Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PK07- LAMPIRAN 3

SK SRI DELIMA
KAMPUNG BATU, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 52000 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL : 2/2017

Tarikh : 6 Julai 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : En. Mohamad Izuan Bin Sareat

Kehadiran :

1. En. Mohamad Izuan Bin Sareat (Ketua Panitia )


2. Pn. Suriani Bt Muhamad (Setiausaha)
3. Pn. Sunaiza Bt Husein
4. Pn. Maizatul Akmal Bt Ahmad Zulkifli
5. Cik Nur Diyana Bt Ismet Furmansyah
6. Pn. Nor Azaliza Bt Tarmizi
7. En. Shahrizal B. Sulong @ Shamsuddin
8. En. Jasman B. Sim
9. En. Mohamad Syahmi B. Ghazali
10. En. Mat Lazin B. Abdullah
11. En. Che Halim B. Madon
12. En. Mohd Aisamudin B. Azilah
13. Pn. Hana Bt Sadir
14. Nur Afifa Bt Mohd Saffer
15. En.Mohd Afif Nuruddin b. Muhamad
16. En. Khusairi B. Basir
17. Pn. Siti Norbaini Bt Bedullah
18. Cik Nurul Syairah Bt Awang

Tidak Hadir:

1. En. Adnan Bin Ali@Alias (bersebab)


2. Pn. Nur Hidayah Bt Mohtar (bersebab)
3. Pn. Maini Bt Md Daud (bersebab)
4. Pn. Noraziah Bt Ibrahim (bersebab)

Setiausaha mesyuarat : Pn. Suriani Bt Muhamad

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ada perubahan guru yang akan mengajar
Bahasa Melayu bagi menggantikan guru-guru yang telah berpindah iaitu
Pn. Mazida dan Pn. Endun@ Noradilawanis.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada Cik Nurul Syairah
iaitu guru baru yang akan mengajar Bahasa Melayu bagi menggantikan
Cikgu Mazida.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2017 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nor Azaliza
Bt Tarmizi dan disokong oleh En. Che Halim B. Madon.

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 5.8.1 muka surat 5 JSU dan skema jawapan.
3.1.1 Masih terdapat guru yang belum menghantar JSU dan skema soalan
kepada Ketua Panitia.
Tindakan : Guru membina soalan
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN
4.1 Pelaksanaan PDP
4.1.1 Guru-guru perlu menggunakan KBAT,i-Think dan VLE frog dalam
PdP .
4.1.2 Sekiranya ada guru yang hendak keluar dari sekolah atas urusan sekolah
atau sebagainya perlulah membuat jual beli jadual waktu terlebih dahulu
agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.
4.1.3 Guru-guru juga perlu menulis bilangan murid pada ruangan impak.
Tindakan: Makluman

4.2 Pos Mortem PPT


4.2.1 Semua guru perlu membuat pos mortem untuk UPP 1 dan PPT.
Post mortem perlu dihantar selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2017.
4.2.2 Guru perlu menulis kelemahan dan kekuatan semasa membuat post
mortem.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
4.3 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan
4.3.1 Jadual pencerapan telah ditampal di bilik guru. Pencerapan akan dibuat
dua kali setahun iaitu pencerapan kali pertama pada bulan April hingga
Julai dan pencerapan kali ke dua pada bulan Ogos hingga November
Tindakan: Makluman
4.4 Borang Perekodan PBS
4.4.1 PBS perlu diisi dari semasa ke semasa dan dimasukkan ke dalam
sistem offline mengikut ketetapan.
4.4.2 Guru perlu memberi Band 6 kepada murid sekiranya murid tersebut
layak mendapatnya.
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

4.5 Pengurusan Sistem Fail


4.5.1 Pengerusi menyatakan fail panitia sudah dikemaskini. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nor Afifa kerana telah membantu
Pn. Endun @Noradilawanis mengemaskini fail.

Tindakan: Makluman
4.6 Anggaran Belanjawan
4.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia telah menerima
sebanyak RM998.
4.6.2 Perbelanjaan telah dibuat sebanyak RM400 iaitu bagi membeli
pen drive. Baki yang tinggal lagi sebanyak RM598.

Tindakan: Makluman
4.7 Minggu Panitia Bahasa Melayu
4.7.1 Minggu Panitia akan diadakan pada 24 Julai 2017. Setiausaha akan
menyiapkan kertas kerja Minggu Panitia untuk dihantar kepada
pihak pentadbir.
4.7.1 En. Mohd Aisamuddin akan menambah aktiviti untuk murid kelas
pemulihan bagi Minggu Panitia Bahasa Melayu.
4.7.2 Dokumentasi Program Minggu Panitia akan dibuat oleh setiausaha
Bahasa Melayu.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
4.7.3 Setiap penyelaras aliran pula perlu mengambil gambar aktiviti yang
dijalankan dan membuat laporan nanti.

Tindakan: Makluman

4.8 Laporan Program Khas


4.8.1 Pemulihan
4.8.1.1 En. Mohd Aisamuddin memaklumkan bahawa terdapat 24
orang murid kelas pemulihan.
4.8.1.2 En. Mohd Aisamuddin akan membantu
mengajar Tahun 6 bermula pada 24 Julai 2017.

Tindakan: Makluman
4.8.2 LINUS
4.8.2.1 Guru-guru yang mengajar kelas LINUS ialah Pn. Hana
(2 Focus dan 2 Excellent), En. Mohd Aisamuddin (3 Focus).
Guru Bahasa Melayu untuk kelas 2 Focus masih belum ada
pengganti lagi.
Tindakan: Makluman

4.8.2.2 Guru-guru LINUS dingatkan supaya mengemaskini borang


penguasaan dalam buku rekod mengajar. Guru-guru LINUS
juga diharap bersedia untuk menghadapi saringan LINUS
kali kedua.
Tindakan: Guru LINUS
4.8.2.3 Masih lagi terdapat 8 orang murid LINUS Bahasa Melayu untuk
Tahun 3. Lapan orang murid LINUS ini diharap dapat menguasai
kesemua konstruk semasa saringan kali kedua nanti dan bagi
Kelas Perdana pula diharap tidak ada seorang pun yang akan gagal
nanti.
4.8.2.4 Bagi Tahun 2 pula terdapat 28 orang murid yang masih lagi belum
menguasai LINUS Bahasa Melayu. 20 orang murid dari kelas 2
Focus dan 8 orang murid lagi dari kelas 2 Excellent.
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
4.8.2.5 Program Kem LINUS akan diadakan pada 18 Julai 2017. Bahan-
bahan untuk Kem LINUS yang telah siap dibuat mesti dihantar
kepada setiausaha pada 10 Julai 2017.

Tindakan : Guru LINUS


4.8.2.6 Perjumpaan dengan ibu bapa murid LINUS pada 14 Julai 2017.
4.8.2.7 Terdapat perubahan untuk Nilam Tahap 1.Nilam untuk Tahap 1
diberi nama sebagai Program Bijak Mengeja yang akan diadakan
pada setiap hari Selasa. Murid-murid yang terlibat untuk Tahap 1:
Tahun 1 - Semua murid terlibat
Tahun 2 - Kelas 2 Excellent dan 2 Focus
Tahun 3 - Kelas 3 Focus
Tindakan: Makluman

4.8.2.8 Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas Tahun 1, 2


Exellent, 2 Focus dan 3 Focus perlu menyediakan bahan
berdasarkan konstruk 12. Guru perlu menampal bahan tersebut di
bilik darjah. Guru matapelajaran pertama pada hari selasa akan
masuk mengajar berdasarkan bahan yang disediakan.
Tindakan : Guru BM Tahun 1 dan Kelas LINUS

4.8.2.9 Guru-guru yang mengajar murid LINUS perlu mengisi borang


yang akan diberikan oleh Ketua Panitia nanti. Guru-guru tersebut
ialah Pn. Hana, En. Mohd Aisamuddin dan guru Bahasa Melayu
kelas 2 Focus.

Tindakan : Guru yang mengajar murid LINUS

5 HAL-HAL LAIN
5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa telah menerima surat tentang
pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu pesta
pantun dan bicara berirama yang memerlukan pihak sekolah memberitahu
pertandingan yang akan disertai dan surat berkenaan perlu dihantar sebelum atau
pada 21 Julai 2017.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
5.1.2 Pengerusi menyatakan bahawa akan menyediakan pasukan bicara
berirama sahaja yang akan mewakili sekolah. Pasukan bicara berirama akan
dilatih oleh Pn. Nor Azaliza.
5.1.3 Pengerusi juga memberitahu tentang pencalonan penandaan kertas.
Syarat-syarat yang ditetapkan bagi pencalonan penandaan kertas ialah guru
mesti mengajar Tahap 2 dan mempunyai pengalaman mengajar
Bahasa Melayu selama tiga tahun.
Tindakan: Makluman
6 PENUTUP
6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.
6.3 Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Oktober.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ ____________________
(SURIANI BT MUHAMAD) (MOHAMAD IZUAN B. SAREAT)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu
SK. Sri Delima SK. Sri Delima

Tarikh : 12 Julai 2017

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00

You might also like