Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

ULASAN ARTIKEL

Tahap Kesediaan Dan Keyakinan Pelajar Terhadap Penggunaan Laman


Sesawang Dan Kit Pembelajaran Interaktif Teknologi Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran

1.0 Pendahuluan
Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan fenomena baru dalam dunia
pendidikan. Pembelajaran berbantukan komputer berkembang seiring dengan
inovasi terkini teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan, merupakan satu keperluan yang telah
diutamakan. Kit pembelajaran interaktif pula adalah salah satu alat yang boleh
digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Menurut kamus dewan edisi
ke-2 kit bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang manakala
pembelajaran pula bermaksud proses perubahan tingkah laku. . Menurut
Zubaidah binti Abu Bakar (2005) menyatakan bahawa kit pembelajaran yang
digunakan mengandungi komponen-komponen seperti foto album, tayangan
video, buku nota pelajar, dan nota pelajar yang menggunakan perisian power
point dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu
subjek.

Dunia sekarang lebih terarah kepada globalisasi yang juga dikenali


sebagai dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh diperolehi dengan
mudah melalui penggunaan teknologi kerana kita boleh mendapatkan sesuatu
info dengan mudah dan pantas. Bidang pendidikan telah menyedari kebaikan
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses
pengajaran dan pembelajaran semakin mudah serta lebih menarik dengan
penggunaan kit pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini akan mewujudkan
penggunaan komputer dan teknologi dalam bidang pendidikan.
2

Penggunaan kit pembelajaran interaktif dan laman sesawang pendidikan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memberikan
impak yang positif dari pelbagai segi terutama kepada murid. Selain itu, kit
pembelajaran juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah lebih berkesan dan efektif. Sebelum mengadaptasi sesuatu teknologi
baharu, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menilai sejauh mana
tahap kesediaan dan keyakinan guru dan pelajar untuk menerima pengaruh
teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak kajian yang
telah dijalankan bagi mengetahui situasi ini.

Artikel ini merupakan salah satu kajian yang dijalankan untuk


mengenalpasti tahap kesediaan dan keyakinan pelajar terhadap
penggunaanlaman sesawang pendidikan dan kit pembelajaran interaktif melalui
pembelajaran berbantukan komputer.

2.0 Isu
Untuk melakasanakan misi yang murni ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menyediakan pelbagai penawaran kursus pengaturcaraan komputer di
institut pengajian tinggi dengan modul pembelajaran yang seiring dengan
perkembangan teknologi dunia seperti bidang Sains Komputer, Teknologi
Maklumat dan sebagainya. Pengaturcaraan adalah merupakan elemen utama
untuk menghasilkan bahan-bahan pembelajaran berbantukan komputer di bilik
darjah. Justeru itu, kebanyakan institut pendidikan tempatan mahupun luar
negara menawarkan kursus pengaturcaraan.

3.0 Objektif Kajian


Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah menetapkan tiga objektif utama dan
secara dasarnya kajian ini adalah berdasarkan tahap kesediaan murid dan sekali
gus boleh mengenalpasti tahap keyakinan murid terhadap penggunaan laman
sesawang dan kit pembelajaran interaktif. Selain itu, penggunaan laman
sesawang dan kit pembelajaran interaktif juga membawa implikasi kepada
3

pemikiran dimana, pemikiran kognitif diaplikasikan. Pendekatan ini selari dengan


aliran pengajaran masa kini, iaitu pendekatan kognitif.

4.0 Rekabentuk Kajian


Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal-selidik
sebagai instrumen. Secara umumnya, kajian ini terbahagi kepada lima fasa yang
merujuk kepada fasa yang terdapat dalam model rekabentuk pembangunan
ADDIE iaitu Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk), Development
(Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). Bagi
pengumpulan data secara kualitatif, instrumen yang digunakan meliputi
pemerhatian, lembaran kerja, temubual dan borang soal selidik yang dijalankan
sebelum dan selepas penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian, temubual dan borang
soal selidik dijalankan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan bagi
mengenalpasti perbezaan dan peningkatan dalam pengumpulan data serta
keberkesanan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif
dalam mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar dan meningkatkan
kemahiran pelajar terutama kemahiran komunikasi dan kemahiran maklumat.
Lembaran kerja pula diberi kepada pelajar semasa kajian dilaksanakan dalam
melihat keberkesanan penggunaan laman sesawang dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

5.0 Dapatan Kajian


Data daripada kajian ini adalah berdasarkan kepada dua pembolehubah kajian
iaitu tahap keyakinan dan tahap kesediaan pelajar untuk menggunakan sistem
pengujian adaptif berkomputer dalam pembelajaran sebenar yang dianalisis
dengan menggunakan SPSS. Berdasarkan dapatan kajian ini jelas dapat
diperhatikan bahawa pelajar yang telah menggunakan sistem kit pembelajaran
interaktif latih tubi menunjukkan tahap keyakinan dan kesediaan yang tinggi
untuk menggunakan sistem pengujian adaptif berkomputer dalam pembelajaran
sebenar.
4

6.0 Kesimpulan
Penggunaan kit pembelajaran interaktif dan laman sesawang pendidikan dalam
pembelajaran di dalam bilik darjah dapat memberikan impak yang sangat baik.
Ini kerana tumpuan dan minat murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah semakin meningkat serta menjadikan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan itu objektif dan hasil
pembelajaran murid dapat dicapai. Selain itu, latih tubi berdasarkan laman
pendidikan dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan daya kognitif
murid serta mengetahui keupayaan diri sendiri dengan lebih efektif.

Kajian ini mempunyai implikasi yang positif bagi para pelajar dan guru
serta sesi pengajaran. Guru kini mempunyai alternatif dalam sesi pengajaran di
mana guru tidak lagi hanya menggunakan kaedah tradisional sahaja seperti
berpusatkan guru tetapi boleh mevariasikan teknik pengajaran di mana ia boleh
berpusatkan pelajar. Pelajar boleh menerokai maklumat isi pengajaran dengan
dibimbing oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik seperti
kit pembelajaran interaktif juga meransang minat belajar yang tinggi di kalangan
pelajar. Pelajar dapat memahami sesuatu isi pengajaran dengan lebih mudah
dan terperinci.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa


penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses
pembelajaran dan pengajaran membawa manfaat dan kebaikan kepada pelajar
dan guru itu sendiri. Sekarang sudah tiba masanya para guru mengintegrasikan
teknologi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah kita
membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-
mata. Pembelajaran melalui laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif
amat sesuai dengan pengajaran berdasarkan teori konstruktif. Kita seharusnya
sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru
kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak syak lagi
5

penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif melalui


perintegrasian teknologi adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan tradisonal.
Dengan demikian, kita harus meningkatkan keyakinan dan kemahiran guru dan
murid dalam perintergrasian teknologi sebagai satu bahan perantara atau alat
untuk menyebarkan maklumat pendidikan secara globalisasi.

You might also like