Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Jangan guna perkataan KALAU?

Assalamualaikum...
Saya terdengar dari seorang Ustazah yang menyatakan perkataan “kalau”
boleh digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Dan saya juga
difahamkan sebelum ini perkataan “kalau” langsung tidak boleh
digunakan.

Jadi persoalan saya adalah, bilakah kita boleh menggunakan perkataan


“kalau”?

Jawapan:

‫بسم‬ ‫هللا‬
‫والصالة‬ ‫والسالم‬ ‫على‬ ‫رسول‬ ‫هللا‬
‫وبعد وااله ومن وصحبه آله وعلى‬

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan),


dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu


yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau
aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam


hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata:
Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir
Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’
membuka pintu syaitan.”
kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana:

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg


payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan
setiap sesuatu.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya


untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk
mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk


mengajar.
-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada
tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar,
nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah


sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat
lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun
pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap
perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau,
pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa
sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku
lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi
katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa
yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan
pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
Kenapa Tak Boleh Sebut Perkataan KALAU?

Penggunaan perkataan KALAU ada yang dibolehkan dan ada yang dilarang. KALAU yang
dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau seseorang itu ditimpa nasib malang,
lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat perkara tu tadi, mesti takkan jadi macam ni..” atau
kata-kata yang seumpamanya.
Penggunaan KALAU seperti itu adalah amalan syaitan sebagaimana dalam hadis sahih
muslim yang menyebut, Nabi bersabda:

Jangan kamu berkata: “Kalau aku buat begini, akan jadi begini“. Tetapi katakanlah: “Ini
takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku“. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu
syaitan.

Dengan menyebut KALAU, JIKA, SEKIRANYA, SEANDAINYA atau perkataan yang


seumpama dengannya dikatakan akan membuka pintu amalan syaitan. Ini kerana:

 Ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yang payah untuk
dihilangkan.
 Ia memberi gambaran yang kita mempertikaikan takdir dan tidak redha dengan apa
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
 Ia merupakan satu adab yang buruk terhadap Allah SWT yang mentakdirkan setiap
sesuatu yang berlaku.

Penggunaan KALAU Yang Dibolehkan

Manakala penggunaan KALAU yang dibolehkan ialah apabila ia digunakan untuk


mengajar ilmu, atau kebaikan, atau bercita-cita untuk mendapatkan suatu yang baik, maka
dibolehkan menyebut ‘KALAU’. Contohnya sebagaimana dalam al-Quran dan hadis ada
menyebut perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

Firman Allah yang bermaksud: “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain
Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

Oleh itu, mulai sekarang, sama-samalah kita elakkan guna atau menyebut perkataan KALAU
yang dilarang. Mungkin kadang-kadang kita tak sedar, terlalu ikutkan emosi sampai tak
terfikir akan semua ni. Next time, “NO KALAU KALAU” lagi ye, kecuali KALAU yang
mempunyai tujuan yang baik.

Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam
melakukan apa jua usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa
keizinan daripada-Nya. Sentiasa lah berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu
datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan kita sendiri.

You might also like