Penulisan Esei Edu 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Penulisan Esei

Soalan 1 : Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi


menjadi satu cabaran kepada sistem pendidikan Negara.
Bincangkan kesan dan akibat terhadap ibubapa, sekolah, guru dan
murid.

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang
dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi
menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi
maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan
sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada
positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Pada zaman
digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Dasar
dan polisi pembangunan Negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan
penggunaan ICT dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat
ketara sekali. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah
Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik
terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah
cara dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani,1999 dan Ab.Rahim 2000).
Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan
seterusnya membantu murid membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000).
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sedikit sebanyak
memberikan kesan dan akibat kepada ibubapa, sekolah, guru dan juga murid-
murid. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini memudahkan ibu
bapa untuk mengakses maklumat anak-anak di sekolah. Sebagai contoh seperti
rekod disiplin, rekod pencapaian dan juga sebagainya. Maklumat-maklumat ini
mungkin boleh diakses melalui data-data yang telah dimuatnaik di dalam laman
sesawang sekolah yang telah diwujudkan. Dengan cara ini, ibu bapa boleh
memantau perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Selain itu, ibu bapa
juga akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi perkembangan pendidikan.
Hal ini boleh dilihat berdasarkan perkembangan teknologi di dalam pendidikan
searus dengan kemajuan global khususnya dalam bidang pendidikan. Ibu bapa
akan sentiasa mengikuti perkembangan yang mana sedikit sebanyak
mempengaruhi pencapaian anak-anak mereka di sekolah.

Selain daripada itu, perkembangan ini juga mempengaruhi keberjayaan


sesebuah sekolah itu. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi akan
menjadikan kerja pentadbir lebih mudah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah
adalah untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan
sekolah. Ianya merupakan suatu usaha untuk membudayakan pengintegrasian
dan penggunaannya secara efisen dalam kalangan warga sekolah. Dalam
konteks pendidikan di sekolah, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu
membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar
sebagai alat untuk memurnikan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran
bagi hampir semua mata muridan.Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan
sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu hasil yang memenuhi
tuntutan masyarakat.

Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan


pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah
sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai
media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian
membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan praktikal. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan
ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan
pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan
pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan
perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di


seluruh negara, Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah
bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah.
Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah
Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala
untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan
memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu,
alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada
yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah
sekolah. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua
inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu
hardware, software dan wetware. Untuk itu, Kementerian Muridan telah pun
membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer,
pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005
menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah
sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui
rangkaian SchoolNet. Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan
isu yang besar kerana terbukti telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan
yang besar. Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk
menyediakan prasarana ini.

Selain itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh


mendapat perhatian daripada murid dan memudahkan mereka menyerap ilmu
yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Pada masa kini, boleh dikatakan
peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan
dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat
dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara
yang dapat menarik perhatian murid terutamanya murid sekolah rendah. Ia juga
dapat meringankan beban murid yang terpaksa mengalas beg yang penuh
dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa
keping CD-ROM pada masa hadapan.

Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan


trend dan ideologi abad ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan
perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun
seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT
memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan
yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion
keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan
pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan
pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih
ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi
maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan
paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan
mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin kecemerlangan
pendidikan dan hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan guru dalam
merealisasikan hasrat dan aspirasi sistem pendidikan negara dalam melahirkan
generasi yang serba boleh sejajar dengan zaman permodenan. Lantaran itu,
pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan menyebabkan tanggungjawab
yang diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari ini, para
guru terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia pendidikan
sehingga wujudnya bebanan yang keterlaluan.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini apabila
berlakunya ledakan teknologi maklumat hari demi hari. Dengan adanya
kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan
Internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi
dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada
pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu kesan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT .

Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada murid


dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya
penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang
terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama
seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti
pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat
dapat terus di akses kedalam sistem.
Dari segi penjimatan kos pula, kos untuk mencetak buku dapat dijimatkan.
Untuk memenuhi keperluan murid supaya setiap daripada mereka mendapat
pinjaman buku teks, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk
mencetak buku teks tersebut. Dengan adanya teknologi, kerajaan dapat
menjimatkan banyak kos sebab proses pembelajaran dapat dijalankan tanpa
buku. Hal ini juga dapat mengurangkan penebangan pokok-pokok untuk
membuat kertas. Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat
menjimatkan masa murid dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan
murid. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan
mudah hanya dengan satu klik pada tetikus. Berbanding dengan murid pada
masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan bahan
bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat
yang diingini, murid sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan
internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, murid juga dapat
memperoleh maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat.

Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca


dalam kalangan murid. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti
perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita
perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah
dalam bentuk tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir
membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca dalam
kalangan mereka. Dengan adanya teknologi yang canggih, segala tugas dapat
dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai contoh, proses mencari
maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan lain-lain lagi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada
perkembangan teknologi.
Penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak
memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan
peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan. Tambahan lagi, pembelajaran
secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan. Melalui
pembelajaran ini, murid boleh belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih
oleh murid itu sendiri. Hal ini membolehkan murid tersebut dapat menguruskan
masanya dengan lebih efektif dan pada masa yang sama ia melibatkan
penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif melalui talian
membolehkan murid menerokai maklumat baru menerusi perpustakaan digital
ataupun di laman web.

Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang


pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan
maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai pengetahuan terkini
dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang
membantu berjuta-juta murid untuk mendapatkan maklumat dalam proses
pembelajaran dan penyelidikan. Walau bagaimanapun adalah tidak dapat
dinafikan bahawa suatu perkara memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga
hubungannya antara penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang
pendidikan. Perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan
dewasa ini, namun perkembangan teknologi ini juga mendatangkan beberapa
keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan
penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan murid dan guru
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyak di internet
yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya
kepada murid, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di
Malaysia . Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks,
hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan,
perjudian dan sebagainya.
Disamping itu, kebanyakan isi kandungan yang dipaparkan di internet
tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu,
medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan
semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang
maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya murid
tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan
menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh
sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya
dapat membimbing murid mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.
Kemudahan yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan
memberi keburukan kepada murid. Tambahan lagi, terdapat juga kesan dari segi
masalah disiplin murid. Sebagai contoh pergaduhan, kecurian dan sebagainya.
Masalah-masalah sebergini wujud akan semakin meruncing jika tidak dibendung.

Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah


selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf
dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara
ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi meningkatkan status pendidikannya
di peringkat global.
Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). “Profesionalisme Keguruan Prospek dan


Cabaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim Mohd Saad. (1998). Teknologi maklumat dan komunikasi:


Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas Kerja
Dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K
pada 20 & 21 September 2001: Penerbit .USM

Abdul Said Ambotang. (2013). Cabaran Transformasi Agenda Pendidikan


Negara.Diperoleh dari http://eprints.ums.edu.my/5925/1/nc0000002802.pdf

Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). “Literasi Teknologi Komputer:


Persepsi dan Penggunaan di Kalangan Guru.” dalam Pandian, A. (ED.).
“Bahasa dan Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan.”
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hazman Muhamad. (2012). Manfaat Dan Keburukkan Internet Kepada Pelajar.


Diperoleh dari http://khalifahtullahcorp.blogspot.com/2012/12/manfaat-
dan-keburukan-internet-kepada.html

Lechner , F.J.& Bol, J, (2000). The globalization reader. Oxford : Black well
Publisher.
Rohani Abdul Hamid. (1999). Factors to consider by tertiary level teacher and
trainees in translating the aims and philosophy of smart schools to achieve
smart learning among students. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Pembestarian Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia, 5-6 April.

Pusat Perkembangan Kurikulum KPM. (2004). Penggunaan Teknologi Maklumat


Dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh
dari http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf

You might also like