Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

3.

Adat Kematian Dan Pantang Larang Kaum Cina


Pengenalan
Orang Cina merupakan satu masyarakat ang bersifat etnosentrik iaitu sangat
mengagungkan budaya dan warisannya. Mereka meletakkan adat resam dan tradisi
yang diwarisi sebagai lebih penting dan mengatasi agama serta kepercayaan yang
dianutinya. Mana-mana agama atau kepercayaan yang dianuti akan disesuaikan
dengan adat resam dan budaya mereka. Justeru itu, sebarang agama dan kepercayaan
yang menghakis serta menghilangkan budaya dan tradisi mereka akan ditolak dan
ditentang oleh orang Cina. Setiap adat itu perlu dihormati daripada adat kelahiran,
perkahwinan sampailah kepada kematian. Terdapat tatacara tertentu berhubung
dengan setiap adat yang diamalkan. (Ann Wan Seng, Adat Kematioan Dan Upacara
Pengebumian Orang Cina; 1994)

Begitu juga dengan pantang larang yang perlu dipatuhi. Apa yang lebih penting
ialah setiap perbuatan dan perkara yang dilakukan mengandungi makna dan
manifestasinya yang tersendiri. Orang Cina suka bermain dengan simbol. Setiap
perlambangan mempunyai signifikasinya. Ada yang mempunyai hubungan dengan
agama dan kepercayaan yang dianuti. Ada yang hanya berdasarkan kepada tanggapan
semata-mata. Namun apa yang dilakukan ada rasionalnya dan mempunyai memiliki
penjelasan yang memerlukan huraian yang mendalam. (Mao Qi Xiong, Ensiklopedia
Cina Dalam Dunia; 2000)

Orang Cina mempunyai sejarah dan peradaban yang lama iaitu melebihi 5000
tahun. Orang Cina kaya dengan warisan dan tradisi yang mempunyai hubungan dengan
nilai moral dan akhlak. Adat resam dan pantang larang yang diamalkan mempunyai
pertalian yang rapat dengan nilai-nilai tersebut yang berlandaskan kepada falsafah dan
ajaran etika Taoisme, Confucianisme dan Buddhisme. Ketiga-tiga kepercayaan itu
sebenarnya bukan merupakan satu agama tetapi merupakan satu ajaran falsafah moral
dan etika yang membentuk etos dan pandangan hidup orang Cina sehingga ke hari ini.
(Ann Wan Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang Cina; 1994)

Upacara kematian adalah salah satu upacara yang terpenting bagi kaum
Cina. Adat kematian kaum Cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan
campuran falsafah serta etika dari ahli- ahli fikir zaman kuno seperti Konfusianisme,
Taoisme, dan Buddhisme. Adat kematian kaum Cina di Malaysia juga dipengaruhi
oleh agama yang berlainan, tempat asal dan wilayah yang menghasilkan adat dan
pantang larang yang berbeza. Walau bagaimanapun, setiap adat yang dijalankan
mempunyai maksud yang tersendiri. (Lee Xiu Hwa, 2015)

Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal. Keranda yang baik,
tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja yang
besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Prestasi ketidaksamaan bandar-
luar bandar (atau perbezaan masa) dalam pemakaman adalah disebabkan oleh
penduduk bandar yang lebih memperhatikan kualiti perkhidmatan, penduduk luar
bandar lebih memperhatikan pantang-larang, dan orang tua memberi perhatian lebih
kepada paterniti, orang muda memberi perhatian lebih kepada kemudahan, dan
keluarga besar memberi lebih perhatian kepada hubungan anatara manusia dan
sesetengah orang akan memberi perhatian kepada feng shui, upacara kuno dan tabu
purba, dan sebagainya. (Li Heng, 2015)

Upacara kematian Cina boleh dibahagikan kepada lima fasa, iaitu zu


(kematian), lian (masukkan mayat ke dalam keranda), bin (upacara kematian), zang
(pengebumian) dan ji (penyembahan). Setiap fasa pada zaman ini lebih mudah
dibandingkan dengan masa dahulu disebabkan oleh kebanyakkan adat dan pantang
larang kematian telah disampaikan secara lisan turun-temurun. (Lee Xiu Hwa, 2015)

Masukkan
Semasa mayat ke Upacara
Kematian dalam kematian Pengebumian Penyembahan
keranda (zang葬) (ji祭)
(zu 卒) (bin 殡)
(lian殮 )

Semasa Kematian (zu 卒)

Apabila berlaku kematian, ahli keluaraga mula menghubungi perniagaan


pengebumian, mendapatkan sijil kematian, menyusun tempat berkabung dan
menyelaraskan perkara pemakamam. (Mao Qi Xiong, Ensiklopedia Cina Dalam
Dunia; 2000)

Masukkan Mayat Ke Dalam Keranda (lian 殮 )


Mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan
terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan
disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam
akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik.
Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.
Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian
perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan
dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. (Miss Iza, 2010)

Seterusnya, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada


kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam.
Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Sekiranya si
mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan
biasa. (Wan Ramli Wan Muhamad, Adat Resam Masyarakat Malaysia; 2006)

Gambar 1: Keranda (Sumber: Jioda Sercive Sdn Bhd)

Semuanya akan dijalankan oleh anak lelaki yang tua memainkan peranan utama
memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda
seperti yang dinasihatikan oleh seorang tukang tilik. (Lee Xiu Hwa, 2015)

Upacara Kematian (bin 殡)


Upacara kematian dipengaruhi oleh umur si mati. Secara amnya, upacara ini
diadakan selama 3 hingga 5 hari (bergantung kepada kekayaan keluarga tersebut).
Orang muda, belum berkahwin atau yang berumur di bawah 60 tahun akan diadakan
selama 1 hari sahaja. Ahli keluarga si mati akan membuat iklan di surat khabar dan
menggantung kain putih di hadapan pintu rumah. Ini adalah untuk memberitahu orang
lain bahawa kematian si mati. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk
lawatan dan sembahyang dan dikebumikan pada satu hari ganjil. Pembakaraan colok
dan alatan diperbuat dari kertas akan dijalankan untuk memberi bekalan hidup si mati
di akhirat. (Ho Fang Chuan, Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing; 2008)

Gambar 2 : Rumah diperbuat daripada kertas (Sumber:Lian Cheng Paper


Work Art)

Menangis, meraung dan meratapi kematian adalah satu kewajipan bagi anak,
menantu dan sanak saudara yang rapat. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat
apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan
ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang
menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati
dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan
tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati
dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.
Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini
digalakkan dalam masyarakat Cina. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan
menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah
menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.
Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. (Siti Zhafirah Binti Roslan,
2013)

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati, dia hendaklah membongkokkan


badannya sedikit ke hala si mati sebagai tanda hormat. Pelawat keturunan Cina
selalunya membawa bersama sepasang lilin putih, “duit kertas” dan lain-lain alat
sembahyang untuk diberikan kepada keluarge si mati yang kurang berada. Sekarang
lazimnya pelawat memberi derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati.
Kadangkala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang
ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati,
pelawat biasanya diberi seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah
sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu ialah warna yang membawa nasib baik
dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh
dimakan. (Haji Mohtar bin H.Md.Dom, Adat Istiadat Masyarakt Malaysia; 1977)

Gambar 3: Duit kertas (Sumber : Kit Mei Xiang Service)

Pengebumian (zang 葬)

Kaedah dan upacara pengebumian dipengaruhi oleh bagaimana dan cara


seseorang itu mati. Upacara pengebumian perlu dibuat secara besar-besaran khususnya
kepada orang tua. (Ann Wan Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang
Cina; 1994)

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk


dikebumikan. Keranda akan dibawa dengan van. Semasa mengiring mayat dari rumah
ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah
berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang
kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si
mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah.
Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya
iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga
berada di alam akhirat. (Rashidah Zakaria,2012)

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai pakaian
dengan warna tertentu menandakan kedudukan dalam keluarga dan hubungannya
dengan si mati. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap
dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada
jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung
dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak
sepanjang sepanjang perjalanan, iaitu kertas duit. Mengikut kepercayaan masyarakat
Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah
berpandukan kertas tersebut. (Ho Fang Chuan, Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan
Asing; 2008)

Gambar 4: Mengiringi keranda ke tanah perkuburan (Sumber: Xiao Fei Blogspot)

Cara letak keranda dan perjalanan ke kubur perlu dibuat dengan cermat dan
tertib. Semasa pengebumian, mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia
digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi
masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati.
Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah
penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain
di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian
menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi.
Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian
mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. (Rashidah
Zakaria,2012)

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan


penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang
telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah
perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan
masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan
pulang. (Siti Zhafirah Binti Roslan, 2013)

Selain itu, tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa
hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai
melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan
mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati
layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak
hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli
keluarga yang meninggal dunia. (Miss Iza, 2010)

Gambar 5: Kubur bagi keluarga berada (Sumber: Bao Shuang Long)


Upacara sembahyang mayat bergantung kepada kepercayaan agama si mati.
Bagi sesetengah masyarakat Cina, anak cucu si mati akan berbisik di tepi keranda
untuk menasihati si mati agar melafazkan nama seorang Dewa atau Buddha secara
berterusan dalam masa lapan jam selepas kematian. Hal ini demikian kerana
dipercayai Dewa atau Buddha akan datang menjemput roh si mati ke syurga jika si
mati berbuat demikian secara ikhlasnya. Ahli keluarga terdekat si mati
harus berulang kali berkata di tepi keranda untuk memanggil roh si mati mengikut
cahaya putih yang terang dan menghindarkan cahaya kelam dan kabur. Cahaya yang
terang dianggap jalan ke syurga dan cahaya yang kabur ialah jalan ke neraka. (Ho
Fang Chuan, Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing; 2008)

Penyembahan (ji 祭)
Selepas kematian, ahli keluarga akan memakai baju hitam beberapa hari
sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh
dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian
isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung. Ahli keluarga
perlulah menyembah roh si mati setiap 7 hari sehingga hari ke-49. (Rashidah
Zakaria,2012)

Tanpa kepercayaan khususs tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi
tumpuan pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan
pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping “Papan Peringatan” yang dicatatkan nama
keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di
ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan
di rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong. (Ckin Rahim. Adat Resam
Pelbagai Kaum; 2018)

Gambar 6: Penyembahan roh nenek moyang (Sumber: China News)


Pantang Larang Kematian Kaum Cina
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi berhubung dengan kematian
orang Cina. Di antaranya :
1. Si mati tidak boleh dipakaikan pakaian bewarna merah.
2. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas.
3. Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas.
4. Keranda tidak boleh dibuat main.
5. Kucing dilarang mendekati keranda dan si mati.
6. Para tetamu dan ahli keluarga tidak dibenarkan memakai pakaian merah.
7. Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan
perkahwinan.
8. Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan air yang dicampur daun
limau Bali untuk menolak bala.

Gambar 7: Air yang dicampur dengan limau Bali. (Sumber: KK News)


9. Tidak dibenarkan tarian singa dan pembakaran mercun semasa upacara
kematian.
10. Apabila menghadiri upacara kematian, para tetamu tidak boleh menafsirkan
tempat pengebumian dan potret si mati, tidak boleh bertepuk tangan.
11. Pengantin, wanita hamil dan kanak-kanak boleh memilih untuk tidak
mengambil bahagian dalam upacara kematian. (Hal ini adalah untuk
mengelakkan keletihan dan muda emosi yang menyebabkan kesan buruk pada
mereka sendiri dan kesihatan janin.)
12. Orang yang mati di luar rumah tidak boleh masuk ke rumah. (Dari sudut
pandangan pencegahan wabak purba, ini adalah untuk mengelakkan mayat
menyebarkan wabak itu ke rumah.)
13. Si mati yang belum berkahwin, atau muda, atau ibu bapa yang masih hidup
tidak boleh disembah oleh orang yang lebih tua.

Bagi ahli keluarga Si Mati,


1. Tidak dibenarkan masuk atau keluar dari tokong, mengunjungi saudara-mara
dan rakan-rakan, bermain dan menghiburkan, mengambil bahagian dalam
perkahwinan dan acara pengebumian, mencukur rambut mereka, menyolek,
memakai barang kemas, boleh makan di sekeliling meja bersama-sama dalam
tempoh berkabung. (Tujuan pantang larang ini adalah untuk mengurangkan
hiburan sosial dan untuk menyatakan kesedihan kehilangan ahli keluarga yang
tersayang, tetapi kebanyakkan masyarakat memikir itu akan membawa nasib
buruk kepada orang lain.)
2. Tidak boleh menyertai aktiviti pernikahan dan pengebumian dalam tempoh
tertentu.
3. Tidak boleh menyambut sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan keramaian
selepas upacara pengebumian.
(Ann Wan Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang Cina; 1994)

Kesimpulan

Upacara kematian dan adat istiadat pengebumian orang Cina mempunyai


kepentingan untuk melanjutkan institusi kekeluargaan dan menjamin keutuhan sistem
kemasyarakatan. Kematian menyatu-padukan orang Cina dan menimbulkan keinsafan
kepada orang Cina bahawa kematian merupakan satu perkara yang tidak dapat
dielakkan dalam kehidupan. Yang akan tinggal ialah institusi keluarga yang perlu
dipertahankan. Dalam masyarakat Cina, kematian membawa erti perpaduan dan
melanjutkan keseimbangan sistem sosial supaya terus berkekalan walau di mana sahaja
mereka berada. (Mao Qi Xiong, Ensiklopedia Cina Dalam Dunia; 2000)

Rujukan
1. Ann Wan Seng. Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang Cina.
Penerbit Fajar Bakti ;1994
2. Wan Ramli Wan Muhamad. Adat Resam Masyarakat Malaysia. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara; 2006.
3. Ho Fang Chuan. Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing. International
Culture Publishing Company; 2008
4. Mao Qi Xiong. Ensiklopedia Cina Dalam Dunia. China Overseas Chinese Press;
2000
5. Haji Mohtar bin H.Md.Dom, Adat Istiadat Masyarakt Malaysia; Federal
Publications; 1977
6. Lee Xiu Hwa. Adat Kematian: Upacara yang terakhir. Daily Sin Chew; 30
Disember 2015
http://www.sinchew.com.my/node/1542281
7. Siti Zhafirah Binti Roslan. Upacara Dan Adat Kematian Masyarakat Cina; 27
Mac 2013
https://prezi.com/oo-ehnvr8sng/upacara-dan-adat-kematian-masyarakat-cina/
8. Ckin Rahim. Adat Resam Pelbagai Kaum; 7 Mei 2018
https://www.scribd.com/document/378415016/ADAT-RESAM-PELBAGAI-
KAUM-doc
9. Li Heng. Adat resam orang Cina. Guang Hua Daily; 2 April 2015
http://epaper.gmw.cn/gmrb/html/2015-02/04/nw.D110000gmrb_20150204_1-
14.htm
10. Miss Iza. Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat Cina; 2 Februari 2010
https://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-Larang-
Masyarakat-Cina
11. Rashidah Zakaria. Adat resam kaum; 27 Julai 2012
https://www.slideshare.net/syideyza/adat-resam-kaum
12. Jioda Sercive Sdn Bhd
http://www.jioda.com.tw/service_03a.html
13. Lian Cheng Paper Work Art
http://www.lczgy.com/
14. Kit Mei Xiang Service
https://tw.buy.yahoo.com/gdsale/%E5%90%89%E7%BE%8E%E9%A6%99-
%E5%9C%9F%E5%9C%B0%E5%85%AC-%E4%BC%81%E6%A5%AD%
E9%96%8B%E5%B7%A5%E8%B6%85%E8%B1%AA%E8%8F%AF%E5
%9E%8B%E7%92%B0%E4%BF%9D%E9%87%91%E7%B4%99%E7%B5
%84-2297792.html
15. Xiao Fei Blogspot
http://sonic616.blogspot.my/2018/02/blog-post_25.html
16. Bao Shuang Long
http://baoshuanglong.cn/mudi/1193.html
17. China News
http://www.chinanews.com/tw/2011/10-15/3391204.shtml
18. KK News
https://kknews.cc/zh-hk/news/6e5b9m.html

You might also like