Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SPSK PK 07/1

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
guru yang hadir dan bersama-sama memastikan segala perancangan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Umarani a/p Munusamy dan telah disokong oleh
Pn. Azuzela bt Ahmad.
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 HOUSEKEEPING HEM.

4.1 APDM

4.1.1 Pengerusi mengingatkan semua guru tingkatan supaya mengemaskinikan data


gaji terkini ibu bapa murid. Ia sangat penting untuk data tahun hadapan
terutamanya bagi urusan BKAP 1Malaysia.

4.1.2 Beliau juga mengingatkan agar guru-guru melengkapkan ralat APDM yang
dikeluarkan oleh PPD Petaling Perdana, berkaitan nombor kad pengenalan
penjaga dan maklumat murid yang bukan warganegara.

Tindakan: Guru Kelas

4.2 Rekod Kedatangan Murid

4.2.1 Beliau meminta penyelaras memastikan semua guru tingkatan mengisi


data maklumat murid dengan lengkap, nombor resit bayaran majalah, serta
menutup dan melengkapkan data kehadiran dengan betul dan tepat sebelum
24 November 2017 (Jumaat).
Tindakan: Guru Kelas

4.2.2 Bilangan hari persekolahan akan dimaklumkan kemudian.


Tindakan: Guru Kelas

4.2.3 Peratus kehadiran murid keseluruhannya sehingga Oktober 2017, sebanyak


84% sahaja. Justeru, Pengerusi meminta guru-guru kelas mengambil tindakan
mengeluarkan Surat Amaran 1, Amaran 2 dan Amaran 3 kepada murid-murid
yang ponteng ke sekolah dan jangan dibiarkan berlarutan. Tindakan pantas ini
memudahkan proses selanjutnya diambil. Ia harus dibuat memandangkan
dalam penentuan ‘band’ sekolah, kadar kehadiran murid juga diambil kira selain
daripada disiplin dan pencapaian akademik.
Tindakan: Guru Kelas

3
SPSK PK 07/1

4.2.4 Bilangan murid pada 1 November 2017, berjumlah 1500 orang sahaja.
Makluman

4.2.5 Pada tahun hadapan, guru-guru kelas perlu melengkapkan segala maklumat
murid dalam buku Rekod Kehadiran Murid selewat-lewatnya pada bulan Mac.
Hal ini kerana, data mereka diperlukan semasa pendaftaran peperiksaan bagi
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
Tindakan: Guru Kelas

4.2.6 Pengerusi menegaskan sekali lagi supaya mana-mana murid yang melanggar
disiplin, kesalahan mereka perlu dicatatkan dalam Buku Kawalan/Pergerakan
Murid untuk diambil tindakan tatatertib.
Tindakan: Guru Kelas

4.3 Kutipan Sumbangan PIBG

4.3.1 88.8% keseluruhan kelas sesi petang telah selesai mengutip wang sumbangan
PIBG. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada kelas-kelas yang telah selesai
berbuat demikian. Namun mana-mana kelas yang belum selesai membayar,
guru kelas akan mengutipnya berperingkat -peringkat sehingga ke tahun
hadapan.
Tindakan: Guru Kelas

4.4 Laporan Unit-unit HEM

4.4.1 Pengerusi meminta ketua-ketua unit HEM agar dapat melengkapkan dan
menghantar Laporan dan Evidens Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 kepada PK
HEM sebelum 8 November 2017 , (15 November 2017 – peringkat sekolah)
untuk tujuan pemantauan pada bulan November/Disember nanti. ‘Check list’
penyerahan laporan akan disediakan oleh Setiausaha.
Tindakan: Ketua Unit /Setiausaha

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pn Noor Azlena bt Zahari mencadangkan pada tahun hadapan, Buku Audit Kebersihan
tidak lagi digunakan, tetapi guru bertugas mingguan yang akan memantau dan menilai
kebersihan setiap kelas. Dokumen penilaian akan disediakan. Cadangan beliau
dipersetujui oleh semua guru sesi pagi dan petang.
Tindakan: Ketua Unit Keceriaan Kelas

5.2 Pada tahun hadapan, pihak sekolah akan membekalkan kain penutup papan kenyataan
di hadapan dan belakang kelas supaya nampak kemas dan seragam sebelum
dilengkapkan dengan maklumat dan hiasan. Manakala tingkap cermin akan cuba
dibersihkan oleh pekerja. Murid-murid tidak dibenarkan memandangkan cermin tingkap
tersebut mudah tergelincir daripada pemegangnya.
Tindakan: Ketua Unit Keceriaan/ Pn Francisca Tong ML

4
SPSK PK 07/1

5.3 Pengerusi turut mencadangkan pada waktu balik, sistem loceng 3 kali dibunyikan; bunyi
pertama, mengingatkan PdPc ditamatkan, bunyi kedua, pengawas bertugas bergerak ke kelas-
kelas dan bunyi loceng ketiga; murid-murid bergerak pulang dengan teratur. Manakala pada
waktu pagi, murid-murid hendaklah beratur di luar kelas menunggu guru waktu pertama mereka
sampai sebelum masuk dan memulakan sesi pembelajaran.
Makluman

5.4 Pihak pentadbir sedang merancang tugasan guru-guru untuk tahun hadapan. Mana-
mana guru yang berminat untuk mana-mana jawatan atau sebaliknya boleh berhubung
terus dengan PK HEM.
Makluman

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

Disediakan oleh:

Setiausaha
Mesyuarat Pengurusan HEM
Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong

Bertarikh : 5 November 2017

NOR /MPHEM /BIL 4, 2017

You might also like