disasarkan ialah
untuk meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Inggeris. Hopscotching kit yang
akan digunakan untuk progran Lets Hop And Fun, English Camp dan Bengkel Bahasa
Inggeris telah disenarai pendek untuk dibincangkan sebagai satu alternatif yang akan
dipilih bagi program tersebut.

d. Menilai alternatif

Pentadbir iaitu guru besar dan semua ahli Panitia Bahasa Inggeris membincangkan
dan menilai alternatif-alternatif yang tersenarai pendek dari sudut kekuatan dan
kelemahannya.

e. Memilih tindakan alternatif.


Program Lets Hop And Fun dengan menggunakan Hopscotching Kit sebagai alat
bantu telah dipilih berdasarkan perbincangan yang sebelumnya tentang setiap sudut
kekuatan program ini sekiranya ia dilaksanakan.

PENJELASAN AKTIVITI PROJEK MENGIKUT PROSES PERANCANGAN

Pada 1 September 2017

 Proses membincangkan dan mengenal pasti masalah yang utama bagi murid Sk RTB
Bukit Canggang.

 Jawatankuasa memutuskan untuk merancang satu program intervensi untuk subjek


Bahasa Inggeris bagi murid tahun 5 yang mempunyai aras pembelajaran yang
sederhana dan tinggi sebagai peserta kumpulan sasaran bagi program yang
dirancangkan.

 Setiausaha program yang dilantik diarahkan untuk menyediakan satu kertas cadangan
bagi program yang dicadangkan.

 Satu tarikh khas dipilih untuk melaksanakan satu mesyuarat bersama pentadbir dan
juga PIBG sekolah.

Pada 7 September 2017

 Kertas kerja program yang dinamakan “LETS HOP AND FUN” dibentangkan dalam
satu mesyuarat khas bersama pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG sekolah.

 Setiausaha program menerangkan secara terperinci objektif, rasional, matlamat


implikasi program dan kumpulan sasaran kepada ahli mesyuarat.

 Dalam mesyuarat ini juga, disertakan anggaran perbelanjaan dan permohonan


peruntukan daripada PIBG sekolah untuk diluluskan.
12 September 2017

 Satu mesyuarat jawatan kuasa induk diadakan untuk membincangkan pembentukan


jawatankuasa kecil dan juga membincangkan skop tugasan bagi setiap jawatankuasa
tersebut.

 Setiausaha diarahkan untuk menyiapkan satu senarai ahli jawatankuasa kecil dan
mengedarkannya kepada individu-individu yang terlibat.

17 November 2017

 Semua individu yang terlibat dikumpulkan dalam satu taklimat ringkas untuk
dimaklumkan tentang senarai jawatankuasa dan tugas bagi setiap jawatankuasa
tersebut.

 Pengarah program membentangkan tugas serta keperluan bagi setiap jawatankuasa


program.

KESIMPULAN

Prestasi murid adalah sangat penting bagi sesebuah sekolah. Penggunaan dan
penguasaaan Bahasa Inggeris merupakan satu aspek yang penting masa kini bagi memastikan
murid sentiasa berdaya saing dan mampu seiring dengan kepantasan perkembangan global.
Perancangan yang baik adalah sangat penting bagi memastikan matlamat untuk memastikan
peningkatan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris ini tercapai.
RUJUKAN

Maharam Mamat.2016. Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tahun satu di
UKM.

Yahaya, Hashim, & Che Shariff. (2008). Pengajaran Sains Dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris. Dalam Yusof Boon & Seth Sulaiman (Ed.), Permasalahan dalam
pendidikan Sains Dan Matematik.Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Yahaya, M. F, Mohd Noor, M. A., Mokhtar, A. A., Mohd Rawian, R., Othman, &
Jusoff, K. (2009). Teaching of Science and Mathematics in English: The teachers’
voices. English Language Teaching, 2(2), 141-147. DOI:
http://dx.doi.org/10.5539/elt.v2n2p141

You might also like