Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan

yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika
permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga
yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi
dengan aktiviti yang menarik, alat alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.

cikgurajiha.blogspot.com
·
2 years ago
Lego merupakan satu permainan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Permainan ini juga
sering digunakan bagi pelajar pendidikan khas. Lego mempunyai pelbagai warna, bentuk dan
saiz. Permainan ini amat menyeronokkan kerana mereka boleh menyusun lego dalam pelbagai
bentuk yang diingini. Sebagai contoh, mereka ingin menyusun lego sebagai sebuah bangunan.
Permainan lego ini juga dapat menguji kemahiran motor, kemahiran intelek dan sosiemosi
mereka.

Terdapat juga lego yang berbentuk kartun. Hal ini dapat menarik perhatian pelajar pendidikan
khas untuk bermain. Hal ini demikian kerana, terdapat kartun-kartun yang menarik dan disukai
oleh mereka. Mereka tidak akan berasa bosan, malahan dapat menggembirakan hati mereka.
Permainan ini juga tidak berbahaya kepada mereka.

huplick
·
7 years ago
 Kad imbas juga boleh digunakan sebagai salah satu permainan ketika belajar. Hal ini demikian
kerana, kadang-kadang terdapat pelajar yang bosan dengan cara belajar yang sama. Mereka juga
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Hal ini telah menjadikan kad imbas
ini sebagai belajar sambil bermain. Permainan ini menjadikan pelajar dapat belajar dengan baik
walaupun dengan cara bermain.

 

pemulihankhastunas.blogspot.com
·
2 years ago
 Kad imbas yang menarik dan cantik dapat menarik perhatian pelajar pendidikan khas untuk
belajar. Pelajar juga tidak akan memberi fokus terhadap perkara yang tidak sepatutnya ketika
belajar. Tidak semestinya sesuatu permainan tersebut perlu bermain di gelanggang tetapi cara
begini juga dianggap sebagai salah satu permainan. Namun begitu, permainan ini diselang-
selikan dengan pembelajaran.
  sukaneka murid-murid pendidikan khas sek. keb. sungai kantan kajang

kelulut1
·
6 years ago
Walaupun tidak sempurna seperti orang lain, hal ini tidak bermaksud pelajar pendidikan khas
tidak boleh bermain aktiviti luar. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan sukaneka walaupun
dengan bantuan guru. Kerjasama guru amat diperlukan dalam menjayakan sukaneka ini. Sebagai
manusia biasa, kita tidak boleh memandang rendah terhadap pelajar pendidikan khas. Mereka
juga mampu untuk melakukan sukaneka dengan baik

3) PROGRAM INKLUSIF (PI)

 Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan
khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
o Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi
murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dengan murid-murid biasa.
 Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada
tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di
sekolah biasa.”
 Ditadbir oleh JPN
 Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru
biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
 Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya
mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat
tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa
masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
 Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping
memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira
perbezaan individu.
 Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas
belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
 Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
 Terdapat 2 jenis PI:
o Inklusif Penuh
o Inklusif Separa/Separuh Inklusif

You might also like