Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SK.

FELDA KERTEH 1, KOD SEKOLAH : TBA 1029


23300, KETENGAH JAYA, TELEFON : 09 – 8203545
DUNGUN, TERENGGANU FAKSIMILI : 09 - 8203545

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : SKFK1 400-1/03(02)

Tarikh : 30 Sept 2015

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20920 Kuala Terengganu.

Tuan / Puan,

Permohonan Untuk Analisis Sampel Makanan untuk Ujian Mikrobiologi

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan SK Felda Kerteh 1 telah


menghasilkan produk makanan untuk menyertai satu pertandingan inovasi.

2. Produk yang dihasilkan ialah ‘Kokopalm’ iaitu sejenis makanan yang berasaskan isi
rong kelapa sawit dan coklat. Kami memerlukan surat kelulusan daripada Unit
Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri bagi memberi keyakinan
kepada orang ramai tentang kualiti produk kami.

3. Bersama dengan surat ini kami serta satu paket produk kami seberat 100 gram
untuk tujuan analisis oleh pihak tuan.

2. Dari itu besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membantu dalam proses di
atas seterusnya mengeluarkan surat kelulusan untuk produk kami.

Sekian, terima kasih.

‘Memperkasakan Transformasi Pendidikan’


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………..
( ABDUL HALIM BIN ABDUL RAZAK)
Guru Besar
SK Felda Kerteh 1

You might also like