Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Merokok masih menjadi amalan segelintir anggota masyarakat walaupun jelas terbukti

bahawa merokok membahayakan kesihatan. Sehubungan dengan itu, anda ingin


menulis rencana yang bertajuk“Risiko-risiko Tabiat Merokok”

Tulis rencana itu selengkapnya.

Risiko-risiko Tabiat Merokok

Oleh: Abdul Ghani Talib

Merokok merupakan tabiat buruk tetapi amalan ini tetap menjadi pilihan segelintir
anggota masyarakat. Perokok seolah-olah tidak pernah berasa bersalah dengan
perbuatan mereka dan bertindak seolah-olah mereka tidak menyayangi diri sendiri.
Mereka dengan selamba menyalakan api rokok di hadapan khalayak ramai tanpa
mempedulikan perasaan orang lain yang berada di sekitar mereka. Walaupun sudah
banyak kempen kesedaran tentang bahaya merokok diadakan, namun tabiat merokok
menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Banyak pihak berpendapat bahawa merokok
melambangkan kehebatan seseorang. Persoalannya, apakah risiko merokok?

Nikotin yang terkandung dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan. Seseorang yang
merokok beberapa batang rokok sahaja akan sukar untuk meninggalkan tabiat ini yang
seolah-olah telah sebati dalam diri mereka. Nikotin akan meresap dalam darah apabila
disedut oleh perokok. Bau rokok sahaja akan menyebabkan perokok tegar tidak senang
duduk dan mereka mesti mahu merokok pada ketika itu juga. Keadaan ini akan
mengganggu rutin harian perokok sendiri. Seseorang yang ketagihan rokok akan
melakukan apa-apa sahaja asalkan mereka dapat merokok apabila mereka berasa
ketagih untuk merokok. Ketagihan rokok yang keterlaluan akan mendorong perokok
bertindak di luar batasan apabila ketagihan mereka terhadap rokok tidak dapat dipenuhi.

Adakah perokok sedar akan bahaya yang mengundang apabila mereka menyalakan
punting rokok?Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan racun. Racun
ini bukan sahaja akan membahayakan perokok tetapi turut membahayakan orang yang
berada di persekitaran perokok seperti isteri dan anak perokok. Contohnya, sebatang
rokok yang dinyalakan mempunyai 4000 bahan kimia baracun yang membahayakan
kesihantan dan mengundang maut. Kita perlu menghindari dan mengambil tindakan
pencegahan jika tedapat orang terdekat dengan kita yang merokok. Jadi, seseorang
perlulah mengambil langkah bijak dengan menjauhi tabiat merokok atau menjauhi
perokok. Kita tidak seharusnya mudah tergoda dengan ajakan perokok untuk mengikuti
tabiat mereka.

Hakikatnya, merokok boleh melesukan tubuh badan dan fikiran, bukannya


menenangkan fikiran. Pihak yang mengatakan bahawa mereka merokok semata-mata
unutk mendapatkan ketenangan adalah salah kerana belum ada kajian yang
menunjukkan kesahihannya. Contohnya seseorang yang ketagihan rokok akan berasa
gelisah apabila ingin menghisap rokok tetapi akan terus gelisah setelah merokok.
Mereka sebenarnya terpengaruh oleh iklan yang membayangkan ketenangan yang akan
diperoleh apabila mereka merokok. Perokok seharusnya mengambil inisiatif untuk
menghentikan tabiat buruk ini demi kesihatan fizikal dan fikiran mereka. Mereka juga
perlu membuang tabiat merokok daripada kamus hidup mereka demi kebaikan orang
yang dekat dengan mereka.

Hakikatnya, bau asap rokok akan menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu


orang lain yang tidak merokok. Kebiasaannya, perokok akan merokok di hadapan orang
lain dengan bersahaja tanpa mengambil kira sama ada orang itu mempunyai masalah
kesihatan atau tidak. Imej orang yang merokok sebenarnya sangat rendah pada
pandangan mata orang lain. Contohnya, perokok akan terus merokok selepaskan
makan di restoran tanpa menghiraukan orang lain yang berada di sekeliling mereka.
Mereka seolah-olah berasa tidak bersalah walaupun menyedari tindakan kurang senang
yang ditunjukkan oleh orang di sekeliling mereka lantaran berasa tidak selesa dengan
hembusan asap rokok mereka. Jelaslah bahawa perokok tidak pernah mengambil tahu
akan perasaan orang lain terhadap perbuatan mereka yang tidak berfaedah itu. Mereka
tidak mengambil kisah akan ketidakselesaan orang lain asalkan ketagihan terhadap
rokok dapat dipenuhi. Sikap sedemikian dianggap hanya mementingkan diri.

Selain itu, merokok boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Hal ini demikian
kerana perokok tidak akan menghiraukan orang lain walaupun isteri atau anaknya
sendiri. Perokok akan merokok dengan sepuas-puasnya walaupun ketika bersama-
sama anak dan isteri. Bantahan terhadap aktiviti merokok seolah-olah mengundang
perang besar dalam keluarga. Contohnya, perokok perlu menyediakan bajet yang besar
untuk merokok walaupun isteri dan anak mereka amat memerlukan wang tersebut untuk
membeli keperluan harian. Mereka tergamak untuk menghampakan perasaan keluarga
tetapi tidak sanggup untuk mengikis ketagihan merokok. Jelaslah bahawa perokok tegar
bukan sahaja boleh merosakkan diri malah mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Berdasarkan perbincangan tersebut, amat jelas dan nyata bahawa tabiat merokok
perlu dihindari oleh setiap orang. Perokok tidak seharusnya dibiarkan berada di tempat
awam. Mereka perlu dijauhkan daripada orang lain yang tidak merokok melalui undang-
undang. Mereka harus membuka mata bahawa di Malaysia sahaja terdapat 10000
kematian yang berpunca daripada asap rokok. Menurut perangan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, menjelang tahun 2020, dianggarkan 10 juta perokok di dunia akan mati dalam
setahun. Oleh itu, kita perlu menjauhi amalan merokok demi kesejahteraan hidup kita.

You might also like