Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan


menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi
abad ke 21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
membuat penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Perlaksanaan KSSR
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah bertujuan untuk meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan
standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
dalam satu tahap persekolahan.

2.0 Trenda dan isu dalam pendidikan matematik sekolah rendah

2.1 Kekangan masa untuk perlaksanaan KSSR secara holistik

Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik saya semasa menjalankan pentaksiran


berasaskan sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai, saya mendapati bahawa
guru-guru tidak mempunyai waktu pengajaran yang mencukupi untuk melaksanakan
Kurikulum standard sekolah rendah(KSSR) secara menyeluruh. Dalam KSSR Tahap Satu,
terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum yang
lebih berkesan. Matematik diletakkan dibawah modul teras asas kerana modul ini lebih
memberi fokus kepada literasi dan numerasi. Waktu yang diperuntukkan untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran matematik hanyalah sebanyak 3 jam seminggu berbanding
dengan matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa melayu yang meliputi sebanyak 5 jam
seminggu. Hal ini menyebabkan guru-guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
menghabiskan silibus dalam waktu yang ditetapkan. Disamping itu, tiga elemen tambahan
yang diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovatif, keusahawanan dan
teknologi maklumat dan komunikasi terpaksa diabaikan oleh guru dan tidak dapat diterapkan
kepada murid disebabkan oleh kesibukan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran.

2.2 Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dalam aspek guru

Antara pembaharuan lain yang diperkenalkan dalam KSSR adalah Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan memperkukuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti
jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan
pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah
bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa
oleh guru yang dibahagikan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Selain itu, dengan wujudnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru akan lebih
bersifat prihatin terhadap perkembangan murid dari pelbagai aspek terutama kognitif, afektif
dan psikomotor dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini agak jauh berbeza
dengan pentaksiran berorientasikan peperiksaan, di mana guru lebih memberi penekanan
kepada menyelesaikan silibus dan pencapaian murid di akhir pengajaran, walhal masih ada
murid-murid yang lemah keciciran. Tambahan pula, PBS merupakan satu pentaksiran yang
adil di mana penilaian pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan, dan
sekaligus dapat mengesan penguasaan dan kemampuan murid dari pelbagai aspek dengan
pelbagai kaedah penilaian yang lebih bersifat autentik dan holistik (Krippendorff, K, 2012).
Walaubagaimanapun, ramai guru yang menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap
pelaksanaan sistem pentaksiran sebegini. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya masalah kesuntukan waktu dalam menjalankan pentaksiran.

Ramai guru yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menjalankan sesi pentaksiran
dengan mengambil waktu yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran untuk menjalankan sesi
pentaksiran. Hal ini juga berlaku akibat daripada kesibukan guru dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang telah diberikan dalam menguruskan urusan lain di sekolah. Hal ini
sangat ketara khususnya kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran matematik kerana
waktu yang diperuntukkan untuk mengajar subjek tersebut hanyalah sebanyak 3 jam
seminggu. Guru-guru subjek matematik sememangnya mempunyai waktu yang sangat terhad
terutamanya untuk memastikan mereka dapat menghabiskan silibus yang diajar tepat pada
waktunya di samping dapat menjalankan pentaksiran kepada murid-murid mereka.

Melalui pelaksanaan kurikulum KSSR, pembaharuan lain yang dilakukan


adalah segala perkembangan murid dipantau melalui hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan yang disimpan di dalam portfolio. Hal ini sebenarnya telah menimbulkan masalah
kepada guru-guru dalam menyimpan segala hasil kerja murid kerana terdapat sesetengah
sekolah khususnya sekolah yang berada di kawasan Bandar yang mempunyai bilangan murid
yang ramai di dalam sesebuah kelas. Guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama dalam
menguruskan hal penyimpanan hasil kerja murid mereka di dalam portfolio lebih-lebih lagi bagi
guru-guru yang mengajar murid-murid Tahun 1. Hal ini menjadi beban kepada guru-guru
kerana murid-murid khususnya murid-murid Tahun 1 tidak mempunyai kemahiran dalam
menyimpan hasil kerja mereka sendiri di dalam portfolio masing-masing. Kesannya, guru-guru
semakin dibebani dengan tugas menyimpan fail hasil kerja murid-murid mereka.

2.3 KSSR semakan 2017

Kurikulum standard sekolah rendah(KSSR) semakan 2017 telah dilaksanakan bagi


memastikan kurikulum yang diterapkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta
sesuai dengan cabaran abad ke 21. Melalui KSSR semakan 2017, murid akan dilengkapi
dengan pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran yang sentiasa berubah dalam arus
kemajuan dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat dalam
sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik(STEM). Terdapat beberapa perubahan telah
dilakukan ke atas kandungan kurikulum matematik tahun 1 iaitu penambahan elemen
kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dan beberapa tajuk baru seperti pecahan dan statistik
dan kebarangkalian dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran supaya tahap penguasaan
matematik dalam kalangan murid di negara ini adalah setanding dengan murid murid dinegara
maju. walau bagaimanapun, kemasukan tajuk-tajuk yang baru ini telah memberi cabaran
kepada guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Contohnya, guru akan
mengalami kesukaran untuk memperkenalkan konsep pecahan kepada murid yang baru
berusia 7 tahun yang masih mempunyai tahap imaginasi dan kognitif sangat terhad.
Tambahan pula, terdapat murid-murid tahun 1 di luar bandar yang masih belum mampu
mengenal huruf dan nombor dengan baik. Keadaan ini menimbulkan kesukaran kepada murid
tersebut untuk memahami konsep matematik lebih tinggi dan sekaligus akan mengurangkan
minat mereka untuk mempelajari matematik.

2.4 Isu perlaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KBAT diberi


penekanan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing menjelang abad ke-21. Namun
begitu, terdapat beberapa isu yang timbul dalam pelaksanaan KBAT di sekolah yang dapat
dilihat dari sudut kesediaan guru, murid dan sekolah. Guru telah dibiasakan dengan kaedah
pengajaran berpusatkan guru dimana pelajar bertindak sebagai pendengar dan penerima
maklumat sahaja (Abdul Rahim Hamdan, 2011). Hal ini menyebabkan guru tidak bersedia dan
kurang memahami tentang konsep KBAT. Guru yang mengikuti kursus KBAT percaya yang
mereka tidak bersedia untuk mengajar KBAT kerana perlaksanaan KBAT memerlukan guru
memiliki pengetahuan yang luas dan perlu menghasilkan bahan soalan yang berunsur bukan
rutin iaitu penyelesaian masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan matematik.
Isu yang wujud dari pihak pelajar pula berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam
PdP. Komunikasi pelajar yang tidak memuaskan dan tahap pengetahuan pelajar yang berada
pada tahap yang rendah menyebabkan KBAT tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Pelajar
tidak berusaha untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Sebaliknya pelajar lebih suka menunggu
jawapan daripada guru tanpa menjana pemikiran sendiri. Sikap pelajar yang pasif dan kurang
respon menyebabkan proses PdP menjadi hambar dan tidak menarik. KBAT memerlukan
pelajar bersikap aktif. Oleh itu, perlaksanaan KBAT memerlukan kerjasama yang padu antara
guru dan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Appleton, K,
1995). Kebanyakan pelajar malu untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka
kerana mereka telah terbiasa dengan pembelajaran sehala. Kajian yang dibuat oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia menunjukkan hampir 30% murid tidak menjawab soalan bukan rutin.
Tambahan pula, budaya masyarakat kita pada hari ini yang menitikberatkan kecemerlangan
dan bilangan A dengan cara menghafaz bukan berfikir menyebabkan proses perkembangan
KBAT tidak dapat diteruskan dengan jayanya. Dari sudut kepimpinan sekolah pula, pihak
pentadbiran lebih menumpukan dan memberi penekanan supaya guru menghabiskan silibus
pada waktu yang ditetapkan dan lebih mengejar prestasi pelajar melalui sistem peperiksaan.
Hal ini akan menyebabkan kemahiran berfikir aras tinggi tidak diterapkan kepada pelajar
dengan berkesan.

3.0 Kesimpulan

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik
kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad
ke-21. Namun begitu, segala permasalahan dan isu yang timbul hendaklah diselesaikan
dengan sebaik mungkin bagi memastikan segala pembaharuan yang dilaksanakan dalam
kurikulum KSSR dapat diterima oleh semua pihak khususnya guru dan masyarakat di
Malaysia.
Rujukan

Abdul Rahim Hamdan. (2011). Falsafah & Pemikiran Pendidikan. Johor Bharu: Universiti
Teknologi Malaysia.

Amir Hassan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim, Perak:
Quantum Books.

Allan C, Ornstein & Francis P. Hunkins. (1998). Curriculum: Foundation of behavioural


research. New York.

Appleton, K. (1995). Students teachers confidence to teach science: Is more science


knowledge necessary to improve self-confidence?. International Journal Science
Education, 17(3):357-369.

Barnett, J. & Hodson, D. (2000). Pedagogical content knowledge toward a fuller understanding
of what good science teachers know. International science education, 85: 426-453.

Black, P., & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in

Education, 5 (1), 7– 74.

Cheng, Y. C. (2010). Teacher leadership style: A classroom level study. Journal of Education
Administration, 32(3), 54-71.

Dunkin, M.J & Biddle, B.J. (2001). The study of teaching. New York: Rinehart and Winston.

Harmond-Linda, et al. (1998). Teacher evaluation in the organizational context. Review of


Educational Research, 53(3), 285-328.

Hussein, M. (2010). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Krippendorff, K. (2012). Content Analysis: An Introduction to Content Analysis. London: SAGE


Publications, Inc.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kuala
Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mahzan, A. (2007). Amalan tuisyen dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.
Lampiran

You might also like