Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH PERKEMBANGAN

FIRMA JEPUN

Fadli Fizari Abu Hassan Asari, Kamarudin Othman, Hapiza Omar,


Tismazammi Mustafa, Asma' Rashidah Idris & Khadijah Nik Muhammad Naziman.
Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA,
23000 Dungun, Terengganu, Malaysia.

Jepun sememangnya terkenal dengan sektor perindustriannya yang maju dan unik
berbanding dengan negara-negara lain sehinggakan firmanya dikenali sebagai Firma
Jepun (Japanese Firm). Untuk itu, siri artikel ini cuba menyoroti sejarah firma dalam
perindustrian Jepun dengan memfokuskan kepada era perindustrian selepas
berakhirnya Perang Dunia Kedua sehinggalah ke era 1980-an. Ini kerana pada
tempoh inilah, ekonomi Jepun telah mencapai zaman ajaibnya berdasarkan kepada
purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% pada 1960-an, 5% pada 1970-an dan
4% pada 1980-an. Pertumbuhan yang unik ini telah meletakkan Jepun sebagai kuasa
ekonomi dunia kedua terbesar di belakang Amerika Syarikat sehingga kini.

Menurut Kanji Haitani (1976), sektor perindustrian moden Jepun boleh dibahagikan
kepada 2 fasa; fasa pra - peperangan dan fasa pasca - peperangan. Fasa pra-
peperangan bermula pada penghujung Perang Dunia Kedua. Wujud beberapa firma
besar milik keluarga yang merupakan kombinasi sektor perindustrian dan perbankan
dikenali sebagai Zaibatsu. 4 buah Zaibatsu yang terbesar pada ketika itu adalah
Mitsui, Sumitomo, Mitsubishi, dan Yasuda. Mencapai zaman kegemilangan selepas
Perang Dunia Kedua, apabila bersama dengan 6 buah zaibatsu yang lain menguasai
1/3 jumlah perdagangan negara Jepun. Kebanyakannya bertindak sebagai firma
oligopoli dan terlibat dalam sektor pembuatan, perlombongan, perdagangan dan
kewangan. Setiap Zaibatsu terdiri dari beberapa anak buah syarikat yang diterajui
oleh anak syarikat utama iaitu honsha.

Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan Jepun terpaksa


menstrukturkan semula sistem kewangannya melalui Suruhanjaya Penyusunan
Semula Syarikat (HCLC) di bawah pengawasan Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-
Kuasa Bersekutu diketuai Amerika Syarikat. Di bawah Akta Anti Monopoli,
kebanyakan zaibatsu dibubarkan dan distrukturkan semula kepada firma-firma lebih

1
kecil dengan sektor perbankan cuba diasingkan dari sektor perindustrian sehingga
tahun 1952. Sebagai contoh, pada 1946, 83 buah firma dijadikan sebagai syarikat
berhad. Penghujung 1947, 42 firma dibubarkan, 16 firma mengalami muflis, 26 firma
berpisah kepada syarikat-syarikat kecil dan bakinya (41 buah) dikekalkan sebagai
syarikat berhad selepas dipersetujui oleh HCLC. Ini kerana zaibatsu telah dituduh
oleh Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu sebagai punca utama
pembekal kelengkapan ketenteraan Jepun pada 1930an dan 1940an yang seterusnya
membawa kepada Perang Dunia Kedua.

Berakhirnya reformasi sistem kewangan ini, menandakan Jepun mula memasuki fasa
pasca peperangan. Jepun mula melonggarkan kawalan terhadap penstrukturan
semula industrinya. Ini menyebabkan banyak anak-anak syarikat bekas zaibatsu
bergabung kembali dan menggunakan semula nama syarikat mereka dengan nama
lamanya. Contoh terbaik; pada 1959 sebanyak 3 buah bekas anak syarikat zaibatsu
Mitsui Busan bergabung kembali membentuk Keiretsu Mitsui & Co. Dalam masa yang
sama wujud beberapa pihak bank dan industri baru (bukan bekas zaibatsu) yang yang
menubuhkan kumpulan mereka sendiri pada pertengahan 1950an.

Ini bermakna sektor perbankan dan sektor perindustrian digabungkan kembali (sama
ada secara warisan ataupun baru) dan membentuk kumpulan konglomerat yang
besar yang dikenali sebagai Keiretsu. 6 buah Keiretsu terbesar di Jepun selepas
Perang Dunia Kedua sehingga kini; Mitsubishi, Mitsui, Sumitomo (bekas zaibatsu) dan
Fuyo, Sanwa, Dai-chi (keiretsu baru). Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti
zaibatsu, cumanya keiretsu mengalami kekurangan dari segi ketiadaan syarikat induk
seperti honsha yang dimiliki oleh zaibatsu pada zaman sebelum perang. Honsha
merupakan syarikat induk yang mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan
keputusan keseluruhan aktiviti zaibatsu.

RUJUKAN

Allen, G.C 1989 (terjemahan oleh Sulung Muhammad).


Ekonomi Negara Jepun. Kuala Lumpur, Malaysia : Yayasan Penataran Ilmu.

Haitani, Kanji 1976.


The Japanese Economic System. Toronto, Kanada : Lexington Books.

Kunio, Yoshohara 1979.


Japanese Economic Development. Tokyo, Jepun : Oxford University Press.

2
McMillan, Charles J. 1985.
The Japanese Industrial System. New York : Walter de Gruyter.

NHK Overseas Broadcasting Department 1995.


A Bilingual Guide to the Japanese Economy (Q&A). Tokyo, Japan :
Kodansha International Limited.

You might also like